"Bagaimana jika saya masih gagal?
Gagal adalah satu lagi bentuk kejayaan
kerana dengan kegagalan akan terbentuklah kemahiran"
(Dr. H.M Tuah, Membina Imaginasi Cemerlang)
Gagal adalah satu lagi bentuk kejayaan
kerana dengan kegagalan akan terbentuklah kemahiran"
(Dr. H.M Tuah, Membina Imaginasi Cemerlang)
Jika orang hebat sudah mengatakan gagal itu juga adalah kejayaan, pastinya apa yang diperkatakan itu telah dihadapi sendiri, dikaji dan terhasil kebenarannya. Kita yang masih belajar tentang kehidupan, boleh menjadikannya panduan. Tidak perlu terus melihat dan merenung kegagalan yang telah pun berlalu. Jadikan kegagalan itu untuk kita menempah kejayaan. Jika tidak mana mungkin wujud ungkapan-orang gagal tidak akan sentiasa gagal. Iye kan?
Ramai diantara kita yang berazam mengubah,membuat perubahan, tapi jika yang negatif sentiasa di minda dan tidak pula bersungguh menukarnya kepada minda yang positif, mampukah si positif untuk menguasai si negatif? Kegagalan itu juga satu keperluan menuju kejayaan. Sebagaimana pentingnya hujan untuk menghasilkan pelangi.

Tanam papaya tumbuh langsat,
Dililit kangkung bertali-tali;
Seribu daya kalau berhajat,
Gunung tinggi papah didaki.
Dililit kangkung bertali-tali;
Seribu daya kalau berhajat,
Gunung tinggi papah didaki.
4 ulasan:
selalu org akan ckp 'dengan kegagalan kita akan mencipta kejayaan'. itu tak tepat.
pusat amat bersetuju ngan kata-kata dr h m tuah .. 'kegagalan akan terbentuklah kemahiran'. sebab kemahiran adalah satu keperluan untuk kejayaan.
kita boleh berjaya juga tanpa kemahiran. itu selalunya digunakan oleh 'mr percent'. tp kejayaan ni selalunya takkan kekal lama...
bidang yg pusat ceburi ni ramai mr. percent dikalangan melayu telah mempamer2 kekayaan yg sebenarnya menutup peluang org lain untuk menunjukkan kemahiran sebenar.
Gunung daik bercabang tiga,
Merah muka kalau didaki;
Sekali gagal terus mencuba,
Kalau sudah begitu hajat dihati.
well...itulah dunia. Kesungguhan insan ketara berbeza.
to one z
Usaha...usaha.....jatuh dan bangun lagi...Insya'allah.
Catat Ulasan