11 Ogos 2011

Selama mana mampu...

Kesabaran. Mudah untuk dimain-mainkan di bibir. Tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan. Kesabaran merupakan satu ujian yang agak besar saya kira dalam meniti penghidupan yang pelbagai cabarannya. Banyaknya kita bersabar , banyak faedah yang bakal kita peroleh, insya'allah. Tapi persoalannya selama mana mampu untuk kita sabar dan terus bersabar. Apatah lagi jika sekeliling kita penuh dengan perkataan-perkataan yang meng'api-api' kan kita sehingga kita kehilangan sabar itu?
Hebatkan....? Bukan mudah untuk menjadi manusia yang sabar dalam erti kata yang sebenar. Saya? adalah golongan yang boleh dikategorikan dalam golongan manusia yang kurang sifat sabar. Dan akibatnya, lihat saja rentetan kehidupan saya yang lepas-lepas.

Daripada pengalaman lalu maka hari ini saya sedang belajar untuk menambah sifat sabar itu dalam diri. Saya masih lagi bersabar dan manahan diri daripada melakukan kesilapan untuk kali yang ke-seterusnya mungkin. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Saya tidak mahu kehilangan orang kanan dan kiri saya. Maka kerana ini saya perlu top up kesabaran diri saya.

Kesilapan saya lakukan adalah sebelum mengenal dia. Dan natijah daripada kesilapan lalu saya jinjing pula bersama dia yang tidak sepatutnya. Saya minta maaf. Saya tidak pernah menyalahkan dia mendesak saya. Tetapi saya juga tidak mampu untuk menuruti permintaannya. Apa perlu saya lakukan? Untuk masa ini saya buat-buat tidak tahu dan hanya berdiam diri. Saya bingung. Tapi saya diam saja. Saya tidak mahu dia merasa terbeban dengan beban saya, kerna beban saya sudah sedia ada sebelum adanya dia.

Pada diri saya sendiri saya berjanji tidak akan membenarkan dia menanggung beban yang bukan berpunca dari dia. Saya akan tanggung sendiri dan tidak akan mengadu apa2 pun yang berkaitan dengan bebanan masa lampau saya. Namun bagaimana untuk saya terangkan ini kepadanya? Acapkali dia mahu saya bebas daripada sebarang bebanan! Saya tahu tindakannya itu kerana dia sayang saya, dan dia tidak mahu saya melalui nasib seperti mana pernah dia lalui dulu. Terima Kasih kerana menyayangi saya. :-)

Saya menyenangkan hati saya dengan sabar. Dan saya yakinkan diri saya Allah akan bantu saya. Saya yakinkan diri saya bahawa saya tidak layak untuk menghukum seseorang kerana hak itu hanya milik Allah. Saya yakinkan diri saya dengan sabar, Saya ada Dia....pasti Dia akan memberikan sesuatu untuk saya maka saya diberi ujian bebanan ini. Sabar.

Ya sabar......tapi saya perlu juga jelaskan ini kepada dia. Hukuman ke atas manusia lain bukan hak kita sebagai manusia untuk membalasnya. Itu adalah hak Dia. Allah. Tapi desakannya ada masa membuatkan saya sesak seketika. Hubungan yang terjalin saya tidak mahu rosakkan. Saya perlu mencari jalan dan cara untuk menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus dan tepung tidak selerak!Ya Allah...ku mohon bantuan-Mu.

Sabar tapi itu tidak bermakna kita boleh membiarkan orang lain mengambil kesempatan atas sifat sabar itu.Renung-renungkanlah katanya kepada saya. :-(

Sabar Menghadapi Ujian Hidup
Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13
Intisari ayat

Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.
Huraian ayat

Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

Kedua:
 
Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
 
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

Ketiga:
 
Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

 
Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

Keempat:

Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.

Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

Kelima:
 
Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya "sabar" menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.
 
Keenam:

Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:

i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.

ii. Sabar melawan nafsu.

iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..


i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.

ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.

Bentuk ujian keatas manusia.

a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan

b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.

c. Ujian ke atas orang perseorangan

d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.

e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.


Kepentingan sabar

a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.

c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.

Fakta2 Penting

a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya

b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.

c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.

d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.

e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam

Dipetik dari laman web Ustaz Yusof Embong

08 Ogos 2011

Doaku Untukmu Sayang


kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelap dan letih
ini demi kamu sayang

reff:
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat reff

(Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

repeat reff

Source: http://liriklaguindonesia.net/w/wali/wali-doaku-untukmu-sayang/#ixzz1UMXz6ozm

04 Ogos 2011

Dari tempat kerja...

Hahahahha......ڤتڠ اين...ساي ريندو سوامي ساي.

Bersiaran dari tempat kerja. Niatnya nak menyemak kerja-kerja saps saya. Namun apakan daya langsung tak bley nak on pula. Meninjau-ninjau blog yang dah lama tidak di update, saya mengambil sedikit masa untuk mengupdatenya di tempat kerja. Sebentar aja dong. Dan waktu ini saya sedang tidak ada kelas okey.

Setiap kali ingin menyiapkan/menyemak saps di sekolah kebarangkalian untuk gagal meng-access web adalah tinggi. Tension kan? Nasib baik saya sudahkannya di rumah pagi tadi sesudah suami saya pergi bekerja.

Dan entah kenapa rindu kat dia pulak.....hehehhe . Minggu ni saja saya dapat berbuka, bertarawih dan bersahur bersama2. Minggu depan selama dua minggu berturut2 , nampaknya saya terpaksa bersendirian menjalani 3 aktiviti tersebut. Suami saya perlu kerja shift petang. Masuk kerja jam 4 petang. Sambung OT selepas bersahur baru dia akan pulang. Huhuhuhu sampai rumah sudah tentu matahari dah tinggi. Pastinya dia yang kepenatan akan melelapkan mata dan saya bersiap-siap untuk mengajar. Huhuhuhu tak jumpa lah saya dengan buah hati saya kan? Dia balik...saya pergi. Saya balik dia dah pergi. Huhuhuhu I will miss you so much lah my dear husband!.....

Apapun semoga perjalanannya pergi dan balik sentiasa dalam perlindungan Allah. :-)