29 September 2010

Bacaan terbaru


Bacaan terbaru. Dah lama aku tidak membeli buku, dan yang terkini...Reformat Hati. Melihatkan tajuknya sahaja sudah tertarik. Isinya pasti menarik. Namun kesibukan menghadkan waktu pembacaan. Baca masa terluang. Istimewanya buku ini, datangnya beserta tandatangan hidup daripada Ustaz Cahaya sendiri. Terima kasih pada eeeda yang mencadangkan aku untuk memiliki buku ini.

p/s : Ni yang buat aku teruja juga untuk membukukan semua puisi2 yang telah aku hasilkan semenjak tahun 1996 dulu.

28 September 2010

Aku sedang bersedia

Melihat tajuk entri di atas...bersedia apa ya? Herm...aku sedang bersedia. Bersedia untuk kehilangan lagi. Dan aku sedang belajar untuk terus redha dengan ketentuan Allah. Dan keredhaan itu pastinya tulus kerana kehilangan itu datangnya mungkin daripada diri ini yang berterusan diam membisu.

Suatu waktu dan ketika, aku gembira sementara dengan hadirnya saat aku kehilangan. Maka aku redha kerana hadirnya memberikan aku sedikit senyuman. Ada waktunya, saat aku kesulitan dia hadir menemankan. Dan ada ketikanya saat dia kesulitan, aku berada di sisinya. Dia simpan rahsia aku dan aku juga simpan rahsianya. Dan sehingga kini adakah rahsia itu masih tersimpan. Aku kurang pasti. Tapi aku sangat-sangat merindui detik perkongsian aksara-aksara yang darinya terbina perkataan dan ayat-ayat sehingga menjadi sebuah kisah. Sungguh. Hanya ada kita. Ntahkan aku saja yang masih mengimbas detik itu.

Sudah begitu lama. Sangat lama. Kita tidak duduk berdua dan bersembang bertukar rahsia sehingga lewat pagi, sambil minum kopi. Bertukar cerita. Kisah semalam dan kisah hari ini. Hari ini, kita sama-sama berahsia sesama kita. Makanya rindu itu terus berbisik. Hanya kerana satu salah faham, terpadam semua kemesraan. Mengapa harus begitu ketentuannya? Atau ianya sekadar menjadi penyebab untuk menjadi titik noktah antara kita? Aku tak pasti. Tapi kebarangkalian itu masih ada.

Dan saat aku semakin menyayangi, kejadian yang semakin menjarakkan kita mendekati. Ntah akan adakah lagi peluang untuk kita duduk bersama, sudah tiada dalam pemikiran. Namun untuk memadamkan wajahmu daripada pandangan , bukanlah sesuatu yang mudah bagi diri ini. Hampir setiap hari aku tatapi walau di mana aku berada. Jadi, bagaimanakah mungkin wajah itu akan lerai dari penglihatan??

Tapi, memang silap aku....arghhh silap akukah itu? Kerana.....aku tak pernah bersuara. Kerana....aku tak pernah berkata-kata. Sepertinya aku mengulangi semula perkara yang sama seperti yang pernah aku lakukan 10 tahun dulu. Ya 10 tahun sudah...aku bisu dan aku diam terus. Aku kehilangan. Kemudian, aku ubah....aku buka mulut, aku guna perkataan-perkataan yang aku dah belajar selama aku hidup. Aku tak bisu lagi. aku tidak berdiam diri lagi. Aku berkata-kata. Tapi masih lagi ketentuan Allah, aku tetap kehilangan. Tapi aku terima ketentuan itu dengan lapang dada....dan balasannya, aku tidak kehilangan sepenuhnya. Kenapalah aku tidak belajar daripada situasi yang kedua itu ye. Dan kenapa agaknya, selepas 10 tahun itu, aku memilih semula untuk menjadi bisu dan terus diam???? Walhal aku tahu jika aku terus diam membisu, aku akan kehilangan. Mungkinkah kerana aku terlalu merendah diri. Siapalah aku padanya. Dan aku sangat menyedari tentang penerimaannya terhadap diri ini. Aku redha dan aku terima.Senyum bibirku menerimanya. Maka mungkin juga kerana itulah aku tetapkan hati untuk terus diam.

Segalanya terperosok dalam hati. Fuhhhh kuatnya hati aku menahan rasa. aku senyum sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung. Ya Allah ....semoga Engkau terus memberikan aku kekuatan. Mendengarkan bait-bait lagu "Di saat aku mencintaimu"...benar-benar menyentuh hati kecil ini.
Saban waktu.....RINDU ITU TERUS BERBISIK.

22 September 2010

Nasi minyak...




Asyik sebuk soalan 'bila nak makan nasi minyak' ...mudah je. Mlm tadi aku buat nasi minyak ...ajak 2-3 orang datang makan sama.....ha ok tak...dah puas makan nasi minyak???? tak puas kalu..aku leh buat lagi...uhuk..uhuk..uhuk...letih nak menjawab soalan yg satu tu....ahyaaa!!

21 September 2010

Di mana kepala blog aku ni??

Di laptop lain aku x check lagi. Tapi dalam laptop aku nie...bila aku view blog aku...kepala blog xde. Haih ...mana p ni??? check kat reka letak....ade. tak hilang pun. x paham..x paham....sapa2 yang singgah blog aku nie....adakah u all boleh view blog aku yg sempurna atau sama macam aku....tanpa kepalanya?? huhuhuu

20 September 2010

Kegemaran aku nie....

Satu lagi menu wajib ketika bagi masyarakat berketurunan Jawa ni ialah Sayur Goreng Lada@ sambal goreng. Yang ni berbeza yer dengan sambal gorengyang kering. Sambal goreng ni plak versi basah. Selalu dihidang ketika majlis kenduri kahwin dan salah satu menu juga dalam penyediaan nasi ambeng.

Bahan-bahannya:

  • 5 biji kentang dikupas dan dipotong kecil dan digoreng
  • 1 bungkus tempe -dipotog kecil dan digoreng
  • 2 keping fucuk -digoreng dan pecah-pecahkan
  • segenggam suhun -di rendam dgn air
  • segenggam ikan bilis
  • 2 ulah bawang besar -dipotong baji
  • 5 ulas bawang merah -dihiris
  • 3 ulas bawag putih dihiris
  • 10 tangkai cili kering- digunting serong dan direndam dgn a ir
  • 1 inci lengkuas -dihiris halus
  • 1 inci belacan*
  • 1/2 cawan air asam jawa*
  • 1 -2 cawan santan cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu kicap
  • ***hancurkan belacan dengan air asam

Cara Memasaknya:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga naik bau
  2. Masukkan lengkuas dan cili kering yang direndam tadi. Tumis hingga naik bau
  3. Masukkan air asam + belacan dan tumis lagi
  4. Masukkan santan, kicap, garam dan gula secukup rasa
  5. Bila dah mendidih, masukkan semua bahan tadi, kentang, tempe, fucuk, bawang besar dan suhun
  6. Gaulkan semua hingga sayur lembut dan kering

aku amik and copy paste je resepi nie daripada blog suka main masak-masak.

15 September 2010

Setahun Hanya Sekali

Tahun kedua beraya dengan 'group ini'....aku, eeeda, liza dan syamsul. Dan tahun ini terlepas sampai ke Johor. Kalau tahun lepas setakat Negeri Sembilan saja. Hasilnya.....pukul 3 pagi masih berada di atas jalan raya......1st time dalam hidup aku nih. Tapi aku seronok...dapat jumpa Iza kecik..dapat jumpa Suraya..dapat jumpa Kak Zia..dapat jumpa Arai....mostly adalah rakan2 yang kita tak sangka boleh beraya bersama. Hahahah.....Seronok. Itu part bersama rakan2 semaktab.

Part bersama family....seronok jugak. Tapi ade sikit terkilan kat hati, tapi takpelah aku simpan je dalam hati. Raya. Kecewa sikit sebab aku tak bersemangat nak merakamkan gambar macam tahun2 sudah. Bila tgk gambar2 raya family cousin aku, gambar2 family kawan2 aku....macam nak menitis plak air mata....sebenarnya. Pendam je. Huh.

Part bersama rakan sekerja. Ha...masih dalam perancangan. Esok rewang kat sekolah. Tentu seronok. Haih tak tahulah kenapa malam ni aku emosi tgk gambar2 raya 'family'. Tibe2 aku rasa sepi. Walaupun hakikatnya x lah teruk sangat raya aku tahun nie. Cuma sedih la kot sebab rumah aku banyak tertutup dari terbuka. Huh.

Anyway..sangat berterima kasih kepada rakan2 aku 'group setahun hanya sekali' - syamsul, liza n eeeda. Harap2 group ni akan berkekalan dan setiap setahun sekali kita berkumpul lagi di bumi perpatih tu beraya bersama. Terasa cam adik beradik dah....abang long yang bawak 3 orang adik2 perempuannya beraya....Tahun depan mungkin dah ada yang bawak family baru. Wah berkembang la family setahun sekali nie coz dapat orang baru. kan.....kami akan dapat ipar dan mungkin tahundepan ada anak buah sekali kot........heheheh. mesti lagi gempak!!hahaha

SELAMAT HARI RAYA!

p/s : aku rindu family yang lagi satu.....syyy....ntah kenapa family tu rasa mcm dingin jer....perasaan aku kot. Tapi naluri seorang perempuan biasanya hampir mengena....ntahla....

13 September 2010

hadapi je la

Baik buruk
Positif negatif
Walaupun dah tiga hari berlalu.....
Apa boleh aku buat lagi.....
coz
AKU MASIH RINDU

05 September 2010

lagi....



R . I . N . D . U
dan
R . I . N . D . U L . A . G . I




02 September 2010

sukarnya hidup

Sukarnya hidup. Dan ianya menjadi benar2 sukar apabila pemikiran itu kekal di minda. Masih sendiri tapi keputusan yang perlu dibuat seperti dah berkeluarga. Selalu musim-musim perayaan begini pasangan suami isteri akan bertegang leher ...mana nak raya? kampung saya? kampung awak? haaaa.....aku fikir aku akan mengalami situasi begitu lama lagi...hermm...dan ntah bila.... hanya Dia yang tahu masanya.
Tapi siapa sangka, sejurus ayah tiada, aku sudah pun mengalami situasi yang seakan sama. Seakan aja...sebab memang tak sama. lagu musafir di aldilfitri hanya sebahagian je yang terkena dengan diri aku. Musafir memang musafir tapi semua orang berebut suruh aku beraya dengan mereka di pagi raya. Semua orang ambil peduli. Sampai ada yang merajuk pun....maaflah memang aku tak akan beraya di Pulau. Hati ini masih keras. Aku lebih aman jauh dari Pulau di pagi raya tu. Balik Jenjarom...orang Jenjarom tanya jugak. Ajak beraya sana. Tu belum ke Kuang, Sungai Buloh or Sungai Tengi.

Sedangkan di sini...di Klang, mama dah awal2 plan...raya satu begini, raya dua di sana, raya tiga di situ...malam raya buat ini buat itu. Walhal rutin biasa aku, malam raya dah tak lepak di dapur. Malam rayalah hias ruang tamu. Gubah bunga. Dan kemas apa2 yang patut. Dah rehat dah malam raya. So pagi raya xlah mata lebam or siang raya pertama xlah dok terbongkang layan mata ngantuks! Ada sesiapa tanya aku nak yang macam mana? Ada sesiapa tanya atau beri aku peluang buat keputusan sendiri? aku tahu....semua orang buat macam tu supaya aku tak rasa keseorangan pagi2 raya. Tapi kalau jadi rebutan sana sini pun, aku start jadi blur...konpius...serba salah semua ada.

Dan ada baik kot kalau aku sorang2 diri malam raya di rumah sendiri. Relaks2....sambil tengok drama raya Rosyam Noor...errkkk ada ke? Dan ada baik kot kalau aku sorang2 diri malam raya di rumah sendiri sambil menunggu kepulangan ayah, ibu dan adik-beradik yang lain...walaupun aku tak dapat lihat kehadiran mereka malam tu. Tapi at least masa mereka pulang, rumah terang dan aku ada di sana. Sembahyang raya di mukim sendiri dan sesudah itu baru memulakan langkah ke mana harus membawa diri.

Tapi.....aku tak tahu macam mana nak bagitahu semua orang. Susahlah....tu la..sapa kata tunggal tu senang???? Tapi memandangkan keadaan aku sekarang ni...kalau ada suami lagi senang kot....raya mana? ikut laki la....habis cerita! xde sapa2 leh tarik2 aku lagi...rebut2 suh raya ngan deme (ngeh..ngeh..ngeh..)errrkk..hidup tidaklah sesukar mana, yang paling sukar adalah saat membuat pilihan dalam hidup.
Bukan di mana2.....sama ada Pulau, Banting, Sg Buloh , Telok Gong ataupun Bayu Mas
tapi....
Aku rasa nak beraya di Sg Udang la.....!
Di Lorong Ahmad Borhan Naim....!!!!!

01 September 2010

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…