cari id yes guru sktp

06 September 2009

air mata

air + mata = air mata = mata air

Aku dan airmata. Jarang sekali air mata aku tertumpah, kecuali apabila aku benar-benar tidak dapat menahan pilu. Pertama, saat terputus tali pertunangan dengan orang sabah itu. Sedih kerana seperti semua orang suka apabila ikatan itu terputus. Ayat-ayat yang sering kedengaran ketika itu...
"baguslah juga ....jauh sangat..." errrkkk....bagus! Masa tu , ntah apa yang kurasa.
"eloklah juga putus....cari je yang lain" "....yang dekat-dekat". errkkkk ....elok??!!
Tak ada langsung kata pembangkit semangat!
Keduanya, saat hati aku terguris dalam....panjang....dan adakala sehingga kini aku masih menangis.
Siapa...??? itu...oleh orang yang mereka kata , yang dekat-dekat itu. Dan akhirnya

aku menangis kerana dia dekat! Sedangkan aku mahu dia jauhhhhhhhhhhh pergi jauhhhhhhhhhhh!
Saat begini air matakah yang dipersalahkan apabila jatuh ke bumi? aku tak suka air mata!
Apatah lagi kalau air mata itu air mata perempuan! Aku tidak suka perempuan yang selalu guna air mata untuk dapatkan sesuatu.

Perempuan, sering dikaitkan dengan air mata.
Untuk simpati.
Untuk sayang.
Untuk kasih.
Untuk cinta.

Perempuan sesama perempuan. Berlawanan air mata siapa lebih deras! Maka peluang akan lebih menyebelahi. Betulkah wahai en. lelaki? Untuk perempuan yang tak ada air mata....??
Kerana dia perempuan yang lebih kuat...kerana dia perempuan yang lebih tabah.....dia perempuan yang boleh hadapi perpisahan dan dia perempuan yang akan senyum di akhirnya.

En. lelaki pelindung kepada perempuan yang lemah. Jadi....memilih pengeluar air mata yang bertimba-timba itu. Begitukah? Hebatnya perempuan yang mempunyai air mata sebagai senjata. Ishhhh entah kenapa aku beremosi hari ini. Menonton televisyen pun asyik dihidangkan dengan cerita-cerita yang menyayat hati. Aku semakin beremosi. Semakin Syawal mendekati. Semakin sayu rasa hati. Dan tiba-tiba terlintas di minda. air + mata boleh menjadi air mata, juga boleh menjadi mata air. Daripada membazir waktu menitis air mata, lebih baik fikirkan bagaimana nak dapat mata air. Hahahaha aku tersenyum semula!!!

17 ulasan:

eeeda berkata...

Air mata!!!! paling aku tak suka..air mata tak mampu menyelesaikan masalah....so jgn membazirkan air mata....

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

janganlah bersedih...
carilah cara untuk ketawa semula..

Teja berkata...

kesiannnn... ko putus cinta erk???

~Insan Biasa~ berkata...

betul ida...tapi fikir2 balik...
air mata boleh buat lega juga,tp jgn melampau arrr..tul tak?

~Insan Biasa~ berkata...

tq kl citizen..
saya dah jumpa pun.

~Insan Biasa~ berkata...

tu semua kisah lama la teja. kesah dolu-dolu yang dah berlalu pun.

HASNAH berkata...

Airmata biasanya sinonim ngan kesakitan/perpisahan..bahkan ada juga kegembiraan..tp boleh bilang..

~Insan Biasa~ berkata...

kak hasnah...
hanya kegembiraan yang tak terduga kot keluar air mata...
kegembiraan yang diterima setelah mengharungi pelbagai ranjau...

Teja berkata...

orait, moga tabah menempuh dugaan...

birU berkata...

salam...

inilah kita y bernama wanita..
airmata mmg teman kita paling dekat dan setia..
bila kita sedih
bila kita rasa bahagia sangat
air mata datang tanpa diundang

semoga awak tabah
setabah wanita2 lain
setabah diriku?

ONE ZABA berkata...

air mataku pun asyik mengali r jugak ni....

uhuuu..sakit mata la pulak. kua ketumbit kat mata kananku ini.

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih kak biru,
sudah cukup tabahkah kita untuk hari-hari seterusnya..

~Insan Biasa~ berkata...

uiks....cgu one,
puasa2 ni megendap ka??
heheh

NaqeebLukhman berkata...

hmmm... ntah ler...
tak reti nak komen...
erkkkkkkkk

~Insan Biasa~ berkata...

whateverpun Naqeeb...terima kasih berada di sini pagi-pagi alam.

Illyani Ismail berkata...

salam..
penat la nangis...boleh buat sesak nafas..
tapi nangis tu perlu, jangan sampai maslh tu pendam. tak elok untuk kesihatan diri..
bak kata freud, maximum kan keseronakan, minimum kan kesakitan...

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih ye yani,
komen yang cool gitu...
menangis kerana nak meluah rasa, berpada-pada normallah tu kan..
cuma menangis yang dibuat2 tu...nyampah la...hehehe