30 Julai 2010

JomM!

2 minggu kerja tak beringat. Perah keringat. Hah...minggu ketiga dah mula tak larat. Flat. Saat sang bulan memulakan rutin, dapat bantal mata auto ngantuk! Zassss...terus lena dan disulami mimpi. Arghhhh....bestnya kot-kot mimpi jumpa F.A . Hahahahaha melampaukah????!!! Whatever.....hujung minggu nie plan untuk bersuka-suka dengan kawan-kawan , releaseeeeeee tension. Wait for us G.H, .......Yeaaaahaaa!! Cuti dan bercuti-cuti.Jom.

27 Julai 2010

Aku dan @@@@@ ???


Hidup ni memang banyak risikonya. Hidup ni memang banyak pilihan. Dan kalau direnung aku jadi takut. Kalau difikir aku jadi gerun. Kita tentu pernah membaca ayat ini, " manusia sering terumpu hanya pada satu-satu pintu sehingga terlupa sebenarnya ada banyak lagi pintu di kiri dan kanan pintu yang kita pegun"...."kuman di seberang laut kita nampak, tapi gajah depan mata...?".perghhhh puncanya satu..kita leka.

Aku sendiri...adakah sedang leka pada satu2 perkara sehingga terlupa akan perkara2 lain? Mungkin juga.Sebab hanya melihat fokus pada yang 'itu' sahaja, pada yang 'seorang' itu sahaja. Yang ada di sia-siakan. Contoh..? dari pengalaman aku la, bila di pandang imbas peristiwa yang telah lalu. Aku ni suka leka pada kepedihan yang dialami walhal bukannya aku tidak pernah rasa kabahagiaan. Tapi aku abaikan. Pernah setia pada insan yang menyakitkan jiwa, walhal ada juga yang sudi nak beri hati suci pada aku. Tapi aku tutup hati.

Huh....tu la masalahnya terlalu leka dengan satu-satu situasi sehingga mengabaikan situasi-situasi lain yang tak patut kita abaikan. Pelik...tapi benar. Waima sekarang ni pun, adakah aku sedang pegun??? hermmm...ntah la. Aku sendiri tak pasti. Yang menariknya bukan aku seorang macam ni....hampir semua orang aku rasa. Cuma kita yang tak sedar. Tak nak mengaku? Takpe....orang yang sedang leka memang tidak akan mengaku dia sedang leka.

Hahaha satu yang pasti....ramai kenalan aku sedang leka ber'facebook'.
Dan aku rasa aku sedang leka bukan sahaja fb tapi juga leka pada @@@@@ ...herm,malu nak cakap. Shhhhhhhhh....dan aku sedang cuba untuk tidak terlalu leka pada @@@@@ sebab kalau aku leka pada @@@@@ aku yang akan sakit hati, aku yang akan makan hati, aku yang akan 'mengong'. Fuhhhh minta dijauhkan. Semoga tuhan sentiasa melindungi hati aku dari segala yang melekakan. Aminnnn. Itulah sebabnya kenapa aku tetapkan rumahku syurgaku. Supaya aku tak terlampau leka pada @@@@@. Ahakssss!!! Uiksss tapi rasa-rasa aku masih leka lah, cumanya aku sedar apa yang aku lekakan! Aku leka sorang2....Camne ni...????? Kahkahkah...aku dah bengong ker???Oh tuhan....

26 Julai 2010

Friendship

Kawan~Sahabat~Teman
inggerisnya
'Friend'

Dan seterusnya
.
.
.
.
.
.
.
V
Friendship isn't how you forget, but how you forgive.
Not how you listen, but how you understand.
Not how you see, but how you feel.
Not how you let go, but how you hold on.




25 Julai 2010

Rasa Ini





Vierra – Rasa Ini


Ku tak percaya kau ada di sini

Menemaniku di saat dia pergi

Sungguh bahagia kau ada di sini

Menghapus semua sakit yang kurasa


Mungkinkah kau merasakan

Semua yang ku pasrahkan

Kenanglah kasih..


Reff :

Ku suka dirinya, mungkin aku sayang

Namun apakah mungkin, kau menjadi milikku

Kau pernah menjadi , menjadi miliknya

Namun salahkah aku, bila ku pendam rasa ini


Na nana nanana nana nanana


Back to *, Reff


23 Julai 2010

Entahlah....


akalku
fikiranku
mindaku
berserabut seketika

tatkala aku dikata
menyorok
sorok
sorok diri
sorok hati
sorok rasa

blog ini
ibarat diari
diari
sinonimnya
kerahsiaan

kerahsiaan aku
walaupun terbuka
namun masih ada rahsia

berserabut
tatkala aku dikata
emosi
salahkah beremosi
tanda
aku ini normal

kenapa emosi
sebab ada rasa sayang?
sebab ada rasa kasih?
sebab ada rasa rindu?

emosi itu perasaan
bukankah perasaan itu kurniaan-Nya?
salahkah apabila aku beremosi...

marah...?
itu emosi juga
kenapa aku di marahi beremosi
bukankah itu juga petanda
dia juga emosi

adakah kita akan emosi
jika dia tiada pertalian
dalam hidup kita?

kita semua manusia
manusia yang ada rasa
manusia yang ada emosi

maafkan aku
kerana beremosi

21 Julai 2010

Kepura-puraan itu lebih baikkah??

Aku tidak bercadang untuk berblog pada hari ini sebenarnya. Mindaku sudah keletihan juga ketandusan cerita. Tapi apabila entry sebelum ini...."Apa yang kamu beri...kamu akan dapat kembali...INGAT!!!" mendapat perhatian dari seorang sahabat yang jauh diseberang lautan sana maka tiba-tiba rasa nak mencurah rasa pulak. Herm terbuka pulak satu blog yang seakan-akan serupa emosinya dengan aku....maka lagi la terasa nak menaip perkataan demi perkataan.

Malam ini satu kerja tak menjadi . Usai solat aku terbaring kelesuan. Hp aku off. Maka tiada kedengaran lagu Cinta Dalam Hati berdendang malam ini. Tiada cinta, cuma ada lesu. Sesudah ini aku bakal menemui tempat pembaringanku. Segala kerja yang terbengkalai harus aku sudahi esok pagi sebelum ke tempat kerja.

Herm apa kisah untuk diutarakan ya....??? Tentang kepura-puraan? Pura-pura kaya. Pura-pura hebat. Pura-pura bagus??? Aku? Pura-pura bahagia. Mari gelak sama-sama tanda kita bahagia. Yeayyyy!! Persoalannya mengapa mesti kita berpura-pura dalam hidup. Kenapa tidak kita hadapi sahaja kenyataan siapa kita yang sebenarnya?? Dan..maka orang-orang yang menghampiri kita pastinya kerana siapa diri kita , betul tak? Kalau kita sederhana...maka bersederhana sahaja lah. Tentunya yang merapati kita itu akan merapati kita yang sebenarnya. Bagaimana jika jika kita berpura-pura kaya dan dia dekati kita kerana kekayaan palsu yang kita tonjolkan itu...apakah perhubungan itu akan berkekalan setelah kebenaran terbongkar??? fikir sendiri.

Zaman ini sangat ramai pelakon berkeliaran. Sukar untuk membezakan manusia jujur dan manusia yang penuh kepura-puraan. Kerana itu aku tak putus meminta agar tuhan sentiasa lindungi aku. Kerana Dia sahaja yang aku miliki yang aku sangat percaya. Sampai mana kehebatan mu sayang jika kehebatan yang kau tunjukkan itu adalah palsu? Sampai mana kebahagiaan yang kau kecapi itu sayang, kalau terbongkar nanti segala kepura-puraan yang engkau lakukan? Kenapa mesti berpura-pura...? Kerana apa yang bakal engkau perolehi dari kepura-puraanmu itu kemungkinan besarnya akan hilang tatkala kebenaran menjelma. Jangan guna topeng lagi...wajahmu kurniaan tuhan adalah lebih baik.Lebih jujur!

20 Julai 2010

Apa yang kamu beri , kamu akan dapat kembali...INGAT!!

Yang di sayang-sayang itulah racun. Tapi masih dikasihi. Yang dikasih-kasih itulah luka. Tapi masih dirindui. Yang di rindu-rindu itulah duri. Tapi masih di ingati. Haih.... kesabaran untuk menghadapi semuanya. Dugaan demi dugaan. Ibaratnya aku dah tak tertahan. Tapi mahu tidak mahu masih perlu diteruskan kerana itulah tuntutan. Kalau di fikir-fikir maka akan sakit kepala. Kalau di tenung-tenung boleh jadi akan kena sakit jantung. Maka tak perlu di fikir tak perlu di tenung melampau-lampau, cukup sekadarnya sahaja. Sesudah itu biarkan, jangan di layan. Always remember...what u give u get back.

Kalau kamu menyakiti orang tidak mustahil suatu hari nanti kamu disakiti.
Kalau kamu mengecewakan orang tidak mustahil suatu hari nanti kamu akan dikecewakan.
Kalau kamu tidak jujur maka tidak juga mustahil orang akan tidak jujur dengan kamu.
Kalau kamu mempermain-mainkan orang tidak mustahil suatu hari nanti kamu dipermainkan orang.
Kalau kamu mengabaikan tanggungjawabmu kepada orang lain tidak mustahil juga orang lain akan mengabaikan tanggungjawabnya kepada kamu.

Dan tidak semestinya balasan yang kamu terima itu adalah daripada orang yang sama yang kamu perlakukan sesuatu kepadanya. Melepaskan batuk di tangga. Begitukah caranya? Setiap yang di dunia adalah yatim piatu...kalaupun bukan sekarang..pasti suatu masa nanti. Aku masih bermohon kepada Allah agar sentiasa menyelamatkan aku daripada sifat yang akan membuatkan orang lain kecewa terhadapku. So sebenarnya kalau kita mahu yang baik-baik berlaku pada kita....semuanya berpunca dari diri kita sendiri kan??? Kita yang pilih untuk menerima hidup yang bagaimana. untuk mendapat hidup yang bagaimana. Akarnya adalah diri kita sendiri. Kamu akar yang mana? yang o.k atau yang k.o??

17 Julai 2010

sayang ada, kasih ada...baru datang rindu

Aku tanpa cermin mata?? Ha...rasa macam terseksa sementara. Nak buat cermin mata baru amik masa at least seminggu gak....sama juga kalau guna lens...sebab aku ada power yang kena order dulu. Aku lebih suka guna yang pakai buang punya. Daily lens la....sebab aku tahu siapa aku, maka daily lens jadi pilihan. Huhuhuhu aku lebih suka bercermin mata sebenarnya.

Seronok berada di rumah sendiri, di teratak sendiri. Dengar radio. Repair taman...chewwaaahhh umah aku ade taman??? Repair bunga-bungaan tinggalan. Al-maklumlah dah nak raya ni kan...kenalah mula repair bunga bagi hijau, berkilat. Buat awal-awal, ramadhan nanti taklah penat sangat. Ambang syawal taklah kelam-kabut sangat. Semua persiapan dah kena buat..... sendirian, tukang mandur dah takde...so kenalah pandai-pandai adjust! Aku suka berada di rumah sendiri. Ntah kenapa naluri aku sejak dua menjak nie nak memerap kat rumah sendiri jer. Tak ada hati nak melepak umah mama. Nak buat kerja di rumah sendiri, masak di rumah sendiri, kemas rumah, kemas laman rumah. Nak jadikan rumah ini syurga yang sukar untuk ditinggalkan tanpa penghuni. Besar azam tu. Besar harapan tu. Kalau berada di mana-mana pun ingat nak balik aje. Ingat rumah sungai udang aje. Tak kira rumah mana pun, rumah bayu perdana or rumah saujana utama...hati tu ingat nak balik cepat aje....haish. Tiba-tiba aku jadi sayang sangat dengan rumah sungai udang ni. Sama macam aku sayang sangat dengan adik-adik ini....

~Fahmy, Fadzley,Farhan~

Tidak berkunjung tidak bermakna tidak sayang. Tidak dekat tidak bermakna tidak kasih. Tidak berjumpa tidak bermakna tidak ingat. Yang pentingnya....hati. Hati ini sentiasa sayang, sentiasa kasih dan sentiasa ingat. Kerana jauh itulah maka akan timbulnya rindu. Apabila sudah rindu, maka harumnya sentiasa berbau.

13 Julai 2010

Dilemma lagi?

Kasihan teratakku. Berpenghuni tetapi tidak berpenghuni. Dan aku sedang berazam untuk memberikan nyawa kepada teratak pusaka ini. Menceriakannya dengan nafas manusia. Walaupun sekadar seorang manusia. Menerangkannya dengan bacaan dan ibadah seorang hamba. Hampir suku tahun teratak ini semput. Hampir suku tahun teratak ini gelap tidak bercahaya. Hampir suku tahun teratak ini sepi dalam keriuhan. Aku teringin mengembalikan kemeriahan di dalam teratak ini. Aku ingin mulakan semula.

Dan pastinya ada sahaja dugaan yang menghalang. Begitu dan begini. Aku perlu menceriakannya juga! Tak kira, biarlah walau ada hati yang terluka mungkin? tapi aku tidak bermaksud untuk melukakan. Ada hati yang tersentuh mungkin? tapi aku tidak sengaja melakukan begitu. Ini teratakku, siapalah lagi yang perlu menjaga dan menceriakannya kalau bukan aku ? Aku perlu buktikan pada mereka dan pada dia bahawa apa yang aku kata aku akan kota. Aku mahu rutin dulu ! Fy pernah kata aku takkan boleh kota apa yang aku hajatkan, huh....akan kubuktikan! Tapi bayarannya masa aku bersama keluarganya perlu dikorbankan. Maaf....kepentinganku, hatiku, dan perasaanku serta impianku adalah keutamaan aku. Akan aku tetapkan hati ini. Dan lihatlah, aku pasti buktikan.

Maaf ma, mama zie terpaksa aku tinggalkan sementara. Maaf ma, aku di sini di teratak ini, perlu ku lakukan sesuatu. Biarlah walau aku mengerjakannya sendirian menggunakan tulang empat keratku yang tuhan pinjamkan. Insya'allah. Tinggalan orang tua ku akan aku pelihara sebaiknya. Semoga tuhan terus melindungi aku dan memberikan aku kesihatan diri yang baik. Aku tetap ingin berada lebih waktu di rumahku sendiri. Sesungguhnya rumahku adalah syurgaku.

09 Julai 2010

"Epilog" sebuah hati?


Saat membezakan antara satu perkara dengan satu perkara yang lain ada yang membawa kesan positif dan tak kurang juga membawa kesan negatif. Positifnya memberikan satu motivasi baru pada diri. Negatifnya membuatkan kita menjadi lebih jatuh...Huh?? Benarkah? Keutamaannya masih pada diri sendiri untuk menjadikannya positif atau negatif.
Kenapa boleh berepilog begini agaknya...? Ada kisah.Membuat perbezaan antara dulu dan sekarang. Seringkali kita membezakan antara dulu dan sekarang bukan? Ok...ini ada satu kisah. Diringkaskan...di 'epilogkan'.

Dulu...
Setiap kali jumpa. Salam. Atau paling tidak menyapa. Bertegur sapa.
Setiap kali berpisah. Salam. Sedikit pesanan dititipkan. Bawa kereta hati-hati. Kalau ada apa-apa call saya. Ha...walaupun apabila call tak berangkat,walaupun tak berjawab. Pesanan itulah sentiasa dibibir.
Jika berjauhan berada di lain daerah...lain negeri. SMS itu sentiasa berlagu. Khabar berita sering ditanya , selagi tidak berada dalam satu daerah yang sama, selagi itulah SMS berlagu menyanyikan irama yang sudah ditetapkan. Ada masa, kalau berada di luar kawasan yang sama pun, SMS itu berlagu. Kat mana? Best ke? Hati-hati bawak kete...dan macam-macam lagi. Wah terujanya aku ada yang ambil peduli.

Tetapi selepas hari itu....

Sekarang...
Dah tak bersua muka. Kalau pun bertembung. Senyum kambing. Atau langsung tidak dirapati.
Tiada lagi salam-salam. Tiada lagi sapaan khabar. Tiada lagi pesanan. Apatah lagi nak bertanya berita walaupun sekadar ber SMS . Dunia tiba-tiba jadi sunyi sepi walaupun dikelilingi keriuhan. Tiada lagi perkongsian cerita. Yang masih mewah berkata-kata...hanya ibu.

Ha.....kalau dulu riuh tiba-tiba sepi. Tidakkah berasa apa-apa? Kalau dulu dipeduli dan tidak lagi kini, tidakkah berasa hati? Maka adakah salah jika tiba-tiba hati menjadi sugul. jika tiba-tiba image mata berair itu menjadi identiti...? Dan salahkah jika tiba-tiba aku menjadi kekok untuk berlama-lama dan berlagak seperti tiada apa yang terjadi? Dah silapkah jika aku sebagai manusia biasa mengekspresikan keadaan hati? Semua orang memerlukan ruang untuk mengekspresikan diri kan??? Aku salah seorang. Kerana ada kalanya ia melegakan. Dah lega keadaan boleh jadi normal kembali. Setiap kepedihan tentu memerlukan masa untuk dipulihkan. Dan setiap orang ada cara sendiri untuk menangani kemurungan.

Dari kisah semalam. A mencari, bising susah nak nampak muka aku? Mai habaq lagu mana nak nampak....? Aku p sana dia takdak...balik pagi ntah kui bape....terang2 aku ada kat dapur sibuk menanak pulut untuk buat wajik...ada dia mai datang dekat menyapa? takdak kan...? Pagi bangun terus hilang . Sampai ke tengahari, aku dah kena kerja. Ha ...kompem time tu dia baru ada kot kat umah. Kang petang melepak pulak dengan buah hati. Sampai ke sudahnya masih tak bertembung wajah dengan aku. Maka , adakah silap aku kalau dia tak nampak muka aku kat umah dia? maka, adakah silap aku kalau dia susah nak tengok muka aku? Apalah nak disusahkan....datang umah aku macamlah tak biasa.....ada dia jengok? haram....sms? haram....oh kredit takde....chat fb kan ade....conclusion...salah aku kah semuanya??? i dont think so...silapnya aku cuma terlalu nak terasa hati dengan situasi ini. So stupid hooo??? sapa? Aku la....!!!

Dan...Kerana membuat berbezaan antara dulu dan sekarang, boleh menjadikan diri ini ke arah negatif...bagaimana? kecewa, putus harap, pedih hati, sakit hati, hampa....kerana yang menjadi kebiasaan sudah menjadi luar biasa. perubahan drastik..maka ia akan jadi pedih,pahit bak hempedu di hati.Positif....bagaimana? senyum saja. perkara remeh usah dipedulikan. buang masa jika dilayan. Dia tak kisah ....biarkanlah. Bukankah masih ada yang lain yang boleh membuatkan wajah tersenyum riang? maka tumpukan pada keriangan. Dan apa yang pernah menjadi milik kita itu bukankah ianya hanya sementara sahaja? Itu jangan dilupakan. Kerana segala yang kita ada dan kecapi adalah milik Allah yang kekal. Bukan milik kita. Kita hanya dipinjamkan. Tiba masa redhalah untuk memulangkan kembali kepada yang Hakiki. Yang pasti...kita akan memperoleh sesuatu yang lebih lagi. Setiap kehilangan pasti ada galang gantinya. Maka bersabar sahaja. Dan teruskan hidup dengan keriangan. Pilih yang terbaik untuk hidupmu. Lepaskan kemurungan yang merugikan. Lepaskan takkabbur di hati.

Di akhir epilog hati, semoga Allah masih dan terus melindungi diriku. Sesungguhnya Allah itu maha Penyayang.

08 Julai 2010

k.a.w.a.n ke tu?

Entry dari Cerita Jinggo tentang "sapa kawan kita.." kalau tilik-tilik susah nak jumpa. Tapi ianya wujud. Dan aku bersyukur kerana aku mempunyai beberapa kawan yang aku boleh akui...itu kawan aku...kawan dalam erti kata yang sebenar. Dia susah dia cari kita dan masa dia senang pun dia cari kita. Lelaki? Perempuan? Aku perempuan...so kawan-kawan yang 'kawan' dalam erti kata sebenar itu juga perempuan semestinya. Terima kasih semua.

Tapi lelaki pun ada juga sebenarnya. Cuma mereka tidak terlalu menampakkan keprihatinan itu pada aku. Tapi aku tahu...sebab setiap kali aku bersuara insya'allah mereka ada setakat batas yang sepatutnya. Mereka cuma melihat dan memerhati dan kalau ada yang tak sepatutnya aku buat baru aku dengar suara deme walaupun perlahan. Terima kasih kerana mereka masih ingat pesanan yang pernah arwah ayah aku tinggalkan untuk mereka. Saat mereka bertanya khabar dan berpesanan pada aku, membuatkan aku sedikit terharu. Mereka sebenarnya kawan yang prihatin. Tq guys...

Juga untuk kawan-kawan di alam maya ini. Aku tahu ada beberapa kawan yang sentiasa mengikuti dan sangat aku hargai kalau persinggahan itu dititipkan dengan pesanan-pesanan yang membina. Terima kasih kerana masih mahu mengikuti dan berkomunikasi , walau apapun sebab dan alasan, TQ.

Tapi tak kurang juga kawan yang ada kerana ada sesuatu pada aku. Banyak sebab . Sebab aku baik? Sebab aku cantik? (baik ke? cantik ke?) . Mungkin dikata baik...sebab aku tak berapa nak pandai menolak hajat orang. Mungkin dikata cantik sebab nak cairkan hati aku.Dan hasrat mereka akan aku penuhi..ntah la. Ha...atau sebab aku kaya???? kaya ke aku? (hahahaha kalau cgu aku baca - tentu dia komen aku perlu dimotivasikan! )Rasanya memang betul pun....banyak yang nak kena cuci . otak + hati )

Dan ada juga kawan yang menggunakan alasan - orang A bising sebab susah nak nampak muka aku lately....dalam hati aku 'yeke A bising?' phone aku senyap je....xde misscall dari A ...xde sms dari A....A macam tak kisah je aku ade ke takde. Lagi yang aku nampak kalau aku ada, A buat tak tahu je. Dekat pun tidak...(lately ni la). A bising kata susah nak nampak muka aku? x caya la....Orang yang menyampaikan tu yang susah hati sebabnarnya bila aku xde. Untuk aku dekat dengan dia, gunakan A pulak! Tapi aku tak kisah....sebab aku tafsirkan dia perlukan aku. Setakat yang mampu aku cuba buat yang terbaik yang aku mampu. Tapi memang betul pun...aku dah lama tak jumpa dan berkomunikasi dengan A tu. Ntah apa khabar dia sekarang. Aku pun tak tahu. Waktu aku ade, dia takde. dan sebaliknya. Timing tak pernah bertembung sama-sama ade. So bukan salah aku la kan....

Sometimes aku rasa aku suka pentingkan orang lain dari diri aku sendiri. Cgu aku pernah tanya, bila aku nak jadi diri aku sendiri? Ha...aku masih bertanya soalan tu pada diri aku sendiri...
Ada suara, untuk jadi diri sendiri mungkin aku terpaksa hampakan ramai orang atau paling tidak beberapa orang....sanggupkah??? Cgu aku ckp....aku kena dimotivasikan. Ha, satu lagi alasan dicipta supaya aku pergi jumpa cgu aku tu. Hehehehehe

Dalam dunia, ada macam-macam karektor kawan. Kawan lindung kawan ada. Kawan makan kawan pun ade. Sebab itu sekarang aku berdoa sentiasa, agar Allah lindungi aku setiap saat. Amin.

06 Julai 2010

Usah berkecil hati untuk perkara yang remeh. Biaq p la!!

Sangat tertarik hati dengan tajuk sebuah entri yang berbunyi begini ---> Teruskan senyuman. Usah berkecil hati untuk perkara remeh, kawanku. Aku jumpa entri ini di blog WATER LILI. Apabila diamati, kata-kata itu sebenarnya menyedarkan aku dengan situasi yang sedang aku alami sekarang. Huh...sungguh untuk apa kita berkecil hati kepada sebuah perkara yang remeh???? Sungguh buang masa dan menyeksakan diri sendiri. Aku terkesan dengan kata-kata yang ringkas itu. Daripada membuang masa menyeksakan hati sendiri adalah lebih baik buat sesuatu yang boleh mengembirakan hati. Lagi ada faedah....awet muda!
Kepada yang insan yang kita berkecil hati itu, abaikan sahaja. Buat-buat tak tahu. Buat-buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Lagipun bukan perkara yang terlalu besar untuk di pertikaikan. Kecil sahaja salah fahamnya. Kalu dia tidak boleh terima....biarlah. Seperti yang aku selalu pesan pada diri sendiri....yang penting, aku dah buat...aku dah cuba untuk buat yang terbaik yang termampu oleh diri sendiri. So i've done. Dia tak puas hati??? Dia patut suarakan. Dia patut beritahu apa yang betulnya...apa yang sepatutnya. So yessss....teruskan senyuman, usah berkecil hati lagi untuk perkara yang sebenarnya remah! Don't waste your time.
Masa yang ada ini sepatutnya kita guna sebaik mungkin untuk kelihatan lebih awet muda dan bahagia. Mana tahu mungkin masa yang tinggal untuk kita hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi. Semuanya adalah rahsia Allah! Akhirnya...apapun semoga Allah sentiasa melindungi aku.

02 Julai 2010

anisah....cheer up!

Herm...ntahlah. sejak hari itu. sejak kejadian itu. aku masih berasa hati. masih berjauh hati. apatah lagi bila kemesraan semakin kedinginan. ok, tapi tak semesra dulu. ah....aku je kot rasa macam tu. agaknya! atau sebab faktor usia ? keadaan? situasi? maka menjadikan aku semakin sensitif. terutama pada orang-orang yang ada dalam hati. cinta dalam hati??? ehhh...bukan....sekadar sayang dalam hati. penuhi permintaan. aku cuba yang terbaik. biarlah apapun anggapan yang diberi ...asalkan aku buat yang terbaik. untuk waktu ini, aku akui aku lebih tenang bersendiri tanpa sesiapa. semoga Allah lindungi aku.

01 Julai 2010

empty ~ empty ~ empty


empty...apa yang empty?
aku la.....
aku melihat dari jauh
aku menilai dari jauh
aku membaca dari jauh
hahaha mentang-mentang belajar pendidikan jarak jauh
semuanya aku tibai dari jauh
tapi sungguh
aku selalu melihat dari jauh
dan aku tak pernah meninggalkan tabiat itu
wajib bagiku memerhati setiap waktu
walaupun hanya dari jauh...
dekat depan mata pun
tapi hatinya tidaklah sedekat mana
terasa jauh juga
dan saban waktu ia semakin jauh
apatah lagi apabila aku menjauh
dan jauh di sudut hati
aku terasa semakin terperusuk jauh
aku bakal dijauhkan agaknya
setelah semua diperolehi
maka aku tiada lagi
ha...dunia.
hakikat hakiki
sebenarnya
aku bersendiri