cari id yes guru sktp

31 Januari 2009

Pesan Roh kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, IA akan berkata-kata Dan seluruh isi alam sama Ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin Dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi Dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat Dan IA pun memanggil-manggil Dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu IA berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim Dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada Hari itu aku telah keluar dari rumahku Dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak Dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa Dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku Dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana IA memperdayakan aku Dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana IA melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku Dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun Ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak Dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh Dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya Dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa Dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah Ada nur dimukanya Dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan Dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut Dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk Dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada Dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk Dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong Dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. Lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga Dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. Akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak TU dapat melihat kedudukannya di neraka Dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. Menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak Ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.Dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . Maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS..W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Tetak tebu buatkan dayung,
Hendak berdayung ke tanah besar;
Tuntut ilmu buatkan payung,
Hendak berpayung di Padang Mahsyar.

29 Januari 2009

Dia paling setia dan manja.

Ini Kawan paling manja yang aku ada buat masa nie. Mungkin juga paling setia dan kekal manja walaupun aku adakalanya tak kamcing dengan dia. Time aku sibuk,kami tak kamcing. Time aku kerja,kami tak kamcing. Time aku lupa kat dia, dia tetap setia. Dia tak cari pun kawan baru. Orang lain dekat dia lari. Time aku marah dia, dia diam2 je. Meowww.....tengok je muka aku. Tapi kalau dia kecik hati ngan aku. Aku panggil dia buat dono je. Tapi maintain manja dengan aku je, tak nak ngan orang lain. Itulah istimewanya kawan yang satu ini. MANJA ....tulah nama dia. Agaknya tu la sebab menjadi-jadi manja dia. Kalau orang yang tak suka..tentu kata kucing mengada-ngada!

Balik dari kerja, kalau dia tak terkurung dalam rumah dia, tentu dia lah yang sambut aku . Pagi-pagi dia dengar aku kat dapur. Dialah yang menyapa aku dulu. Hehehhe mintak di bukakan kunci rumah dia. Pusing2 keliling rumah, last2 dia cari aku kat bilik. Sayang kat manja. Bila dipanggil mesti datang punya. Terima kasih kerana ada dia, aku boleh kongsi manja. Dia kawan yang setia, kena marah ke, kena pulau ke, dia tetap setia. Dia tak lari. Dia tetap ada dan kekal manja.hehehhe....

Lipat kain dikemas-kemas,
Diletak mari di atas peti;
Baik hilang barang kemas,
Jangan kuhilang buah hati.


28 Januari 2009

Alangkah bagusnya Hari Saya pada hari ini.

Semalam....emmm, aku masih suka menyentuh hari semalam pada hari-hari ini. Kerana semalam-semalam yang banyak duka, maka hari-hari ini aku tak berapa nak ceria. Okay! Aku akan cuba jadikan hari ini baik-baik sahaja, supaya hari ini aku menjadi hari semalam yang ceria pada hari esok. Eh.....berpusing-pusing. Jangan pening, baca pelan2 kompem you all akan paham. kan..kan..kan...

Ahad aku mulakan dengan hepi tapi aku akhiri dengan tangisan dalam hati. Disebabkan senario yang semalam-semalam. Terbawa-bawa duka yang aku tak nak perap dalam hati tu sehingga esok hari, membuatkan aku terjumpa 'reaching higher' supaya bangkit semula! Kena ucap TQ pada sifu Ik untuk itu. Teringat dah janji dengan adik Nizaf nak ambil buku fizik. Hahaha aku teringat pulak assigment yang tak tersentuh lagi. So petang semalam juga aku bergegas ke Kg Jenjarom. Jumpa lagi dengan man Rowi, bik Misnah, Yati, Rina dan Nizaf.....lepak borak-borak mahu juga aku kat sana 2 jam....aku lupa kejap duka. Sebab esok aku dah penuh agenda.

Hahaha betul-betul penuh. Tak sempat berduka! Awal -awal dah pergi Port Klang. Coz kat situ berlonggok bangunan-bangunan yang kita panggil BANK......Operasi bermula.Area biasa aku hala. Buat masa ni memang nak elak hala ke Klang. Jalan dah tak berapa nak paham. Yang dua hala dah jadi sehala. Kena pusing2 jauh! So ..... alternatif aku Port Klang ler. Tengahari balik kejap dan keluar balik. Ambil emmy plak....saja daripada dia dok x buat pe2 kat rumah molek juga buat teman aku kan???

Destinasi pertama....walau TERPAKSA pegi jugaklah. Pejabat Pos Klang. Nak renew insurans + roadtax + amik subsidi. $$$$$ hehehehe. Kan dah kata.....parking takde! Tengok dari luar, Pejabat Pos penuh...manusia melimpah sampai ke luar . Emmy cadang buat kat jusco jek. Okay gak, selesai urusan leh cuci2 mata sambil tarik2 $$$$ .mentang2 la....

Destinasi kedua...Kurnia Insurans. Selesai lebih kurang 1.00 ptg. Ke destinasi seterusnya, pejabat pos jusco....Ceh....kaunter ASB offline. Tak dapat update buku akaun. kaunter JPJ offline. Tak dapat renew roadtax + subsidi. So yang dapat....bayar bil jer lah....cukai tanah+pintu,bil air+elektrik.

Destinasi keempat....foodcourt...coz dari pagi tak makan. Jam dah 1.30++. Kami pilih menu sizzling. Lama tak makan. Hehehehe sambil2 minum fresh orange. Perrgghh lega tekak. Macam biasa, kalau dah g jusco memang tak sah kalau tak menyinggah MPH. dan kalau dah menyinggah MPH tu memang tak sah keluar tanpa membawa buku! Walaupun asalnya takde pun niat nak beli buku. Pantang nampak buku aku nih. Tapi bacanya setahun baru nak habis. ekekekek.



Terpandang ADAM KHOO. Macam ada orang yang pernah pesan supaya dapatkan buku tu. So memang sambar je la! Heheheheh. Itu lah aku, nama tu memang dah lama dalam pala otak. Tu yang bila dah jumpa, sambar terus! Set....la ni dok cari yang ini plak.....tapi belum jumpa. Mesti nak dapatkan ni. Nak dengar lagu-lagu motivasi yang ada!



Keluar dari jusco, 3.00 ptg. Destinasi Pejabat Pos Klang semula! Hahahhaha memang berjodohan renew roadtax kat situ kot. But tanya dulu JPJ offline ke tak...kang sia2 pulak menunggu.So ambil angka giliran jauhnya giliran aku....kena tunggu 300 orang.huhuhuhu. Dok melangut je la. borak2 dengan emmy dan orang2 yang duduk sebelah.ekekeke. Dari 3.30ptg, giliran aku tiba pada 5.05 petang! huaaaaa kompem ayah call dah bermiscall2. Hp tertinggal dalam kete.

Keluar pejabat pos sempat lagi menyinggah kedai buku! Hahahaha duit dalam tangan. Beli buku rujukan untuk p&p pulak! Buku lagi! Memang x boleh masuk kedai buku aku nih! Sampai rumah 6.00 ptg. Berjaya....hari ini AKU TAK INGAT PUN TENTANG DUKA SEMALAM-SEMALAM. ALANGKAH BAGUSNYA HARI SAYA HARI INI. PENAT TAPI HATI SAYA TAK MENANGIS!

26 Januari 2009

Dedicate this song to all of you...friends!

Untuk teman2 dan blogger2 yang sering berkunjung menjengok seorang ~Insan Biasa~. Yang mengikuti perjalanan hidup seorang ~Insan Biasa~. Yang memberi kata nasihat dan semangat kepada kehampaan hati seorang ~Insan Biasa~....jom kita tengok ni...untuk korang-korang semua.

p/s :Hebatkan saudara IK, dah jadi pemain gitar plak! hehehe congrate to him...and Razzi.Muz.Ik : Razzi 4 Razzi,Muz 4 Muzamil and Ik 4 Irfan Khairi.



SELAMANYA

Syukurku
Kepada Tuhan
Kau di sini

Dari dulu kita bersama
Teman sejati

Ku damba kamu teman
Waktu jatuh bangun
Tak kira hujan terang
Pelengkap ku

Akan kita
Pergi bersama
Menuju bersama selamanya

Akan kita
Hingga akhirnya
Gemilang bersama selamanya

Takkan ku persiakan
Ikatan ini

Selamanya...

Lagu: Johan Nawawi
Lirik: Irfan Khairi (IK)

Untuk diri sendiri seorang ~Insan Biasa~ :

Petikan kata-kata dari Irfan Khairi (IK) diabadikan kat sini, untuk diri seorang ~Insan Biasa~ dan sesiapa yang MUNGKIN memerlukannya sama...

Irfan Khairi kata:

"Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!

So, sekiranya ada orang take advantage of you, put your chin up and smile. Sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda!"

"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SE-DUNIA"


25 Januari 2009

Keluhan Subuh

Sekadar renungan kita bersama:

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar
Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu
tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi,
tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata
Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan
penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat
sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.
Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku
dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang
paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang
kujumpa.

Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud
Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat
menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti
Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.
"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata
Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air
Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang
berpanjangan?

Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air
tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.
Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?

Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang
kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah
kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku
memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan
sebaiknya,wahai Subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan
kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila
melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"
"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikumsalam", jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap
langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.


P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?
Jawapannya... tersirat dalam diri.

Aku peroleh daripada kiriman e-mail seorang sahabat yang kukenali dengan nama panggilannya As...Terima Kasih Teman!


Mulanya begini,Akhirnya begitu.

Hari yang dimulakan dengan rasa happy coz dapat berjumpa dan bermesra dengan sedara mara. Kami semua berkumpul di Majlis Perkahwinan adik sepupu aku, Fendi. Ada juga yang dah menghadiri majlis semalam. Abang Aziz, Wak Damiri dan Wak Siman. Aku ingat dapat jumpa wak2 tu....tapi tak de jodoh. Yang ni aku terima. Hehehehe.

Aku sendiri, semua orang tanya.....ayah mana? Nak jawab apa...jawab je la ayah tak mau ikut, badan tak sedap. So...aku pergi sengsorang jer. Sejak ayah dah banyak umur ni, memang gitu la. Ke mana pun aku TERPAKSA berseorangan. Dah nasib badan. Tapi semoga nasib aku tak begitu selamanya. Amin.

Tak banyak gambar yang dapat aku snap. Kamera buat hal pulak. Huhuhuhu. Nak tunggu gambar dari pengantin..alamat lambat ler. Tu pun kalau pengantin teringat pesanan aku tadi. Ekekekeke. Selamat Pengantin Baru dik....

Nie je la yang sempat aku snap.....

Ha...hensem tak? Kuikui. Ni paman Rani : Bapak pengantin....uikssss bz..bz...bzz...


Ini antara adik-adik yang sering menjadi geng aku dalam majlis-majlis keluarga. hehehhe. Rina dan Yati. (belakang Rina-duduk bertudung: itu bik kamariah, mak pengantin). Cit ...pastu kamera bateri kong la plak. Lupa nak charge bateri malam tadik. Tak dan nak amik pic pengantin & sedara mara yang lain. Tema cekelat.



Juga hari yang diakhiri dengan situasi yang menyakitkan. Mungkin juga ini nasib aku. Tapi susah sikit aku nak terima. Aku tak tahu apakah aku akan mampu bertahan untuk menghadapi ini di sepanjang usia yang Allah berikan padaku. Aku juga tertanya-tanya, mengapa Allah memberikan aku ujian ini yang perlu aku hadapi di sepanjang usia yang bakal aku perolehi. Mampukah aku bertahan? Sampai bilakah aku mampu bertahan? Aku harus siapkan diri aku untuk menghadapi ujian ini di setiap majlis keluarga yang bakal aku hadapi di hari-hari muka. Raut wajah terlihat dengan senyuman. Raut wajah disebaliknya terasa titisan jernih mengalir membasahi hati. Mengapa aku diduga begini?



Balik ke Klang....aku bersendiri. Aku tak dapat bertahan. Jalan yang aku lalui pun ntah jalan mana. Aku redah saja. Fikiranku melayang.Nyaris tak bertembung dengan kereta yang dari arah bertentangan. Aku tersedar dan terkesima. Nasib baik sempat elak. Fikiran aku hancus...Bagaimana harus aku kuat semangat? Alhamdulillah, aku selamat! Yang pasti aku mahu habiskan kesedihan itu dijalanan. Perjalanan yang sepatutnya sejam mengambil masa yang lebih dari yang sepatutnya. Sebelum sampai di rumah . Aku teringat bait-bait kata...

HADAPI DENGAN SENYUMAN,SEMUANYA AKAN BAIK-BAIK SAHAJA.


Cerita Gambar

Kejohanan Merentas Desa SKTP pada 24/01/2009. Aku biarkan gambar untuk bercerita.


22 Januari 2009

Alamak.....Alahai....!

Alahai Ain lagi.....

Sah la janji Ain setakat menanam tebu di tepi bibir. Cewwaahhh..cam bercinta plak. Dak aih. Hari ini sampai sekolah, aku cari Ain. Tak ade! Ain datang tak? Ain tak datang cikgu! Hati aku mencebik....buat hal lagi la tuh!

Amik hp, dail no ibu Ain. Hello, assalamualaikum kak....
Belum sempat aku bertanya, ibu Ain dah sampuk dulu.
Ha....cikgu, Ain tak sekolah hari ni. Macamni la cikgu, saya bawak Ain pergi berubat dulu. Nanti dah okay, akak hantar dia sekolah. Jadinya dua-tiga hari ni Ain cuti dulu ye cikgu. Erm, kalau akak dah kata begitu, kay lah.

OOOOoooo Ain yang tipu cikgu ek....??? Tapi sekurang2nya aku tahu Ain ada dengan ibunya! Dua-tiga hari....erm...camtu kita jumpa lepas raya cina jek la. Gong Xi Fa Cai!

21 Januari 2009

Tapi saya nak.....

Kisah budak-budak kecik lagi......
Sedang aku bersiap-siap nak keluar, aku dapat panggilan . Tengok nombor. Sape nih...? Tak kenai nombor. Jawab jugak lah....sebab panggilan masuk dari no yang aku beri kepada '........' untuk hal2 yang bukan peribadi. Hal2 yang tiada kaitan dengan kerja ade nombor lain. Hehehehe

Erm....rupanya dari ibu salah seorang anak murid aku da....Ain buat hal lagi tak mahu datang sekolah. Adeh...!! Camne ek nak buat? Ibunya siap minta tolong aku cadangkan sekolah mana nak hantar anaknya tu, supaya nak sekolah.

"Ain kat mana sekarang, kak?"
"Ada ni dengan akak....dia datang tempat kerja akak...".
"Erm....xpelah biar dia kat situ dulu, nanti petang saya pergi sana ye..."

Actually minggu pertama ada 3 hari budak ni datang sekolah. Elok je, nak kata kawan usik dia ke...buli dia ke...xde pulak dia mengadu atau...kawan2 tolong adukan. Selepas tu 2 minggu x datang. Ya ampun.....Ibunya cakap dia ikut ayahnya balik K Selangor. Sangka si ibu anaknya bersekolah di sana . Rupenya 2 minggu kat sana pun x sekolah. Bawak balik sini. Elok2 datang sehari, hari ni buat hal lagi. Aku ada meeting pulak tengahari ni. So....thats why aku janji datang petang. Habis saja mesyuarat, terus minta izin keluar sekejap....jumpa budak Ain ni kat tempat kerja ibunya....nasib baik dekat, dapatlah aku ekori dak Ain. Ibunya bekerja sebagai jaga di sebuah sekolah berhampiran.

Elok2 aku sampai. Sah...Ain ada kat situ sedang menikmati air oren. Aduh la Ain, cikgu pun tak sempat nak minum tau! Aku terus dekat dan ajak pergi sekolah. Dia menolak..."tak nak". Selamba je cakap. Tak takut dan tak ada riak wajah bersalah langsung. Dia macam :seronoknya tak pergi sekolah. Cikgu datang tengok aku lagi!....EEEEEEEeeee aku sabor je la. PERHATIAN kan?

Alasan untuk tak nak ke sekolah. Kerja sekolah bahasa Inggeris belum siap. Malam tadi nak buat, mak kata nak tidur. Ha tu la pasal tak siap. Pagi Ain buat apa? Ain senyum aje. Aku pujuk, pergi sekolah. Kalau takut cikgu Inggeris, tak payah masuk kelas tu. Ain boleh masuk kelas lain. Tak nak....Adeh! Abis tu camne? Takkan tak nak sekolah langsung? Kata nak jadi polisssss.....?
Nak jadi polis kena pandai baca,pandai tulis.....kena berani. Jom ikut cikgu pergi sekolah...kelas BI dah abis dah....Tak nak, cikgu tipu! Hek elehhhh budak nih. Okaylah....hari ni last Ain cuti, lepas2 ni takde cuti lagi yea. Besok datang sekolah? Ain kata...okay...tapi saya nak ikut cikgu kalau teacher masuk....Ain masuklah kelas teacher lain. Tak nak....nak ikut cikgu....Ish pelik lah budak nih. Hati aku macam digaru2. Kelas aku tu cikgu2 yang masuk semua macam singa. Aku pun ler. Tapi....ntahla. Okaylah...ikut cikgu...ikut cikgulah. Tapi janji lah datang sekolah? Angguk jer. Ish boleh pakai ker angguk budak ni? Betul ni? angguk lagi...tapi....Ha? ada tapi lagi ke? apa? Tapi saya nak duduk kat depan sekali...takut cikgu tak kasi? Apa2lah.....tapi Ain janji datang sekolah..?

Selesai 15 minit. Okay esok kita jumpa kat sekolah yea. Aku melangkah keluar pagar sekolah. Ibu Ain, terima kasih cikgu...menyusahkan cikgu aje. Ain, bye-bye cikgu. Aku bergegas balik SK aku. Terus masuk Hormat. Dah lewat 10 minit. Lalu depan kelas Gigih....Ade sorang dok kat luar kelas, mengadap dalam kelas. Aik kak? Sapa aku pada cikgu kat dalam....hukuman ke? Sambil2 angkat kening. Ha...Nis, ni dua orang anak kau....tak terkawal! Aku jengok, elok je dua hero dok bersila depan kelas, nampak muka aku diaorang leh senyum2 lagi....Ekekekkekek...Gigih dengan Hormat....serupe jerk. Cikgunya tak sempat nak bersopan santun! Dua hero aku tu....dua hero ....Hero sungguhlah! Baru sebulan....kalau setahun, mati akal cikgu! Kat sekolah aku tu, cikgu yang paling digeruni dah pindah sekolah, agaknya dah tak larat menjadi guru yang digeruni murid2...Hahahaha (gurau jek). Tapi betul ,cikgu yang kitaorang pinjam namanya untuk gertak murid nakal, dah takde!

Ain....Di dalam kelas takut nak cakap. Di luar kelas takut hilang pulak. Setiap soalan aku Ain boleh jawab dan Ain ada alasan. walaupun alasan yang x boleh pakai. tak nak sekolah. Sekolah balik pukul 6.30....kenapa tak pukul.....

aku: lor! Ain mahu PERHATIAN. Esok, aku tunggu Ain dalam kelas!

19 Januari 2009

Hari Ini untuk Hari Esok

Indahnya kata-kata, cantiknya bahasa...membawa maksud terpulang kepada yang mentafsir. Aku pinjam kata-kata indah ini, untuk diriku sendiri. Menyedarkan aku tentang kebenaran maksud yang disampaikan.

++++++++++++++++++++++++++++++
tidak semua kegembiraan hari ini
meraih kebahagian hari esok
dan
tidak semua kepedihan semalam
menggamit kelukaan hari depan
+++++++++++++++++++++++++++++++

Betapa benarnya tidak semua kegembiraan kita hari ini menjanjikan kebahagian untuk hari esok. Setiap kita yang berduka hari ini, apakah duka kita itu datangnya sejak azali? erm....tidak, kerana kita pernah berbahagia suatu ketika dulu. Dan adakah setiap kita yang pernah mengecap kebahagiaan tidak pernah terluka jiwanya? Pasti ada, walau sedikit. Dan kerana kelukaan yang tidak kita mahu diwarisi terus zaman berzaman lalu kita bangkit dan akhirnya mengecap bahagia.

Aku cuba bangkit dan bangun dari jatuhku. Walaupun terpaksa bermula semula di permulaan garisan. Walaupun terpaksa berdiri berkaki ayam...untuk bertatih semula. Kepedihan semalam belum lagi menjanjikan penderitaan untuk aku pada hari esok. Aku tanam itu dalam akalku.

Hari semalam yang berlalu, aku biarkan.Aku tinggalkan. Semuanya kenangan. Yang pahit Yang manis jadikan pengajaran dan pedoman. Tak perlu terlampau difikirkan. Ia sudah pun berlaku! Hari ini sedang berlangsung. Tumpukan sepenuhnya, supaya hari ini berlangsung dengan lancar. Supaya hari ini adalah yang terbaik untuk kita. Peringatan untuk AKU. Hari esok. Itu adalah esok. Sesuatu yang kita belum pasti apa yang ada di penghujungnya. Jadi, tidak perlu menghukum hari esok pada hari ini. Kerana esok belum pasti kewujudannya.Belum pasti akhirannya. Juga tidak perlu menghukum hari ini kerana hari semalam. Kerana semalam telah pergi dan tidak akan kembali lagi. Apa yang perlu, pastikan hari ini menjadi lebih baik dari semalam. Utamakan HARI INI, kerana hari ini yang akan melakar lukisan hidup hari esok. Sedarlah seorang AKU.

Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Perkara yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

17 Januari 2009

Secebis kisah petang Sabtu

Supaya tidak terlampau banyak sawang.....ekekekkek....

Okay...take out your M1.....

teacher...buku saya takde la
teacher....buku tinggal
teacher...buku tak bawak

Ala...ni tak best nak dengar nih...
Check la betul2...kalau teacher check jumpa
Ha...camne?

Takde, teacher...

Aku kuar jap...menuju galeri wawasan aku..
Jengok...sah, buku ada situ!
Camne la aku leh lupa, aku dah kutip buku tu ...
(minggu kepala cikgu tgh blur) heheheh
Cepat2 sambar , masuk kelas semula

Fitri Yanti:
Ha....tu buku kitaorang
Adapun kat teacher...
Camne la teacher boleh lupe?
Teacher nie....
Teacher...teacher....

Cewah...cewah....budak kecik nih sekali dia berleter plak kat teacher dia.
Wakakakakak...aku control..aku control
Sib baik aku tak marah2 deme tadik!hehehhe

Teacher balas leteran Fitri:
Ale...teacher kan dah tua...
Kalau awak ingat buku ni ada kat teacher,
Kenapa masa teacher suh cari n keluarkan
awak pun sungguh2 cari
Siap kata tak bawak lagi....

Fitri,Fifi senyum jer...ala teacher nie...

Fifi plak cakap kat Fitri;
Tu la kau, kan dah kena muka kau balik...

Ekekekek deme gelak sendiri.

Alahai.....cute pulak budak2 nie berleter .....bijak bercakap
bijak menjawab....aku sabor jer...
Tapi part aku suh tulis baca....
Lagi2lah banyak aku kene sabor!

14 Januari 2009

Suria tak indah, mendung menjelma

Salam....8.30 tadi dapat sms ....1 dari puteri....1 dari k sal....isinya same. Sms yang di"kopipes" je ni...foward,foward msg yang berbunyi begini :
  • Ayah Sul meninggal. xcident.innalillahi wainna ilaihiro ji un....
  • bila? sul dah balik?
  • tadi kul 8.00. kami teman k sul balik dengan jiran.
  • katne sekarang?
  • lagi 30km sampai k selangor.
Semoga perjalanan mereka selamat pergi dan balik. Semoga Sulhana bersabar dan tabah menghadapi situasi yang tentu2nya sukar bagi seorang anak. Kita sedekahkan Al-Fatihah , semoga roh arwah dicucuri rahmat yang Esa. Amin.

Senyumanku kian pudar. Suria tak indah. Mendung datang menjengah.

Senyuman yang masih dalam Impian

SENYUMANKU HARI INI
TERBITNYA TIDAK SEINDAH SURIA....

sehingGa suAtu SaAt wAkTU, TidAk seManis SenyUmaN ImpiaN

12 Januari 2009

Hadapi dengan senyuman?

Dok terpikir-pikir nak post tak..nak post tak...tapi hati ni asyik berkata-kata. So at last ambil keputusan post je la. Bak kata kengkawan blog yang lain tu...."dah ini kan blog aku...suke hati aku la nak post apa pun"...heheheh . So berdasarkan itu maka saya membuat post luahan rase .....ahaks!

Pejam celik dah masuk minggu kedua persekolahan. Tiga hari sebelum minggu persekolahan bermula, saya dah pun menjengok2 kelas yang dipertanggungjawabkan untuk saya. Kira, bilangan meja kerusi ok? ok....cantik. Belek2 papan kenyataan depan belakang. Langsir kelas. Almari buku. Banyak gak la yang perlu di make up kan. Paling ketara, papan kenyataan. Siap...saya tampal kertas baru kaler biru. Semua papan kenyataan tu saya hias simple....tak kira bahagian cikgu petang ker....cikgu pagi ker....saya pukul rata semua. Supaya seragam. Kalau harap masing2...alamatnya nanti kaler x serupa.x seragam...pada saya tak cantik! So...nak seragam punya pasal, saya buat lah sekadar mungkin papan kenyataan tu. Bab alas meja, bunga hiasan saya pas kat cikgu yang kongsi kelas ngan saya la. Heheheheh...sekali dia pilih alas meja kaler meroon da.....Cuba imagine....papan kenyataan biru....alas meja merah....dinding kuning langsat...okay tak? Heheheheh

Then....Sabtu lepas ada plak taklimat ngan GB....sekali GB nak semua papan kenyataan tu di cover ngan kain lah plak! Heh ele.....sio-sio je saya kuar duit hias papan kenyataan tu. Guna pakainya tak sampai sebulan lagi ha...Kain kaler meroon petang tadi nengok dah ada dah kat bilik guru...dalam minggu ni pasang la kot. Saya, diam....jadi tak terkata-kata la plak...walaupun hati ada gak berbisik2....#&^#^@ gitu la...Silap tindakan ke, saya ni? Almaklumlah dulu2 GB semua lelaki, dapat ayah kan....xdelah amik kisah sangat hal2 hias kelas ni. Hiasan kelas bulat2 serah kat guru kelas. Tahun ni pulak dapat mak....pepaham je la. Dah kita anak...kena lah ikut cakap mak....tak karang, tak cium syurga plak...hehehehe. Tu yang terkadang-kadang boleh terbantut kalau2 ada perancangan sendiri. Ibaratnya...buat salah. Tak buat pun salah....-->di sini saya confius.

Walau bagaimanapun, warna kain mak tetapkan, kainnya pun mak yang tetapkan. Anak-anak hanya perlu siapkan apa yang perlu di lekatkan kat papan kenyataan bahagian depan. Mak dah senaraikan dah...iaitu, jadual waktu kelas, kalendar, visi dan misi sekolah, senarai nama murid kelas, jadual bertugas, pelan kelas, dan pelan laluan kecemasan kebakaran. Dan papan kenyataan belakang kelas plak....info2 yang ditampal tu mesti ditukar setiap bulan.

Diakui la....jagaan ayah lain, jagaan mak lain. Eh, terlintas di minda-Agaknya bagaimana saya hari ini jika saya mendapat jagaan daripada seorang yang bergelar MAK? Usia saya dah 30 pun ni ha,Ermmm....apapun, saya tetap bersyukur kerana masih berjaya walaupun ayah menjaga saya dengan tulang empat keratnya seorang diri selama 26 tahun ini....Terima kasih ayah....kerana saya pada hari ini.

HADAPI DENGAN SENYUMAN, SEMUANYA AKAN BAIK-BAIK SAJA. ahaks! I'll Try bebeh...

Dewa-dewa melihat sakti,
Diam dalam gua batu;
Jangan kita susah hati,
Susah ada tuhan membantu.

11 Januari 2009

Nilai suatu penilaian


Pandangan saya, seawalnya hanya melalui pendengaran. Kita dengar begitu dan kita dengar begini. Ada yang berkata macamni ada juga yang berkata macamtu. Kita berkata bagaimana? Biasanya kita berkata berdasarkan penilaian yang kita buat setelah mendengar yang begitu begini. Iye ke? Banyak yang baik-baik kita dengar, positif penilaian yang kita bina. Banyak yang buruk-buruk kita dengar, negatif penilaian yang kita ada. Itu dia....pandangan kita yang pertama. Yang mungkin boleh jadi kekal dalam minda kita? seperti CINTA PERTAMA ? gitu? hehehe

Setelah mendengar ke fasa melihat. Penilaian yang telah kita buat kita bandingkan pula setelah berhadapan sendiri dengan apa yang kita dengar. Penilaian kedua boleh berubah daripada penilaian yang awal. Mungkin juga tidak. Masing-masing ada view tersendiri. Tapi itulah.....CINTA PERTAMA tadi tidak semestinya kekal dengan kita. kan? Penilaian berubah! Kita beralih pada CINTA yang seterusnya.

Mendekati dan mengenali apa yang telah kita nilai. Dan pada waktu itu baru kita membuat penilaian yang terakhir. Dan terimbas kembali, penilaian dari pendengaran semata. Juga penilaian melalui penglihatan. Rata-rata mengatakan....don't judge a book by its cover! Tapi....cover tu penting juga untuk menarik kita menyelongkar misteri yang tersimpan di sebaliknya. Yang penting....dengar,dengar juga. Yang harus.....lihat,lihat juga. Tapi kita tidak patut terus terima atau tolak apa yang kita dengar apa yang kita lihat.

Ada kacang tumbuh di hilir,
Akar menyangkut di bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
Jangan menyesal di kemudian.

10 Januari 2009

Sktp hari ini...

Cikgu-cikgi

Ucapan

Yeay..yeay...hadiah

Makan time

.: Menu :.
Nasi Ayam
Sirap Limau

SKTP HARI INI

SKTP hari ini
Kenal Pn. Guru Besar
Kenal cikgu pemulihan
Cikgu pra belum ada

SKTP hari ini
Hari erat silaturrahim
Antara warga sekolah

SKTP hari ini
Kerjasama
Buat kerja sama
Bersih kelas
Deko bilik darjah
Belum selesai

SKTP hari ini
Merai rakan taulan
Sembang-sembang
Makan-makan

SKTP hari ini
Ukir senyum di bibir
Terbit ceria di hati



09 Januari 2009

MYTS

Apa maknanya impian..
Datang dan pergi…
Membawa hati menyusuri kembali..
jalan2 sepi….
Kau kah di situ yang menantiku
Atau jelmaan hidup kenangan yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta…
Siapakah dulu membina harapan..
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba2 datang dan menghilang

Kau bayang2..masa nan silam..
Ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah.

-lagu dolu2 mengusik jiwa kalbu-
muzik

08 Januari 2009

Gelagat yang begitu begini

Saya nak story sikit gelagat beberapa orang murid kelas 2 hormat....setakat yang saya dah nampak 4 hari ini. Dah pernah bagitau dulu....saya ni kesabarannya tak tinggi melampau. Tahun ni kena belajar memupuk sikap sabar yang melampau dalam diri. Sebab....
  1. Siew Ching - dia ni lain sikit. Tersangatlah lemahnya. Suruh salin 3 perkataan pun....ntah apa yang di salinnya. Apa lah akan jadi jika di suruh menyalin ayat....boleh diagak. Sabar.
  2. Soffia - yang ni pulak, nampak macam okay. Sosial dalam kelas boleh la tahan. Berani lah juga. Cuma kalau di suruh membaca, atau menjawab pertanyaan.....haaaaa mulalah dia belek2 kuku dia dan dan tu jugak. Tak pun tengok2 lantai....kibas2 baju...padahal xde habuk or sampah pun melekat kat baju tu. Ada masa toleh2 belakang....walhal dia berada di belakang sekali! sah2 xde sesapa kat belakang dia dah. Ishhhh....x tau plak kalau dia nampak ada orang lain!....(remang bulu roma plak....).
  3. Izzati - dia ni nampak macam kurang. Tapi okay la jugak. Boleh membaca tapi kena eja dulu la. Satu perangai dia...satu hari entah berapa kali nak pergi tandas. Kerana itu, hari ni saya buat peraturan baru, satu waktu hanya 2 org je leh g tandas. Zalim ker? Tapi kalau dah terkepit2 tu xdelah saya zalim nak melarang! Buat susah diri sendiri je nanti....hehehehe
  4. Irffan - budak sorang nih...kaya dengan senyuman. Kena marah senyum. Kena denda senyum. Betul ke tak ntah......senyum 24 jam. Xde muka toyo, xde muka sedih, xde muka bersalah, xde muka malu ngan kengkawan. Heh ele....psiko tul!
  5. Putra Aqasha - Comel jer....cute jer....kecik jer. X pernah dengor dia menjerit lagi. Sorang lagi mulut penuh intan berlian. Ha ni la dia. Pasif dalam kelas. Susah juga xmo bersosial ni. Nama...glamour. Mudahan2 nama tu bawa tuah kat Putra!
  6. Ain - budak baru ni. Bertukar dari sg buloh. Saya selesa dengan Ain. Banyak2 budak dalam 2 hormat, rasanya Ain salah satu budak perempuan yang boleh di harap. Membaca ok. Tulisan pun ok. Boleh tolong saya untuk bantu kawan2 dia belajar ni. Hari ni dia ponteng plak. Petang tadi pakcik/makcik dia dtg sekolah bagitau....Ain tak nak g sekolah sebab teacher Mooi garang! Lor.....garang ke si Mooi ni....saya dah janji esok akan jumpa cikgu Mooi, dan Ain dah janji tak ponteng sekolah lagi. Ain...ain....
  7. Shuhairie - saya suka tengok muka dia yang encem....heheheh . Dalam hati kompem besor nanti banyak budak pompuan suka dia nie. Heheheheh. Nie sorang lagi suka senyum...ada lesung pipit. Tu yang mahal tu kot. Tapi dia ni xlah macam irffan yang 24 jam senyum. Ada gak lah nampak riak takut kat muka kalau xde buku.Muka encem....tapi tak tahu membaca....leh jatuh saham encem.Ishhh....
  8. Fitri Yanti - Minah ni kecil molek. Rambut pendek. Keletah...tapi lambat buat kerja.
  9. Arif Haikal - Budak lelaki dalam 2 Hormat yang tersenarai sebagai salah sorang calon ketua darjah. Boleh baca, boleh tulis. Berani tapi....lambat buat kerja. Adehhhh.
  10. Noor Zaidi - Sorang lagi calon ketua darjah. Bolehlah ....... membaca - kena eja dulu. Boleh di harap. Seminggu dua ni nak kenal dulu budak2 ni semua. Pening gak nak pilih sapa layak bantu cikgu untuk memimpin kelas!
Sepuluh orang yang dah ada dalam memori minda saya. Masih ada 22 orang lagi. Masih dalam proses mengenal dan mengingat serta memaham....hahahha...Alahai 2 Hormat....korang-korang menguji kesabaran cikgu betullah!

Anak haruan mudik berenam,
Lumba-lumba menyusul tebing;
Sama mencecah si hati kuman,
Susah senang sama membimbing.


07 Januari 2009

JJCM-Satay

Makan lagi...kali ini JJCM belah malam. Mulut ni la gatal dok tanya Puteri bila nak g makan sate. Tup tup petang tadi sampai je rumah.Puteri sms ajak g makan sate. Uiks...bior betoi, saya bergurau2 betul2 dia ngajaknya. Siap minta bawa emmy lagi tu. So, saya sms emmy....lampu hijau. Puteri sms Bia, lampu hijau. Maka, last minute planning tu pun berlangsung dengan jayanya. heheheh Kami pilih sate Hj Samuri yang terkenal kat Kajang tu....eh, tapi xdelah sampai ke Kajang, cawangan kat Bukit Tinggi,Klang ada....xyah g jauh2.

Hehehhe yang kelakarnya, orang Klang boleh sesat kat Klang. Wakakakakak....salah masuk lorong daaaaa. So pusing2 makan angin dulu la sebelum makan sate. Walhal masing2 dah lapo dah time tu. hehehehe.About 9.30 kitaorang sampai, 4 jenis sate jadi pilihan. Ada 4 orang kan....4 la seleranya. heheheh sate ayam,daging,perut dan hati. Sikit je 10+10+10+5 cucuk jer. Sedap juga sesekali berkumpul dengan kawan2 makan kat luar. Dah lama tak buat aktiviti camni sejak best friend saya cikgu wana sambung belajar. Huhuhuhuh.

Cikgu..balik ke? Beg?


Dah dua hari waktu akhir sekolah, perkarangan sekolah penuh dengan ibu bapa. Paling menyesakkan yang menunggu di depan tangga.Ishhhh aiiii. Hari ini, hari yang ketiga. Petang tadi kami buat latihan waktu balik. Laluan yang sepatutnya dilalui sehigga ke depan pintu pagar. Khasnya untuk murid-murid tahun 1. Murid yang baru pertama kali di alam persekolahan, heheheh cikgu kita nak balik ke? Beg kenapa tak bawa? ......eh....belum lagi. Ini kita cuma buat latihan. Cikgu nak tunjuk kat awak macam mana nak balik. Kena beratur, jalan elok2, jalan baik2 jangan tolak2. Saya setakat pasang telinga perbualan seorang guru bersama muridnya. Bagus murid sekarang ni....berani bertanya!. Untuk tahun 1 ni kami buat 2 round. Selesai tahun 1, terus ke tahun 2 dan 3. Seround je. Cuma nak refresh kat deme cara nak balik. Diaorang pun dah tahu dah jalan mana nak ikut. so, mulai petang tadi, pintu pagar dah ditutup. Ibu bapa perlu menunggu di luar pagar sekolah. Baru la lapang sikit.....

Dalam pada masa membuat latihan untuk tahun 3 tu, yang mana tahun lepas tu anak murid saya. Masing-masing lalu depan saya biasa saje. Saya pandang setiap pergerakan mereka. Budak macam biasa....depan cikgu baru nak masuk baris,jalan elok2. Jauh dari cikgu, mulalah usik kawan, jalan tendang2.....dah nama pun budak. Dalam ramai2 yang saya ajar tahun sudah...semua sekali lebih kurang 90 orang la....cuma seorang sahaja yang ...."hai cikgu...." sambil senyum. Dalam masa 3 hari bersekolah, sudah dua kali hai saya dapat dari murid tersebut apabila dia bertembung dengan saya. Murid yang selalu saya jerit namanya dalam kelas!....Murid yang selalu saya tanya....."awak buat apa tu? buku mana?"....jawapan yang selalu saya terima..."ada cikgu, tadi saya dah masukkan dalam beg sebelum pergi sekolah...tapi mana ntah.."... ishh...atau "bukan saya dah hantar kat cikgu ke?" ...padahal saya tak kumpulkan pun buku tu. Erm....macam2 muslihat budak2 sekarang ni!

Siew Ching

Untuk Siew Ching dan seluruh kelas 2 Hormat. Terpaksa..Perlu tingkatkan kesabaran nak mengajar kelas hujung-hujung nie. Pening juga. Setiap satunya punya perangai yang tersendiri. Siew....hehehehe satu-satunya murid berbangsa cina dalam kelas ini. Agak berlainan....tidak 'senormal' rakan-rakannya yang lain. Dengan murid di 2 Hormat....sabar wajib berganda. Dengan Siew Ching...sabar berganda itu perlu berganda-ganda.

Ada satu kisah....lucu juga bila diingat kembali. Saya memintanya mengulang semula apa yang saya sebut, yang saya baca. one hundred, two hundred......untuk kelas ini cukup sehingga five hundred. Sekadar mereka menyebutnya dengan sebutan yang betul. Setiap seorang perlu membacanya. Pujian untuk yang berjaya membaca dengan betul dan jelas. Bila semua dapat pujian. Xdelah lagi takut2 nak membaca,xde lagi malu2 kucing nak menyebut. Malah berebut2 nak baca...."cikgu...saya....? " Tanpa di arah....mereka menyerah diri untuk membaca. Untuk jagi cikgu kepada rakan-rakan lain. Wah..seronoknya mereka boleh jadi cikgu. Hehehhe. Hingga tiba giliran Siew Ching.....walaupun ada sebutan yang kurang jelas....puji jugalah....good....give a clap...semua bertepuk, sebab Siew Ching boleh baca. Dengar tepukan....air muka Siew Ching berubah....menangis.....Adehhhhh awat plak dah....bila ditanya Siew Ching geleng2 kepala sambil pandang cikgu sambil pandang rakan yang di sebelah. Cikgu tanya Siew Ching tak nak jawab. Cikgu minta rakan tolong tanyakan....mungkin takut cikgu marah kot....Minta tolong Ain tanya pada Siew Ching....."cikgu...Siew Ching nak balik....." kata Ain. Ah sudah....tapi macam biasa budak2 nangis ni saya tak layan sangat, sebab kalau dilayan makin kuat raungnya....hehhhee.

Pada Siew Ching saya tanya....nak balik? Siew Ching angguk. Saya kata Siew boleh balik lepas belajar moral. Okay? Siew Ching angguk. Hehehhe sib baik senang, moral subjek terakhir pada hari tersebut. So , memanglah Siew Ching boleh balik lepas belajar moral. Ekkekekek...Saya memang wajib menuntut ilmu cara nak berhadapan murid macam Siew Ching! Sabar paling penting.

06 Januari 2009

Aku adalah si polan...si polan...

Pentingkah sebuah gelaran pada kita? anda? kamu? engkau? u? Kecilkah kita jika tiada gelaran ? Hebatkah diri kita dengan adanya gelaran? Bergelaran atau tidak , kita semua .... sama-sama ada hati. sama-sama ada perasaan. Mahu hati kita dijaga...hati orang kita jaga. Mahu perasaan kita dipelihara...perasaan orang kita pelihara.

Hanya kerana nama, hanya kerana gelaran atau hanya kerana panggilan, mewujudkan jurang. Tidak semua orang kita kenal. Dan tidak semua orang kenal kita. Tapi masih ada yang bersangka semua orang kenal mereka yang ada nama, yang ada gelaran...yang ada panggilan. Aku adalah si polan...si polan.....tak kenal? Kita bukannya sempurna. Boleh kenal sekadar melihat muka. Tapi begitulah, sememangnya kita semua insan tak sempurna. Bersangka semua kenal muka....mana boleh? itu tanda orang yang bersangka tidak sempurna. Masih ada kesilapan. Tiada siapa terlepas kesilapan. Bukankah begitu? Ada yang mudah dimaafkan, juga sebaliknya. Tapi tak perlu di war-warkan ke serata alam. Kerana yang berbuat silap itu juga ada hati ada perasaan.

Berdentum guruh di papan,
Kilat sampai atas batu;
Apa masalah dalam badan,
Tolong huraikan satu persatu.

05 Januari 2009

Satu hari yang macam2

Satu hari yang macam2. Walaupun sebenarnya hari-hari adalah hari yang macam2. Hehehehe faham ke? ayat pusing2 ni....faham2 la erk. Mungkin sebab saya sedang bermacam2.

Pic ni sempat saya rakam waktu sekolah berakhir di hari pertama sekolah. Awal2 tak dan nak snap. Macam2 pula yang jadi. PA system wayar putus....ntahla macam kena potong jerk. Tak tahulah guna gunting? pisau? or gigi "mak ti" ke... So kelam kelibutlah sekejap. Maklum dataran bukan setakat budak2 kecik je yang berkumpul. Mak ayah pun ade sama....mana nak lapangnya.

Dah masuk kelas, mak ayah dok bersidai belah koridor, kalau yang tahun 2 pun ada dok tepi2 apatah lagi yang tahun 1. Sayangnya nak tinggal....awal tahun. Jemput anak depan pintu kelas. Depan tangga menyambut. Anak baru nak kenal sekolah...begitulah prihatinnya. Sayang anak. Tapi apa jadi hujung2 tahun? atau setelah anak dah rasi di sekolah 3-4 tahun? Tak payah lama2 la ,setahun cukup.Hari dah nak gelap masih tak nampak bayang jemput anak dari sekolah. Dah tak sayang ke? Bersangka baik....mungkin ada hal....terlewat....terlambat. Siapa bertugas tu tolong la hantar....mana tahu lambat laun kita pulak terlewat...terlambat, adalah juga ihsan sesiapa pada anak kita. begitu bersangkanya. Oh.....rupanya ayah sedang sibuk membaca surat khabar di anjung rumah! xpe.....nanti ada orang tolong hantar...... Bukan semua segelintir saja.

Ketuk-ketuk harimau garang,
Keling pandai cakap jawa;
Harimau batuk buaya mengerang,
Kucing di rumah sakit kepala.

Cuma tuan punya badan jer....

Setiap dari kita melalui jalan-jalan kehidupan yang tersendiri. Masing-masing ada cerita masing-masing. Terpulang kepada diri setiap satunya bagaimana untuk membawa haluan. Aku...masih dengan haluan aku...tiada sesiapa yang menuju ke arah derita. Begitu juga aku dan korang-korang juga. Tapi kalau derita yang terpaksa kita lalui mahu atau tidak kita TERPAKSA lalui,sebelum kebahagiaan kita temui. Dan rata-rata akan kata....i pun faham...aku tahu....saya pernah rasa juga. Sama ke? apa yang aku lalui dan anda, awak, kamu, kau lalui? kompem tak sama. Apa yang menjadikannya serupa ialah kegetirannya menempuh penghidupan. apa dan bagaimana masing2 cara. Setiap dari kita Allah dah jadikan berbeza! Berbeza dari pelbagai segi, pelbagai sudut. Kuat di sana, lemah di sini. Hebat di sana, mungkin tidak di sini. Menang di sini, mungkin kalah di sana pula.

Persekitaran kita, pun bukannya sama. Orang-orang kuat di sebelah X tak sama kuatnya dengan orang-orang kuat di sebelah Z,malah mungkin melemahkan lagi!. Dan setiap dari kita takkan boleh jadi sama. A tak boleh jadi B. B tak boleh jadi A. B tetap B. A tetap A. Persamaan yang boleh kita caturkan hanyalah bagaimana untuk memujuk diri kita, anda, awak, kau, u , kamu supaya menyelusuri jalan-jalan kehidupan ini dengan pengalaman yang diperolehi. Samakah pengalaman itu? TIDAK! dan pastinya cara untuk menghadapinya juga turut tak serupa. Mungkin ada sedikit persamaan, tetapi hakikat sebenarnya tetap berbeza. SAMA TAPI TAK SERUPA. Akhirnya, tiada siapa sebenar2 faham kecuali tuan punya badan dan Dia.

Ada damak ada ipuh,
Naik ke bukit nampak sumpitnya;
Emas perak senang disepuh,
Kalau besi nampak karatnya.

04 Januari 2009

Eeeda-As-Yusma : Aku dah cuba..dan masih cuba...

Eeeda...As...Yusma...aku dah cuba. Sepenuh hati. Baca buku yang buat hati bahagia. Dekati insan-insan ceria. Kenali manusia-manusia bermotivasi. Aku pening la. Masih tak berjaya. Ada masa tengah cuci pinggan pun terimbas kisah lama. Sedang sibuk-sibuk menyapu pun flash tu ada. Waima sedang membaca terngiang kata-kata. Aku dah sibukkan diri tapi memori tu tetap menunjukkan diri. Baru beberapa langkah aku melangkah ke arah cahaya, tuhan sampaikan pada aku berita yang meluluhkan jiwa. Aku sabar. Buat biasa-biasa macam tak ada apa-apa. Hakikatnya...menipu diri sendiri saja. Aku masih cuba.

Sebelah tangan jari lima,
Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
Sampai masa peria tumbuh.

03 Januari 2009

Ntah la.....

Ntah la.Tak tau dah nak wat camne lagik.

Semalam saya leka ngan kerja2 kat sekolah...
~ kenapa lambat balik?~
Maklumlah berjam-jam masa dihabiskan dalam kelas,sorang diri.

Hari ini saya leka ngan HSP. Keluar kejap pegi beli ink printer.
~cepatnya balik~
Maklumlah keluarnya tak sampai satu jam pun, sorang diri.

Petang tadi saya asyik mencetak tak berhenti.
~nisa....dah la tu, berenti~
Bosan dengar pencetak saya memekak agaknya.

Malam ini asyik pula dengan majalah yang belum abis dibaca.
~nisa....senyap aje,dah siap ke kerjanya?~
Pelik apabila saya sepi menyendiri agaknya.

Hehehehe ntah la saya nak tafsir bagaimana...
Saya yang tak faham atau ....konpius plak saya.
apa ek.....ntah la.....

Seorang berkuda seorang berlembu,
Takkan sama dengan tapaknya;
Tuan sutera saya belacu,
Takkan sama dengan coraknya.


Senyum seindah Suria

Mengapa perlu senyum...
  1. Meghilangkan stress-ia boleh menghilangkan rasa penat,bosan dan sedih.Apabila menghadapi tekanan,cubalah untuk tersenyum kerana ia boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi dan fikiran menjadi lebih tenang.
  2. Meningkatkan sistem imun-Sistem semasa bekerja menjadi lebih baik.Ia membuatkan seseorang itu berasa tenang.Hasil penelitian,senyuman boleh menghilangkan batuk dan selsema.
  3. Menurunkan tekanan darah-Tekanan lebih rendah ketika tersenyum.Cuba catatkan tekanan darah ketika tidak tersenyum dan semasa senyum. Lihat perbezaannya!
  4. Awet muda-Senyuman banyak menggerakkan otot-otot muka.
  5. Senyum itu ubat-Ia ibarat ubat dan hormon endorfin daripada senyuman dapat menghilangkan rasa sakit.
  6. Mengubah perasaan-Apabila merasa sakit,cubalah untuk tersenyum. Hasil kajian senyuman dapat mengubah perasaan yang dialami.
  7. Riang-Ketika tersenyum suasana akan menjadi lebih riang dan bahagia. Malah orang sekeliling akan ikut tersenyum.
  8. Kelihatan sukses-Anda berkeyakinan,mempercayai diri dan merasa lebih baik.
  9. Berfikiran positif-Mungkin amat sukar tersenyum ketika memikirkan perkara buruk. Ini kerana ketika tersenyum,tubuh menerima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.
  10. Menarik-Orang yang banyak terenyum memiliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling merasa senang.

Jenis-jenis senyuman.
  1. Senyum sinis atau egois-Senyuman yang berbentuk perasan dendam membuatkan seseorang yang melihatnya akan sakit hati.
  2. Senyum menggoda-Bertujuan untuk menggoda seseorang.
  3. Senyum ketabahan-Senyuman daripada seseorang yang menghadapi masalah dan tabah menempuhinya.
  4. Senyum tegar-Senyuman yang menghiasi bibir dan mempunyai kekuatan dalam hidupnya. Wakaupun menghadapi masalah berat sekalipun,tetapi ia masih mampu tersenyum.
  5. Senyum tulus-Sebuah senyuman yang datang dari hati yang paling dalam untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan seseorang.
(Majalah Rapi-Januari 09)

Hari ini, senyuman yang mana menghiasi wajah kita?

Kalau tuan mendaki bukit,
Bukit didaki terlalu tinggi;
Sungguh cantik bulan terbit,
Ada bintang bertambah seri.