cari id yes guru sktp

27 September 2009

Balik lagi....he

Aku tak puas bercerita balik ke tempat yang banyak kenangan indah...N9. Banyak lagi gambar2 sehari beraya bersama kawan-kawan di sana yang aku belum terima daripada Eeeda dan Shamsul.Aku masih menunggu gambar daripada diaorang berdua. Gambar2 yang dah ada ni daripada Eeeda. Perghhhh rasa tak puas aku menatap gambar2 nie. Berulangkali aku menatapnya. Dalam kamera Shamsul lagi la....aku tunggu nie saintis wei....x kira..aku nak gak gambar2 tu semua! hehehehe
Balik lagi??....pelik ek apabila aku guna frasa 'balik lagi'...
Tahun 2009 nie dua kali aku ke N9...'kepulangan' pertama Jun 2009 yang lalu. Berdua ja dengan eeeda..ronda2 N9. Niat masa tu nak jumpa saintis ngan k zia tak kesampaian. So...hari raya, kami 'balik' lagi. Alhamdulillah...dapat juga beraya dengan saintis,liza dan suraya. Cuma dengan k zia, tuhan tak izinkan lagi...belum berjodohan nak jumpa agaknya. Rancang nak beraya satu rumah je...rumah saintis. Mana nak sangka...boleh berantai...terus beraya ngan Liza dan Suraya. Kami singgah juga ke rumah Arai, dia tak ada...belum nak dijumpakan barangkali.

Aku letak lagi gambar. Jangan korang fed-up plak ek...dengan gambar2 ni. Aku suka. Dan kalau dah dapat gambar daripada saintis nanti...jangan korang menyampah plak....sebab aku akan upload juga gambar2 daripada saintis tu nanti. Sebab aku suka nak tengok gambar2 tu. Sangat mengimbau kenangan di N9. Nak2 masa kat Bandar Seremban, Rembau dan Tampin. Alamak - aku jadi teringat kat Zainab! Zainab tu la kawan aku berulang Seremban<-->Rembau<-->Tampin. Apalah agaknya khabar Zainab sekarang....




26 September 2009

Syawal 6 - Tempat Jatuh Lagi Di Kenang

Tempat jatuh lagi di kenang....
Itulah ibaratnya.
Syawal 6 - Aku balik Negeri Sembilan.
Setiap kali ke N9 , aku mesti terasa macam balik kampung.
Banyaknya kenangan di Bumi Perpatih ini.

Syawal 6 - Syawal yang 'Hepi' untuk hati sepi aku.
Sangat berterima kasih kepada

Shamsul aka Saintis
Liza
Idah
Puteri
Suraya

kerana menjadikan Syawal 6 ini terwujud di memoriku.
Memori Indah.

Aku seronok dapat beraya dengan kalian.
Lama tak jumpa- 10 tahun
Mana sangka dapat kita beraya sama2 tahun nie.
Aku berharap pertemuan kali ini akan terus berkekalan.

Bak kata Shamsul... pertemuan syawal ini adalah pembuka tirai dan permulaan kepada pertemuan-pertemuan yang seterusnya. Pokok pangkalnya adalah diri kita. Ada rezeki panjang umur jumpa lagi. Hah...aku suka baca statement tu. Dan semoga pertemuan seterusnya akan bertambah lagi bilangan ahlinya. Best juga kalau dibuat acara tahunan. Ikut giliran. Kalau pertemuan kali ni kat N9...pertemuan seterusnya kat Selangor pulak. Pusing habis semua negeri. Hehehe. Syokkkkk!! Bestkan....??? angan-angan....he

Syawal 5

Kak Sazila mai raya..........!!! heheh buat surprise akak sorang nie. Kata tak balik semenanjung. Balik gak rupenya. Love u sis!!
Hari Syawal 5. Idah on the way ke rumah aku dari Jerantut. Terus kami plan untuk beraya dengan Shamsul kat Tampin. Best.....
Hari Syawal 5. Puteri sms. "Saya balik hari ni" Seronok. Hari ini rumah aku akan penuh semula.
Idah...aku pelawa tak payah balik Sg Buloh. Tidur je rumah aku dan bertolak ke Tampin dari Klang. Jimat masa. Ceh....last minute cancel. Alasan-sepupu Idah nak datang umah Idah malam tu. Huhuhuhu...
Put3....kul 830 sampai depan umah aku. Adik hantar naik Myvi Putih. Put3- nak join sekali aku balik negeri sembilan. Cantikkkk...lagi ramai lagi meriah.
Syawal 5. Aku baru nak terasa bahang Hari Raya!

24 September 2009

Petang Syawal 4

Kelekaan dengan suasana Syawal. Aku terlupa seketika dengan telefon bimbitku.Sudah 2 hari aku berenggang dengan 'sahabat' ku yang satu itu. Ketiadaannya hanya aku sedar setelah maghrib menjelang. Selama berjauhan, 'sahabat' itu elok duduknya di bawah timbunan banal-bantal di katil bujangku. Hahahaha makanya.....setiap sms x berbalas, setiap panggilan x berjawab. Maaf la teman2 yang ber 'sms' dan teman2 yang membuat panggilan. Dan jika kalian membaca catatan ini. Apakata...korang kalau nak datang....datang saja lah. Aku...gerenti ada kat rumah. Kalau xde pun...setakat pergi kedai je kot. Isk...isk...isk...sebab tahun ni ternampak2 yang aku xde peluang nak beraya. Beraya kat kampung sebelah pun aku x dapat nak join apatah lagi yang melintasi sempadan daerah....huhuhuhuhu sedihnya hati. Sungguh tak Syoookkkkkkkkkkkkkkkk.....(heheh x bley nak melaram) muahahaha....

Petang tadi...aku sangat pelik. Phone tak off dan xde pulak berbunyi. Tapi tiba2 dah ada miscall. Kawan ajak beraya kat Kampung Delek.
---------------------------------------------------------------------------
'Alahai..orang tak mandi lagi nie...'
'Ala...ko ada masa dalam 20 minit nak siap2..'
'Ok...apa2 hal nanti saya sms'
---------------------------------------------------------------------------
'Orang nak ikut kawan beraya kat kg delek kejap,boleh tak?'
'Nanti ko pegi lama'
'Takde lama mananya...lagipun dah petang dah ni'
'Ani...sini kejap'
'Ye...'
'Tak payah pegilah!'
-----------------------------------------------------------------------------

Huhuhuhuhu...aku dah pegang baju yang dah di gosok. Konon nak pakai g beraya ni. Aku pakai lah jugak walaupun TERPAKSA membatalkan hasrat nak keluar beraya. Macam nak nangis jer.

-----------------------------------------------------------------------------
'Akak pergilah raya. Saya tak bley ikut. Enjoy the hari raya without me okay'
'Tak pelah. Lain kali kita pegi raya sama2'
'Huhuhu, sedihnya...tak dapat ikut'
'Jom arrr'
'X bley...boss bagi lampu merah'
-------------------------------------------------------------------------------

uwaaaaaaaaaaaaaaa....aku betul2 terasa macam nak nangisssssssss!!! Orang nak rayeeeeee!

Tadi ...abang Atan dan keluarganya dah sampai. terubat sikit kehampaanku.

23 September 2009

Syawal seterusnya..2-3-4

Syawal 2-3 masih meriah. Kerabat sebelah ayah pulak. Abang Sam dan keluarga beserta Kak Ru sekeluarga. Abang-abang dan kakak-kakak dr kerabat Wak Kasiman, tu la dua orang yang baru sampai. Yang lain...hujung2 cutilah kot baru nk tiba. Tapi aku BERHARAP sangat abang yang satu itu TAK PERLU datang. Kalau dia datang....aku akan KELUAR! Sorry la kalau kali ni aku tunjuk keras hati. Hah....memang kali ni dengan dia aku berkerat rotan,berpatah arang!

Kerabat Wak Damiri yang dah datang beraya, ermm...anak sedara kesayangan ayah aku ...Kak Sue dan suaminya Abang Salleh. Siap ayah call..' ko tak datang raya umah paman ker..?' Hehehe malam tu jugak Kak Sue sampai. Sabo jer la ayah aku ni. Sebelum Kak sue mai, syawal 2 Abang Anang dah sampai dulu. Raya sakan dema ni coz Abang Anang cuti panjang gak. Sorang lagi anak sedara kesayangan ayah yang sedang dinantikan kehadirannya..Abang Atan. he..anak takde...anak sedara lah ayah menumpang manja. isk..isk..

Syawal 2 adik2 lelaki ayah sampai. Paman Iju dari Kuang. Perghhh sekali rumah aku kena serbu daaaaa....Mana taknya Paman Iju bawak sekali semua anak2 dan menantu..cucu...penuh rumah.Dah petang2 sikit, Pak Su Jajuli plak tiba...dengan bik Jun. Hehehe bik Ain tak tahu la...ntah sampai ntah tidak..ngeh..ngeh..ngeh...

Adik2 perempuan ayah pun dah sampai Syawal 3. Makcik aku dari Jenjarum,Kuala Langat...bik Misnah dan dari Kg Selamat,Sungai Buloh....bik Kamariah. Dema ni memang selalu datang berpakat. Yelah deme jelah dua beradik pompuan yg ada dalam family ayah kan...so rapat la. Dari rumah aku...deme terus raya balik ke Pulau. Nak makan tengahari kat rumah Pak Su Jajuli aku. WAAAAAA aku tak dapek nak join!!!! Sedihhhhh weeiiiiiiii aku x dapek kuar beraya. isk isk isk....nak rayaaaaaaa la jugakkkkk!!!! Aku dah buhsan dah nie.....dah mula la nie...tengok TV tak kena...Bukak Tenet tak kena. Kejap g dapur..kejap g depan..... Adoiiiii boring la plak.....Apatah lagi hari nie.....Syawal 4 ....xde sapa datang lagi nie sehingga waktu n3 ini di'taip'....aku sudah macam cacing kepanasan dah!

Kepada yang sedang beraya.....Syokkkk la korang dapat berjalan raya. Aku jelaous kemain nihhhhh...Adooiiiii!! ngeh..ngeh..ngeh....hati-hati di jalan raya!

20 September 2009

Syawal 1

Alamak!....aku terbabas pagi raya. Bahana tidur sekitar jam 2 pagi. 630...kelam kabut sikit..solat subuh....nak masak air...panaskan lauk...dan terlupa nak......? Nasib baik saya ada sebut insya'allah...kalau tak dah kira mungkir janji dah ni.Harap dimaafkan yea. Dan tetamu terawal...jam 7.00 pagi. Aku tak sempat nak mandi lagi huhuhuhu. Abang sepupu aku, Abang Yem dan isterinya. Tiap-tiap tahun pun memang macam tu...Abang Yem akan jadi tetamu paling awal. Adakala datang beraya semata-mata. Makan tidak..minum pun tidak.

Adat..atau budaya orang jawa. Mengunjungi saudara tua sebelum pergi solat raya. Aku masa kecik2 dulu pun memang itulah rutinnya. Ayah akan kejut aku pagi2...lepas aku beraya dengan ayah. Ayah akan bawa aku dengan basikalnya beraya kat rumah semua wak-wak aku. Oleh kerana arwah mak anak bongsu, dari 6 beradik...maka kami dua beranak nie akan beraya kat semua rumah adik-beradik arwah mak sebelum pergi sembahyang raya. Of course la ...sesapa yang masih ada ayah ibu...maka rumah itulah yang pertama. Dan kerana atuk dan nenek sebelah arwah mak dah takde...maka rumah wak yang sulung jadi sasaran.

Paling best masa kat umah Wak Amat...sebab anak2 dan cucu2nya pun berkumpul sama pagi2 nie. Ramai. Meriah. Lepas tu Wak Zainab plak...kat sini pun ramai macam kat umah Wak Amat. Duit raya paling mahal aku dapat bila pergi umah Wak Nab nie. Hehehe dulu ler masa aku kecik2. Sekarang ni Wak Nab dah arwah....wak lanangnya Wak Mohd Diah pun dah arwah. Kami duk sekejap2 jer setiap rumah sebab nak kejar waktu kan...Ok seterusnya kami akan pergi rumah Wak Manab pulak. Ha rumah wak Manab nilah rumah kedua aku. Hehehe. Kat sini lah aku dibesarkan. Makan sepinggan , tidur sebantal dengan dua orang sepupu lelaki(Mazlan dan Ridzuan) . Masa tu adik (Siti) belum ada lagi. So ...of course aku jadi anak perempuan wak. Last sekali ayah akan bawa aku raya rumah Wak Fatimah pulak. Kat umah ni pun sama...pagi2 dah riuh dengan anak cucu Wak Timah. Untuk masa sekarang Wak Fatimah pun dah arwah. Wak Joned...aku tak kenal sangat. Sebab masa aku kecik...memang Wak Joned dah arwah. Dan arwah mak aku pun sememangnya aku tak ingat aku pernah beraya dengannya ke tidak. Sebab arwah mak meninggal dunia semasa umurnya 40tahun...dan aku masa tu baru berusia 4 tahun.
So...adik beradik arwah mak yang masih ada ....Abang yang sulung,Wak Amat lah....umur dah sekitar 80-an kot kalau aku tak silap dan Wak Manab je..pun dah berusia lewat 70-an.

Dan sekarang giliran ayah aku pulak diziarahi anak-anak saudaranya di Sungai Udang ni. Ayah aku ni anak saudara, cucu saudara dan cicit saudara memang ramai.
Sapa datang beraya umah aku Syawal 1 ini?
Macam aku sebut tadi....
  1. Abang Yem .
  2. Pastu...Abang Emol dan isteri, Kak Minah. Erm..Abang Emol nie dah mcm anak angkat ayah dah. Meriah jugaklah sebab Ibu dan adik Kak Minah datang beraya kat sini. Diaorang ni Warga Indonesia.
  3. Kak Wok. Adik abang Yem tadi. Kak Wok datang dengan 2 keluarga anaknya. Keluarga Along Din dan Keluarga Sidah. Dua keluarga yang dah berkembang. Penuh rumah aku. Baju aku pun dah start basah dah.Ops...tambah dua lagi keluarga. Keluarga Kak Saim dan keluarga Abang Rashid...dua-dua tu pun adik Kak Wok.
  4. Belum sempat basuh gelas 4 keluarga yang usai beraya dengan ayah. Datang pulak budak-budak . Anak-anak jiran aku. Jiran aku ni..Abang Kamal. Tak balik Perak. Sebab maknya yang datang beraya kat Klang. So malam tadi umah Abang Kamal memang penuh. Memang meriah. Laman penuh kereta. Siap bakar lemang. Mercun??? Rasa macam aku pun nak meletup sama. Terkejut dah jantung aku beberapa kali. Adehhhh.
  5. Pastu....aku lupa plak nama tamu nie. Heheh dia tukang cat umah aku dulu. Warga Indonesia juga. Hehehe
  6. Dalam jam 3 lebih gitu, Am ...jiran sebelah umah pulak datang. Dtang dengan anak daranya yang cute...comel. 2 tahun.
  7. Lewat petang, rakan sekerja aku pula datang berkunjung. PK 1 , Pn. Tee ditemani Pn. Salmiah. Erkkk kekok rasa nak panggil Pn. Salmiah. Sebab dah biasa panggil Kak Sal. Tapi dah Kak Sal naik pangkat jadi Penyelia Petang ...kena biasa2 kan lidah panggil Pn. Huhuhuhu...Pak Su aku pesan, Itu Etika. Adehhhhhh!
  8. Penutup tamu syawal 1....Abang Ari dan Kak Ani. Abang Ari ni anak arwah Wak Niah. Kakak sulung bapak aku.
Kiranya...syawal 1 tamunya hampir semuanya adalah kerabat Wak Amat aku tu. Aku juga belum sempat nak beraya dengan Wak Amat. Awal2 raya ni , mana la boleh aku nak tinggalkan ayah sorang diri. Dah basi raya nanti barulah aku dapat merayap kot....insya'allah. Hehehe aku kena tunggu semua tetamu dah mai rumah aku, baru aku dapat line nak menyelinap keluar. Muahahhaa....Orait....selesai satu hari raya yang biasa. Esok nak kena bangun awal lagi. Aku setia menjadi penyambut tetamu. Huhuhuhu.Kito ketemu meneh ngesok yo. Salam Aidilfitri.

17 September 2009

Senario Hari Raya



Hari Raya meriahnya suasana
Ada Mak....Ada Ayah
Kakak.....Abang.....Adik
Ipar duai...
Kanak-kanak....anak sedara..sepupu sepapat...
Pak Long....Mak Ngah....Pak Lang...Mak Ndak....Ada Usu

Meriahnya Hari Raya....
Balik Kampung...
Rumah sunyi....Jadi riuh rendah....

Sungai Udang
Cuma dua nyawa...
Satu nyawa datar....
Yang satu lagi jadi sepi.

Hari raya...meriah di zahirnya
Hari raya...senyuman di wajahnya
Hari raya saban tahun ada sepi didasarnya
Yang disulami gelak tawa


Selamat Hari Raya Aidilfitri

atas : kad raya daripada MaizaC'Joe-terima kasih

Kepada semua pengunjung Tinta Semalam,
diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga Aidilfitri ini
adalah yang terindah buat anda semua.
Semoga Aidilfitri ini
akan mengerat hubungan sesama kita.
Semoga Aidilfitri ini
membuka satu lagi hubungan baru buat kita semua.
Mudah-mudahan.

Di kesempatan ini,
Kususun sepuluh jari,
Kutitip kata-kata hati,
Mohon ampun dan maaf

Sekiranya ada...

Tersilap kata
Yang memedih telinga

Tersalah bahasa
Yang menghiris jiwa

Terlanjur bicara
Yang mengundang rajuk rasa

Buat teman-teman semua
Di alam maya juga alam nyata
Dariku si ~insan biasa~

Ku mohon ribuan juga mungkin jutaan kemaafan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
2009

16 September 2009

untitled : c.i.n.t.a ?

"kehidupan dan percintaan yang kita reka adalah kehidupan dan percintaan yang akan kita lalui"

"cinta adalah keabadiaan ...dan kenangan adalah hal terindah yang akan pernah dialami...maka,sulami cinta dengan
KEJUJURAN DAN KESETIAAN
!
"


15 September 2009

luaskan skop...

Kiri kanan kita
Ada macam-macam
Baik-baik pilih
Hati-hati simpan

Depan belakang kita
Ada banyak ragam
Elok-elok jaga
Jangan sampai luka

Keliling kita
Ada segala peristiwa
Kita jangan terleka
Silap haribulan kita terseksa

Timur ke, barat ke
Selatan atau utara
Banyak pilihan ada
Jangan obses pada satu saja

Hidup ini luas
Lebarkan
Sebarkan
tapi
jangan sampai terbabas
jangan sampai terbelenggu

14 September 2009

waktu ketika yang macam-macam

Seminggu lagi Syawal datang. Persiapanku terlalu sederhana. Mood raya tak berapa nak ada. Ntah bagaimana agaknya syawal aku tahun ini. Hanya memikirkan tetamu yang mungkin hadir, aku gagahkan juga hati menyediakan persiapan. Zakat fitrah masih belum aku lunaskan. Hari ini.
Aku masih mengantuk sebenarnya. Letih semalam masih ada. Aku seorang diri. Tapi aku sangat bersyukur aku punya orang-orang yang boleh aku anggap sebagai kawan,teman, sahabat, rakan,taulan. Ha kehadiran mereka menceriakan , mewarnakan hidup aku yang agak suram? boleh ke ibarat begitu. Aku kurang pasti.

Semalam adalah hari yang memenatkan tetapi menceriakan. Puteri sekali lagi mengunjungiku. Sekali lagi kami bershopping bersama. erkkk sebenarnya Puteri jadi peneman. Kerana ada Puteri aku rasa seronok lah juga melihat kemeriahan bandar Klang yang dibanjiri manusia. Tempat parking penuh dengan gerai jualan. Sesak...teramat! Pening aku. Aku hanya memilih untuk berada di dalam bangunan center point. Mencari keperluan diri menggantikan yang telah uzur benar nampaknya.

Kuih? Mudahnya bagi aku. Aku tak perlu mencari. Pembekal kuih cari aku suruh aku beli. Hahahha. Mudahkan. Macam biasa Hana dengan jualan kerepeknya. Laila dengan biskut raya. Pn Habibah dengan keknya. Mooi dengan jeruknya.Semuanya ada dikeliling aku. Tak perlu bersesak di pusat bandar.Aku bantu hana mempromosi kerepek-kerepeknya dan di situ sudah ada bahagian untuk aku. Jimat sudah ba...hehe.

So...sambung bab Puteri. Ramadhan ini dengan kedatangan Puteri maka Ramadhan aku tidaklah sunyi. Teman masak, teman berbuka, sahur....aku masih sorang2. Minggu 2 berpuasa yang sudah...kami berbuka beramai-ramai bersama ibu sudaraku sekeluarga. Di rumahku. Gamat seketika. Aku hidangkan dengan Soto. Semalam kegamatan itu berulang lagi. Juga bersama Puteri. Kali ini Zihah turut serta. Juga jiran Zihah, yang mereka panggil kak ina kami jemput sama. Ibu kak Ina dan dua budak kecil yang comel...sofia...syaza ada juga. Lagi meriahkan bila ada kanak-kanak comel ini. Rumah yang biasa sunyi sepi jadi riuh rendah. Seronoknya. Kali ini tetamu-tetamu ini dijamu dengan spagetti . Hahaha aku memang dah lama teringin nak makan ni...masak sendiri.

Untuk Puteri terima kasih kerana memeriahkan hari-hari akak. Sayangnya kamu sudah pindah ke kota damansara. Kalau tidak mesti setiap hari , adalah hari-hari yang meriah untuk akak. Selamat Hari Jadi untuk Puteri 13/9.

erm...panjangnya cerita. Okaylah aku masih banyak yang perlu diuruskan di luar . Berhenti setakat ini dahulu. rgghhhh....ke hulu ke hilir...penatnya.Muahahah aku dah start akan sibuk selepas ini. Dan macam selalu aku akan flat di pagi raya. Adehhhhhhh.

13 September 2009

Apakah ia punya maksud yang tertentu??


Mata yang bundar itu terus memandang ke arah ku. Aku abaikan. Aku meneruskan langkah. Setiap yang ku lalui, pasti memandang. Ah, apa yang tidak kena? Fifi menghampiri. Aku sekadar merenungnya dengan senyuman. Reaksi biasa yang aku beri apabila Fifi mendekati. Dia memandangku dari atas hingga bawah. Suara kecilnya kedengaran halus..."cikgu...errr" sambil matanya tekap pada baju kurung putih yang menyarungi tubuhku. "Kenapa?" sambil aku juga melihat kearah yang dilihat Fifi.
Ya Allah....kenapa aku boleh tak perasan?

Rupanya ada darah di baju yang ku pakai. Banyak. Patutlah semua mata memandang. Ntah dari mana darah itu aku pun tak tahu. Aku segera ke bilik guru dan minta izin untuk pulang membersih dan menukar pakaian yang lain. Cikgu Zamani menemaniku pulang. Aneh, aku pulang berjalan kaki. Keretaku tidak ku pandu. Laluan yang di lalui aku dan Cikgu Zamani di kiri kanan jalan penuh dengan semak. Aku berjalan tanpa memakai sepatuku. Sepatuku pegang di tangan. Batu kupijak tanpa rasa sakitnya. Tiba di sebatang sungai. Ah curamnya. Kami terpaksa melalui jambatan gantung yang sedikit usang. Aku genggam erat tali jambatan. Sedikit rasa gayat. Aku tidak memandang ke dasar. Aku fokuskan untuk cepat sampai ke seberang. Pandangan ku lekat pada tebing di seberang sungai. Dan akhirnya..dengan debaran di dada yang masih bersisa, kami selamat sampai.

Aku seperti kenal laluan baru itu. Laluan yang sering aku lalui tatkala aku mahu ke sekolah di zaman kecilku dulu. Ya itulah laluannya. Itulah semaknya. Itulah rumahnya. Aku masih keliru, bagaimana aku boleh berada di situ semula. Sedangkan peredaran masa sudah berlaku 20 tahun lamanya. Laluan itu bukankah sudah tidak ada lagi? persoalan yang hanya terbitnya di hati. Perjalanan ku teruskan. Cikgu Zamani dan entah dari mana Cikgu Wan turut ada. Kami dipelawa untuk singgah di sebuah rumah melepaskan lelah. Sekejap. Dan aku mahu segera menyalin pakaianku yang banyak dengan darah ini. Tapi aku diminta agar bersabar dan menunggu sebentar lagi. Jalan akan penuh, kerana saat itu adalah waktunya penduduk kampung keluar menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Ahhh....hari Jumaat rupanya. Aku akur. Dan hanya meneruskan perjalananku setelah jalan kembali lapang.Dan apabila aku tiba di rumah. Itu bukanlah rumah pusaka tinggalan arwah ibuku. Tapi aku berada di rumah pusaka tinggalan arwah datukku..Tok Naim Janggut. Gelaran yang diberi orang kampung kepada arwah datukku di Pulau. Ah...mana mungkin aku tiba-tiba berada di Pulau yang ingin aku singkirkan dalam hidupku. Dan tiba-tiba muncul makcikku yang menetap di rumah itu. Memanggil dan memberikan aku tuala dan sepersalinan pakaian untukku. Aku masih terpinga-pinga.

Dan bunyi kayu jatuh dari belakang rumah menyentap lamunanku. Aku terjaga. Dan aku sudah melepasi waktu untuk bersahur pagi itu. Apakah ini sekadar mainan tidurku atau membawa sesuatu petanda masa akan datang? Aku tak pasti. Semoga Allah akan selalu melindungi aku dan keluargaku. Semuanya rahsia Allah.

12 September 2009

Sepertinya...

Dua tiga hari berlalu
Emosiku sedikit terganggu
Sudahku unjurkan jauhi itu
Tapi rasa itu masih mendekatiku

Aku menjadi ingin marah
Aku menjadi ingin menjauh
Aku seperti itu kadangkala
Menyesakkan diri sendiri saja

Dan...

Sepertinya Ramadhan ini
Bukanlah yang paling bermakna
Untuk diri seorang ~Insan Biasa~
Kerdil tak terlihat oleh sesiapa

Sepertinya Syawal yang bakal tiba
Bukanlah yang paling bererti
Bagi aku yang tiada sesiapa
Kecuali dia yang aku berbintikan serta Dia

Entah mengapa...
Sepertinya aku baru tersedar dari lena
Yang menyedarkan aku ini siapa sebenarnya
Aku bukanlah sesiapa untuk seorang manusia

Ramadhan kan ku tinggalkan dengan kesal
Syawal menjelang serba kekurangan
Salam Aidilfitri di angin lalu...


11 September 2009

Sesekali dengar...tersentuh hati.




Lama tak dengar lagu 'Hati Yang Rapuh' nyanyian rahimah rahim ni. Sesekali terdengar...sayu hati.

Lirik lagu :

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

10 September 2009

copek....capek....

Cepat benar masa berlalu. Hari terakhir UPSR. Bermakna hari terakhir gotong royong yang beberapa kerat jer cikgunya. Hampeh...Makmal ICT yang kosong itu hanya diserahkan kepada wana, aku, zihah, k sarah, qristine,linda,ustaz anuar, dan qusyairi. Ha...baiknya hati ada zainal ringan tulang tolong group kami. hanif pun....tq coz tolong buat kerja print segala carta. tapi....hari ni awatnya ko MIA pulak. Kan dah....kak anis yang kena print. huhuhuhuhu dah kul 12 dah ni tau. Adoiiiii!...Bahasa n3 kali ni....sempoi ok. bahasa pasar ja! Harharhar..sebab tention.Tak dan nak bermadah. keje banyak. perut sakit. nak cantikkan 2 bilik makmal ict dalam masa 3 hari dengan tenaga kerja 10 orang.....x cukup berbaloiiiii oiii!!! Adeehhhhhhhh....copek siap an ....walaupun ku dah capek....isskkkk.

08 September 2009

Sandera Cinta

'Sandera Cinta'....ha, apakah dia 'sandera cinta'. Aku menemukan frasa ini tatkala melayari facebook. Sebagai anak Malaysia, aku pasti ramai yang tidak pernah terlihat mahupun terbaca frasa 'Sandera Cinta' . Aku mencari, kamus dewan yang sentiasa berada di atas ruang kerjaku ini aku capai. Helaian demi helaianku selak. Hanya untuk mendapatkan maksud 'sandera'. Dan hasilnya,perkataan sandera itu merupakan satu perkataan yang

terdapat dalam sastera lama bermaksud orang yang tertawan atau tergadai untuk tanggungan hutang. Herm...jenuh juga aku termenung dan berulangkaliku baca ayat untuk mendpatkan maksud sebenar. Aku tidak berkesempatan bertanyakannya kepada sesiapa yang lebih arif di sekolah. Dan akhirnya , aku membuat kefahaman sendiri bahawa 'Sandera Cinta itu bermaksud berhutang cinta. Hahahaha.

Aku masih tidak puas hati sebenarnya dengan apa yang aku simpulkan itu. Seperti ada yang tidak betul sahaja. Dan hari ini, aku mencari lagi. Dan aku temui satu lagi maksud perkataan 'sandera' dengan ayat yang lebih aku fahami.
'Sandera' merupakan istilah Indonesia dan adalah sangat asing di dalam kamus orang awam di Malaysia. 'Sandera' boleh bermaksud tebusan (hostage) atau diculik (abductee) bergantung kepada kesesuaian penggunaan.Aku dapat ini dari sebuah blog - ulasbuku.blogspot . Nah dari sini aku semakin jelas akan maksud sandera itu.

Daripada yang ditulis oleh penulis blog, ia bermaksud tebusan. Daripada kamus dewan ia bermaksud orang yang tertawan. Jadi aku terus simpulkan bahawa 'Sandera Cinta' itu bermakna 'Tawanan Cinta'. Mudah kata seseorang yang tertawan oleh cinta. Ditawan oleh cinta. Maknanya 'Sandera Cinta' itu seseorang yang telah jatuh cintalah. kan??

He..aku membuat kesimpulan ini adalah berdasarkan kefahaman aku sendiri. Betul atau salah. Tepat atau tidak . Aku tiada jawapan tentang itu. Tapi aku yakin dengan apa yang aku peroleh. Semoganya jika tafsiran aku ini tidak tepat, akan ada pakar bahasa yang membetulkannya. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Aku insan yang masih belajar, Kalau silap sudilah kiranya dibetulkan.

Aku tersenyum puas hati. Sandera Cinta? Aku masih belum layak untuk menerima gelaran itu. Yang pasti....diantara kita insan di bumi Illahi ini, ada yang sudah,sedang dan akan digelar 'Sandera Cinta'!

07 September 2009

Tresno itu....


Dari buku Tafsir Cinta

KERANA PULUT SANTAN BINASA...
KERANA MULUT BADAN BINASA...
KERANA CINTA...?

BUKANLAH SAYA SYOK SENDIRI, BEB.
TAPI, SIAPA YANG NAK MENDERITA KERANA CINTA?
SAYA TAK NAK! APA YANG SAYA MAHU ADALAH...


C.I.N.T.A
love...
hubb...
isyq...
eros...
philo...
amor...


sebuah tresno

sandera cinta...?

ada sesiapa tahu apa dia 'sandera cinta' ??


Semakin banyak kita menghadapi rintangan dan cabaran hidup,
semakin kita memahami erti cinta sebenarnya.


kenapa boleh ada 'w' eh...??

Pop up....Aku baru sahaja online, tiba-tiba window YM muncul. Siap dengan animasi monyet yang sedang lena di buaian. Hehe

Girl :
Mak Unggal!
sek0wm
heehee
aaa..
sek0wm..sek0wm..ello ? elllooww ??

(Opocot! terkejut aku. Bertalu-talu pulak budak girl ni hantar mesej pada aku. Sedangkan ketika itu chatbox aku tak appear sepenuhnya lagi. Lappy dah lembab dah. sekowm...ellooww...)

Aku :
Wsalam

Girl:
mk unggal tw ta nme2 mnantu at0wk ?
( tw...atowk)

Aku:
uish....mana nak tau
awatnya? hang nak buat pa?
(uikss..aku pun satu. p cakap loghat utara dengan budak comel ni. mimpi apa ntah. anak n9 ni...lebih sesuai cakap minang..hehe)

Girl:
na uat salasilah kuarge
(uat...kuarge)

Aku:
lahai....tanya pak hang la
(utara lagi...uikss)

Girl:
dy ttw
(ni lagilah apa maksud ntah-aku tibai je-dia tidak tahu)

Aku:
ipar2 pak hang sendiri x tau nama...apalah lagi mak unggal...hehe
(oit should be-ipar2 ayah ekau sendiri tak tau namo....apotah laei mak unggal ni aaa...hahaha betul ke aku cakap tu...???)

Girl:
haha..emm..ta pew ar..igtkn tw tady..
( ta pew...tw tady)

Aku sebenarnya tidak berapa nak faham ejaan-ejaan remaja zaman sekarang. Kebanyakkan mereka sangat suka menambah huruf w tu. Ishhh kadang-kadang terasa macam .....errrrr apa eh, tak tahu pulak apa perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan aku tu. errrr gedik....sesuai tak...hahahah ampun!
Anyway...girl ni anak abang sepupu aku. Nama Farrah. Macam aku juga dia ni...tunggal. Agaknya sebab tu boleh ngam ngan aku kot.satu-satunya anak buah (sebelah ayah) yang kiranya rapatlah juga dengan aku. Memang nak kena tegur pasal tambahan huruf w tu...wakakaka.

Ntah kenapa aku cukup 'berbulu' dengan ejaan-ejaan yang ditambah huruf 'w' ni. Tapi agaknya dah trend zaman sekarang kot. Masalah tu macam kecil , tapi kalau tidak ditangani sekarang bahaya juga tu. itu jadi itew...atuk jadi atowk...tahu jadi 'tw'? shortform sungguh ni. Mana depa belajar agaknya ye..?Adakala aku kena ulang baca nak memahamkan perkataan-perkataan lama yang dibarukan. Adehhhh baru bebenor! Dalam kamus cari...sampai kesudah takkan jumpa apa maknanya. Hehehe. Aduhai anak bangsa....bukankah bahasa melambangkan bangsa???

06 September 2009

air mata

air + mata = air mata = mata air

Aku dan airmata. Jarang sekali air mata aku tertumpah, kecuali apabila aku benar-benar tidak dapat menahan pilu. Pertama, saat terputus tali pertunangan dengan orang sabah itu. Sedih kerana seperti semua orang suka apabila ikatan itu terputus. Ayat-ayat yang sering kedengaran ketika itu...
"baguslah juga ....jauh sangat..." errrkkk....bagus! Masa tu , ntah apa yang kurasa.
"eloklah juga putus....cari je yang lain" "....yang dekat-dekat". errkkkk ....elok??!!
Tak ada langsung kata pembangkit semangat!
Keduanya, saat hati aku terguris dalam....panjang....dan adakala sehingga kini aku masih menangis.
Siapa...??? itu...oleh orang yang mereka kata , yang dekat-dekat itu. Dan akhirnya

aku menangis kerana dia dekat! Sedangkan aku mahu dia jauhhhhhhhhhhh pergi jauhhhhhhhhhhh!
Saat begini air matakah yang dipersalahkan apabila jatuh ke bumi? aku tak suka air mata!
Apatah lagi kalau air mata itu air mata perempuan! Aku tidak suka perempuan yang selalu guna air mata untuk dapatkan sesuatu.

Perempuan, sering dikaitkan dengan air mata.
Untuk simpati.
Untuk sayang.
Untuk kasih.
Untuk cinta.

Perempuan sesama perempuan. Berlawanan air mata siapa lebih deras! Maka peluang akan lebih menyebelahi. Betulkah wahai en. lelaki? Untuk perempuan yang tak ada air mata....??
Kerana dia perempuan yang lebih kuat...kerana dia perempuan yang lebih tabah.....dia perempuan yang boleh hadapi perpisahan dan dia perempuan yang akan senyum di akhirnya.

En. lelaki pelindung kepada perempuan yang lemah. Jadi....memilih pengeluar air mata yang bertimba-timba itu. Begitukah? Hebatnya perempuan yang mempunyai air mata sebagai senjata. Ishhhh entah kenapa aku beremosi hari ini. Menonton televisyen pun asyik dihidangkan dengan cerita-cerita yang menyayat hati. Aku semakin beremosi. Semakin Syawal mendekati. Semakin sayu rasa hati. Dan tiba-tiba terlintas di minda. air + mata boleh menjadi air mata, juga boleh menjadi mata air. Daripada membazir waktu menitis air mata, lebih baik fikirkan bagaimana nak dapat mata air. Hahahaha aku tersenyum semula!!!

05 September 2009

Black

I know now that there is God... He is not in the holy spirit we pray to...He isn't written about in religious texts... He is someone who is a part of our lives...Whom we live for ... Because of whom we live... Michelle Mcnally is "special" in more ways than one.She cannot see ... nor hear nor speak...She inhabits a world of infinite black ... of a seamless, endless void where nothing reaches her and she reaches nothing. Her world is frightening in its complete remoteness.On the sheer

will of her ferocious rage against destiny, Michelle struggles to stay afloat in the impenetrable whirp
ool her life has become. Into this devastating isolation enters a battle weary teacher, Debraj Sahai, life's wounded but arrogantly insolent warrior. With a single minded obsession, Debraj takes up a challenge that is next to impossible - to lead this wild, uncontrollable child into the light of knowledge. Thus begins a journey of two headstrong individuals. They will overcome failures, obstacles, even ridicule as they tread the path less taken. What they seek is that moment of miracle ¨¢ when the ray of knowledge will penetrate through the dense black of Michelle's life...Black is the cathartic tale of a deaf, mute and blind girl who saw what people with sight fail to see ¨¢ a vision of her God.Michelle Mcnally saw what other lesser mortals could not. She saw her God, heard Him and walked with Him into the light...
percaya
+

yakin

+
kesabaran
+

kesungguhan

+

komitmen

=


"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair."

Sesekali aku layan juga...

Lamanya rasa tidak menonton televisyen. Manakan tidak, masa lapangku habis di hadapan komputer riba. Berblog, berfacebook. TV lupa. Ntah bagaimana, malam tadi aku terleka dengan TV. Batman Forever. Hahaha sesekali layan ....

Diakhir cerita aku tertarik dengan dialog ini...

"Poor Edward. I had to save them both.
You see, I'm both Bruce Wayne and Batman.
Not because I have to be.
Now... because I
choose to be."

Kuasa memilih...dan hasilnya.
Terpaksa memilih dan memang memilih. Hasil dihujungnya berbeza. Kepuasan pun sama berbeza. Tentu saja lain rasa nikmatnya hasil yang kita dapat antara sesuatu yang terpaksa kita pilih dengan sesuatu yang memang kita pilih.

04 September 2009

Banyaknya nak selongkar...

Aduh....sambil memicit-micit kepalaku yang semakin berdenyut, minta direhatkan. Aku masih lagi mengadap komputer riba ini. Mengunjungi blog-blog yang terasa ketinggalan jika tidak dikunjungi. Walaupun tanpa ada sebarang komen ditinggalkan, atau jejak dibiarkan. Sambil aku ber'chatting' bersama Idah, sambil aku meneruskan penceritaan di sini.
Bunyi kenderaan semakin kedengaran, masa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Aku, sudah ada agendaku sendiri. SMS malam tadi , "anis...esok pagi tukang kasut datang" dari PK 1 aku. Sememangnya sudah ku pesan, supaya memberitahu kepadaku tentang perkara itu. Aduh....dengan mata yang minta ditidurkan semula, terasa seperti mahu aku membatalkan niat ke sekolah pagi ini. Peluang untuk tempah kasut. Kalau tidak hari ini, bila? Tidak mengapa, akan kulayani mataku seketika sebelum bergerak ke destinasi itu. Hehehehe.

Hidup. Perlu ada perancangan. Merancang. Untuk ada arah tujuan. Apa, bagaimana untuk menjadikan kehidupan seterusnya akan berlangsung dengan lebih sempurna. Kita seperti yang kerap ditemui ayat sebegini. Mungkin. Kehidupan sememangnya tidak sempurna diakui. Tapi manusia sering mengejar dan mencari kesempurnaan. Pada aku, tidak salah mencari kesempurnaan asalkan tidak keterlaluan. Carilah kesempurnaan itu berdasarkan kemampuan diri. Berdasarkan kesesuaian situasi. Biar realistik dan mampu untuk dicapai.

Berada di sini. Di dunia maya ini, semakin banyak ilmu aku temui. Dan darinya semakin banyak ilmu kehidupan yang aku ketahui, semakin banyak yang ingin aku ketahui. Apa itu? Mengapa begitu? Bagaimana untuk menghadapinya. Ah pelbagai! Terasa ruginya jika sekadar memandangnya sepi. Ingin sekali aku menyelongkar rahsia kehidupan yang penuh misteri.

Ibaratnya, seperti dapat HP baru. Setiap icon aku klik. Apa fungsinya? Bagaimana untuk menggunakannya dengan betul? Kerana...aku ingin menggunakannya semaksimum mungkin yang selayaknya. Ah....banyak lagi yang perlu aku selongkar. Apa yang ada dihujung jalan itu? Tapi, aku ingatkan diriku...laluinya dengan perlahan-lahan...satu persatu. Bermohonlah selalu, agar segalanya dipermudahkan. Mencari kesejahteraan hidup. Tidaklah semudah perancangan yang diatur.

02 September 2009

Tips : Dekati Hati Pelajar

Bagaimana menjadi seorang guru yang sentiasa dekat di hati pelajar? Sebagai panduan ada 10 tips bagaimana anda boleh menjadi seorang guru yang dihormati dan disayangi oleh pelajar anda.

  • Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa hadir di sekolah
-guru tempatnya bersama pelajar,jika tidak bermakna ia tidak mengajar. jika keadaan kesihatan terganggu dan tidak serius, cuba hadirkan diri. 'Guru tetap' yang kurang sihat adalah 10 kali lebih baik daripada 'guru ganti' yang sihat.

  • Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa ada bila diperlukan
-membantu pelajar setiap masa. sebelum, semasa dan selepas waktu sekolah. untuk menjadi guru terbaik, maka bantulah pelajar anda. pertemuan untuk perbincangan seminggu sekali sebagai permulaan sudah memadai. jika mendapat sambutan , ada keperluan dan tidak TERLALU membebankan , boleh ditambah 3-4 kali seminggu.

  • Guru yang dekat di hati pelajar kenal pelajar mereka secara lebih dekat
-berbual2 dengan pelajar semasa mengajar. di luar bilik darjah, di kantin atau di bilik bacaan. banyak yang guru tahu tentang pelajar , maka akan memudahkan guru untuk menyesuaikan dengan mereka. hafal dan ingat nama mereka dengan secepat mungkin!

  • Guru yang dekat di hati pelajar perlu kenal ibu bapa pelajar
-kerap berhubung dengan ibu bapa pelajar. tidak perlu berbual lama, cukup sekadar bertanya khabar dan tunjukkan anda mengambil berat tentang anak dan pelajaran anak mereka. secara tidak langsung membantu meningkatkan prestasi pelajar. dan pelajar akan lebih sopan apabila tahu anda mengenali dan sering berbual dengan ibu bapa mereka.

  • Guru yang dekat di hati pelajar tahu apa yang mereka ajar
-persediaan ke kelas perlu cukup. bersedia sebaik sahaja perancangan mingguan dilakukan. Percayalah, jika anda mengajar tanpa persediaan secukupnya, anda akan berasa menyesal setelah anda meninggalkan kelas.

  • Guru yang dekat di hati pelajar menghadiri setiap acara sekolah
-Pastikan anda hadir disetiap acara sekolah, seperti perhimpunan, sukan dan hari penyampaian hadiah. Kehadiran akan menunjukkan anda mengambil berat tentang mereka dan sentiasa menyokong kegiatan mereka.

  • Guru yang dekat di hati pelajar tinggal dalam kejiranan sekolah
-jika tidak tinggal dikejiranan sekolah, boleh juga mendekati pelajar yang tinggal dalam kejiranan sekolah dengan cara membeli belah atau makan di kedai berhampiran sekolah selepas waktu sekolah atau pada hujung minggu. Cuba pantau kehidupan mereka. lebih kerap pelajar melihat anda, lebih baik kelakuan dan sikap mereka di dalam kelas. mereka akan melihat anda sebagai sebahagian daripada mereka.

  • Guru yang dekat di hati pelajar makan di kantin sekolah
-di sesetengah sekolah, ada guru yang sering makan di luar sekolah atau membawa bekal dari rumah atau makan di bilik guru sahaja. cuba bersama mereka di kantin, berbual mengenai makanan kegemaran dan berbual bagaimana mereka menguruskan wang belanja setiap hari.
mana tahu mungkin ada pelajar anda yang meminggirkan diri pada waktu rehat.

  • Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa berlaku adil
-berlaku adil tidak semestinya menjadikan anda tegas atau terlalu berlembut. secara mudahnya, anda perlu menilai dan melayan pelajar berdasarkan kemampuan mereka.

  • Guru yang dekat di hati pelajar tidak akan hilang sabar
-tahan kemarahan, semuanya akan berlalu. jangan terbawa-bawa dengan rasa geram dan emosi. pelbagai perkara boleh berlaku di dalam bilik darjah. tangani masalah secara professional.

"Sentiasa harapkan yang terbaik dari pelajar anda, tetapi pada masa sama anda perlu fleksibel. Tidak semua pelajar mampu menjadi yang terbaik."

petikan dari majalah : The teacher_daripada guru untuk guru.

01 September 2009

businessman yang berjaya


Bagi seorang peniaga yang berjaya, kejujurannya terletak pada lidahnya. Orang yang pandai bercakap namun tidak melakukan mengikut apa yang diucapkannya tidak akan dipercayai oleh orang lain. Demikian juga orang yang pandai beramal, kuat beribadat tetapi berdusta dan tidak jujur, maka segala amalannya, menjadi fata morgana pada pandangan manusia dan Tuhan.

Perhati dan teliti siapa di sekeliling kita?...dan siapa diri kita?