Hari sabtu tu, antara cikgu-cikgu yang bertugas....guru-guru tahun 1 sudah semestinya le. Antara yang hadir, Cikgu Rosnani, Cikgu Hasnita, Cikgu Radziah, Cikgu Noraini, Cikgu Zainal, Cikgu Julina. Pendaftaran pagi dilakukan oleh Ustazah Azizah dan penyelia petang yang sangat cikgu2 petang kasihi, Cikgu Habibah. Saya pun ada juga menggantikan Cikgu Rosnani untuk jaga murid-murid membuat ujian di dalam kelas. Sementara murid-murid ni menjawab soalan, ibu bapa mereka diberi sedikit taklimat oleh Cikgu Rosnani dan Cikgu Zainal. Cikgu Wan Mariam dan Cikgu Nor Rizan pun ada juga.Cikgu Tee, pemangku GB turut ada, siap jaga kelas lagi! Hehehehe. TQ.
Actually agenda dikhabarkan kepada saya bermula 8.30 pagi. Jam 8.00 saya dah berada di perkarangan sekolah. Sudah ada ibu bapa yang sudah sampai. 8.20 saya mendapat satu panggilan.
"Hello Anis, mula pukul berapa? semua cikgu dah ada ke?"
Keceluparan saya tiba-tiba wujud....ketika itu ada seorang rakan di sebelah saya.
Orang yang menghantar sms kepada saya semalamnya memberitahu tentang masa dan pakaian yang perlu dipakai pada hari tersebut adalah orang yang sama bertanyakan soalan pada pagi itu.Mungkin saya boleh mengibaratkannya sebagai kura-kura dalam perahu?
Dalam keceluparan yang belum terzahir saya jawab,
"Semua orang dah ada. Mak bapak pun dah ramai ni."
Si pemanggil tadi terus mengajukan soalan....
"Kalau akak pergi beli nasi lemak kejap, boleh tak? sempat tak?"
Keceluparan saya lantas terzahir....
"Hah, tak payah....jangan nak mengada-ngada...orang dah ramai ni. Budak2 dah beratur nak masuk kelas. Kalau beli pun bila masanya nak makan, sempat ke?" Bukan berkasar cuma mahu bertegas! Rakan di sebelah saya tadi ketawa. Hahahah ***** kena marah dengan Anis!Saya cuma menyatakan kalau dia menelefon cikgu lain, mungkin dia dapat sebungkus nasi lemak itu. Ataupun tak perlu tanya boleh atau tidak. Terus saje ke gerai untuk mendapatkan sebungkus nasi lemak itu. Silapnya dia bertanya/minta izin dengan saya.
Saya memang begitu...cepat rasa marah jika cakap x serupa bikin. Suruh kita begini, tapi orang yang menyuruh buat begitu.Ibaratnya ketam mengajar anaknya supaya berjalan lurus!
Tidak lama kemudian, terlihat rakan tadi berjalan kaki masuk ke perkarangan sekolah.Tidaklah jauh. Dari rumahnya sudah nampak sekolah! Sudah boleh melihat perkarangan sekolah penuh manusia atau sebaliknya.Mengapa masih mahu membeli nasi lemak di hujung waktu? Dia boleh membelinya jam 7.30-8.00 pagi tadi.
okaylah selesai segala agenda. Kami berkumpul di bilik guru untuk mendapatkan hasil ujian. Dan tahu apa? Kami di beri makan sebungkus nasi ayam setiap seorang. Hahahaha lebih enak daripada nasi lemak! Apakah mulut saya celupar dengannya hanya disebabkan sebungkus nasi lemak? Maklumlah saya 10 tahun lebih muda dari usianya. Saya tidak tahu, tapi dia masih boleh bergurau dengan senario tersebut ketika menjamah nasi ayam yang disediakan.
Anak itik jangan direjam,
Kalau direjam lemaslah dia;
Keris pedang tiada tajam,
Tajamlah lagi mulut manusia.
Kalau direjam lemaslah dia;
Keris pedang tiada tajam,
Tajamlah lagi mulut manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan