cari id yes guru sktp

23 Februari 2011

Diari 17 Rabiulawwal 1432

Salam Pagi. Selamat Sejahtera,
Selepas hari S.A.T.U,
20 Februari 2011
bersamaan
17 Rabiulawwal 1432
Ahad jam 2.30 petang




Berjuta terima kasih tak terucap kepada semua saudara mara dan rakan-rakan yang sudi menjayakan Majlis Pertunanganku. Berjuta kemaafan juga kepada mereka-mereka yang mungkin aku ada terlepas pandang untuk memberitahu mengenai majlis ini. Majlisku biasa-biasa saja. Keluarga dan rakan2 terdekat sahaja yang kuundang. Mohon ampun jika ada yang berkecil hati kerana tidak diberitahu. Harap kalian dapat memahami situasiku. Insya'allah Majlis akan datang kalian pasti dapat jemputan.

Doakan kemenjadian jodohku. Semoga berpanjangan dan mendapat keberkatan dari-Nya dunia dan akhirat. Sekali lagi TERIMA KASIH SEMUA!

21 Februari 2011

Make Over

Terima kasih pada fid coz make over muka aku jadi macam ni...

Lepas ni boleh la guna khidmat fid lagi...kan..kan...kan...Nice....
muka paling cantik yang pernah aku ada...hehehe

19 Februari 2011

Akhirnya......s.a.t.u itu tiba.

Keletihan lagi. Betis aku sakit nie.....berdiri je kot. Huh bukankah itu menandakan berat badan telah berlebihan? Harus buat sesuatu ni. hehehehe. Hari ini lagi....tidak sempat membuat entry awal pagi. Lewat petang baru dapat si LENOVO teman ketika sendiri. Chewaaahhhh.....betullah. Hakikat tu.

Hari ini adalah hari Sambutan Maulidur Rasul di sekolah. agak meriah dengan pertandingan perarakan yang diadakan saban tahun. Dan kali ini aku menarik diri awal dari menyertai. Sebab aku sedar akan tahap kemampuan yang aku miliki. Tak larat la aku nak bersengkang mata sehingga pagi untuk menyiapkan sepanduk. Sedangkan dalam fikiran aku benda lain yang menerjah. hermmmm.

Acara selesai lebih kurang jam 1 petang. Aku sangka member nak datang rumah petang-petang sikit! La...rupa-rupanya sejurus selepas tamat aktiviti di sekolah dia kata terus nak mai. Makk aiiii kelam kabut la aku dan Zihah. hahahah dan akhirnya kami berempat persiapkan bilik  yang dimaksudkan. Dan inilah hasil kerja kami di hari s.a.t.u.


Kisah seterusnya kita tunggu selepas hari s.a.t.u. Apapun hari s.a.t.u dah selesai dan aku sedikit lega!

18 Februari 2011

Apabila D.u.a. menghampiri..

Assalamualaikum.....Pagi Jumaat yang menyegarkan aku kira. Puas benar aku tidur. Tapi macam biasa apabila ada yang mahu dilebihkan pasti ada yang terpaksa dikorbankan. Hei.....actually banyak lagi kerja-kerja aku yang belum selesai dan tertunggak! Tapi kalau dah badan tak daya...otak letih...macam mana?

Apabila d.u.a menghampiri ntahlah macam mana aku booleh layan tidur aku plak. Mengantuk semacam. Walaupun teleon aku tu asyik berbunyi.....tak kiralah sama ada bunyi sms mahu pun bunyi panggilan masuk, aku masih pilih untuk merehat2kan diri. Sedangkan fail atas meja tu masih berlonggok tau! Dan hari s.a.t.u tinggal esok jerrrrr.....grrrrrrrr.

Namun aku bersyukur, saya memohon bantuan kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang sepupu serta pakcik makcik (terutama makcik la kan....) semuanya ok! Lega la juga. Terima kasih. Jam sudah 930 pagi.GM buka dan mula operasi kul berapa ek? 

Kakak2, Abang2, Wak2, Bibik2, Adik2,Cikgu2......I love u all! Thank You....

Hey...hari ni dah D.U.A!!

17 Februari 2011

Ta Ya Ga Alif.....T.i.g.a

Terlewat lagi membuat entry selepas e.m.p.a.t . Bahana mata yang tak terlelap hari tu, menjadikan mata aku keletihan siang harinya. Selepas selesai mesyuarat KWAMP semalam. Sungguh, aku tak tertanggung. Aku terlelap di bilik j-qaf sejam lamanya. Nasib baik memang aku takde kelas waktu itu. Kalau tidak.....masak!

Malamnya usai makan malam konon nak tidur segera. Herm tidak juga. Dok belek fb, gosok baju dan mengumpul duit untuk bayar parking di ALC college hehehe. Sudahnya 12.30 juga baru dapat peluk bantal. Hurmmmm bestnya.

Dan hari ini, T.I.G.A memunculkan dirinya. Aku tak sempat buat entry awal pagi seperti mana s.e.p.u.l.u.h., s.e.m.b.i.l.a.n., l.a.p.a.n., t.u.j.u.h., e.n.a.m., l.i.m.a. dan e.m.p.a.t. Ni la baru dan usai maghrib dan makan malam. Mana nak sempat terjaga 6.30, bersiap2 ...7.30 keluar untuk menghadiri kursus pemantapan pedagogi linus numerasi tahun 2. Aduh.....sekali sangkut jem depan ACS la pulak. Aku lewat 10 minit. Lucky tak mula lagi pun. Dekat jam 9 baru start. Hampeh....buat penat jantung aku jer ingatkan dah lambat bebenor. Hihihihi.

Waktu rehat tengahari usai Zohor, sempat juga aku menjengah Pesona Indah mencari keperluan untuk hari selepas s.a.t.u. Tak jumpa...tak ada barang yang dicari. Esok terpaksalah ke GM Klang! Harap2 ada. Kalau tak ada.....ntah aku tak terfikir lagi alternatif lain. Pertandingan sepanduk Maulidurrasul tahun ini aku tarik diri awal-awal. Tak sanggup dah...mana nak urus kemunculan hari selepas s.a.t.u, mana nak urus sepanduk. Takpelah aku tak masuk bertanding okay. Tak larat dah menongkat mata. Huhuhuhuhu.

Hari ini t.i.g.a sudahhhhhhhhhhhh.......fuuhhhh berpeluh!

16 Februari 2011

Errrkkkk dah e.m.p.a.t ke?

Tiba-tiba merasakan masa amat pantas berlalu. Errrrrk dah    e.m.p.a.t    ke? Semalam...amat meletihkan. Rumah aku silih berganti tamu yang datang. Dan masih ada lagi perkara yang tak settle! seorang lepas seorang dan malam tadi baru berkesempatan keluar untuk mencari barangan yang kurang tapi tak jumpa.
Pagi ini ada aktiviti GERKO di sekolah. Tengah hari perlu awal kerana ada mesyuarat KWAMP. Lorong Haji Ahmad masih belum berkesempatan untuk ku kunjungi. Begitu juga Lorong Mohd Diah dan juga Lorong Hamid. Aduh.....perlu juga mencuri masa selepas GERKO nanti. Esok perlu menghairi kursus Linus 8 pagi - 5 petang! Aku kesuntukan waktu.
Cuma berbaki Jumaat dan Sabtu! Warrrgghhhhh. Akibatnya, mata tidak dapat lelap walaupun badanku sudah kepenatan dan otak sudah keletihan. Jam 4 pagi aku masih berjaga. Dan entah jam berapa mata terlelap. Sedsr-sedar pagi sudah jam 6.20. Jam 7 harus ke sekolah! Pastinya hari ini e.m.p.a.t yang .......
aku baru rasa mengantuk nih wei.......huhuhuhuhu

15 Februari 2011

L.i.m.a. dah datang

Salam MaulidurRasul.....
Bangun pagi ini, kuncinya adalah sakit perut. Hihihihi. On hp....sms yang dihantar kawan-kawan aku baru masuk. Sorry geng my 013 malam tadi tidak aktif. Aku masih tidak berganjak dari pembaringan. Dok termenung, terkebil-kebil memandang dinding. Terkebil-kebil melihat kipas berabuk yang hendak dibersihkan. Terkebil-kebil melihat karpet yang perlu disapu. Terkebil-kebil memikirkan hari selepas s.a.t.u. kerna hari ini sudah l.i.m.a.

Aku sendiri hari ini. Zihah aku tidak bertanya pukul berapa agaknya dia akan dihantar pulang oleh suaminya. Petang kot. Jadinya pergerakan aku setengah hari ini tanpa berteman. Errrkkkk....macam tak biasa pulak buat sendiri-sendiri. (hihihi angin mengada-ngada datang la tu).

Annuar bilang mahu jumpa aku. errkkkk bila? Kalau dapat awal katanya. Aku waspada ...hehehe bukan kerana apa, kalau dah pulang kerjanya sekitar 3-4 pagi, dapatkah nak berjumpa awal pagi? Sungguh aku tak percaya. Ada baiknya aku selesaikan kerja di rumah pagi ini dan tidak menunggunya. Percayalah aku rasa petang baru dapat jumpa, selepas dia bangun dari tidur tengah hari nanti. Nak bet??? Hehehehe

Itupun ntahla....sebab aku ada appoinment dengan designer aku lepas zohor nanti. Chewahhhhh..designer tu. Ikikikikik.....Kira designerlah.....pereka dalaman. Aku minta tolong kawan aku, coz aku dah betul2 tiada idea nak susun atur 'area' tu. Kawan aku ni kreatif lai inovatif. Idea macam-macam. Tq Kak....sudi jadi designer bidan terjun untuk saya. Akak mesti tolong saya, sebab hari ini sudah l.i.m.a. !

14 Februari 2011

E.n.a.m.

Aduhai, hari ini aku kelewatan.  M bertambah tebal pun ia. Tambah pula Selasa hari pelepasan umum. Penatnya. Dan semakin memberat kelopak mata ingin dibuka.  Digagahkan jua. E.n.a.m pula mengambil tempat. Semakin dekat dan masih ada yang perlu dihadap. Hari ini e.n.a.m. agak ketiadaan modal untuk menulis di sini.

E - entah la kenapa
N - nak rehat je diri ini
A - apa daya keizinan tiada
M - masa kian mencemburui

Hari ni..kena jumpa abang Isa sepatutnya. Tapi dah lambat.....dapat jumpa kak jue itupun cuma sekejap.

13 Februari 2011

T.u.j.u.h. di hari Ahad

Semalam l.a.p.a.n yang meggeramkan hati. Nasib baik ada beberapa orang yang menyabarkan sebelum aku naik gila! Hihihihi selanjutnya kisah gila selepas s.a.t.u kelak. Untuk Ahad ini, u all tentu berseronok makan angin atau berehat santai. Aku? SYMP menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong PIBG yang kemungkinan besarnya tanpa perasmi. Walaupun aku dah berusaha untuk dapatkan seorang perasmi, tapi tak diterima....aku SYMP je la......janji tugas utama aku pagi ni sebagai ajk pendaftaran aku laksanakan.

Harap tak la panjang sangat. Coz aku perlu melakukan beberapa lagi urusan yang perlu diselesaikan. Kalau la aku ada klon.....aku suh klon aku yang pergi.hikhikhik....Aku kena balik Jenjarom jugak hari ni. Memang lunyai la kudrat aku dua hari nie. Ya Allah berilah aku kekuatan , jangan biarkan sayapku terkulai.......Kalau ini jalan yang perlu aku lalui, maka aku mohon dilindungi dan dipermudahkan segala urusanku.

12 Februari 2011

Sila labelkan aku di mana.....

Sesiapa yang kenal aku....tak kira kenalan online mahupun offline....yang mengetahui diri ini.....korang rasa aku di mana???

  1. Gila
  2. Menggila
  3. Menggilai
  4. Menggilakan
  5. Tergila-gila
  6. Kegila-gilaan
Sakit hati aku kalau depan lain belakang lain.....silalah jujur! Pada u all aku kat mana ek? Huhhuhu

L.a.p.a.n. kini menjelma

Sejuk pagi ini, membuatkan rasa M itu menebal. Puas tidur malam tadi. Lena tiada siapa yang ganggu. Agenda pagi sabtu. Rumah perlu dibersihkan. Abang Emol...kemana? tidak dapatku hubungi. Antara orang penting yang aku perlukan. Huhuhuhu....Jangan balik kampung sudah!

Saat terjaga dari tidur, Zihah dah berada di dapur....membuat persiapan untuk jualan pagi di sekolah. Ahli KGKS begitulah. Mencari income untuk KGKS. Kelas tambahan sudah bermula minggu ini, maka bermulalah gerai KGKS saban Sabtu.

Dan aku? munculnya hari l.a.p.a.n. meneruskan agenda yang belum selesai. Ada lagi barangan yang perlu di cari. Actually bahagian aku semua dah ok. Bahagian yang satu lagi masih ada yang kurang. Bolehlah pergi teman dan cari untuk melengkapkan sementara menunggu Zihah menyelesaikan tugasnya di sekolah.

Belah petang akan drive ke Kuang lagi. Menyinggah ke Kg Selamat pula sesudah itu. Nak beri ketetapan dan ambik tahu lagi apa perkara-perkara yang perlu aku langsaikan di sini. Letih ke sana dan ke sini. Ke sana sejam perjalanan, ke sini pun sejam perjalanan. Lembik badanku. Huhuhu. Tapi....buat ajelah...gerak ajelah....daripada membatu. Ye kan? Bila la masa aku nak mengadap sepupu2 aku yang belah sini nie....aku cuma ada no nie je yg tinggal.....l.a.p.a.n.

11 Februari 2011

Bicara sepi

Bicara sepi bagi IB adalah bicara tanpa suara. Ada kata-kata tetapi tidak kedengaran sekadar dapat dibaca sahaja. Dan hari ini IB berbicara sepi lagi. Dan bicara sebegini selalunya dekat benar dengan emosi. Maaf ye. Kisah-kisah emosi negatif adakalanya melebihi emosi yang positif. Emosi positif IB selalu kongsi secara live berbanding emosi negatif IB lebih suka berkongsi di sini. Sekadar melepas lelah mungkin.

Siapalah aku kini. Dulu mungkin kerana 'dia' adalah abangnya yang perlu dihormati, maka aku ada. Kini abang yang memujanya, menyanjungnya, bangga dengan pencapaian hidupnya tidak ada lagi, maka aku tinggalan si abang sudah tidak ada kepentingannya lagi. begitukah?? Atau aku yang mengada-ngada berasa hati sampai begitu? Tapi kenapa aku boleh berasa hati begitu agaknya ya???!!!

Aku sangat berasa hati suatu ketika dulu dengan perkataan-perkataan dan cara penyampaiannya kepadaku. Atau silap aku berbahasakah maka perkataan-perkataan dan bahasanya menjadi begitu kepadaku. Atau mungkinkah aku masih belum /tidak mengenal siapa dia....arrghhhh. Siapa aku di matanya ya?

Seolah semua yang aku lakukan ada sahaja yang tidak kena...tidak betul....bodoh sangat kah aku untuk membuat keputusan maka keputusan aku kerap di pertikaikan?Bodoh sangatkah aku sebagai anak seorang kuli yang bekerja 'korek parit' ni??? Aku abaikan. Sebab air dicincang takkan putus! aku pegang itu. Aku pendamkan saja dalam hati. Aku hanyalah seorang yang bergelar 'anak', mana mungkin dapat mengatasi seseorang yang bergelar 'bapa'.

Aku berkecil hati lagi. Saat hari gembira seseorang yang aku panggil adik, beritanya hanya aku terima daripda mulut orang lain. Dan sehingga tiba harinya aku masih disepikan. Hem, pastinya aku tiada kepentingan di situ kan? Apalah sangat yang dapat aku hulurkan kalaupun aku ada. Tak apalah. Aku bawa diri menghiburkan hati bersama mereka  yang sudi bersama aku. Errrkkk....tapi kenapa aku nak berkecil hati ya? Imbas waktu lalu saat si abang masih bernyawa, saat aku tidak mampu bergerak sendiri. Kedatangan kami dialu-alu kan , kedatangan kami dijemput dan dihantar. Wah ....betapa bangganya ketika itu . Kini....sebarang khabar langsung lenyap sebagaimana lenyapnya nyawa si abang kembali kepada si pencipta! Aku? Biarlah aku pandai bawa diri.....

Aku berkecil hati lagi. Saat hari gembira ku menghampiri. Syukur juga ada sisipan kata nasihat yang aku terima. Namun ada juga kata-kata yang aku telan bersama rasa hati.Kenapa aku emosi sangat eh??? Kenapa aku kisah sangat nih???

Dan hari ini, saat kawan-kawan aku meminta sedikit khidmatku, aku berasa berat hati. Kerana aku dapat rasakan aku akan berasa hati lagi jika aku penuhi permintaan mereka.Dan telahan itu benar! Maka hasil tulisan ini wujud di sini. Jika di zaman kanak-kanak ku aku bangga jika orang tahu dia itu siapa, kini aku lebih bangga jika orang tahu siapa diri aku tanpa mengetahui tentang dia dalam hidup aku!

Tapi....aku masih sedar air dicincang takkan putus. Dia masih antara orang yang perlu aku hormati dan ingati sehingga hujung nafasku. Kerana dia juga adalah sebahagian daripada apa yang aku capai hari ini dalam dunia pendidikan!

Satu pesanannya yang aku pegang hingga saat ini. Jika kita tak suka tindakan seseorang yang lebih berkuasa ke atas diri kita, saat kita dibawah, cubalah ikut. Dan satu masa kita berada di tempat orang yang berkuasa itu, maka ingatlah kembali apa yang kita tidak suka tadi dan jangan ulangi lagi tindakan itu ke atas orang lain. Itulah waktunya maka buatlah perubahan .

Hari ini - s.e.m.b.i.l.a.n.

Keletihan semalam masih bersisa. Apakan daya agenda hari ini perlu diteruskan.Usai waktu persekolahan semalam , aku dan Zihah singgah sebentar di rumah seorang kawan menyampaikan barang yang dikirimkan melalui aku. Mama zie call kata nak datang. Aku jadi serba salah la pula. Coz petang tu aku dah plan kan....nak pergi Lorong Manap, rumah pakcik aku. So, aku decide pergi sorang. Zihah tunggu mama di rumah. Sudahnya, maghrib aku balik mama xde pun. Nasib baik aku tak tunggu kan. Kalau tidak rugi waktu je. Aku risau pulak kalau mama datang lepas maghrib, coz dah ada janji dengan Fid malamnya.

Sebelum jumpa Fid aku ambil Emmy dulu. Yelah aku ikut nasihat Eeeda, bagitau kat Emmy. Hehehe maka malam tadi baru la Emmy tahu siapa Fid tu. Kihkihkihkih.Lepas pilih baju dan amik ukuran badan, aku belanja dua kawan aku tu dinner pula. And kat Fid TQ coz beri price yang 'ok' tu kat aku. Hehehehe Kawan sama kawan satu kampung lagi kan....pastu depan rumah je kan....:-) Tq Fid! Mama zie? terus senyap je......huerrmmm

Seawal pagi ni, nak kena pergi rumah Puteri pula. Al-maklumlah....kita nak pinjam barang dia, kena lah kita ambil. Takkan nak suruh hantar pulak kan? Kena pergi pagi lah, coz petang masing-masing bekerja. Zihah n Puteri kena awal ke sekolah coz masing2 ada kelas tasmik kan. Nak pergi esok....x sempat. Esok lain agenda!

10 Februari 2011

Mari kita mula dengan s.e.p.u.l.u.h

S.e.p.u.l.u.h. ejaannya akan berbunyi sepuluh. 

Masalah kulit yang terdapat di kaki sedang aku ubati. Jauh mencari penawarnya. Terima kasih kepada Zihah. Dari jauh ibunya mengirimkan ubat tu....daun-daun herba (kot) serta bedak sejuk berubat yang dibuat khas untuk aku. Jauh perjalanan dari Pokok Sena.

Malam tadi nekad tidur awal...awal sangat la tu kan...12.30...hehehe. Semalam beberapa orang dah menegur lebam bawah mata. aduh.......Tak boley jadi nie. Dah la aku cuma ade sepuluh hari je lagi.

Bangun pagi, dikejutkan oleh sms masuk . alamak! sms fb....ada plak sepupu aku yang mention about that sepuluh hari . tak boleh...tak boleh...nanti pecah telur ayam yang aku simpan. Jenuh pula nak menjawab soalan yang sama berkali-kali nanti.

Masa terus berjalan dan aku masih tak bergerak. Tu yang aku kata kerja banyak sampai tak terbuat. Membatukan diri. Heheheh tapi...kalau aku tak buat sapa la nak buat takde sapa2 pun. Aku kena buat jugak. Banyak nak berbelanja ni, maka kad atm kene la di isi. Pengajaran di sekolah hari-hari berlangsung, maka rancangan mengajar perlu segera di siapkan. Masa mencemburui...cepat buat!

Fid aku dah mesej. Zihah teman aku malam nanti untuk jumpa dia di FnB. Nak bincang tentang persiapan hari s.a.t.u....Tak tahulah aku, ntah ada saiz ke tak ni. Harap-harap everything akan berjalan lancar. Mahu tak mahu balik sekolah nanti kena direct to Lorong Manap. Penuh dah jadual untuk hari ini. Moh kita gerak sekarang!

08 Februari 2011

Blur tahap melampau kot

Ini bukan meja aku. Aku sambar jer gambar nie dalam tenet. Tapi lebih kurang beginilah keadaan meja aku. Malah mungkin lebih dasat lagi. wokehhh...huuhuhu.Betapa aku sedang blur....Semua benda nak buat. Masalahnya buat benda A ingat benda B. Buat benda B ingat benda C. Buat benda C terfikir pulak benda A. Huh...blurkan???? Last2 aku berblog!

Dalam berblog ni pun, dalam kepala aku terfikir pulak ini. Ahya...Kakak...kawan...kedai? Mana satu nak pilih ni ye.....
Automatik pulak kepala tu dok kira mengira....RM....RM...RM....Makan...makan dan makan! Belum lagi bab menceriakan wajah yang tak berapa nak ceria nie......pucat lesi lagi ada nie. Pergghhh serabut je entry. Nampak sangat ke'blur'an nya kan? Sangat migrain......ditambah pulak sakit perut sejak 4 pagi tadi. Dok berulang keluar masuk tandas saja. Silap makan ker? or stress? Argghhhh.......Kerja...kerja..kerja...!!!!

Itu nak buat Ini nak buat...tgk tv je lah....boleh?!!! pastu dok diam2 membatukan diri. Agak2 tergamakkah aku melakukan itu??? hehehehe. Adios.....gua blah dulu aaaarrr.....BLuR...

07 Februari 2011

Terjelepok

Terjelepok ke aku? Keletihan tiga hari ke hulur dan ke hilir.
Jumaat : Klang - Selayang - Kuang - Saujana Utama
Sabtu : Saujana Utama - Jerantut - Saujana Utama
Ahad : Saujana Utama - Selayang - Klang - Banting - Klang

Dan akhirnya satu keputusan dibuat.
Keputusan yang positif,tentunya.
Aku terdiam sekejap.
Mana nak mula...
Aku blur kejap.

Alangkah beruntungnya mereka yang masih ada kedua orang tua.
Alangkah beruntungnya mereka yang masih ada adik-beradik.

Mana nak mula....bagaimana nak mula....
Tiba-tiba jadi sayu...errkkkk emosi lagi!

~TerBanG meNcari KekUaTan~
SemoGa SaYapku TiDak PaTah

04 Februari 2011

Mana nak mula...

Salam pagi Jumaat. Tiba-tiba macam ada hal yang perlu disegerakan. Tapi aku tak tahu lah pula nak mula dari mana? Call kawan ni minta tunjuk arah......dapatlah juga sedikit gambaran. Susah-susah memang aku redah je. Tawakkal. Sebab lepas ni dia akan off hp, tusyen. Aku was-was la jugak. Gambaran tu sikit jer aku nampak. Maklumlah aku ni kan visual person. Susah juga jadi visual person ni. Semua nak kena ada depan mata baru boleh betul2 paham. Errrkkk agaknya 34 + 29 orang nak murid aku tu berapa orang la kategori visual person macam aku ye??? Kategori yang kena lihat dan sentuh untuk dapatkan pembelajaran.Hermmm....
Call member sorang lagi tak jawab2 la pulak. Susah dapat call member ni sekarang. Dulu dia pernah tunjuk arah pada aku secara live, maksudnya aku ada sekali arr masa dia tunjuk tu. Tapi sebab dah lama tak pi , aku lupa dah. Rasa jalan yang dia tunjuk tu lebih mudah. Tak dapat dihubungilah pulak. Makkk aaiiiiii. Apa la dugaan nie. Ada-ada saja. Takkan tido lagi kot member yang sorang lagi tu. Hish...cuba lagi lah. Time urgent macam ni la pulak dia susah nak dihubungi.  Aku ni bukan lah jenis yang berani nak main redah-redah je....sorang-sorang plak tu.....hhuhuhu

03 Februari 2011

Emosi

Haish....rindu nak mengadap-Nya. Tapi tak boleh. Cuti. Dan tiba-tiba aku emosi. Jadi sedih pulak. Rasa macam nak menangis. Tapi air mata tak ada. Macam nak mengadu tapi tak tahu pada siapa. Dalam hati mengadu pada Dia saja.
Tapi....kenapa aku emosi ni? monolog pada diri sendiri. Hati berdebar. Sesuatu yang tak diinginikah? Atau hanya kerana hajat tak kesampaian mungkin. Maka hati jadi seakan tidak menyetujui. Entah kenapa aku tidak gemar untuk menerima alasan. Itu ini begitu dan begini. Dan yang perlu mengalah, aku lagi? Aku dah bosan mengalah! Aku dah fed-up mengalah. Tapi itu sahajalah pada aku caranya untuk mengelakkan pertelingkahan. Mengalah. Tapi kenapa mesti aku sahaja yang mengalah?
Baiklah aku mengalah. Tapi mungkin akan ada kesan sampingannya, dan jangan salahkan aku apabila itu (yang kamu tak mahu) terjadi. Setiap sesuatu pasti ada kesan dan akibat. Dan jika itu pilihanmu maka terimalah juga akibatnya. (T_T)(T_T)(T_T).
Aku masih berharap itu tidak akan terjadi. Aku masih berharap tidak mendengar ulangan alasan yang sama. Aku masih berharap untuk tidak mendengar sebarang alasan!

Sabar yang masih bersisa.

Rasa macam ......G.E.R.A.M.....
Yang lalu tak jadi....
Esok.....kalau cancel lagi.....S.A.B.A.R nasib baik masih bersisa....
Kali ketiga....kalau masih C.A.N.C.E.L. sah sah sah sah
Masa tu memang anisah M.A.R.A.H...!!!!
Cuba lah................nak sangat tengok aku MARAH la tu.....Arrgghhhhh!!!
Hari ini, saat ini sabarku masih bersisa.

keboringan bermula...rindu hatiku

Kalau dah namanya anisah, memang la anisah begitu orangnya. Jarang-jarang sekali tidak boring kalau bercuti panjang. Huhuhuhu hari ini dah mula boring . Satu hari ni menghadap tv...menghadap laptop. Sangat bosan dowh!! Nasib baik idah call ajak makan sama tengah hari ini. ada jugalah aktiviti hari ini. Hehehehe...tq my fren...

Orang lain p bercuti. Aku dok terperap jer kat rumah. Menguruskan apa-apa yang patut diuruskan. Time kerja adakala masa tu sangat mencemburui. Masa cuti ni bolehlah selesaikan. Tapi saat-saat duduk berehat sendirian mulalah rasa sunyi sepi jer rumah ni. Takde sapa nak kacau pun. Zihah Isnin la baru dia sampai Selangor. Aku ntah bilanya nak sampai ke Kedah ntah. Hehe.

Masa-masa terluang macam ni la mula nak rasa jeles dengan mereka-mereka yang ada keluarga. Adik-beradik berkumpul. Pergi makan angin sekeluarga. Aku...tak pernah merasa tu semua. Bahagian aku, redha je la. Aku masih bersyukur dengan apa yang Allah tetapkan untuk aku. Sudah suratan jalan hidup aku begini, pasti ada hikmahnya. Aku hanya perlu bersabar. Sabar ya wahai hati...Amin.

Tiba-tiba...
pada sebuah kebahagiaan harmoni sebuah keluarga!

02 Februari 2011

Buah hatiku

Buah hatiku sayang. Tahun ni cukup-cukup aku berhabis untuk buah hatiku yang satu. Garu kepala la juga. Tapi sayang punya pasal, aku pejam-pejamkan mata. Bermula penghujung Januari aku dah belanjakan sejumlah wang sekitar tiga ratus empat puluh empat ringgit dan lima puluh lima sen untuknya. Untuk insurans dan cukai jalan. Lega apabila dah selesai.

Semalam setengah hari aku lepak sampai boring gila dekat pusat servis kereta. Herm untuk buah hati aku jugalah....belanja lagi lebih kurang tiga ratus dan lima ringgit. Yelah aku tak manja-manjakan dia langsung tahun 2010 tu. Maka aku  pun dah berjanji akan jaga dia 2011 ni betul-betul. Sebelum buah hati aku tu merajuk dan buat hal adalah baiknya aku tunai janji walaupun terpaksa menunggu sehingga 3 jam lamanya. Waktu nak tukar break pad tayar pulak tak boleh buka sebab aku tak letak  kunci sportrim aku kat kete. Aku simpan kat rumah, lupa pula nak bawa. Hah..padan muka aku, maka terpaksalah pagi tadi aku bertapa lagi 2 jam kat pusat servis tu dan keluar lagi enam puluh ringgit.

Wah , tiba-tiba perut aku  memulas lah pula time nak balik. Aku ingat nak singgah buat allignment and balancing. Tak tahan dowh...balik rumah dulu. Hehehe sempatlah juga aku layan camp pink kejap. Then aku pergi pulak kedai tayar, tukar tayar serta buat allignment and balancing...pergghhhh nasib baik allignment and balancing dapat free. Jadi kena keluar belanja untuk empat biji tayar, lima ratus enam puluh ringgit, upah dua puluh ringgit serta satu wheel bearing lapan puluh lima ringgit. Servis penyaman udara tak dapat nak buat kena buat lepas CNY. Huhuhuhu sabar je la, memandu guna udara alam yang asli.

Actually, ada plan dengan kawan aku. Sepatutnya kami pergi ke bangi tu lepas selesai urusan pagi. Aku dah settle, kawan aku plak sangkut di Pejabat Imegresen Subang. Cancel dan buat janji minum petang di Shah Alam. Jadi, sementara ada waktu aku pergi bengkel pula, hantar kereta aku tu untuk diketuk pintu depan sebelah penumpang, ada sikit 'luka' di situ. Dah makin teruk dah, sebelum parah baiklah aku betulkan. Lagipun dah janji kan.....hehehe. Ketuk je....lima puluh ringgit keluar. Aku tinggalkan buah hati aku di situ 4 jam la juga. Dah siap orang bengkel call. Aduh....masa hantar kereta aku mintk tolong orang bengkel tu hantar aku balik. Yelaaa takkan nak terpacak kat bengkel plak. Time nak amik buah hati tu aku jalan kaki je g bengkel....tak jauh, adalah alam 1km . Jalan dalam kampung sendiri bagusnya baru beberapa meter jalan dah ada yang tegur. Cikgu....!!!! Ha....anak murid aku. heheheh. Nampak pula diaorang berbasikal.
"Ha....jom tolong hantar cikgu pergi bengkel"
"Bengkel mana cikgu? bengkel sana ke...bengkel sini?"
"Bengkel sini je...jom..."
"Jom...jom la cikgu...." sambil dia tunggang basikal tu dan membiarkan aku berjalan kaki.
Cissss....
"Awak ni....pinjam la basikal...meh cikgu bawa, awak duduk belakang"
"Hehehehe....ok...ok..nah..cikgu bawa basikal saya"
"La...jom la awak dok belakang..."
"Heeee takpe..saya dengan Diba.."
Hehehe malu kot nak naik basikal dengan cikgu dia. Punyalah lama aku tak tunggang basikal. Adalah 7-8 tahun kot. Sesekali tunggang berpeluh jugak! hehehehe walaupun perjalanan tak sampai 1km....
"Ok....terima kasih. Ini basikal awak.Nak upah ke?" gatal mulut bertanya...hehe
"Nak!"...pergghhh mata duitan sungguh. Takpelah aku memang akan bagi pun. Sekali sekala. Maka dapat la diaorang seorang seringgit. Cukup la kan......ekekeke aku kayuh sendiri basikal tu pun. Hehehe.
 "Mana kereta cikgu?"
"Tu...." sambil aku tunjuk ke arah buah hati aku yang satu itu.
"Kenapa kereta cikgu ada kat bengkel?"
"La...sebab cikgu nak betulkan pintu kereta cikgu yang bermasalah"
"ooooo..." sambil diaorang ambil duit yang aku hulur. Sengih je budak-budak tu.
"Ok...terima kasih ya. Balik kayuh basikal tu elok-elok" pesan aku sebelum mereka beredar.

Buah hati aku....untuk kamu sahaja aku habis seribu empat ratus dua puluh enam ringgit dan lima puluh lima sen. Belum buat servis penghawa dingin lagi tu! Tapi bak kata kawan aku, kereta tu pun dah berbakti dan bawa aku ke mana-mana. Biarlah berbelanja untuk keselamatan diri sendiri juga. Herm....buah hatiku sayang...

Kecik je buah hati aku ni. Belanjanya boleh tahan. Berangan nak pakai honda ni. Dah sedia ke poket tu? hihihihi. Yang kecik ni pun berpeluh nak jaga. 2011 ni kena balik rutin asal. Kena jaga sendiri. Kalau dulu, ada qusyairi boleh mengadu dan mengada-ngada, la ni mamat tu dah berhijrah bertukar balik kampung. Kalau dulu, ada fahmy boleh suh tengok2 cuci2....la ni budak bertuah tu dah ghaib ! Ntah apa punya adik ntah....So aku dah takde tempat dah....warggghhh kenapalah qusyairi pindah! ..huhuhuhuu....