05 Mac 2014

Allah punya kan?

Saya kurang faham. Atau mungkin manusia semakin lupa. Akal fikiran yang kita ada sekarang...Allah yang pinjamkan pada kita kan?
Sifat kita yang ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru pun...hasil gerak hati dari Allah juga kan?
Dari keinginan yang tinggi itu maka wujud pula sifat rajin dalam diri. So...kewujudan itu timbul dengan izin Allah kan?

Tapi kerana kita berusaha...kerana kita punya sifat rajin....yang kita dapat dengan izin Allah itu...kita tiba-tiba rasa kita hebat. Mula nak bersuara orang itu malas. Orang itu tidak mahu berusaha. Jadi kita tidak payah tolong dia. Buang masa kita aje. Biarlah dia. Siapa suruh dia tidak usaha?

Tidakkah di situ sudah timbul riak nya? Perasan tak? Huhuhuhu bersendirian membaca dan memahami status2 dalam fb buat saya terfikir persoalan2 yang tersebut di atas.

Di suatu pemikiran yang lain, saya cuba untuk tidak terbabit sama dalam pandangan berbau negatif.

Alangkah baiknya kalau yang malas ....yang tidak mahu berusaha tadi tu kita berikan cadangan membina. Itu lebih baik daripada dibiarkan.

Tapi begitulah hakikat dunia sekarang. Hanya tahu mengkritik tanpa cadangan penambahbaikkan. Eh...tapi tidak lah semua begitu. Segelintir sahaja. Namun, ada juga segelintir manusia yang memberi cadangan setelah memberi pandangan yang mengguris hati.

Sebaiknya kalaulah dapat dielakkan situasi mengguris hati itu, saya kira Allah lebih suka. Tak perlulah ayat-ayat menyindir. Agak kurang manis untuk kumpul pahala hasil dari umpatan keliling kan?

Mengapa entri ini wujud? Saya agak terkesan dengan pelbagai post yang saya kira semakin hilang adabnya.

Mungkin akan ada yang bersuara waima dalam hati : orang dah biadap, tidak perlu nak beradab. Kan? Dulu mungkin saya setuju. Tapi kalau kita ikut rasional hati dan akal waras, yang biadap akan beradab kalau kena gayanya. Kalau tepat cara sabarnya. Kembali kepada budi insan terhebat di bumi. Rasul Allah. Muhammad.

Manusia ingin jadi hebat. Tapi lupa untuk kenal Muhammad.Hebatkah kita?

Untuk kata orang lain malas?
Untuk kata orang lain tidak habis usaha?
Untuk kata orang lain kurang bijak?
Untuk kata negatif kepada orang lain?

Sebelum menilai orang lain.Mari kita semak dan nilai diri kita.Muhammadkah kita? Siti Khadijahkah kita? Siapa kita?

Semua pun Allah punya kan?
Kita menilai ciptaan Allah ?

Akan datang:
Permudahkanlah urusan...
Kamu
Dia
Diri sendiri