cari id yes guru sktp

26 April 2009

Last Minutes

Pejam celik kita dah nak menghampiri Cuti Pertengahan Tahun. Cuti Pertengahan Penggal 1 yang lalu, Cikgu Aini melancong ke Australia. Erm....ikut rombongan Haio nih. Dah jadi usahawanita berjaya sekarang. Aku? Heheh tiap kali Cikgu Aini ke luar negara...aku cambesa la...pssstttt...dan Cikgu Aini paham.So kembara cikgu Aini tahun nie aku dapat nie..key chain kanggaroo. TQ...Toce.. Tapi of course la key chain kanggaroo ni adalah plan terancang...uikkss tajuk atas Last Minutes...apa ek... tungguuuuuuuuuuuuuuuu...wakakaka Seronoknya aku ari nih...Yeeehaaa yabedabedoooo gitu.
Malam sebelum...Puteri sms

P : Kak...esok g sekolah?
A: G ler...napa?
P: Takdelah kot ade kelas ker. Erm...pas sekolah errrr g pwtc?
A: Akan difikirkan.

Esoknya aku berkeputusan nak pergi hari Ahad sahaja.Akan tetapi....
Balik dari sekolah aku dapat panggilan

M: Assalamualaikum....ko tgh wat per?
A: Tengah duduk2 baru balik sekolah
(Hehehe aku tengah borak2 ngan pak su aku da....Man Juli.)
A: Ko kat mana nie?
M: Aku nak g PWTC...aku lupa lah nak sms ko semalam.
A: Hahaha alaaaaaaa. awat tak kabo semalam
M: Sorry la...lupa. Hari ni baru teringat , ko kan suka and selalu g pesta buku.
A: Memang arrr.Aku plan nak g Ahad...erm, takpe tengoklah camna. Ape2hal nanti aku bagitau.
M: Erm..okaylah. Tak dapat g pun takpe. Cuma teringat aku dah sampai ni . Aku pun masih kat ttdi lagi ni. Tak tahu kul berapa nak sampai.

Pk punya pk...pas pak su aku balik, aku change fikiran. Peluang nak jumpa nie.Redah je la. ekekek...aku sms ajak eeeda sekali, tapi eeeda tak dapat ikut. Aku call Puteri, aku nak g and suh dia tunggu and jumpa kat sana.

Aku naik komuter jer. Malas nak drive (bebenornya masih bebal dengan jln raya kat KL) hehe. Sampai sana sekitar 300pm. Berpeluh sakan mencari puteri tak jumpa2. Setengah jam kendian person yang aku nak jumpa call bagitau dah sampai. Tambah lagi setengah jam kot, tak jumpa2. Pergghhh punya sesak . aircond pun tak rasa. Aku cari Dia. Tak jumpa. Call .Dia pulak cari Aku. Aku bagitau location . Ha...dia jumpa tempat tapi tak jumpa aku. Call. Aku nampak. Aku pulak cari Dia. Hahahahhah akhirnya!

Bersesak2 lah kat dalam PWTC tu....aku takde niat nak beli buku pun. Keutamaan aku jumpa kawan lama. Tapi aku sambar gak satu set buku...Cara Mengajar Mental Aritmethic Buku 1-8. Nipis2 je bukunya. Bolehlah buat panduan aku mengajar. Kawan aku nie pun sambar jugalah beberapa buku. Tapi buku pilihan utamanya tak jumpa. Tempat besar + sesak pulaknya...susah oooo. Hehehe aku tak jumpa puteri lagi. Seksa mencari dalam ribuan manusia nih bebenornya.

Dan sekitar 530 baru jumpa Puteri. Kami pergi minum2 dan borak2 di secret recipe dekat The Mall. 615 bersurai. Sapelah kawan lama aku tu kan? Hehehe 10 tahun terpisah...chewaahhh terpisah konon..masa sama2 belajar dulu xde kamcing mana pun. engkau-engkau aku-aku. Heheh itu dulu lah kisah lama.Dia datang menaiki kenderaan ini. Dia datang bersama-sama kumpulan rakan sekerjanya. Sampai di sini mereka membawa haluan masing-masing dan dia ke hulur hilir mencari kawan dia nie yang tak jumpa2 hehehhe aku lah tu.Dan setelah puas saling bertanya lokasi walaupun ada gaklah masing2 tersesat....akhirnya aku jumpa Dia ini. HehheDan perjumpaan ini telah membuatkan koleksi key chain aku bertambah lagi. Makasih ya Saintis a.k.a Md Nor. La ni aku dok tunggu satu lagi key chain ...jeng jeng jeng... Kak Ziah ...orang tunggu2 nie. Heheheh nanti orang sms alamat ....akak pos ehhh...tapi kot nak buat pertemuan pun lagi beshhhhh!! ekekek

Waawaa....seronoknya semalam...semuanya berlaku last minute. Tak de plan awal pun. It just happen! Untuk blogger2 yang mengenali saintis a.k.a Md Nor nie....sempat gaklah dia berpesan kepada kawan lama dia nie supaya menyampaikan salam kepada kalian...specially to wanliz, eeeda, syah....and as...(saintis still complain tak dapat contact ko la as...):-( ...saintis say sorry to you all coz tak dapat online sekerap yang lalu kerana masalah2 dalaman yang tak dapat dielakkan.
Anyway Saintis...Aku sangat happy semalam dapat jumpa ko. Oh ya ada gak kami borak2 plan nak berkumpul dengan semua geng2 xmprm cadangan tarikh 26/8/09(tentu korang ingat tarikh ni kan?)...tapi masa tu puasa ke5 la beb. So nanti kita akan buka cadangan untuk geng yang lain agar sama bermeeting , untuk tetapkan di mana dan bila reunion tu nak di langsungkan. Sila beri cadangan korang kay.

Dan akhirnya sekali aku pulang ke Klang ...juga menaiki komuter....yang juga penuh....bersama-sama dengan......
PUTERI

p/s : Dok tak selesa hati....agaknya sebab saintis dok sebut2 nak g pesta buku kat pwtc ngan aku kot...hehehhe

23 April 2009

Apakah agaknya....??

Gemersiknya alunan..pergh..sangat mengasyikan. Dan itu terasa sesuatu inside the heart...apa agaknya ntah...tak dapat dirungkai. Sekadar berbahasa

Gembira... tiada tawa.
Ceria... tiada senyuman.
Sakit... tiada yang luka.
Menangis... tiada air mata.
Pilu... tiada kecewa.
Bersinar... tiada cahaya.
Hidup...seperti tiada nyawa.
Teruja...tak nampak apa yang dipuja.

Sekadar hati berkata-kata .
Menghalusi rasa.
Apakah agaknya...
Rasa yang tidak terasa?

p/s : pening2 lalat dibuatnya...hehehe

22 April 2009

Debar

Dup Dap Dup Dap
Ntah apa yang tak kena
Dup Dap Dup Dap
Ape ke halnya hati tak selesa

20 April 2009

Rawat Hati - An-Nisa' : 69

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu para Nabi dan orang-orang siddiqiin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat).

17 April 2009

Penat Letih

Masa untuk p&p semalam cuma 150 minit jer...5 waktu. Tapi entah kenapa letihnya ampun...malam tadi tidurnya lena sungguh.

Semalam
Bermesyuarat kelab guru 2jam lebih. Apa ke tak, mula 1230 tamatnya hampir 300 petang.
Heeehe maklumlah...Hari Ibu menghampiri, Hari Guru mendekati, Hari Bapa bakal menjelma.
Macam-macam dibincangkan.
Seronok....salah satu perbincangan Hari Keluarga. Aku mohon mudah-mudahan Hari Keluarga tahun ini menjadilah untuk kali yang pertamanya. Teringinnya nak merasai berkumpul tepi pantai ramai2 dengan semua ahli keluarga SKTP. Sungguh...teringin sungguh!

Semalam
Budak paling tip top keaktifannya, meleleh air mata. Pergghh hilang kemacho-an dia. Apa ke tak nya, habis semua colouring set dia berterabur atas bumbung pra sekolah. Hisshhh sape lah yang busuk hati tu ntah. Disebabkan 'set' tu la....aku gagahkan juga mengutip semua 'kaler2' yang berterabur tu. Tapi bukan aku ler yang kutip....hilang plak keayuan aku kang, berbaju kurung kepala badan terjulur keluar dari tingkap tingkat satu. Aku mintak tolong wak hamid (tukang kebun) pi amik kan. ekekekeke.Pas tu aku pesan kat budak2 tu "ermmm pasni tutup je tingkap tu...takyah bukak"

Semalam
Macam sikit je kerja, tapi penat letih.
Iskkk...apapun kerja kita tanggungjawab kita

Semalam
Tak bawa kamera, 2 Gigih pula dipecahkan . Beberapa murid 2 Gigih join 2 Hormat
Apabila Gigih dah join Hormat...Aduhaiiiiiii Hormat tu dah macam dapat multi-vitamin pulak!

16 April 2009

Oh...My Dear II

Semalam-15/04: aku ada 90 minit bersamat 2H nie...
Seperti yang dirancangkan semalam, semua budak-budak ni bawak buku tulis yang dipesan. Aku panggil nama sorang2 suh hantar buku yang tak di hantar....dapat jugak aku mengumpul semua. Ha...aku dah habaq deme ni bukan takde buku....cuma tak bawak jer. Jadual waktu dah kasi dah...ish...tak tengok jadual ka pergi sekolah...or, kenapa takde orang nak tolong2 check ? Ade jugak yang angkut semua buku walaupun subjek2 tertentu tak ada dalam jadual pada hari tersebut...manalah tak berat beg...Oh...My Dear!!

30 minit pertama habis begitu sahaja. Menyemak buku-buku budak-budak nie. Masa setrusnya P&P seperti biasa. Bacaan dulu. Selesai P&P, menulis la pulak....ekekek seronok hari ini...semua duduk menulis. Coz semua ada buku. Dan aku on camera (pada pandangan budak2 tu je la). Aku kata aku pasang video..rakam deme wat keje. Sape yang kaco kawan ke...main2 ke...aku tunjuk rakaman tu kat cikgu Syazly(cikgu laki yang deme ada gerun sikit)...tak pun terus tunjuk kat Mak Ayah....

"Alamak....." dak Ari bersuara, perlahan.
hehehe aku gelak dalam hati....Muahahhahaha....cikgu eksyen je la letak camera tu. Kahkahkah...Whatever, hari ini semua orang hantar buku.Tapi sampai bila aku nak guna trick nie....memula je deme bagi respon camni...kalau selalu...kompem, deme tak heran dah! Alahai...Oh, My Dear...

14 April 2009

Oh...My Dear

Oh...My Dear,
Kenapalah korang buat cikgu cenggini....
Ok, keluarkan.....
Errkkk...cikgu buku takde....
Takde?
Tinggal...(sambil senyum kambing)

Ok then, ada dua kan? keluarkan lagi satu...guna yang itu.
Saya ada satu aje....
Pup, aku tepuk dahi! ayoooooyoooo
Tulis dalam kertas kosong yea sayang
Saya takde kertas cikgu.
Nah...kertas. Ada....
Takde buku..tak bermakna goyang tangan-kaki la dey...

Oh...My Dear,
Kenapalah korang dera cikgu hangpa nih.....
Mat....napa tak tulis lagi nie
(sengeh jer dia)
Mat...cikgu tanya....
(dok terkial2 jengok bag dia)
Mat tak bawak pensel la cikgu
Seman tolong jawabkan...

Ha? tak bawak pensel?
Siapa boleh pinjamkan Mat pensel??
Ermmm...menderu kengkawan nak pinjamkan....
Aisey....bersuara lah Mat...awat hang diam jek...
Isk...isk....isk....
Cikgu geleng kepala...

Oh.....My Dear,
Kenapalah korang ni macam ni?
Tulis dalam buku....
Cikgu....dah hantar....
Bila? cikgu mana ada kutip...
Kan cikgu suruh simpan...
errrr...ye ke?
(sambil-sambil keruk beg )

Ha.....eh....ada pun...
Cikgu ada cikgu..ada buku saya ni..
Wah..wah....senangnya nak kelentong cikgu ek?
(sengeh-sengeh...menampakkan lesung pipitnya)
Alahai budak Ari nih...
Cikgu mengeluh dalam hati.

Oh...My Dear,
Kenapalah begini?
Timah .... mana dapat pensel nit tu?
em.....Minah kasi saya cikgu...
Minah kasi? Iye ke?
Kenapa Minah kasi awak pensel nit tu?
Cakap betul-betul....

Saya amik kat meja dia...
Pinjam.....
Iye ke Minah kasi pinjam?
Timah.....tuhan tahu tau...
Tuhan nampak apa Timah buat
Saya tak tahu tapi Tuhan tahu...
Baik-baik tau....

erkkkk...saya amik kat situ
(sambil menunjuk atas meja cikgu)
Cikgu diam-diam aje
Cikgu senyum sinis ....

Loceng berbunyi...
Cikgu bangun buang sampah
Tengok2 pensel nit dah atas meja cikgu

Yelaaahhhhhh......tu pensel cikgu yang punya!!!
Hahahah Timah....Timah....
Pandai ko nak kelentong cikgu erk!!

Oh....My Dear....
Buku tak bawak, kertas pun takde..
Pensel takde...pemadam pinjam
Kale pensel diraut 24 jam

Isk apa yang ada dalam beg korang nih!
Pesanan cikgu-
Okay 2H sayang....dengar ye...
Yer....cikgu...
Esok...awak bawak semua buku tulis yang ade kat umah!
Boleh tak? Buku tulis....macamne cikgu?
Buku tulis yang macam nie...buku kecik nie...
Buku garis satu....buku petak-petak...bawak semua!
Oooooo itu ke....okay cikgu!

Cikgu migrain cenggini! huhuuhu

13 April 2009

Rawat Hati - Al-Jatsiah : 28

Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalas menurut apa-apa yang telah kamu kerjakan.


12 April 2009

Untuk Sahabat

TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABATKU


Juga Kepada

Biarkan saja kekasihmu pergi
Teruskan saja mimpi yang kau tunda
Kita temukan tempat yang layak
Sahabatku

Kupercaya kan langkah bersamamu
Tak kuragukan berbagi dengan mu
Kita temukan
Tempat yang layak sahabatku

Kita mencari
Jati diri
Teman lautan mimpi

Aku bernyanyi untuk sahabat
Aku berbagi untuk sahabat
Kita bisa jika bersama
Kita berbagi untuk sahabat
Kita bernyanyi untuk sahabat
Kita bisa jika bersama

Tiba waktunya
Kita untuk berbagi
Untuk saling memberi

10 April 2009

Saya Sayang Kamu

Sahabat.....
Himpunan beberapa kata-kata Mutiara Kahlil Gibran:
  • Dirimu terdiri dari dua; satu membayangkan ia mengetahui dirinya dan yang satu lagi membayangkan bahawa orang lain mengetahui ia. TEMAN MENANGIS .Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu.
  • Persahabatan itu adalah tanggungjawab yang manis, bukannya peluang.
  • Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan. Ia adalah lagu yang muncul daripada luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum.
  • Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau masih berhutang kepada manusia dan kehidupan.
  • Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.

Damai

Pagi ini
Sepi
Yang mendamaikan

Pagi ini
Mentari
Yang menyegarkan

Pagi ini
Hati
Riang menyanyi



08 April 2009

Sadness

Bercerita tentang keadilan

tidak menyayangi....tetapi ingin disayangi
tidak mengasihi ....tetapi ingin dikasihi
tidak mengunjungi....tetapi ingin dikunjungi

aku
yang tiada sesiapa
mahu di kiri atau di kanan

aku
yang selalu bersendiri
dalam apa jua keadaan

aku
yang selalu jadi perhatian
sedikit kealpaan aku disalahkan

apalah sangat
kepada kudratku yang satu

di mana mereka
yang berada di kiri kananmu
aku yang satu ini
yang kau nampak salah laku?
aku yang sendiri ini
yang selalu kau cari-cari

keadilan
begitu samar dalam aku
ungkapanku satu
Rahsia Allah
Maka
Aku hanya berserah

07 April 2009

Di mana aku?

Terimbas sekali sekali kat dalam minda. Dimana aku? Dan bagaimana aku esok hari? Esok hari apabila aku dah jauh dari dia, dia, dia, dia, dan dia juga mereka. Esok hari apabila aku meninggal dia dan mereka. Esok-esok hari apabila aku meninggalkan dunia mungkin! Siapa dia? Siapa mereka? Itu mungkin sesiapa sahaja.

-Dia-
seorang Ayah
seorang Adik
seorang Kakak
seorang Abang
seorang kawan
seorang Sahabat
seorang Makcik
seorang Pakcik
seorang lawan
dan yang selayaknya
kita gelar
dia

-Mereka-
saudara mara
sahabat handai
jiran
rakan kerja
anak-anak murid
guru-guru
dan yang selayaknya
kita gelar
mereka-mereka

Aku pernah mempunyai teman sebilik, seasrama....setelah 10 tahun kami membawa haluan masing-masing. Agaknya apakah yang membuatkan dia ingat pada aku?

Aku pernah mempunyai sahabat baik, saling berkongsi segala suka duka. Kini aku di barat , dia di selatan. Apakah kenangan yang masih bersama memorinya tentang aku?

Aku pernah mempunyai seorang lawan. Bagaimanakah agaknya dia mengingati tentang aku kini?

Aku masih punya orang-orang yang masih berada di sisi aku. Dulu juga kini. Agaknya bagaimanakah ingatan orang-orang itu pada aku apabila tiba saat berlaku perpisahan itu kelak?

Hahahah yang pasti....di OUM....oh....dialah yang daftarkan kami/aku setiap kali semester baru.
Heheheh yang mungkin....di SKTP.....oh.....bab nak buka peti besi tu kena tanya dia.Abakus...dulu ada dia, sekarang..... agaknya lah!

Di rumah....? sebagai anak....andai ditakdir aku yang pergi dulu. Anak yang bagaimanakah akan aku diingati?
Sebagai seorang kawan.....? Kawan yang bagaimana aku ini?
Sebagai seorang guru.....? Cikgu yang macam mana? Diingati atau dilupai?

Bagaimana kita esok hari....ceritanya akan bermula pada apa yang kita lakukan pada hari ini.
Dan terserahlah pada diri kita agar pemergian kita kelak akan diingati bagaimana. Secara positif atau negatif. Atau kedua-duanya sekali. Pasti akan ada pemberatan kepada salah satunya kan?
Aku ingin diingati sehingga terbit senyuman di bibir dia/mereka tatkala dia/mereka mengingati. Sehingga muncul rindu di hati dia/mereka kepada aku.

Oh...tuhan, sekali lagi aku perlu menghadapi ujianmu dengan kudrat perempuanku ....sendirian. Berikan hatiku untuk terus berbakti kepadanya tanpa jemu. Berikan semangatku untuk kekal kuat di sisinya.

Hermmmm.....RAHSIA ALLAH!

Sabar - Kemuncak

Macam-macam hal jadi sekarang. Tetiba jadi macam-macam dalam kepala. Ada-ada saja cerita. Begini...begitu...ini...itu....

Dalam aku sibuk2 menyiapkan diri untuk final exam oum, Kementerian Kesihatan datang sekolah. Apalah kes tu...kalau tak takkan datang kot. Biarlah rahsia. Padang sekolah naik taraf...tukar pagar, tukar longkang batu. Sekolah semakin ceria. Nanti aku amik gambar letak kat sini yea. Sekarang tengah sibuk sikit.

Dalam dok kalut2 cikgu BI tahun 1 kurang seorang, cikgu BI tahun 3 kurang seorang. Kami terima seorang guru bertukar dari SK Tok Muda-Pn. Suhana...Pergghh lega satu kekosongan dah terisi. Tinggal satu je lagi ni ntah bila nak diisi. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAWAAAAAAAAAAAAAA

Awat hang teriak, wahai insan???! Teriak la....dah sah2 sekolah dok haru biru, Yelah awat tak haru...elok2 petang dah cukup2 cikgu. Pagi tak cukup cikgu....amik cikgu petang. Dah lompong yang petang. Rasa cam kami ni menampal lompong2 sesi pagi jerk. Petang terasa macam.......errrkkk apa ye perkataan yang sesuai? Hehehe Rahsia Allah. But kami ceria selalu. Walaupun pedih dan perit . Minggu ni, kami kehilangan sorang lagi guru. Adeehhhhh , dia berhenti 24jam atas kehendaknya sendiri. Warrgghhhh cikgu tu guru kelas tau, dan mengajar subjek teras tu....BM,M3 dan SN.

Akhirnya....tahun 2 yang ada 6 kelas, terpaksa dijadikan 5 kelas. Mahu satu kelas 46-47 orang! Pening aku! Tapi masih dalam perbincangan. Murid kelas ke 3 kalau di satukan dengan murid kelas ke 6....haih migrain aku. Nak ajar slow....budak ok ada dalam. Nanti deme bising plak, sebab cikgu ajar senang sangat. Nak ajar up sikit, yang slow tu plak bising, sebab tak paham cikgu ajar! Sah.....aku leh pengsan tido malam!

Uishhhh...tu belum agihan kelas yang takde cikgu tu...sapa yang nak tanda paper sains satu kelas, m3 dua kelas, penulisan 1 kelas dan pemahaman satu kelas. setiap satu paper ada 37 set. LAB lagi? Waduh2 ....gamat...haru biru...sabar di kemuncak! Sampainya hati ! Kesiannya budak2 tu! Aku nak tolong coverkan pun...aku sendiri dah full... Aku bukan robot! ermmmmm Rahsia Allah! Berserah je lah! Semoga pk - pk yang ada dapat berfikir dengan cemerlang.

updated: few minutes later....

Baru je aku nak iron baju....ada call in. Ahhhhhhhh tidak!!!!!!! aku dikhabarkan....akan ada seorang guru akan keluar lagi dr SKTP. pagi. apakah itu bermakna akan ada seorang lagi guru petang akan ditarik ke pagi? Ohhhhh pleeeaaaaseeeeeee la don't touch us again!!!!! We in the evening session already disaster lah! Kata nak melentur buluh biarlah dari rebungnya kan? Tapi kalau rebung tu tukang lenturnya takde macamne????

06 April 2009

Marah yang membawa padah!

Marah. Aku pernah marah-marah. Pernah dimarahi juga. Marah ada dalam diri setiap dari kita. Dan dalam senarai 40 senjata Iblis, Panas baran-pemarah , tempatnya teratas sekali. Sangat bahaya kan.

Kenapa kita marah dan bagaimana kita boleh marah? Kerana adanya sifat-sifat negatif. Oh....jadinya kita perlu buang sifat-sifat negatif itu. Bermegah diri, lawannya merendah diri. Jauhlah kita dari mendekati amarah. Bangga diri lawannya, berfikir bahawa semua manusia itu sebenarnya sama rata saja. Terhindarlah diri dari mendekati marah!

Bergurau senda yang menjadi undangan kemarahan. Mengejek2 kita gantikan pula dengan sifat memuliakan. Erm.....mengejek bukankah itu diakhirnya mengundang kemarahan? Jauhinya segera. Sifat marah dengan diri ki ta sebagai manusia memang tidak dapat dihilangkan. Itu adalah fitrah kita. Tapi ianya mampu untuk dikurangkan.

"Rasulullah s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Abu Daud menyebut bahawasanya apabila seorang hamba mengutuk kepada sesuatu, naiklah kutukan itu ke langit.Lalu dikunci pintu-pintu langit itu buatnya. Kemudian, turunlah kutukan itu ke bumi, lalu dikunci pula pintu-pintu bumi itu baginya. Kemudian, berkeliaranlah dia ke kanan dan ke kiri. Maka, apabila tidak mendapat tempat baru, dia pergi kepada yang dilaknat j ika layak dilaknat (ertinya kalau benar dia berhak mendapat laknat), tetapi apabila tidak layak, maka kembali kepada orang yang mengutuk (kembali kepada diri si pengutuk)."

Uishh....gerun aku membacanya. Lidah kita, hati kita memang mudah untuk memberi laknat sekiranya sedang dikuasai rasa marah. Nah , di situ iblis melaksanakan janjinya pada Allah untuk menyesatkan umat manusia. Awas....apabila kita marah. "A'uzubillah minasy syaithonir rojiim...." jika kemarahan tidak hilang dengan membaca ayat yang tersebut, maka hendaklah duduk jika sedang berdiri dan berbaring jika sedang duduk, dan dekatkan diri dengan bumi, yang mana dari bumi itulah kita manusia dijadikan dan agar kita tahu akan kehinaan diri. Dalam keadaan duduk dan berbaring , cubalah untuk mencari ketenangan.

Makan kugaul hanya sedikit,
Air berkocak di dalam talam;
Badan berpeluh mataku sakit,
Angkat mengucap di tengah malam.

p/s: rujukan dari buku : 40 senjata iblis beserta bala tenteranya.


Rawat Hati - Al-A'raaf : 180

Hanya milik Allah al-Asma' al-Husna, maka mohonlah kepada-Nya dengan (perantara) menyebut al-Asma' al-Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

05 April 2009

40 Senjata Iblis

Sebagai ingatan untuk semua dan diri aku sendiri....kenalpasti senjata Iblis.
  1. Panas Baran
  2. Cinta Dunia
  3. Penyakit Bodoh
  4. Berangan-angan
  5. Tamak Haloba
  6. Bakhil dan Kedekut
  7. Bangga Diri
  8. Bongkak
  9. Kagumi Diri Sendiri
  10. Takut dan Gelisah
  11. Sangka Buruk
  12. Mencaci Hina
  13. Suka Pada Dosa
  14. Rasa Tiada Bersalah
  15. Putus Asa
  16. Kufur
  17. Sombong
  18. Memilih-milih Hukum
  19. Rezeki Haram
  20. Orang Miskin Yang Sombong
  21. Kufur Nikmat
  22. Lalai
  23. Bersekutu
  24. Mengumpat
  25. Bermewah-mewahan
  26. Menegakkan Kebatilan
  27. Memutuskan Hubungan
  28. Derhaka
  29. Dayus
  30. Melupakan Ibu Bapa
  31. Ikhlas Kerana Terpaksa
  32. Hilang Sifat Amana
  33. Dunia Masuk Masjid
  34. Minuman Keras Jadi Ringan
  35. Wanita Hiburan
  36. Utamakan Hawa Nafsu
  37. Stress/Tekanan
  38. Berat menunaikan Solat Isya' dan Subuh
  39. Menipu Dalam Perniagaan
  40. Menunjuk-nunjuk.
Erm......adakah senjata-senjata yang tersenarai terdapat pada diri kita? kenalilah ...itu senjata Iblis untuk menyesatkan umat manusia.

"Tidaklah turun bencana melainkan kerana dosa, dan tidaklah bencana lenyap melainkan kerana taubat"

04 April 2009

Phew!!

Phew!!.....betapa lapangnya kepalaku. Dua paper dah selamat dah. Ada satu je lagi paper...Numerical Method. Adeh....paper ni pun maut gak nak study nih. Sehebat basic mechanics gak nih. Dua paper yang dah berlalu tu....naluri aku mengatakan jauh je nak skor A's...Heheheh. But at least D's takde dalam list la! Maut tul pala otak aku masa dalam dewan pekse tadi. Aku dah baca, aku dah tulis note...awatlah aku leh lupa.....lupa sangat2. Padahal baru beberapa jam sebelum masuk dewan tu aku dah baca! Aduh terkilan jugaklah...walaupun markahnya cuma 4 markah, tapi penting markah tu untuk aku yang banyak jawapan aku tak 'konpiden' menjawabnya. Huhuhuhuhu.....Sib bek assignment all A's....Phewww again!! Memang maut tul subjek-subjek di hujung pengajian nih. Pada mereka-mereka yang baru nak memulakan/melangkah ke dunia PJJ nie...aku nasihatkan uuuooollllls semua skorlah gila2 punya skor di tahun2 awal pengajian. Kalau tak memang perit nak kekalkan CGPA korang nanti. Ya...aku sedang dalam keperitan itu sekarang. Heheheh tapi masih slamber. masih nak tgk tv, masih nak berblog, masih beraktiviti di hujung minggu walau dalam keperitan. Jangan tiru AMALAN ini yeahhh.

Wokey geng..aku ada satu modul lagi nak kena ulang selak (hehehe) untuk paper terakhir sem Januari nih....sempatlah kot...pekse minggu depan. More to selak2 note yang lecturer aku bagi je ha....Kepada yang sedang dan akan menduduki Final Exam, sapa? geng2 blogger yang buat PJJ, geng2 SKTP dan tak ketinggalan untuk anak-anak SKTP yang akan menjalani Ujian Prestasi 2 minggu depan, selamat untuk kamu semua.

Sesama la kita. Cikgu pekse, anak murid pun pekse. Asah otak...asah jangan tak asah! Good Luck!

kira satu dua tiga
empat lima dan enam
berusaha kita sama-sama
kejayaan kita genggam