cari id yes guru sktp

06 Disember 2011

AL-Kisah seorang pemiutang

Ini status saya di fb untuk hari ini...
"ikhlas bagi pinjam....maknanya kenalah juga pulangkan, bukankah begitu? Atau adakah bila kita kata ikhlas itu bermaksud pinjam dan tak payahlah susah-susah nak pulangkan......macamtu ker?????"

Dan ini pula komen yang saya dapat daripada status tersebut..

"Itulah mentaliti melayu kita bila sebut IKHLAS. I also had been there...huhuhu.."

Jika situasi begini berkali-kali terjadi....maka adakah akan menjadi salah diri andaikata di masa hadapan kita sudah tidak mempercayai orang lagi. Mula pula kisah baru...

"elehhhhh dia tu kedekut....duit ade pun nak pinjam sikit x boleh....Allah tarik rezeki dia baru tahu'...

Ahaa...sudah dapat pula kita doa yang sebegitu. Kalau beri pulak, takut2 pengalaman-pengalaman lalu berulang lagi. Manusia.....masa mintak manis mulut bukan main, berjanji nak bayar semua. Bila tiba masa suku daripada pinjaman pun x terbayar...ape kes??? Lepas tu sedap mulut kata kita x ikhlas....wah.....Penganiayaan sedang berlaku! 

Mengata orang sangat pandai...kalau orang berhutang dengan dia pandai pulak merungut2 kat belakang
"bayarlah sikit2..., ini menyusahkan aku x bayar langsung"

Wah...sekarang kena batang hidung sendiri, satu sen x bayar... dikata pulak orang yang memberi pinjam ni tak ikhlas dan lupa diri??? Hey...siapa yang lupa diri ni???????




 *************************************************************


Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
 Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
  (Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

02 Disember 2011

Kalam Allah

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "

Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta"ala menjelaskan kepada orang mukmin.

Pertama
Allah subhanahua ta"ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"         

Kedua :
Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :

Maksudnya :
" Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "

Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : 
" Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "

Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.

Ketiga :
Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. 

Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud :

" Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ".

Firman Allah lagi yang bermaksud :

" Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "

Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat  

""Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."

Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10
 
Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah " Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya :

Maksudnya :  ". Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"


Petikan dari :  
http://www.al-azim.com/masjid/khutbah26.html



 p/s : Berbau !@#$%^&*() sangatkah apabila saya berkongsi n3 ini???? Untuk tatapan bersama. Manusia tidak pernah sempurna walaupun sering mencari kesempurnaan kerana kesempurnaan adalah milik Dia.
Saudari....perkataan2 kamu dan perbandingan yang kamu gunakan itu tidak akan saya lupa sampai bila2 kecuali apabila Allah menarik balik nikmat ingatan yang dipinjamkan kepada saya. Opssss...ini blog saya, so......dan terima kasih untuk pelajaran hidup yang telah kamu beri pada saya. Semoga kamu terus berbahagia dan saya berterima kasih juga kerana menjadikan saya sebagai salah satu yang boleh menghiburkan hati kamu. Hanya Allah yang akan dapat membalas budi baik kamu menghargai saya sebegitu rupa.

01 Disember 2011

Siapa yang layak?

Susahnya untuk tidak bersedih hati jika ruang yang disediakan untuk mengeratkan silaturrahim, menjadi sebaliknya. Jika ruang yang disediakan untuk menyampai berita2 yang menyenangkan menjadi juga yang disebaliknya.

Pelik manusia ini kadang-kadang menerjah di fikiran. Apalah yang hebatnya apabila menyebarkan kata-kata yang tidak manis, cerita-cerita yang ntah benar atau tidak kesahihannya? Adakala saya memandangnya sebagai satu situasi di mana sebenarnya si pembawa cerita itu tidak puas hati dengan orang yang diceritakan....begitukah? Namun......itu bukan saudara mara dia pun. Takde kena mengena langsung. Opssss maaf saya terlupa....ada kena mengena.....iaitu saudara sesama islam. Memang la perlu kita jaga tepi kain dia! Errkkk??? tapi ada hadnya saya kira.

Dan saya juga berkira-kira, ada juga baiknya kalau kita menjaga diri kita sendiri terlebih dahulu daripada mengata-ngata-ngata-ngata hal orang lain. Kenapa perlu nak kumpul dosa kering kalau kita boleh kumpul pahala? Opsssss ade yang menjadikan saya  bahan hiburan dirinya apabila saya bercakap tentang dosa dan pahala. Salahkah perbicaraan saya tentang dosa dan pahala? Saya ni tidak pernah diunjurkan dengan ilmu dosa dan pahala kot pada dirinya maka perkataan-perkataan saya dijadikan bahan hiburan. Al maklumlah...saya bukan hajah...saya bukan ustazah....saya cuma seorang cikgu diploma jerrrrr.......cikgu 32....kecik aje kalau nak dibandingkan dengan dia yang 41 tu agaknya. Ilmu saya pun x setinggi yang 41....begitu juga dengan pengalaman saya. Ok ..saya terima dan saya memang masih belajar tentang kehidupan di dunia yang dikelilingi pancaroba serta hamba-hamba Allah yang tidak pernah berhenti untuk menyesatkan kaum manusia! Mahu meneliti ketidaksempurnaan hamba Allah yang lain? Bukankah lebih baik jika teliti ketidaksempurnaan diri sendiri?

"kita dah tau kita x boleh jadi seperti org itu....jd kita jadikan dia hiburan dah ler..skrg aku rasa nak jadikan ko plak hiburan aku..lawak bebenor la cik kak oiiii...bila cakap bab dosa pahala yg aku malas tue...dosa pahala kita pun kita x berapa jelas lg..so x yah la kan buat mcm tau dosa pahala org...bab tu hanya ALLAH jer yg tau..toi x..kita sdri pun x tau dosa pahala kita banyak mana dah"

Semoga hati saya LA TAHZAN dan dalam perlindungan Allah sentiasa apabila berhadapan dengan mereka-mereka yang menjadi lemah apabila saya kemukakan soal dosa dan pahala. Tapi kuat pulak untuk menjadikan saya sebagai bahan hiburannya. Tahniah dan terima kasih. Sesungguhnya saya cuma menegur agar tidak terus mengata hal2 buruk tentang orang lain. Itu sahaja, tapi mungkin penulisan saya telah dibaca dalam persepsi yang tidak sepatutnya, maka berlaku lencongan fahaman. Atau mungkin juga padanya saya belum layak yang selayaknya untuk bercerita tentang dosa dan pahala. Waallahualam....

Yang penting .....saya tahu bahawa semua hamba Allah yang bergelar manusia dikurniakan akal yang mampu untuk berfikir!