Betullah dunia ni macam-macam ada. Kalau terlampau difikirkan boleh jadi mabuk, keliru atau lebih dasyat gila terus. Hehehehehe. Manusia kerap juga, perasan atau tidak selalu memandang yang jauh. Yang berada dihadapan mata, macam kalis pandangan pulak. Kalis pandangan? Yelah..telus je. Tak tahu lah buat-buat tidak nampak atau memang betul-betul tidak nampak.
Mungkin juga kerana yang di hadapan itu tidak 'adventure'? Atau mungkin kah kerana ingin menjadi superhero? Eh...superhero ker kalau hanya mengutamakan perkara-perkara yang besar tanpa memperdulikan perkara-perkara yang kecil? Jangan beratkan fikiranlah yea. Tulisan ini sekadar apa yang tersirat dalam hati sekian lama. Malam ini aku ada perkataan-perkataan yang dapat disusun untuk menjadi beberapa ayat dan perenggan. Maka , terhasillah tulisan garapan akal fikiranku sendiri.
Contoh paling mudah, dalam undangan-undangan yang diterima terutama dalam cuti-cuti begini. Ada undangan yang dekat.Ada juga undangan yang jauh. Dalam blog-blog blogger yang terdapat di dunia cyber ini terpapar kisah-kisah memenuhi undangan terutama undangan perkahwinan. Aku pun tidak ketinggalan. Di awal cuti, aku mempunyai dua undangan. Satu undangan Majlis Perkahwinan seorang teman yang dahulunya bertugas sebumbung nun jauh di Perak. Lama sudah tidak berjumpa. Kali terakhir pada tahun sudah Julai 2007. Itu secara kebetulan. Hati terasa ingin memenuhi undangan. Ingin sangat melihatnya di atas pelamin indah bersama pasangan pilihan hati. Undangan kedua, daripada seorang teman yang membuat Majlis Berkhatan anak lelakinya di sini, Klang. Juga perlu dihadiri.Aku lebih memilih yang dekat dengan mengorbankan yang jauh. Mungkin tiada rezeki aku untuk bertemu teman yang satu itu.
Keutamaan aku beri pada teman yang dekat denganku. Maklumlah susah senang yang dekat itulah yang akan terlebih dahulu sampai tatkala kita meminta bantuan. Iye kan? Yang jauh itu, bukan tidak membantu, sama membantu tetapi jarak menjadikannya kelewatan sedikit. Jadi tiada salahnya jika keutamaan di beri kepada teman yang dekat. Benar kan?
Namun, aku agak terkilan, kerana nyata aku masih punya teman yang mengutamakan yang di sana daripada yang di sini. Agaknya kenapa ya? Sanggup mencari dan bertanya jika ada teman-teman lain yang menuju ke sana. Ingin turut serta. Tak sampai hati katanya kerana yang di sana sudah mengundang. Silalah datang. Teman yang berada di sini, tidak pula dirisik khabar beritanya. Bukankah yang di sini pun mengundang sama. Jemputlah datang. Minggu lepas aku memenuhi undangan lagi. Di sini...Klang. Temanku dijemput sama, malah seisi keluarga. Ibu bapanya ku temui. Si anak? Enggan menghadiri. Alasan? Kepada si anak bila ditanya, mengapa tiada? Jawabnya..? Terkilan rasa setelah aku mendengarkan alasannya.
"Aku memang macamni. Kenduri-kenduri ini susah sikit.Takut nanti tersalah makan. Sakit perut". Patutlah jemputan kenduri arwah di rumahku saban tahun tidak pernah walau sekalipun dihadiri. Tidak mengapa. Itu pilihannya.
Bak baris ayat lagu Agnes Monica - Matahariku.....aku terdiam sepi.
Pilih kasih?
p/s : Apalah salah menghadirkan diri sekadar menghargai jemputan mengucap salam tahniah?
bukannya ada jemputan lain pun.....daripada terperap di rumah,kan lebih baik membahagiakan hati tuan rumah yang menjemput?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan