cari id yes guru sktp

24 Disember 2008

Bagai Pinang....

Bagai pinang dibelah sepuluh
Seorang kurus seorang gemuk
Apa nak kata kalau dah jodoh
Tak perlu dipujuk-pujuk

Bagai pinang dibelah dua puluh
Seekor gajah seekor semut
Apa nak kata kalau tersurat
Tiada siapa boleh nak sekat

Bagai pinang dibelah tiga puluh
Satu bergalah satu beranting
Apa kisah orang mencemuh
Dia kata puas hati itu yang penting

Bagai pinang dibelah berpuluh-puluh
Pejam mata tutup telinga
Ada suara merungut dan mengeluh
Dia buat-buat pekak saja

Bagai pinang yang dibelah-belah
Orang sebelah menjelir lidah
Di depan ucap kasih ucap sayang
Di belakang rupanya standby dua tiga orang

Sekadar berjenaka di pagi hari
Buat hiburan di dalam hati
Tapi kalau direnung diamati
Ada maksud terpendam menanti

2 ulasan:

ONE ZABA berkata...

kalau dah jodoh...takkan ke mana walau puas menyorok.

Yang masih tak berjodoh tu....sabau je le.... heee..heee....lambat laun menjelma jugak.

~Insan Biasa~ berkata...

ha'ah....kan manusia tu merancang. yang menentukan tuhan.