25 Disember 2008

Aku tak kira!

Setiap yang kita lakukan sebenarnya memerlukan perkongsian atau mungkin juga pengorbanan masa daripada mereka-mereka yang terlibat dengan perkara yang kita lakukan. Tidak mengganggukah kita dengan urusan-urusan mereka yang perlu mereka selesaikan? Tidakkah kita mencuri masa mereka untuk bersama keluarga. Adakah kita memikirkannya sebelum kita mengambil masa mereka untuk kegunaan kita? Keikhlasan mereka mengorbankan masa yang mereka ada untuk kita, adakah kita gunakannya dengan sebaik-baiknya?

Masa itu perlu dimanfaatkan sebaiknya agar di lain masa mereka bersedia memberikan masa yang mereka ada dengan senang hati. Tanpa merasakan masa itu dibazirkan sia-sia. Ini pemikiran saya apabila saya memerlukan masa orang lain. Agar tidak mengganggu masa mereka untuk diri, keluarga dan hal-hal lain juga. Masa itu amat penting dan menjadi keutamaan pada semua orang. Dengan memikirkan masa diri sendiri, tidak sepatutnya diabaikan masa yang hendak kita ambil dari orang lain. Namun ada masa kita sebagai manusia terlupa juga, dengan hanya memikirkan pentingnya masa itu pada kita dan memaksa orang lain memberikan masa mereka untuk kita. Ermmmm kita sememangnya manusia biasa, yang juga kadang kala mementingkan diri sendiri!

Mari dikait sarang tempua,
Anak tiung pandai meniti;
Hamba duduk gelak ketawa,
Untuk mencari penghibur hati.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Endok : masa dan kita dan kita adalah cerita yg tidak pernah sudah.ada yang menjadikan masa begini dan begitu....

pada saya kalau nak mudah cgu.letakkan keutamanaan.jangan bertanngguh...nak tangkap masa orang.susah !saya prinsip mudah.tidak akan berkompromi dengan kegagalan.tak tahu uruskan masa adalah ciri2 orang yg gagal....

Hazlin Nazri berkata...

anis,
sesekali perlu juga mementingkan diri sendiri..kan? kan?

~Insan Biasa~ berkata...

Yelah kak lin....tapi kalau sampai menyusahkan orang lain yang tak terlibat ,kan ke tak bagus?

~Insan Biasa~ berkata...

to jinggo:

Azam baru - negatif perlu segera positif. segera!