cari id yes guru sktp

31 Ogos 2009

My Mum is Amazing


My Mum is Amazing ( Naadira Alli, Zain Bhikha & Linda Gcwensa)

She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don't you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink
Cos it's cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS
She makes me feel
Like I can do anything
and when she's with me
there's no where else, I'd rather be

After School, she's waiting by the gate
I'm so happy that I just can't wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes

Then I wind her up cos I don't wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess

I'm so happy, I don't want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that's so amazing

BRIDGE/CHORUS

Then I wake up in the morning,she's not there
And I realize she never was

And I'm still here in this lonely orphanage
With so many just like me

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there's a pain in my heart that's a craving
How I wish I had a Mom that's amazing
Would be amazing

malaysia lima puluh dua

Enter Fleedy.com


30 Ogos 2009

kembali berdua



Setitik Kasih
Membuat Kita Sayang

Seucap Janji
Membuat Kita Percaya

Sekecil Luka
Membuat Kita Kecewa

Tapi
Sebuah Persahabatan
Akan Bermakna
Abadi Selamanya
Assalamualaikum.....salam itu khas tuju untuk tuan rumah. Senyum. Rindu. Lamanya rasa tidak berjumpa mereka. Bik Mis, adik ayah yang menetap di Kampung Jenjarum, Kuala Langat. Rindu. Pada adik - adik, Rina, Yati dan Nizaf. Nizaf, kini sudah jauh dari kami. Sudah sebulan dia berada di bumi Utara Semenanjung. Menyambung pelajarannya di UUM, Sintok. Biarkan, sebagai anak lelaki tunggal...tidak ada salahnya berjauhan dari keluarga sekali sekala. Belajar mengumpul pengalaman dalam hidup.

Ntah kenapa mata ini minta dirapatkan. Kepala berat. Lalu aku merebahkan tubuh di atas katil merah jambu itu. Terus dibuai mimpi. Jam loceng berderingnya ntah berapa kali. Aku biarkan. Sungguh aku tak berdaya pagi itu. Tapi terngiang-ngiang di telingaku tentang permintaan ibu saudaraku tentang niatnya untuk berbuka bersama aku dan ayah. Aku paksa melebarkan mata. Hah...9 lebih. Aku bangkit. Puteri...masih lena. Aku biarkan, aku pasti dia tidur lewat malam tadi.

Betapa seronoknya pabila mengenangkan kemeriahan malam nanti. Tidak terasa letihnya saat membuat persiapan . Bersyukur kerana Puteri bersamaku membantu. Idah, aku jemput untuk turut sama berbuka. Menambah kemeriahan Ramadhan. Dan akhirnya kami bertiga bersama menyediakan juadah berbuka petang itu. Masing-masing dengan tugasan masing-masing. Dan akhirnya jam 530 petang segalanya selesai. Dapatlah merehatkan diri 2 jam sebelum berbuka.

Lewat petang, salam itu kedengaran. Wah....ada kuih kegemaran aku dan ayah. Kuih nagasari dan kuih bakar yang mana ayah memanggilnya juga dengan nama kuih pecah lapan. Makin berselera. Juadah soto dan air oren sudah tersedia di atas meja. Di tambah dengan koktail sebagai pencuci mulut dari air tangan puteri menjadikan juadah hari ini pelbagai sehingga buah tembikai buah tangan yang idah bawa lupa untuk hidangkan. Idah...harap dia tidak berkecil hati. Aku lupa. Puteri juga mungkin lupa. Saat aku menulis n3 ini baru aku teringatkan buah tembikai itu! Maafkan aku ya Idah....

Hari berbuka yang sungguh bermakna. Amat jarang aku dapat alaminya. Untuk hari-hari biasa, cuma ada ayah dan aku. Kemeriahan semalam sudah berlalu tapi kenangan itu kan tersimpan rapi. Kesepian itu datang lagi setelah adik-adik sepupu ku pulang, setelah Idah juga pulang, setelah Puteri keluar balik ke Selayang hari ini. Puteri akan menghabiskan masanya bersama tunang tercinta dan adik kesayangannya untuk sepanjang hari ini. Maka aku berdua kembali. Dan kembali bersama dunia maya yang sering menemani diri.

28 Ogos 2009

akhirnya....

Sudah lama aku mencari cara bagaimana untuk membuat icon kecil pada tab tinta semalam. Pagi tadi sementara menunggu waktu untuk ke Jalan Meru, dan sementara menunggu member yang satu itu bangun dari lenanya, aku mencari lagi. Dan akhirnya aku berjaya. Ah....akhirnya! Betapa seronoknya apabila sesuatu yang kita usahakan mendapat hasilnya kan...
Untuk membuatnya aku rujuk di sini dan sini pun okay juga.

Icon kecil itu namanya favicon. Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang widget ini. Cuma aku sahaja yang baru belajar tentang ilmu ini. :-)
Mengapa mahu guna favicon?

perhatian dan belaian

Lebatnya hujan yang membasahi bumi di subuh ini. Anginnya agak menakutkan. Allahuakbar, semoga tiada sebarang perkara buruk berlaku. Minta dijauhkan. Sejuk benar dan aku diselimuti rasa dingin. Ha...azan berkumandang jelas kedengaran. Menusuk ke tulang tatkala aliran air itu membasahi tubuhku. Eeeeeee....sejuknya! Namun ku teruskan membersih untuk mengadap Dia yang satu. Perhatian dan belaian untuk hati dan jiwa. Kenyamanan dan ketenangan nyata berbeza.

Usai menunaikan tanggungjawab itu. Aku kembali berlegar-legar di ruangan maya ini. Ke sana dan ke sini , membaca itu ini. Beberapa rakan aku kunjungi tanpa meninggalkan jejak. Ah...ntah apa yang perlu aku tinggalkan.Ianya sekadar dalam hati ini. Perhatian itu sentiasa ada. Untuk membelai jiwaku agaknya. Hahaha...

Oh...hujan ini semakin menggamit rasa untuk berada di atas katil. Tapi aku takut terlajak waktu. Aku tak mahu terlambat. Aku tak suka ditunggu, biar aku menunggu. Hari ini, setelah banyaknya ragam yang dipertunjukkan, aku berkeputusan untuk membawa kancil itu ke tempat asal pembuatannya. Mungkin minta diberi perhatian dan dibelai seperti manusia juga. Rindu pada 'kampung'nya yang sudah lama tidak kukunjungi. Hahahaha mana lagi, PB MOTOR SDN BHD , Bangunan Pantai Bharu yang terletak di Jalan Meru itu. Dan semestinya kedatangan kali ini memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. Ha....itulah. Padan muka aku.

Kancilku...kesian. Kesibukkan dan kelekaan aku pada segala banyak macam perkara menjadikan perhatian dan belaian itu tidak seperti dulu. Kalau orang lelaki, kereta tu dijaga lebih dari menjaga isteri...betul ke??? errrrrkkk atau 'sama seperti' menjaga isteri??? Mana satu ye.....?
Ok...hari ini khas untuk kereta bertuah itu! Semua benda nak perhatian dan belaian, inikan pula yang bernyawa terutamanya , manusia. Kan???

"Sesuatu perkara yang berlaku di luar jangkaan kita sebenarnya mempunyai berbagai rahsia yang sukar diungkap & difahami dalam waktu yang singkat"

26 Ogos 2009

hijau, merah dan emosi

Ini adalah aku..sekali lagi
Ah ...pedulikan pandangan itu
Mana mungkin untuk menjadi orang lain
Sekadar untuk dia
Biarkan ia berlalu
Jika aku tidak selayaknya
Jika aku hanya menjengkelkan jiwanya
Maka dia bukan untukku

Ini adalah aku..sekali lagi
Abaikan pandangan itu
Jika ia hanya mengubah diriku
Menjadi bukan diriku sendiri
Jika ia hanya memenjarakan diriku
Terkurung dalam kepalsuan abadi
Untuk apa semuanya
Jika bahagia sementara

Terpulang apa katanya
Terpulang apa pandangannya
Terpulang apa persepsinya
Terpulanglah pada dia

Ketahuilah...
Ini adalah aku...sekali lagi
Bukan bakatku untuk berpura-pura

Entahlah kenapa aku emo semula.Sebab itu aku tak suka cuti-cuti ni. memang masalah hati boleh jadi terusik, tersentuh, tersedih, ter..ter..dan macam-macam ter... kalau dok keseorangan nie.

Kita layan lagu dari wali band nie....Ntah macam mana tiba-tiba aku suka dengar lagu-lagu dari wali band ni aku pun tak tahu la...Layanzzzzz
Muzik?Klik je dalam playlist aku kat sidebar tu..ahaks!
Aku Sakit tajuknya.

Aku sakit
Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku

Aku sakit
Bilaku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumiku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salahku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tahu perasaanku
Dan ku tak mahu kau tahu

Aku sakit
Jika kau tahu hatiku
Karna diriku tak bererti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin

Patah kaki sementara

Enaknya merehatkan mata,minda dan badan. Lama rasanya tidak berasa begini. Terasa bagai malam. Kokok ayam itu aku abaikan. Usai mengadap Illahi, aku kembali mengulit mimpi. Idah , Hana ada bersama. Membaiki? Menganalisis? ntah apa yang di belek-belek sekeliling kancilku itu. Aku biarkan. Mereka lebih berpengetahuan berbanding aku.

Bunyi deringan . Jam? bukan...tapi telefon. Aku jawab, sambil merenung jam di depan mata. Ha...830 pagi. Idah call. Bertanyakan apakah aku sudah check minyak hitam? Hah...bukankah Idah ada bersamaku? Aku bermimpi. Aku senyum sendirian di kamar sambil mendengar Idah seakan membebel padaku. Hahaha....pegi check....kalau ada apa-apa, pomen kan ada kat belakang tu. Pegi hantar pada dia. Aku hanya kata...iya...iya...yelah...tidak berbalas kata. Malas. Masih mamai pun iye.

Aku biarkan dulu, bila aku lihat bengkel belum berpenghuni, walaupun sudah jam 9 lebih. Untuk menyegarkan diri, aku bersihkan diri. Segar. Herm...YM aku login. Idah ada. Bertanya lagi. Malik Rafie ada, juga aku bertanya. Qusy aku call terus. Malik kata takda apa. Qusy juga kata takda apa. Cuma keduanya minta aku lihat tangki air simpanan. Dan Qusy minta aku lihatnya ketika enjin panas. Apa keadaannya. Gelegak! Pergi bawa bengkel. Kipas tak berfungsi katanya.Hanya melalui telefon. Dia di KL menjaga saudara perempuannya, baru selesai pembedahan.

Aku batalkan niat untuk ke sekolah. Terus membawa kancilku ke bengkel. Pomen tiada. Ah..aku tinggalkan sahaja. Menunggu pomen di anjung rumah. Menderu datang aku tahan. Lihatkan kancil saya,pintaku. Hari ini mungkin tak sempat tapi tak apa biar saya lihat dulu, respon pakcik pomen. Kunci kereta bertukar tangan. Saat ini kancilku masih di bengkel. Memang ada kemungkinan esok baru dibaiki nampak gayanya. Ah....aku baru merancang untuk ke sekolah. Tapi dah patah kaki. Maka hari ini aku di rumah lagi. Tidak berganjak dari meja kerjaku. Aku dah mula kebosanan 3 hari di rumah. Masih berfikir apakah juadah nak ku sediakan petang ini. Nasib baik kedai sebelah rumah. Tidak perlu tergesa-gesa mencari bahan mentah.

-Aku patah kaki.-

Oh, hari ini 26 Ogos...hari lahir seorang blogger, Kak Biru. Aku senyum lagi. Teringat tarikh ini, 10 tahun yang lalu. Untuk pertama kalinya aku jejakkan kaki ke negeri yang mengamalkan Adat Perpatih. teringat 26 Ogos....7 tahun lalu, kami berkumpul di kelas. Malam. Azli Faisal....ketua kelas memberi ucapan sempenan ulangtahun kami di tanah perpatih yang ke-3. Tahun akhir kami bersama. Kini, masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Yang akrab semakin mesra. Yang bertelingkah semakin jauh. Ah, kehidupan. 26 Ogos dalam kenangan.

Untuk mantan Melewar yang dapat aku jejaki di dunia maya ini, Insya'allah kita sama-sama aturkan pertemuan. Bawa sekali penghidupan kalian yang baru. Aku jadi rindu lagi....

Idah, Syahidah, Liza, Sy Rodziah, Md Noor....
Iza, Ilot, Dilla,Kak Ila, Kak Iza, ...
Azwa, Intan, Kak Yan, Kak Aya,'Adli, Shah, Shahar....syukur kita bertemu semula di sini.
Asoy, Abg Lan, Zahar, Azmi, Tan Tai Hock, Abg Zul, Abg Awi, Kak Norma, Zainab....mana korang la ni??
Ami (yang dah hilang dari kami semua)-apa salah kami Ami??Abg Mie....?? Sampai hati buang kami semua....dapat tanduk, akar dah tak berguna. Semoga sejahtera jika itu pilihan yang terbaik.

-Aku dan memori-

25 Ogos 2009

Maafkan aku teman : II

Panasnya bukan main lagi. Aku teruskan pemanduan ke stesen komuter Klang. Sambil-sambil bercerita itu dan ini bersamanya. Maaf dalam cuaca begini dia terpaksa menemankan aku ke Kuala Lumpur. Aku takkan bersendiri apabila ingin menyusup masuk ke Kuala Lumpur. Itu pasti.
Sampai di stesen komuter, aku beratur dan tiket untuk dia aku bayarkan. Erm aku yang mengajak maka aku yang menanggung semua. Itu juga pasti! Dia peneman setia kemana pun hala tujuan ku. Kami selalu bersama. Tiket yang ku beli, ku serah padanya. Menantikan komuter sampai. Aku dan dia berbual lagi. Macam-macam perkara. Tentang kuih raya...baju raya...minyak wangi...kerongsang. Aku sekadar melayan, senyum dan memberi respon yang seadanya. Itulah kami. Komuter sampai 15minit kemudian. Dalam segera tapi sopan aku dan dia menuju arah muka pintu. Harap dapat tempat duduk yang selesa dan yang penting bersama.

Telefon berbunyi. Aku punya. Ada SMS aku terima. "Tengah buat apa...?" aku semampu senyum dan segera jari jemari pinjaman tuhan ini aku menekan askara-askara yang tercipta , hasil teknologi manusia pintar. Sepanjang perjalanan aku berbual dengan dia dan sambil membalas SMS yang aku terima dan dia tahu SMS itu dari siapa. Tapi kini, telefon bimbitku sentiasa sepi. Tiada banyak pertanyaan yang keluar dari bibirnya yang mungil itu. Sambil dia membetulkan kerongsang tudungnya, telefonnya berdering. Adik call. Aku sekadar memerhati. Dan seterusnya hanya menikmati pemandangan di luar jendela. Panas.

Tiba di destinasi....aku lupa arah mana yang harus dituju. Maklumlah kami ke sini setahun sekali. Dia pun sama,ingat-ingat lupa. Arah selatan dipilih,macam lain. Ke barat, pun tak jumpa. "Kita tanyalah...." dia memberi saranan. Makcik yang sedang menyapu jalanan itu kami dekati dan bertanyakan arah. Auuuchhh...situ rupanya. Kesiannya dia berpeluh menemani aku yang agak daif selok belok di bandar besar ini. Tangga-tangga itu kami jejaki. Tiba ditingkat itu- maaf- kami telah berpindah ke bangunan Maju Junction Mall. Ah sudah....mana pulak arah nak ke Maju Junction ini?

Setahun sudah berlalu. Aku akan ke sana lagi. Mungkin hanya jika tiada aral hari Khamis ini. Dan arah juga berbeza. Putrajaya agaknya.Tapi kali ini bukan dengan dia. Kedinginan angkara pertelingkahan kecil antara aku dan dia sudah berlarutan 5 bulan lamanya. Tiada sebarang berita. Aku sepi begitu juga dia. Masing-masing membawa diri dan membawa hati. Sambutan hari lahir aku sepi tanpa dia. Masing-masing memberikan alasan 'sibuk'. Hadiah itu elok letak di atas meja solek aku. Memandangnya aku pilu. Disampaikan melalui perantaraan. Tidak seperti selalu kami berkumpul bertiga. Tidak untuk tahun ini. Mutiara ku tiba-tiba menitis...dia ada tapi semakin jauh. Aku kesat titisan yang semakin laju apabila teringat bagaimana dia cuba menceriakan aku di hari lahirku tahun yang lepas di saat hatiku sedang hancur dipermainkan lelaki itu. Dia masih disisi aku saat jiwaku punah. Ramadhan ini...?? aku tak tahu bagaimana agaknya Syawal untuk kami nanti. Temanku...aku rindu kamu. Jika kamu membaca ini, ketahuilah aku tidak pernah menyingkirkan kamu dari hatiku. Setiap perjalananku ada kamu dan tidak pernah melupakan kamu. Dah lama kan kita tidak berkongsi cerita? Apakah kita akan ada kesempatan untuk membuat persiapan Syawal bersama sebagaimana masa-masa kita yang lalu?? Maafkan aku teman... Semoga hidupmu sentiasa sejahtera.

24 Ogos 2009

kita hayati bersama

selawat jibril dan zikir



Renungan untuk aku dan semua.

23 Ogos 2009

kereta lama, pengalaman baru...


yeayyyy.....exam dah selesai!
syokkkkkkkkkkkk.................
ade cerita disebalik 'yeaayyyyy' itu.
macam biasa....goreng,salai, rebus, semua ade....
ISP kat malaysia
Jaring,TMnet, Maxisnet.....errkkk Timenet ...aku lupe.
Protokol dalam nak hantar mesej
Aplikasi,Hos ke hos, Internet......errkk Capaian rangkaian ....aku lupe.
Arrgggghhhh....asal yang last jek aku tak ingat
Adeehhhhhhh....puas dok ingat-ingat masih juga not remember.
Alih-alih....angkat tangan ler. Okey, aku blah kuar dewan pekse.



berkaitan tajuk..ni masa on the way nak g UNITEN ler ni.
Kereta dah lama...dah abis bayo dah pun...adelah 7 tahun dah diguna pakai.
driver : Aku rasa dah 2-3 hari ni kete aku lain macam jek la kawan
member: Eh, ko jangan....kang pekse tepi highway plak kita kang
driver : aircond panas ler..bukak tingkap lah
member : baik2 ye kete..sabo..

sambil2 drive ...aku masih tak senang hati...risaunya lah kalau jadi pe2 tengah jalan nie.
sambil2 aku dok jeling2 meter..

driver : eh kawan...minyak...F full E empty. kan??
member: yup.
driver : C dengan H ni...stand for what?
member : tu tempreature ...
driver : Oh ok....C cool H hot...nih H nie...

aku dah start tinggi suara sikit

member : Huh..ko tak isi air apa? benti2....
driver : tengah2 highway ni nak benti mana?
(tetiba aku jadi bodoh -gitu huhu)
member : stesen minyak...hentian rehat

aku terus drive....aisey lambat plak nak sampai hentiannya

member : slow..slow ....
heheh member aku cool jek...tapi aku tahu dia berpeluh gak tu...
akhirnya tiba di hentian rehat kinrara nun..
apa hei...isi air lah..

member : ish puasa-puasa ni , kete pun ko suh puasa ke..tak patutlah tuan ko ni...
member aku bebel dah ...
huhuhuhu aku x tau lah.

tu arrr dulu rajin antar servis...tahun ni aku relaks la pulak. Ntah hantu apa merasuk ntah.
Sib baik kete tak berasap...kalau tak memang masak poket dompet aku.
Sib baik gak aku ada member ni...kalau sorang ...mati kutu ler jawabnya.

pengalaman baru.
tak kira la apa situasi...sila simpan bekalan minuman khas untuk kereta.
tak kisah bila...sila rajin2 isi air ye.
lepas ni memang aku tahu dan ambil tahu.

aku kata pada diri aku sendiri:
kita sesungguhnya hanya akan betul2 belajar apabila dah terkena batang hidung.
kita sesungguhnya hanya akan betul2 belajar apabila mengalami sendiri situasi.
sendiri alami. sendiri buat.sendiri pegang.sendiri rasa.
ha baru tahu. baru ingat.
memang pengalaman adalah guru paling baik dalam hidup.

member : hahaha paling lawak...ko nak tanya pun berbunga2 jugak ek...hehehe. F la E la...C H..
driver : ekkekekek sampai nak berair mata aku gelak.

apapun...alhamdulillah, aku selalu bernasib baik. Tak jadi apa2 yang tidak diingini. Aminnn.
pengalaman yang sedikit mengecutkan hati perut tapi akan jadi bahan ketawa esok lusa. tak percaya.tunggu jek la!

Inilah harinya...



Lagi hari ISTIMEWA untuk kami...

06 Ogos 78 - 02 Ramadhan 1398 - aNisah
12 Ogos 78 - 08 Ramadhan 1398 - aDam
18 Ogos 77 - 03 Ramadhan 1397 - Laila
29 Ogos 78 - 25 Ramadhan 1398 - aZlina
31 Ogos 80 - 20 Syawal 1400 - aTiQah

Ogos dan Ramadhan yang Istimewa!!
Alhamdulillah....masih dipinjamkan usia.

Nak convert tarikh ikut bulan islam klik sini.
p/s : Hari nie aku exam ..... last paper. Fuhhhh...

22 Ogos 2009

Kurma


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a..s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satubuah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati"..

20 Ogos 2009

Komunikasi tanpa deria maujud : I,II,III

I
Masing-masing dah teruja nak sambut Ramadhan.
Aku pun sama lah juga.
Cumanya tahun nie taklah semeriah tahun2 sudah.
Huhuhuhu....keluh kesahkah aku?
Hahahah dalam sibuk2 ni aku sibuk gak nak ber'exam'....
Esok pagi di Uniten.
Hari puasa kedua pun kat Uniten...sebelah petang.
Ceh...balik singgah pasar jek la jawabnya.....
Dalam nak exam pun sempat jugak le aku meng'update' blog....dasat erkkk!
Eh, aku nak story apa sebenarnya nih?

-------------------------------------------------------------------------------------------------
II
Intonasi dalam komunikasi...

Sat-sat tadi dah keluar pengumuman- puasa-1 Ramadhan - Sabtu-22 Ogos 09.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN buat semua.
RAMADHAN BULAN KITA.

"Ye, Sabtu puasa."
Camne korang baca ayat di atas ni? Apakah nadanya?
Nada biasa-biasa? Nada sedih?

dan

"Ye, Sabtu puasa!"
Camne korang baca ayat kedua ni pulak? Apakah nadanya?
Nada marah? Nada teruja?

Sekadar satu ayat....camne nak tahu apakah ekspresi si pembaca erkkk?
Susah nak ramal kan? Ikut emosi si pembaca kot kan....
Kalau yang membaca emosinya biasa-biasa maka bunyinya biasa-biasa
Kalau yang membaca emosinya sedih maka bunyinya akan sedih
Kalau yang membaca emosinya marah maka bunyinya mcm marah
Kalau yang membaca emosinya teruja maka bunyinya teruja

Walaupun ada kemungkinan penulis tidak berekspresi sedemikian rupa.
Kiranya komunikasi tanpa bunyi ni susah gak kan.....sebab ada kemungkinan berlaku kesilapan ketika mentafsir apa yang dibaca. Hermmmm

Korang agak apa ekspresi aku masa ni....?(semasa menulis n3 II ini)
Biasa-biasa?
Sedih?
Marah?
Teruja?

Komunikasi tanpa deria maujud...
Tak dengar suara orang yang berkomunikasi dengan kita
Tak lihat orang yang berkomunikasi depan mata
Sekadar membaca bait-bait kata....

-------------------------------------------------------------------------------------------
III

Cik Gadis Manis...Gadis Kampung Separa Bandar,
terima kasih pemberian key chain USM tu. Akak suka. Sebab...key chain. Akak memang suka kumpul key chain nih...Hehe Akak ko ni jarang dapat keluar jauh dari Selangor. Dapat hadiah walaupun kecil, ia tetap berharga. Dah guna dah pun,sangkut bersama kunci kereta. Tak dan nak upload gambar...kemudian erkkkk. Terima kasih sangat-sangat okay. Tak pernah mimpi akan dapat sesuatu dari blogger/sahabat maya. Cik Gadis Manis ni lah yang pertama! Semoga hidupmu kan sejahtera selalu Cik Gadis Manisssss.....manis selalu okay!

"berikan kekasih hati hadiah walaupun kecil dengan tiba-tiba. tentu hati si dia berdebar-debar menanti dan membuka hadiah daripada orang tersayang"

19 Ogos 2009

Tahniah untuk mereka yang dah berpasangan

Seawalnya sorry kepada Puteri dan Faizal coz akak tak dapat hadiri majlis tunang korang.
Coz Sabtu tu sekolah ler dik...kalau majlis kat KL maybe sampai juga kot ,jika kesihatan ok.
Coz kat JB...jauhnya ..tak larat la nak drive sorang. Isnin kan dah keje...
Coz Kak Idah ko exam...kalau tak ada kemungkinan kami sampai gak. Macam ckp awal tadi, jauh2 drive sorang pergi balik..perghh tak larat.Sungguh!
Coz tak leh nak stay bermalam sana (tu kalau ko bagi alasan suh balik pagi Isnin)..takkan nak tinggal ayah akak tu kan??? Nanti telefon berdering tak berenti, mengganggu pulak majlis korang..
Coz x wish masa hari sejarah tu dik....sungguh akak lupa...so jangan lah kecik hati yea...Jumaat, Sabtu, Ahad memang akak korang ni sedang menahan kesakitan...penderitaan...hingga lupa segala majlis ke apa ke...hingga saat ini pun sakit tu masih bersisa...huhuhu bila ntah nak sembuh dalam erti kata sebenar....sehari dua lagi kot...insya'allah..

Walimatulurus korang kat mana pulak? Utara ker? Penang? pergghh....aku garu kepala gak ni. Tak tahu ler dapat attend ke tak. Tapi akan diusahakan okay.Okaylah kepada korang dua yang dah sah bergelar tunangan orang nie....jaga diri bebaik kay. Darah tu masing2 sangat manis tau. Baik-baik berhubung semoga sampai hajat ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia sejahtera dunia akhirat.

Opsss....para blogger semua..actuallly yang rajin bagi komentar tu....hehehe jangan tanya kat aku soalan cepu mas "tuan punya blog bila pulak?" ....meh aku bagi jawapan awal-awal kat korang....

Aku punya turn...ada..pasti ada...tapi aku tak tau bila dan dengan siapa!
Aku punya turn...kalau ada adalah...tapi aku pasti ada. kalau kat dunia takde..tentu tuhan dah sediakan seseorang untuk aku masa kat sana nanti.
Aku punya turn...korang tunggu je la...kalau rajin. kalau idak...macamni jelah....
ermmmm...kita jalani hidup masing-masing dengan bersangka baik sahaja. Agenda seterusnya biar Allah yang tentukan.
p/s: Biarku pendam rasa hati. Ahaks.....aku suka kat....ehem,RAHSIA-biar hanya aku dan tuhan jek yang tahu!

17 Ogos 2009

It's coming back!


Semalam doktor itu beri 2 jenis pain killer
satu: ponstan (250mg) 2 biji 3 kali sehari telan selepas makan...stok diberi...8 kapsul
dua : kloten (100mg) 1 biji 2 kali sehari telan selepas makan...stok diberi...2 biji
pesanan untuk aku yang dipesan berkali-kali
-jangan makan keduanya serentak...ambil kloten selepas 3-4 jam setelah telan ponstan.
oraiittt....

so balik after lunch telan ponstan.
petang tu tidur adalah 2-3 jam gak...aku terjaga...makkk aiiiiii sakitnya macam kena push dengan paku jek!
terus amik kloten aku telan sebiji...nyut..nyut...nyut....adeh...
beransur maghrib..beransur aku lega sikit....boleh dah pegi pasar malam....sungguh macam puasa je.
semua teringin nak makan.

Dan...kerana sakit dah hilang....mulut dah boleh buka lebar-lebar...aku makan nasi ambang.
Aduh nikmatnya....lagipun memang dah lama tak jamah nasi ambang ni..(erkk macam ngidam plak)
Pastu lalu depan kedai kek...tekak teringin cheese cake la plak....dan untuk tidak menghampakan diri sendiri, aku beli la...rezeki aku kot...dah tinggal satu slide je...huhuhu bolehlah! selalu pun aku beli satu slide je...hehe

seronoknya....semoga sembuh betul...

BUT.....

pagi ni aku bangkit subuh....adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
The pain.....IT's COMING BACK !!!!!!
Walllahhhhwalllahhhh...kepinye toh....?
Waaaccccchhaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Aku tahankan dulu....sampai terbit sinar mentari pagi....sampai kedengaran kicauan burung
Sambil-sambil aku menyiapkan rancangan mengajar untuk hari ini...
Nyut...nyut...nyut....makin kuat seyyyyy
Tak boleh jadi.....aku sarapan dua keping roti..buat alas perut. Nasib baik kali ni boleh nganga mulut dah...kira okay gak lah kan...aku telan semua....ubat kurangkan bengkak, antibiotik dan itu ponstan...lega sikit SEKEJAP!

Saat menaip n3 nie...nyut..nyut masih menemani! Whuaaaawhua....kloten ada sebiji je tinggal...harap-harap takkan ada nyut..nyut...yang amat mengilukan seperti petang semalam lagi.

Oh pleaseeeeee...GO AWAY!

16 Ogos 2009

kahwin??

Ustaz Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini...16/08/09.

aku cuma dengar
aku cuma lihat
aku cuma baca
cerita kahwin

dengar,lihat dan baca
komen? tak reti atau mungkin tak berani...
sebab cerita tentang aku esok lusa pun ntah yang bagaimana..

apapun...yang aku tahu
tujuan perkahwinan salah satunya
perkongsian
demi sebuah kebahagiaan
Aminnnn.

p/s : isskkk...kenapa aku sebak plak erkk...

dugaan sungguh


13hb....
14hb....
15hb....
16hb....

Dugaan sungguh..

Wawawawa....sudah masuk 4 hari wei...napalah tak baik2 gak nih.
Ubat habis sudah bah....aku pergi klinik lagi...
perghhhh....nasib baik datang awal....kalau tak...wwwwwaaaaccchhaaaa!!!
klinik buka kul 10.00
doktor sampai kul 10.30
giliran aku no.3 kul 11.30
Itu gigi arrrr sudah.....
kejap ok kejap nyut nyut
kejap ok kejap nyut nyut

Aduhhhh....ramai plak orang mai klinik gigi ni
Sampai semua tempat duduk terisi, takde kosong.
Aku dapat ubat baru...pain killer ada 2 jenis..perghh kalau sakit gak
Tak tau dah aku...tonyoh ngan sekerim vanilla ok tak???
antibiotik pun dapat 2 jenis....
untuk kurangkan bengkak, ubat yang sama.
baiklah..baiklah....sembuhlah...sembuhlah....
Nak makan Ayam Kenny Rogers ni...ada orang nak belanja...whhuaaa

Hari nie aku start dah...rasa nak mengamuk jek....huhuhuhu
Phone plak dok berdering dari semalam...aku x mboh jawab
Cakap pun tak betul....yang utama...
Nombor aku tak kenal....
Harap maaf, nombor tidak dikenali tidak akan dilayan!
Aku tau dah...rasa2nya insurans punya orang..ngeh ngeh
Sorry erk....buat masa ni x mboh cakap...
apatah lagi dengan perasaan yang nak ngamuk je nih...
Kang tak pasal2 plak.....huhuhuhu

Sakit punya pasai lupa nak wish...
  • eeeda...selamat menjawab soalan exam.good luck!
  • puteri...selamat bertunang. good history!
  • aku...huhuhu selamat sembuh. good medicine???boleyyy???

15 Ogos 2009

perpisahan memang sakit!


Sah...perpisahan itu sememangnya sakit,menyakitkan.
Doktor kata dalam masa 24 jam sakit akan hilang...
Tapi hingga saat ini aku masih sakit...huhuhuhuhu...
Ubat dah telan...
Mungkin pain killer tu tak cukup kuat..
Huhu...sudahnya aku isi borang cuti je la...
Aku lapor weiiii...
Tapi apakan daya...
Perpisahan yang berlaku..
apatah lagi dengan luka yang ditinggalkan,
pergghhh...ingat senang-senang je ke nak baik??
bengkak sikit muka aku nie...issskkk

Macam tu jugaklah hati manusia
Sekali terluka, sakitnya pasti terasa
Walau peristiwa dah berlalu
Bengkak kat hati masih bersisa..
Macam tu kan? ke?

Dalam lukanya
Panjang jugalah
Masa yang diperlukan

Parah lukanya
Bertempoh jugalah
Waktu yang diminta

Untuk suatu kesembuhan...

14 Ogos 2009

angkara dia...

si bongsu...
dalam kehidupan kita biasanya
yang bongsu paling disayangi
yang bongsu paling beruntung
yang bongsu begitu dan begini
yang selalunya mewah
dengan kasih sayang
dengan perhatian

tapi
dalam kes aku
si bongsu rupanya punya angkara
buat aku tak tidur malam
buat aku menderita kesakitan
dan akhirnya si bongsu itu
telah aku singkirkan
angkara si bongsu
maka ada yang tercedera

ahhhh...aku masih terasa ngilu
Auuuchhhh...
si gigi bongsu, tumbuh menyenget
tercedera sudah gusi bawah
Issshhhhhhh terpuasa awal aku

Dalam hidup
mungkin macam tu jugak
sesuatu yang datang tidak membawa sebarang fungsi
Nyahkan sahaja
Sebelum melarat mencederakan diri dan hati

13 Ogos 2009

sungguh tak menahan...


Nak gelak...x boleh....sakit!
Nak sengih....pun sakit!
Nak ngaga....sakit jugak!
Nak kunyah....lagilah sakit!
Telan air liur pun....rasa sakitnya!
Arrggghhhhhh.....sungguh tak menahan....
Katup...tutup ....rasa kering plak bibir...

Whuahuaaaaa...
Camne nak kasi itu adik bongsu cepat2 tumbuh???
Terseksa nie...
Hhuhuhuhu...
Sungguh macam-macam lah ini Ogos yang istimewa..
ahaksss....ihikss...hahah...hehehhe
Aduh...sakit lah!
nyut...nyut...nyut...
sungguh tak menahan nih....
tak senyum....bukan sombong.
muka berkerut......bukan marah.

Al-Fatihah...

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Al-Fatihah..


12 Ogos 2009

jika begini, tidak sepatutnya begitu .....

Jap...jap....jom nyanyi sat....
walaupun kau bukan kekasih
namun bukan sekadar teman biasa
hadirmu membawa cahaya
di hati nan terluka...

di antara cinta dan kasih
apakah ada jurang pemisah
hadirmu membawa cahaya
di hati nan terluka
oh sayangku....
orait...lagu xde kena mengena langsung dengan coretan yang seterusnya di bawah ini. Saja nyanyi suka-suka menghibur hati....hehehe still remember? Ini Ogos yang istimewa kan....


Aku cuma seorang insan...
Walaupun mungkin dipandang luar biasa,
Aku masih seorang hamba-Nya.

Aku cuma seorang insan...
Walaupun mungkin dikata hebat,
Aku masih seorang manusia.

Aku pengajar
Aku pendidik
Di dalam ruang sekitaran

Aku memberi
Aku berkongsi
Ilmu yang juga ihsan dari-Nya.

Bersalahkah aku jika...
Sesekali aku terlupa?
Sesekali aku tersilap?
Sesekali aku terleka?

Tidak bolehkah aku jika...
Sesekali terjatuh?
Sesekali tersungkur?
Sesekali tersedu?

Kerana aku manusia
Yang punya hati
Yang punya perasaan
Yang punya nafsu

Mengapakah mesti ?
Orang hebat tak patut silap....
Orang bagus tak patut leka....
Orang begitu tak patut macamni...
Orang begini tak patut macamtu...

Kalau terlalu kerap mungkin tak patut...
Tapi kalau sesekala ...... salahkah?
Tapi kalau sesekali..... tak bolehkah?

Kita sering dengar ungkapan
Kita tak sempurna...x pernah sempurna...
Tapi apabila orang hebat tersilap langkahnya
Mengapa ada suara-suara di belakangnya?
Tak patut begitu dan begini
Di manakah pernyataan...'kita x pernah sempurna'
Yang dulunya menjadi mainan dibibir??

Ibaratnya - 'kita tak pernah sempurna' hanya untuk diri empunya yang tersungkur.
Begini agaknya :
Diri sendiri silap - alasan - kitakan manusia, mana pernah sempurna.
Orang lain silap - alasan - dia hebat tak sepatutnya buat silap!
Adilkah begitu??

Kehilangan


Aku kehilangan, dek kerana keletihan , dek kerana mengantuk yang amat...
Aku ketiduran. Streamyx on jek sepanjang malam, bawa ke pagi...ceh...biasa wat camtu pun.
Habit tak bagus, tapi buat juga. Alahai....

Cuma, pagi ini ada beza sikit. Aku kerabunan....ahaks.
Mana aku letak cermin mata ek...lupa.
Malam tadi tak perasan buka letak mana.
Cari atas katil...xde.
Cari bawah bantal...xde.
Cari bawah katil...xde.
Cari atas meja...xde.
Cari sebelah laptop...xde.
Aiiyyyaaa....mana dey???

Cari atas meja solek....xde jugak!
Errkkkk xde atau tak nampak??? al maklum dah rabun kan...ihiks.
Selongkar laci...ha..boleh lah!

Sib baik ada simpan daily lens nih...
Bolehlah...
Cermin mata oh cermin mata...