cari id yes guru sktp

23 Jun 2011

s.i.b.u.k

  • s - sukan. sibuk dengan latihan sukaneka. 2hb larian 1 murid 1 sukan dan sukaneka serentak kami jalankan. 3hb kejohanan sukan tahunan sktp.
  • s - saringan 5 lisan numerasi dan literasi linus kohort 1  sedang berlangsung.
  • i - imun badan semacam bermasalah. balik terus pengsan. selubung. tiba-tiba sejuk. 
  • b - buku laporan adab belajar perlu disiapkan. 24hb adalah hari terbuka.
  • u - umpama menyelam minum air. semua nak buat. badan sampai tak larat.
  • k - kelas perlu di update. keperluan majlis 10hb juga perlu diteruskan. Argghh...stress!
  • k - kehadiran pemantau linus secara mengejut menjadikan sistem imun semakin gagal berfungsi dengan baik...hehe
21hb
  • kehadiran mengejut pemantau linus. arrghh penyelaras linus plak xde. 
  • taklimat pengedaran susu 1 malaysia. cara pegang, cara buka plastic straw, cara nak minum. mak aiihh...saya dulu pun antara murid yang tersenarai dapat susu sekolah. xde pun taklimat cara nak minum. hihihi
  • latihan sukaneka tahap 1
  • maka ke hulur dan ke hilir satu hari di sekolah. x dan pun nak duduk mahupun menulis-nulis. x pegang pen pun ok. 
22hb
  • mesyuarat kejohanan sukan tahunan kali-2 dan larian 1 malaysia.
  • latihan sukaneka tahap 1
  • latihan larian 60m L & P, 4 x 50m L&P. syukur cuaca redup.
23hb
  • pembelajaran dan pengajaran akan berlangsung seperti biasa. insya'allah.kalau saya sihat dan tidak mc.huhuhuhu
24hb
  • hari terbuka sktp
  • hari berjumpa dengan i/bapa dan perbincangan tentang prestasi murid-murid.best!
25hb
  • .............harap dapatlah berehat hari ini.errkkk tapi ada kemungkinan inilah harinya saya membantu kawan2 saya menyiapkan keceriaan bilik guru dan peluang saya meminta kawan2 saya membantu saya menceriakan galeri wawasan a.k.a muzium sekolah.
26hb
  • barang2 en. tunang akan tiba pada hari ini. gulp..banyak benda nak kena kemas nih.
  • perlu juga menghadiri majlis cukur jambul anak sepupu saya. insya'allah kalau sempat.....tapi rasa macam x terkejar je badan ni nak memenuhi.
27hb
  • raptai sukaneka

Julai
2hb
  • larian 1 malaysia & sukaneka tahap 1
3hb
  • kejohanan sukan tahunan
4hb
  • arrggghhh......cuti peristiwa. lega! (sikit jer leganya, tapi alhamdulillah)
    5hb
    • majlis persaraan GPK koko
    8hb
    • saya dah mula cuti dan perlu beri perhatian penuh persiapan big day saya
    10hb
    • reunion untuk seluruh keluarga dikedua2 belah arwah ayah dan mak, kawan2 sktp 1999-2011,untuk kawan2 blogger,juga mini reunion untuk kawan2 saya sktg 85-90, mgs 91-95, mprm 96-99 dan oum 06-09
    11hb - 12hb
    • saya nak berehat sungguh2!!!! bley???

    16 Jun 2011

    Cousins' wedding

    SELAMAT PENGANTIN BARU untuk sepupu saya SURIYATI !. Alhamdulillah...selamat dah adik saya ni. Tapi masa saya nak ke rumahnya agak mencabar la juga. Mana taknya selalu dalam masa 40-45 minit dah boleh sampai Klang-Jenjarom tu. Hari saya nak "sinoman" di rumahnya tu...makan masa 3 jam baru sampai. Waduhhhhh ketaq lutut.Dah la drive sorang. Keluar rumah 5 lebih....8.30 malam baru sampai.....gile betul.Rupanya ada treler rosak melintang jalan kat batu 5.....jem sampai tengah malam. walau pe pun saya selamat sampai akhirnya.
     Fahmi Yatie

    Untuk adik sepupu saya....again....Selamat pengantin baru! Minggu ni majlis kat rumah lelaki pulak. Kat Kanchong. Semoga semuanya lancar....Amin...

    08 Jun 2011

    Sumpah Mati



    • abang sayang, adik tak bisa tidur
      adik terbayang-bayang wajah abang tersayang
      adik sayang, abang pun tak bisa tidur
      abang pun terbayang-bayang, wajah adik tersayang

      reff:

      demi cintaku yang setia, sumpah mati aku
      akan adik beri semua abang asal adik bahagia
      demi cintaku yang setia, sumpah mati aku
      akan adik beri semua abang asal adik bahagia, bahagia

      adik sayang, kau wanita hidupku
      abang takkan berpaling tinggalkan dirimu
      abang sayang, kau lelaki hidupku
      adik takkan berpaling tinggalkan dirimu

      Back to reff [2x]

      sumpah mati aku jatuh cinta [2x]
      sumpah mati cintaku hanya untukmu
      cinta mati selamanya


    07 Jun 2011

    Selamat Pengantin Baru

    Letih hari ni dok punggah bilik guru. Masih tak siap esok sambung meneh. Orak keletan lorh arep duwe kabeh sak dino waei. Ngesok keno duwe meneh. Kapan la arep siap galeriku sik kayo gini.....huhuhuhuu. Perghhhhh saya hentam keromo jer nih. Wakakakakakkak!!!!

    Petang kul 3 baru sampai rumah. Boring la pula. Saya godek2 fb. Aisey...saya belum buat post kawan baik saya ni nikah pada 27 Mei lalu di JB. Nilah kawan yang saya akan cari kalau kete saya buat hal. Heheheh. Kawan saya pengantin lelaki tu ye. Qusyairi...SELAMAT PENGANTIN BARU geng! Hehehehe tapi saya minta maaf sebab majlis di rumah ko 11 Jun di Kedah nanti saya x dapat hadir. Huhuhuhu . Memang teringin nak jalan Kedah, sambil2 tengok ko atas pelamin, hajatnya leh singgah sekali umah Zihah dan Huda. Tapi nampak gaya Tuhan tak mengizinkan. Saya kena balik Jenjarom, adik sepupu saya kawin.

    P/s - Qusyi....walaupun aku tak dapat dtg majlis ko 11 Jun ni....harap masa majlis aku nanti ko dapat datang k.....bwk wife ko sekali.:-)) Selamat Berbahagia my fren!

    Qusyairi Hafizah

    04 Jun 2011

    Secebis kisah kelmarin

    Ibaratnya, blog saya ini diari. Ada kisah semua pembaca memahami apa yang dibaca. Ada kisah yang tidak dapat difahami tentang apa yang ditulis saya. Peningkan? Tapi di sini adalah hamparan kisah saya yang semalam, yang kelmarin , yang telah berlalu. Maaf jika ada yang tidak faham.

    Hari saya semakin dekat. Dan emosi semakin gundah. Kerisauan perjalanan majlis akan bagaimana agaknya. Hari pertunangan saya, ingin saya lakukan dengan kejutan kepada beberapa teman, namun atas nasihat ianya dibatalkan. Maka saya berkongsi hari bahagia itu bersama semua teman-teman saya. Masing-masing teruja. Wah saya tidak sangka, ramai yang menanti hari gembira ini.

    Hari berganti hari, bulan terus bertukar. Masa itu tidak berhenti mahun pun menunggu. Ianya terus berjalan. Persiapan semua dilakukan secara 'slow and steady'. Pengapit saya, adakala saya rasa lebih teruja daripada saya. Berharap persalinannya sedondon dengan pengapit en tunang saya. Baiklah saya turutkan. Walaupun tiada dalam belanjawan saya menyediakan persalinan untuk pengapit saya. Suka hatilah nak persalinan warna apa...saya tidak tetapkan. Namun atas permintaan dan untuk menjadikan semua orang gembira di hari gembira saya, saya sediakan persalinan itu.

    Ops...masa terus berlalu. Tiba-tiba terputus hubungan dengan pengapit saya. Berhari-hari, berminggu-minggu saya cuba menghubungi tapi hampa. Tiada pun panggilan balas mahupun pesanan ringkas bertanyakan mengapa saya mencarinya. Saya silap apa ye? Saya sedar dia sibuk. Dan saya tidak berniat pun memaksa dia menemankan saya ke hulu dan ke hilir . Saya pun tidak mahu dia berasa tidak selesa dengan saya. Sebaik mungkin saya tidak mahu menambah kesibukan dirinya. Tapi sebahagian persiapan majlis saya melibatkan dia. Maka salahkah untuk saya menghubunginya bertanyakan perkembangan. Maka salahkah saya untuk berjumpa dan bercakap sendiri dengannya? SAYA SANGAT BERKECIL HATI OK?

    Perbelanjaan perlu dikawal, saya perlukan maklumat barangan yang berbaki jika ada. Maka boleh berkira-kira dan tak perlulah beli lain jika mencukupi. Bahan yang saya kurang tak banyak, sikit sahaja, kalau beli terlebih nanti membazir pula kan? Saya menanti lagi dan lagi penuh sabar, cuba untuk menjaga hatinya. Ahhhh...tapi di mana silap saya ye? Sehingga tergamak ini semua terjadi?

    Saya meluahkan rasa hati melalui pesanan ringkas dan akhirnya ada balasan. Dia tahu saya sedang menunggu tapi kenapa masih melengahkan masa? Saya terus berjumpa untuk mengambil barangan saya. Saya tanya jika ada bahan yang terlebih.....jawapannya tiada.  Semua bahan habis diguna! Dan silap saya tidak teliti betul2 dan kerana percayakan dia saya terus membeli bahan yang tidak mencukupi. Dan saya hanya sedar bahan yang saya ambil darinya sebenarnya ada lebihan. Kesimpulannya bahan sudah terlebihlah kan. Tidak kah itu membazir!!!!???? SAYA SANGAT BERKECIL HATI OK?

    Saya sudah sediakan persalinan atas permintaan walaupun sebenarnya tiada peruntukan untuk itu. Dan apabila saya serahkan persalinan....."Eh kain apa ni?" ......Eh....bukankah itu permintaannya dulu? Keterujaannya untuk menjadi pengapit saya seawal pertunangan saya dulu seolah-olah tidak pernah ada.Kenapa boleh jadi macam ni? Persalinan itu bukan RM4 sahaja ye......gandakan sepuluh ! Dan sila kira utk pasangan pengapit awak ok????? .......Saya telah sedaya upaya untuk memenuhi hajat dan akhirnya apabila semua sudah menghampiri penghujung, saya diminta mencari orang lain untuk menjadi pengapit saya???? SAYA SANGAT BERKECIL HATI OK?

    Persoalannya ......saya ada buat salah apa?

    Adakah kerana saya tidak dapat membantu saat awak meminta pertolongan saya sebelum awak ke Sarawak hari tu? Sebab saya sedar sekembalinya awak dari Sarawak, awak sudah mula dingin dengan saya, susah untuk dihubungi dan tiada susulan balas dari awak untuk setiap panggilan dan sms dari saya!

    Saya bukan sengaja untuk tidak membantu, cuma saya tidak dapat untuk membantu. Saya sangka awak faham. (Jika itulah punca). Saya tidak akan susahkan diri saya untuk menyenangkan orang lain. Itu awak tahu kan? Tapi saya tentu saja akan menyenangkan orang lain jika ianya tidak memudaratkan diri saya sendiri. Banyak kali kan saya beritahu kenyataan ini pada awak. Awak lupa?? Dan di saat saya mahu berkongsi hari gembira saya dengan awak, awak memalingkan muka awak dari saya......SAYA SANGAT BERKECIL HATI OK?

    saat saya minta tolong awak......saya datang kepada awak.
    saat awak minta tolong saya......saya datang kepada awak.
    saat saya minta awak temankan saya ......saya datang kepada awak.
    saat awak minta saya temankan awak......saya datang kepada awak


    Setelah membuat senarai ni.....saya nampak macam saya saja yang memerlukan awak. Kan? Sebab tu kot situasi yang berlaku sekarang terwujud. Mungkin awak dah bosan saya asyik datang kepada awak. Insya'allah ....selepas ini , saya tidak datang kepada awak lagi. Terima kasih untuk masa-masa yang telah awak berikan kepada saya. Tak mungkin saya dapat membalas  atau menggantikan masa-masa itu. Saya minta maaf. Saya cuma boleh beri doa untuk sahabat baik saya. (T_T)