cari id yes guru sktp

28 Ogos 2008

HATI MENANGIS SIAPA TAHU

Korang pernah dengar lagu ni tak? Dengarkan....

Bagai isi dengan kuku
Teguhnya bersatu
Bagai aur dengan tebing
Tak mungkin terasing

Begitupun ibaratnya
Asmara kita berdua
Kau lafaz sumpah setia
Hidup mati bersama

Namun benar kata orang
Lidah tak bertulang
Tak terbatas kata janji
Semua kau mungkiri

Apalah hendak dikata
Sudah nasib diriku
Zahirku tenang di wajah
Batin tidak menentu

Hati menangis siapa tahu

Malamku bermimpi
Siang ku mencari
Kemana menghilang
Kasihku julang

Tinggallah aku sendiri
merenung bintang di langit
Sekilas terbayang wajahmu
tak tahan menangung rindu

Hati menangis siapa tahu

Malamku bermimpi
Siang ku mencari
Kemana menghilang
Kasihku julang

Tinggallah aku sendiri
Merenung bintang di langit
Sekilas terbayang wajahmu
Tak tahan menanggung rindu

Hati menangis siapa tahu

Rasa gundah dalam jiwa
Cuba ku selindung
Zahirku tenang di wajah
Batin tidak menentu

Hati menangis siapa tahu


27 Ogos 2008

Bersihnya....Tq to Qusy



N3 sebelum ni aku ade bagitau nak antar servis kete aku ngan member aku (Qusyairi...aku shortkan jadi Qusy jek) kan? Har har har kira ok la sesangat aku antar kat dia,kuar RM60 , Qusy ler bawak kete aku tu untuk di servis. Aku tunggu kat sekolah jer sementara tunggu kete siap. Dalam masa sejam je beres semua.


Best tullah....kete siap, paper ujian siap, lesson note pun sempat aku buat....Aku antar standard servis jer..tapi murahlah kan...minyak semi tu...kalau antar kat pusat servis yang biasa aku antar kompen 100 plus plus...kuikui...time untuk berjimat. Anyway tq tu Qusy...tak sesia lah usaha ko pomot kat aku kan kan? siap pomot dalam blog aku nih lagik....so cikgu2 yang belum jadi customer Qusy...nak try boleh lah...hehehhe


Korang tengok jek la pic kat atas tuh.....area ni memang aku x pernah usik .......Aku servis ngan cikgu Qusy ni....hilang semua habuk...kuikuikui. (Nampak sgt la aku x penah nak lap area nih....). Macam selalu yang mulut-mulut orang berkata, "perempuan.....tahu bawak jer..". Lagi ler macam aku nih xde sesapa yang expert pasal hal2 kete di rumah ku itu. My dear ayah? hanya reti berbasikal je. Huhuhuhu....1st try...ok..harap2 d next2 servis pun ok lah kan....:-) Rasa-rasa pasni leh jadi regular costumer nih..hehhehe anyway TQ to cikgu Qusy.

26 Ogos 2008

Nak buat apa ek, jika......?

"Apa yang patut dilakukan sekiranya orang yang membuatkan kita riang ketawa dan bahagia itulah yang membuatkan kita menangis dan derita?"

Minggu bertugas

Minggu ni turn aku pula bertugas dengan kak zah....u all tahu tak...aku lewat. Gara-gara g Pejabat Tanah la ni....location baru, bangunan baru, prosedur baru...everything baru dah .Pendek kata Pejabar Daerah/Tanah Klang dah berubah wajah. Aku g pun sebab nak hantar surat perintah. amik nombor...la ni dah guna touch screen jek...tkde tekan2 butang lagi dah. Terus touch unit pendaftaran. Kuar la plak...kaunter2...kaunter pertanyaan, kaunter bil,kaunter kutipan,kaunter serahan,kaunter final....mana satu plak kaunter untuk urusan aku nih....dalam kepala nak kemuka surat yang ade kat aku ..so aku touch kaunter serahan...dapat nombor 95** perghhhh..bior betul ....betoi kot....aku dok duduk melangok kat sengah jam...nombor yg dipanggil 8*** ish...betui ka nombor aku nih....tak puas hati...lepas sengah jam baru aku p tanya....uiksssss upenya salah pilih kaunter da.....kah kah kah.....tu la moral of the story jangan lah jadi bodoh sombong. Tak tahu tanya la deeeiiii.....Pada korang2 yang akan berurusan kat pejabat daerah/tanah...kalau korang tak nak tanya.....jangan pandai2 touch kaunter2 lain....nasihat aku..touch jer kaunter pertanyaan....nama jer kaunter pertanyaan, tapi boleh jer berurusan kat kaunter tuh.... tak tahu lah aku camne ntah deme manage kaunter2 tuh.... mungkin masih baru, so fungsi2 kaunter2 belum berfungsi sepenuhnya kot. kot.kot.
Aku dapat nombor baru x sampai setengah jam dah settle....bodohnya aku nih kan....kuikuikui....takpe.pengalaman!

Aku sampai sekolah hari ni ngam2 kul 1.00 time tu kak zah dah handle bebudak masuk kelas. oraitla tuh....Petang aku la balik lewat...tunggu semua budak balik baru aku balik...around kul 7.00 aku chow la.....

Malam nih tak buat pe2....tapi dalam ngatuk2 tuh sempat gak lah aku mengakses tenet nih...mcm x sah x tenet semalam...tak lama sekejap pun worait la kan....kat2 kul 11.30 baru niat nak off....ade member ajak join chat kat YM...so chat la kejap then aku buat n3 nih....now aku nak off...mataku kuyu sudah bah.....heheeh lama dah aku tak dengar loghat bahasa sabah nih....uiks...takkan lah kot....tak...tak....(korang x paham xpe..aku paham)....kay lah nak tido nih, sok pagi nak anta kete kat Qusy suh dia bwk kete aku g servis...time2 nak jimat nih aku try la anta kat Qusy..lgpun dah lama dia pomot kat aku....aku buat dek jek.....hehehhehe.K adios!

23 Ogos 2008

Meh singgah...

Alo...assalamualaikum....seronok plak apabila dah start berblogging nih. Hehhehehe bila terhenti...lama hentinya....bila dah start balik, tak reti2 plak nak henti.wukakaka....bukan apanya pepagi nih dah masuk...petang karang aku hehehehe nak g subang jaya. Hish apa la budak nih buat asyik g subang jaya kan? buat masa nih aku x kabo dulu lah ek....sat sat aku kabo..hujung tahun kang ke, awal thn depan kang ke.....worait!

Actually, pagi nih aku ajak my dear ayah balik pulau indah....dapat cek bonus untuk anggota KPPLB (Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad) ,oraitlah jugak 10% dari jumlah syer yang my dear ayah ade. Syer my dear ayah sikit jer tak banyak. But my dear ayah x mau balik plak.....kira ok gak x kemana pun cek tu kalau x diambil...akan terus masuk dalam saham my dear ayah...tapi aku x paham la kenapa my dear ayah x nak balik kg tumpah darahnya sendiri. Apa yang dah jadi agaknya ye....mesti ade apa2 yang aku tak tahu nih....

aku kompem....makcik2 aku yang dok kat banting,sungai buloh mesti balik nih......bestnya kalau my dear ayah balik gak...leh berkumpul ngan sedara-mara.Aku pun dah lama x jengok pakcik2 aku yang menetap kat Pulau. Hehehehe anyway esok aku akan balik gak.....but with my pakcik not my dear ayah. Pakcik aku belah arwah mak aku tuh sibuk nak g Pulau jumpa kengkawan dia kat sana. Dah tu siap pesan tuh tak nak g umah orang lain....isk...saboooo jek la aku....ingat nak menyinggah sekali umah pakcik2 aku..hehehehe harus dicancelkan niat itu.

So...esok aku balik kg...yeh yeh yeh....apa lah aku nih ...dah hari terakhir cuti baru nak balik....kuang kuang kuang.....balik tu balik lah jugak tapi ku berpesan ngan hati ku ini...jangan sampai menangis dalam hati...huhuhuu.

Nie slide area umah aku kat klang.....hehehhe saje nak pomot.....tunjuk kami dapat jalan baru.....tahun ni jek dah 2x di tar baru. bertahun2 mintak baru tahun ni dapat...sekali dapat 2x di tarnya harharhar....at least my dear ayah dapat gak tgk jln bertar depan umah dia nih....



Then, tu ar lorong umah aku tuh.....tak cantik sikit sebab masa pilihanraya lepas dorang tuh p tampal poster kat situh...tu yang ade tertepek ketas putih tu...dah x leh tanggal....kesal sungguh! x suka x suka x suka...pokok tu pulak antara pokok munga yang ade depan umah....and u all kompem jumpa buai biru berantai....sah la tu lah umah aku....kuikuikui....buai berantai bukan apa....kalau idok anak2 jiran aku main buai tu macam lupe diri...hayun laju2 macam nak terbang.....dah ler buai lama..korang pepaham jek lah kalau buai lame nih....sah ade muziknya iramanya yang tersendiri....memekak jek...di tambah ngan suara bebudak tu jerit la, nyanyi la....orang tua mana suka bising2 nih....hah tu la kena rantai buai tuh....kahkah la ni xde bebudak dok buai tu lagi...orang2 dewasa jek. kuikui....

Eh, kengkawan .....terutama yang dah lama x mai umah aku nih.....meh la singgah...x kisahlah raye puasa ke, raya haji ke....x raya pun leh singgah.....!tetiba teringat kat member2 maktab laks...

A to Z tentang cinta

A-Alliance
Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati..

B-Brighten
Kehadiran cinta mampu menerangi hidup yang suram..

C-Caring
Namun cinta tidak bermakna andai tidak saling mengambil tahu antara satu sama lain.

D-Dear
Ini kerana orang yang di cinta adalah orang yang paling penting dan disayangi dua hati..

E-Enhanc
Oleh itu , biarpun cinta ada dihati , namun harus tetap perlu berusaha untuk menambahkan lagi kasih sayang yang ada..

F-Forever
Agar cinta akan kekal untuk selamanya ..

G-Good
Untuk menjadi pencinta yang sempurna harus menjadi kawan yang baik pada pasangan..

H-Honest
Jujur dalam percintaan..

I-Intelegent
Bijak dalam menentukan mana yang baik untuk si dia.

J-Joke
Ceriakan hidup si dia dengan gurau dan senda

K-Kind
Hati perlu sentiasa bersih dan luhur dalam percintaan..

L-Loyalty
Setia pada yang satu..

M-Manner
Sentiasa menjaga tingkah laku dan maruah diri..

N-Need
Dan perlu sentiasa ada rasa saling memerlukan

O-Objective
Seperti hidup dalam percintaan juga harus ada matlamat dan tujuan

P-Passion
Untuk mencapai matlamat harus ada keinginan dan kesungguhan

Q-Quality
Cinta yang berkualiti adalah cinta yang ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa..

R-Responsibility
Dari keikhlasan , akan lahir rasa tanggungjawab

S-Survive
Untuk terus hidup memperjuangkan cinta yang dibina agar sentiasa bahagia.

T-Tolerate
Sikap tolak ansur harus ada..

U-Unpredictable
Kerana setiap orang sukar diduga , jadi perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi yang tidak dijangka

V-Valuable
Sentiasalah menhargai cinta kerana cinta itu amat bernilai dan bukan boleh dijual beli..

W-Wish
Cara terbaik menghargai si dia adalah cuba menunaikan apa sahaja yang diinginkan dari kamu..

X-X Factor
Kerana kekuatan cinta adalah pengorbanan..

Y-You
Yang kamu lakukan..

Z-Zero
Dan tidak pernah mengecewakannya walaupun secebis kuman..


p/s : ampun dan maaf ...tapi aku nak jugak letak benda yang aku jumpa kat cute blog ni. sekurang-kurangnya untuk peringatan pada diri aku sendiri. Saya pinjam ek...

Dan ini aku tuju khas untuk diri aku sendiri...(pun dari cute blog )

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan Cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu....
Ya Muhaimin....
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya, Agar tidak melebihi cintaku Pada-Mu....
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya Tertaut Pada-Mu...
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.....
Ya Rabbani..
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling pada hati-Mu...
Ya Rabbul Izzati.....
Jika aku rindu,Jagalah rinduku padanya,
Agar tidak aku lalai merindukan syurga-Mu......
YaAllah......
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajatdi sepertiga malam terakhirmu....
Ya Allah....
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu......
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan yang panjang menyeru manusia kepada-Mu....

22 Ogos 2008

Pintu bahagia sentiasa ada

Harian Metro (Variasi), Khamis 21 Ogos 2008

DALAM meletakkan fasa dalam sesuatu perhubungan, sudah pasti ada sesuatu yang dicari. Pada diri si dia, tentu anda mengharapkan yang baik daripada yang terbaik.

Begitu juga dalam membina impian dalam percintaan, pelbagai perkara yang difikirkan mengenai si dia. Adakah nilai yang diberikan itu ada persamaan dengan apa yang anda dambakan? Renungi perkara berikut untuk memperoleh kekuatan dalam bercinta:

- Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah.

- Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu.

- Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu.

- Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah.

- Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.

- Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda meninggalkannya dengan perasaan sudah bercakap-cakap lama dengannya.

- Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangan dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya.

- Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

- Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.

- Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas.

- Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya.

- Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


- Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

- Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda.

- Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya.

- Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air - mata.

- Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

- Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya.

- Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam.

- Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.

- Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

p/s: Terima kasih untuk seorang kawan yang mengirimkan semua yang di atas kepadaku. Berat matamu yang memandang,berat lagi bahuku yang memikulnya. Aku sudah mampu untuk tersenyum kembali,namun hakikatnya inilah hatiku.
inilah hatiku

Plan yang tak menjadi......huhuuhu

Ingat lagi tak n3 aku tentang My Next Plan bulan April lepas...Dengan sedihnya aku melaporkan plan tu x berapa nak menjadik. Yang berjalan lancar cuma ubahsuai galeri wawasan aku tu jeh. Fuhhhh...sib baik aku buat ubah suai deko kat dalam tu, kalau x malu den. Sebab sebelum cuti hari tu tetiba pulak bekas GB yang mewujudkan muzium sekolah tu...datang buat lawatan. dah tentu nak tengok apa jadi ngan muzium beliau tu kan? Amin...selamat. Cuma nya berabuk sikit la...sebab dah lama aku x buka My Galeri Wawasan tuh.Heheheh sadis plak rasanya. Deme mintak buat kunci pendua simpan kat opis...aku lupo nak wat. Nampak gaya serah masa bukak sekolah nanti ler....kuikui

sedih tersimpan dalam hati
My sudut PPSMI u all tahu apa jadi? Whuaaaaaawhuuuaaa aku,puteri and k azwa menempek bahan-bahan kat situ tak sampai seminggu dah tercabut! sakit jiwa dan raga! Sengallllll. Ni yang buat turun semangat nih...Apalah daya....budak pagi kata budak petang,budak petang kata budak pagi.....ishhhh budak mana nihhhhh????!!!!!

Sudahnya.....tercabut semua...termasuklah ruang spelling bee aku tuh....hampeh..kalau aku sorang je beriya nak buat tapi cikgu2 lain tak nampak buat pun....kompem la x berjaya! Aku ni nak nangis ke pun dah x terkeluar air mata. Semua plan macam membebankan orang lain. Menambah kerja yang dah sedia ade membukitnya tuh. Camne ek nak buat? Ade sesapa leh tolong bagi cadangan tak?Huhuhuhu...

Sengal betul sengal..GErrrAaaMMMM..!!!GErraaaMMM!!!
Menghias kelas Amanah. Arrrrrggghhhh.....satu lagi yang membengangkan aku dan cikgu yang kongsi kelas tu ngan aku serta cikgu kelas sebelah. Aku dah siap kumpul duit dah ,konon nak beli barang2 n bahan2 untuk hiasan kelas....last2 lepas cuti penggal lepas , aku balik sekolah kelas aku tuh dah kena pecah!!!! aduh sadisnya...sedih bebenor. Kelas aku tu nak dijadikan bilik J-Qaf.Isk.isk..isk..time tu mmg aku nangis, tapi dalam hati jek la. Terkial-kial aku dok mencari mana deme letak papan kenyataan aku yang dah aku hias sebelum cuti tu. Sib baik ade, kalau x memang aku meraung.Mana tak nya semua tu aku buat sepanjang tahun 2007 and guna duit aku sendiri pulak tu. Semangat aku nak hias kelas tahun ni.....zassss merundum jatuh!

Sekarang ni kelas Amanah tu dok macam merempat je kat makmal ICT...Marker pen aku beli 3 kaler, tak sampai sebulan, yang kaler biru dah hilang,yang kaler hitam matanya dah termasuk kedalam. Tinggal kaler merah.....! Mintak kat opis asyik kata dah takde jer.....aku beli sendiri, xde plak nak di jaga elok2 ...kang aku beli guna sorang2 x yah kongsi ngan cikgu lain kang kata aku kedekut plak...Abih camne? Segala yang berlaku nih hanya melemahkan dan menguji kesabaran ku sungguh!!!Tapi aku ingat Emmy kata......Saaabooooo jek la...:-(

21 Ogos 2008

Kuala Lumpur

ku keletihan
Aduh...semalam hari yang meletihkan. Baru semalam dapat menguatkan hati pergi ke Kuala Lumpur. Aku ni sejak-sejak dah bertambah umur cukup malas nak ke KL. Tapi mengenangkan borang permohonan wakil diri (pencen) dah tinggal nak berapa hari tempoh tamat aku gagah kan juga hantar sendiri. Lebih yakin dari pos. Takut lambat atau tak sampai (kot sangkut-malas nak amik risiko).

Macam biasa aku bawak Emmy ler. hehehehe Tengahari semalam around 12.25 camtu kami naik komuter pergi ke Kuala Lumpur. Turun kat stesen Bank Negara. Maakkk aiiii setahun je aku x g, banyak dah berubah. Citttt.....x bawak kamera plak. Kalu x boleh snap. Sekarang dah ade terminal baru yang lebih cantik. Cantiklah....masih baru. Sampai sepatutnya 1.30 ptg, but kerana train delay kat setia jaya ,ntah sebab apa ntah kami tiba kul 2.00. Bengang nih sengah jam lewat. Dah lari timing aku.

Apapun kitaorang solat zohor dulu kat surau baru....alamak time nak pakai tudug plak baru perasan dalam surau tu xde ceremin la. Then , move to Medan Mara ......pusing punya pusing punya pusing x jumpa JPA (bahagian pencen) tu.....tanya la orang! Cittttt bengang nombor 2, Depa dah pindah ke Maju Junction lerrrrrr!Adehhhhhh dehhhh dehhhh. Perot dah mintak diisi. Kitaorang balun makan dulu le. Then baru g Maju Junction . Sib baik dekat je ngan Pertama Kompleks. Area2 tu jugak la.

Pusing-pusing lagi tgk direction board kat level 5, kami pun naik la escalator kat MJ tu...last kat L3 dah food court dah. Uiks mana L5 nih....? Bengang ke 3 dah mai....turun balik n tanya....Pehhhh kat other block upenya...ne naik lift baru sampai. Kuar2 aik pesal kat parking lot plak ni? bior betul.......ermmm betoi! Akhirnya jumpa gak JPA lokasi baru. Orang x la ramai-2-3 kerat ja. Tapi network komputer dema plak x berapa nak ummmphhh...so tunggu lagi.Wuaaargghhhhh aku dah penat nih....dah la nak cuci mata kat sogo tak dan. Sogo tgh sale tu-50%-70%. Sib baik gaji dah abis n yang baru x masuk lagik. Kalau tak mau aku sambar 1 handbag! hehehehe

Lastnya kami dapat train balik Klang around kul 4 ptg....Singgah jap bukit tinggi, Emmy plak nak bayo bil apa ntah .....tup tap tup tap kul 6.00ptg gak la baru ade kat rumah. Tu pun my father dah call beberapa kali tanya "tak nak balik ker?"

Keciwa gak lah xde gambar, moral of the story selalu la simpan kamera dalam beg anda! bagi yang suka snap la. Phone aku memori dah penuh .....so x leh simpan gambo...then dah pandai buat hal sekarang nih.....orang phone xde ringing/vibrate walhal aku x tuko pun setting g silent. Msg masuk pun xde munyi......bencik nyerrrrrr.Kete wat hal,phone wat hal, semua nak wat hal!!! tencen...tencen...tencen aku cenggini! tapi Emmy kata Saaabooooooo......

18 Ogos 2008

Jemput-jemput ikan bilis

Sengaja nak menghilangkan kebosananku...Ha ini lah dia juadah petang tadi. Jemput-jemput ikan bilis cecah sos cili kimball beserta air kopi. Setengah jam siap! heheheh koboi jer masak ni...semua orang tahu for sure anak murid aku pun tahu nak buat....so simple.


tepung gandum + bawang kecil dihiris + bawang putih dihiris + cili merah hiris gak + garam secukup rasa + ikan bilis sikit + air masak. Campur je semua . Pastu amik sikit2 masuk dalam minyak panas, goreng je la sampai kekuningan keemasan. Mudah jer kan?

Buat air kopi ke, teh ke, or air kegemaran masing-masing terpulang pada diri sendiri. Makan petang-petang apatah lagi semasa atau sesudah hujan..Fuhhh selera sungguh ! Betul tak? Actually masa-masa cuti ni lah aku dapat banyak permintaa daripada ayah yang nak makan bermacam jenis kuih-muih. Aku memang dah lama x membuat kuih-muih tu semua. Memang patut pun ayah teringin nak makan apatah lagi dari air tangan anak sendiri. Anaknya je yang kurang rajin...Kahakahakahkah......Hari ni aku penuhi permintaannya yang pertama. Ok pe....So Selamat menjamu selera to my dear ayah.....sepinggan tu ayah makan sorang!

New modules for new semester

Taaaadaaaaaa......ha inilah dia subjek untuk semester akan datang. Berpinor-pinor lah mato den dongan nombor nanti. Kuikuikui...oraitlah tu , kata member aku. kan cikgu matematik harus bisa berenang di lautan nombor. Kahkahkah...iyolah! Anyway, subjek dalam BI, cam biasa aku dan geng-geng Oum dah start mencari modul BM sebagai rujukan kecemasan. :-) Persediaan kunun....last-last modul BM tu la jadik rujukan utama. Untuk kefahaman ....penting tu! kalau setakat selak-selak, tenung-tenung, tengok-tengok tapi tak paham menda pun tak berbaloi gak. Anda setuju? Pokok utamanya faham. Perlulah faham baru boleh buat. Iye tak....? Modul ni aku amik pagi sabtu....pepagi dah kuar rumah sebab niat nak balik awal. So memula pikir dah nak drive or naik komuter je....tapi sebab nak cepat aku pilih naik komuter jer senang. Al maklumlah aku ni "tersangat lah pakar" jalan raya kat KL. Elok-elok amik masa sejam, silap hari bulan jadik 2-3 jam plak...tak nak amik risiko. Kang terlepas lak jemputan kawin anak cikgu Asiah and jiran sebelah.

Untuk semua pelajar OUM. Selamat menjalani semester baru. Semoga sama-sama kita dapat rungkaikan sumpahan yang selama ini membelenggu kita (sumpahan=buat assgmt last minute ler ...apa lagi)That's it.....aku boring sebenarnya. So ini jelah post untuk petang ni. Ayah dah mintak buat kuih 'jemput-jemput' tu. Kalau ade idea..kang malam aku buat post baru. heheheheh insya'allah.

17 Ogos 2008

Cuti : Walimatul Urus vs Balik Kampung

Cuti sekolah dah bermula lagi. Tak lama, satu minggu sahaja. Pada kebanyakkan orang cukup suka pada cuti ni. Boleh pergi cuti-cuti Malaysia. Tapi sebenarnya ada juga yang tak suka ceria....contohnya...aku la! Hhehehehe...ada masa-masa tertentu sahaja aku merasakan nikmatnya bercuti. Iaitu di masa-masa yang memang aku perlukan rehat. Selain itu kebosanan melebihi keriangan.

Kenapa aku jadi macam tu? Mudah saja....nak pergi cuti-cuti Malaysia, ajak ayah ....ayah comfirm x nak ikut,meskipun ajak balik kampung kat Pulau Indah tu pun liatnya ayah setuju. Dia akan kata...."kau kalau kau nak balik ...kau balik la. Ayah tak nak. tapi jangan balik lama-lama ...ayah sorang kat rumah ni..." Aduhai......itu macam punya kata-kata agak-agak korang boleh ke aku nak cuti-cuti Malaysia luar dari kawasan Selangor atau ke tempat-tempat melangkau 2-3 buah negeri???



- ayah dan kucingnya yang bernama Nina (tapi dah mati dah)-



Hajat di hati, impian kalbu terpaksa aku tahan kan demi ayah tercinta. Tu la agaknya aku stress selalu. Kawan-kawan anak rantau pulak....time-time ni la diaorang balik kampung jumpa mak ayah masing-masing. Yang mana memang stay kat Klang ni...deme pulak pergi cuti-cuti Malaysia. Arrrrrrggghhhhhhhhhhhhh ......aku jugak terperap kat Klang yang dah makin sempit dan sesak nih!

Dua hari nie memang aku tak lekat kat rumah. Dok melayan memenuhi jemputan walimatul urus kengkawan. Hari Sabtu semalam, Cikgu Asiah terima menantu. Majlis kat Kampung Delek je....dan Mak Ton, jiran sebelah rumah aku pun....terima menantu jugak. Balik jemputan...aku g Subang Jaya ngan Emmy pulak. Sekitar jam 4.30 petang baru ada di rumah. Kikihikihkih.....Idah pulak mesej kat hp nak datang bermalam kat rumah aku...Dia mintak aku ajar macamna nak manage blog. We have a new blogger names eeeda-damak. Dah malam tu aku stay berjaga takat kul 12 je. Letih bangat nih....Idah katanya kul 3 pagi baru dia off laptop aku nih. Sorry la idah aku x dapat nak teman. Mataku telah di tarik2 minta ditutup!

Hari ni, lepas Idah balik aku terus g Subang Jaya, ada appoinment untuk mengembalikan semangat aku tu sebenarnya.Kul 1.30 pulak aku penuhi pula jemputan Cikgu Zainal. Selamat dah Zainal menamatkan zaman bujangnya. Tapi just pergi jemputan di belah pihak perempuan la , Yosliyana kat Jalan Kebun,Klang. Sib baik Yosliyana tu kitaorang kenal jugak sebab pernah ngajar sementara di SKTP. So cikgu-cikgu semua pakat datang Majlis di Klang. Majlis pengantin lelaki kat Sg Tekam,Jerantut Pahang...23hb....ERm....hujung bulan.Gaji x masuk lagi ma.....Minyak + Tol kalau leh bayar ngan daun, sah semua akan pergi Pahang tu. Wakakkakawakakka...Sorry ye Jenal.Ha....lupa nak bagitau...aku g ngan Pn. Tee. Isk isk aku kalau g ngan Pn. Tee mesti ade jajan Pn. Tee kirim untuk ayah aku. Makasih Pn. Tee yea. Tu sebab kot ayah selalu ingat nama Pn Tee. Kalau nak g kenduri mesti ayah tanya dua nama...g ngan sapa? Kak Sazila ke? Pn. Tee ada? :-)
Then kami sampai kat Telok Pulai around 3.15pm. Singgah pulak jemputan bekas anak murid (Izzat kot namenya) Pn. Tee yang melangsungkan perkahwinannya...Huhuhuhuhu anak murid Pn. Tee dah kahwin dah......Aku bila lagi nih?!!! Whuahwhua....sedihnya jiwa dan ragaku....pakwe aku pasang dua awek.Akukah yang akan di tinggalkan?????! Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
Berserah pada Allah. Semoga aku akan bertemu jodoh dengan yang terbaik untuk diri aku. Ntah la aku tak tahu siapa. Harapan aku ada dalam hati aku. Korang tak perlu tahu lah yea.Isk isk isk dah berbulan-bulan hatiku tak ceria.

Anyway Tahniah untuk Cikgu Asiah dan Mak Ton kerana menerima menantu baru. Tahniah buat Cikgu Zainal dan Izzat yang dah pun jadi suami kepada seorang perempuan. Kepada yang sedang bercuti-cuti Malaysia tu selamat bercuti.Semoga semuanya Bahagia dunia dan akhirat.

p/s:sorry la ek....xde gambar.tengah xde mood nak snap!
cikgu-cikgu sktp pulak....jangan lupa soalan ub4 nak kena antar naik cuti nih.

06 Ogos 2008

BIRTHDAY


Hari Ulangtahun Kelahiran.....em..pada korang hari tu istimewa tak? Most mesti kata ya kan? Hari Lahir teristimewa yang pernah aku ade masa hari lahir yang ke-21...memang aku takkan lupa sampai bila-bila....Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang meraikannya ketika itu. Tan Tai Hock, Suhaimi Ahmad, Faridah Majid dan tak lupa buat roomate ku masa tu...Rumilalyza. Tan...aku tak tahulah dia di mana sekarang. Tapi baru-baru ni sebelum menjelang 6 Ogos aku ade mimpi terjumpa dengan dia...orang kata kalau mimpi jumpa seseorang, maknanya orang tu teringat kat kita. Hemmmm...iye ker? Mitos kot. Mungkin juga Tan teringat kot birthday aku ....9 tahun sudah dia lah yang ke hulu ke hilir dari blok B ke blok D mencari kelibat aku. Semata-mata nak beri birthday cake for birthday girl. Masa tu terasa happy sangat..itulah kali pertama aku terasa diingati dan dihargai. Kek tu Tan beli bersama dengan Abang Mie (Suhaimi) .Kalau diingat balik memang sweeeeeeetnya...At last...Tan tak dapat jumpa aku....Malam tu Idah datang( masa tu Idah bukanlah kawan yang rajin bertandang blok aku...maklumlah blok paling hujung....sesapa pun malas nak menapak.kuikuikui.Idahlah akhirnya jadi penghantar kek tu ...masa tu dah lewat dah...dekat pukul 10 malam kalau tak silap. Thank you Idah sebab hantar kek tu kat aku!

Roomate aku plak Rumi dah mula fikir bukan-bukan sebab aku dapat surprise kek tu. Dia ingat ade something....but aku bagitau lah dua2 orang tu aku dah anggap macam abang aku je tak lebih tak kurang. Seronokkan...bila ade orang ambil tahu hal kita. Very nice feeling.Tapi sekarang...aku dah lost contact dengan semua yang di atas kecuali Idah...Idah masih ade sebagai sahabat aku. Mungkin yang lain-lain tu just a parasit friend ....umur-umur dah makin meningkat ni yang akan terus kekal bersama kita adalah rakan-rakan yang mungkin kita boleh katakan sebagai truely friend.Setuju tak? Kata-kata ni aku pinjam dari kawan aku Emmy.


Dah hampir 17 tahun aku berkawan dengan Emmy (yg tudung hitam tu)sebelahnya hana....I hope she's really my truely friend...forever! and terima kasih sebab hadiahkan aku perfume Chymara dari Body Shop tu. Hadiah tu lah yang jadi pengubat hati aku. Sebab birthday tahun ni adalah yang paling pilu pernah aku rasakan.terima kasih ya Emmy...nanti ade rezeki lebih aku hadiahkan ko arnab yang ko suka tu plak. Insya'allah..aku tak janji tau.

Tan Tai Hock, dulu aku dapat tahu dia berada di SJK (C) Soo Jin, Kapar. Dah berkahwin dah. Sekarang tak tahulah masih berada di Kapar lagi atau dah tukar balik ke Kelantan, ntah la.

Suhaimi Ahmad @ Abang Mie,aku dah tak kenal abang mie lagi. Dulu dia baik dengan semua adik-adik dia. Tapi selepas dapat isteri, bukan sahaja adik dia buang malah semua kawan-kawan dia buang. Kalaulah aku tahu abang mie ni macam nie....tak kenal dengan abang mie lebih sejuta kali baik daripada mengenalinya. Aku benci pada orang yang menjalinkan hubungan pastu dengan sengaja dan mudah je dia memutuskan hubungan tu. Kami takde salah apa-apa pun.Whatever semoga abang mie tidak silap membuat perhitungan. Bumi ini bulat!

Faridah, masih lagi berhubungan dan semoga kekal. Biar tak jumpa setahun dua tahun asalkan terus berhubung itu sudah cukup baik pada aku. Apatah lagi di zaman IT macam sekarang, telefon bimbit ade, email ade, internet ade (macam-macam ade...blog, facebook, friendster kan? Semua tu boleh dijadikan item untuk terus berhubung.Aku harap Idah pun boleh jadi kawan aku sepertimana Emmy. Lagipun Idah banyak tahu hal2 aku dari dulu sampai sekarang.

Berbalik pada Birthday...tahun nie...tahun aku beralih angka...tiada lagi 20-an, dah menginjak ke angka 30 dah....dan merupakan birthday yang paling membosankan...paling menyayat hati...mungkinkah birthday yang ke-31 nanti akan terulang kembali sambutan yang mungkin lebih manis dari birthday yang ke-21 yang lalu? Aku harap begitu....setahun lagi...aku akan nantikannya!