Siapa Insan Biasa




IB adalah seorang cikgu. Anak muridnya menggelarnya Cikgu Anisah. Anak kepada En. Ahammed (Ahmad) @ Mohd Borham dan Pn. Siti bt. Kassan. Anak ketiga daripada lima orang adik-beradik. Tetapi menjalani hidup sebagai seorang anak tunggal selama hidupnya. Menerima jagaan penuh kasih sayang dari seorang yang juga bergelar bapa tunggal.

IB mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas , Sg Udang , SK Kebangsaan Telok Gadong pada tahun 1985. Menyambung pelajarannya ke sekolah menengah di SMK (P) Methodist, Klang dari tahun 1991-1995. Pada tanggal 26 Ogos 1999 telah diterima untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Raja Melewar sehingga berjaya mendapatkan Diploma Perguruan dengan kepujian dalam opsyen Pendidikan Matematik dan Pengajian Melayu.

Tamat pembelajaran, terus di tempatkan di SK Telok Pulai pada 20 September 1999 sehingga kini. Pernah dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2006. Semasa dalam perkhidmatan, IB telah diterima sebagai pelajar PJJ di Universiti Terbuka Malaysia pada tahun 2006 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan kepujian pada 22 Jun 2010.

Selesai kisah pendidikan dan kerjaya. Kisah lain? Hahaha masih lagi sendiri. Kini menetap di Klang dan rakan sekerja menjadi peneman. Time cuti housemate balik kampung, IB balik Jenjarom. Insya'allah kalau sudah sampai ketetapan dari-Nya akan berdua bersama..............................(sape ek)....calon-calonnya....
1...............
2...............
3..............
4..............

1,2,3 semuanya bukan jodoh barangkali. 4 ntah la....siapa....IB pun tak tahu lagi. Nak tahu....tunggulah sampai masa akan di update.

update terkini....

Telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Annuar b. Jaafar . Sangat hepi menjalani hidup bersama insan tercinta. Mudah-mudahan berkekalan hingga hujung nyawa...hingga syurga...dan aman dunia akhirat.