cari id yes guru sktp

31 Mei 2009

Setiap Pertemuan Ada Perpisahan Di Hujungnya

Mahu atau tidak, aku kena akur, aku kena terima. Pengalaman juga mengajar aku cara untuk menerima sesuatu yang aku tak suka sebenarnya untuk terima. Benar- Setiap Pertemuan ada Perpisahan di Hujungnya.Buat ke dua-dua rakan sekerja di atas....Puteri dan Azlina. Aku ucapkan selamat bertugas di tempat baru. Semoga korang berdua akan lebih menyinar di tempat yang menjadi pilihan. Puteri ke Sg Buloh,KL....dekat sikit dengan rumah keluarganya. Lepas ni bolehlah teman adiknya yang selama ni dok sorang2 je kat umah tu.Azlina pulak ke Pasir Gudang,Johor. Tahniah juga PJJ (perhubungan jarak jauh) dia dengan suami tercinta berakhir sudah. Kini akan sentiasa dekat di hati ,dekat juga di mata.

Aku tak nak story panjang-panjang. Sebab aku tak suka story perpisahan! Takde gambar terakhir...sebab aku tahu hubungan kan berterusan kat sini. Sini mana? Alam siber! Takde juga salam-salam, atau laga2 pipi...sebab esok lusa aku pasti kita jumpa lagi! So...Please jangan kata bye-bye atau selamat tinggal!

Yang buat aku sedih.....SKTP makin kurang gurunya. Kasihannya anak didik SKTP. Berderet-deret guru keluar tanpa berganti!

Mahu tidak mahu...

Apa pendapat sekalian kalau guru agama yang sepatutnya mengajar agama bidang kepakarannya terpaksa menukar bidang ke arah PPSMI? Keberuntungan atau Kerugian? Siapa untung , siapa rugi? Aku harap lepas cuti.....SEMUA kekosongan terisi oleh guru yang tidak lari dari bidang asalnya. !!! Orang kata Patah Tumbuh Hilang Berganti, tapi kat SKTP, guru yang pergi tak berganti-ganti.....Setengah Tahun berlalu sudahhhhh bahhhh.

28 Mei 2009

Aku nak Pindah!

Untuk Kehidupan yang BARU
Persekitaran BARU
Dunia BARU
Visi BARU
Misi BARU
Moga yang Gelap
Berlalu
Moga yang Cerah
Menyinari

:-)

26 Mei 2009

Ter'blur'...Ter'emosi'....

Tekanan. Sungguh sebenarnya di mana pun kita berada, tekanan itu pasti ada. Dan terpulanglah pada kita bagaimana untuk menerimanya sebagai sesuatu yang boleh kita hargai (mungkin).
Menghadapi ragam manusia yang pelbagai....pergghhh cabaran tu. Pada aku yang biasa-biasa nie, serasa tak terkawal perasaan. 'Ter'blur seketika. Hingga lambatnya nak faham apa yang orang keliling sampaikan. 'Ter'emosi tiba-tiba. Hingga hampir membazirkan mutiara jernih hanya kerana ketidaksempurnaan.

Aku bersama-sama anak-anak yang lambat kefahamannya, lambat tulis bacanya. Terasa sedih kerana aku rupanya belum mampu melunaskan tanggungjawab untuk mendidik mereka. Tapi aku berusaha melakukan sedaya yang aku daya...Sedih, kadang-kadang mereka seperti dipinggirkan. Sedih.Kadang-kadang mereka menjadi bualan yang melucukan. Sedih. Mereka di hujung dan kadang-kadang ditinggalkan. Hanya kerana mereka berada di hujung. Aku 'ter'emosi kerana hari ini mereka dilupakan....walaupun mungkin secara tak sengaja. Aku sebagai ibu kepada mereka, 'ter'emosi hari ini.

Benar mereka nakal....benar mereka aktif....benar mereka serba kekurangan. Tapi aku terkilan mereka dipandang sepi. Aku mesti buat sesuatu.

25 Mei 2009

Sejam, Seminit, Sehari & Seumur Hidup

Kependekannya 4S okay?...Sejam, Seminit, Sehari & Seumur Hidup. Ish apa yang aku tulis nie? Hehehe tentang Cinta. Opssss....sorry erk, takde niat nak mengikut jejak Kak Yan (Arryani-I Likeee) yang sejak kebelakangan ini n3nya berhampiran dengan cinta dan jodoh. Sekadarnya aku terjumpa/terbaca artikel tentang cinta dan niat aku cuma nak mengabdikannya di sini. Itu saja. (Pssstttt kak yan....orang bukan tiru kak yan tau) hehhe agaknya la...

Okay kita teruskan dengan artikel dari sebuah majalah tempatan yang agak popular di kalangan REMAJA....

"Bayangkan kamu mencintai seseorang, tetapi si dia tidak mencintai kamu...perggghhh rasanya sakit amattt. (tuko ayat sikit nih-heheh) Tapi, kamu akan lebih kecewa apabila kamu mencintai seseorang, tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang kamu rasakan. "Rasanya ada benarnya ni...dua-dua aku pernah rasa. cinta ngan dia, tapi dia tak cinta aku. cinta kat orang tu dan aku takut nak bagitahu. Hahaha dua-dua memang sakit. Pengalaman.Dan jenis yang kedua tu agaknya aku akan hadapi 2-3-4 kali lagi kot. Apelah nak sakitkan diri sendiri kan? Ish...ish....pepandailah nak hidup.

"Percaya atau tidak, kamu memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang, tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang kamu cintai"

Berdasarkan pengalaman juga, ramai orang dah nasihat aku dan berkata-kata bahawasanya...cewwahhhh ... aku akan lupa kalau aku dapat jumpa cinta baru. Erm...so far aku rasa no komen dulu. Tapi betul kot....bila jumpa cinta baru automatiknya tumpuan kepada cinta baru. Cinta baru tu taklah semestinya pada manusia...boleh jadi pada hobi...boleh jadi pada kerja...Nak kekal Cinta pada yang Esa. Ish...bermadah aku ni. Tetiba pulak....

Erm....seterusnya bersambung dalam n3 seterusnya....:-) . Cinta...Cinta...Cinta lagi...hehehe

p/s : Dari mana datangnya perkataan CINTA tu erk....? sapa tahu? aku tak tahu ni...dan aku nak tahu.

Rawat Hati - An-Nahl : 53

Dan segala nikmat yang ada padamu ( datangnya) dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepadaNyalah kamu meminta pertolongan.

24 Mei 2009

Aku dan Hari Guru

Wajah itu
Yang lepas ia kelam
Kini mulai bersinar

Wajah itu
Yang dulu ia suram
Kini mulai berwarna warni

Senyum itu
Yang lalu ia plastik
Kini terbitnya asli

Senyum itu
Yang sejarahnya pahit
Kini kembalinya
Ditemani bunga-bunga dalam jiwa

Selamat Berceria
Beringat-ingat selalu
Semoga yang kelam itu
Tidak kembali menghantui
Tidak kembali menemani

Senyum itu muncul kembali
kerana
dia
dia
dia
kamu
kamu
kamu

Terima kasih
kerana
senyuman itu
menemani
Aku dan Hari Guru
Hatiku kini kembali menyanyi

Manisnya Hari Kita


Mooi Zurida
Apakah yang dibicarakan
Tetamu
Menanti juadah hidangan
PIBG turut sama memeriahkan
Anis dan Adam
Interprem kat belakang
Ustaz Sabri dan Amirul
Tekun sekali mendengar penjelasan
Oleh cikgu somel yang serba ke'oren'an
Barisan Pemuda harapan seluruh warga
Razak, Tusiran, Syazly dan Zuhaimi
Yang tunggal bujang berbaju melayu hitam
Itulah dia bernama Qusyairi
eh
eh
Ada sorang lagi bujang trang tang tang
mana dia ? siapa?
iniZulfadzli
Dengar-dengar khabar angin juga
Hujung tahun sudah mahu jadi suami


wajah-wajah keriangan
Senario sepanjang keraian
Ustaz sabri selaku pengerusi
Syazly berbakti menaik nama kumpulan Nirwani
Eh..kak Maryati mengapa wajah disembunyi
Melihat si Puteri
Gelihati
ngeh ngeh ngeh

Segak berbaju melayu
Tampan sungguh kontrol macho
hehehe Ustaz Anuar itu empunya diri

Hero-hero penghormatan diberi
Di atas pentas kamu di letakkan
Sebagai contoh kepada yang lain
Contoh yang perlu sekali untuk dijauhi
Tahu pula wajah di sorokkan
Seakan tahu akan jadi paparan
Ha....lain kali buatlah lagi
Kan dah kena penangan dari Cikgu Zuhaimi!
Kepada yang lain sila jadikan tauladan.

Hari itu cikgu-cikgu...
Hari itu Hari Kita
Hari Kita?
Ya .... hari itu Hari Kita
Hari Guru
Lihat betapa...
Manisnya Hari Kita

Citra Hari Guru 5

Makan time
Semua cikgu usap-usap perut
Mentari semakin meninggi
Tekak mula minta dibasahi
Kek itu...tiga semuanya
Satu pun tidak sampai
kepada deria rasaku

Makan-makan diteruskan
Asam Pedas Ikan Pari
Ada juga
Ayam Golek Madu
Ah...sepadankah selera?
Rezeki itu datangnya dari Dia
Alhamdulillah

A beri pada B
B beri pada C
C beri pada D
Apa itu?
Tukar hadiah antara guru
Mata mengecil
Pipi naik
Senyum meleret
Ah manisnya
Semua wajah terpancar sinar

Mari kawan-kawan
Kita kekalkan
Sinar yang ada
Pelangi yang menyinggah
Indah sekali!

Citra Hari Guru 4

Acara satu
Masuk benang dalam straw
Gigil-gigil tangan
Cantum hingga 4 straw
Yeaaayyyy kami juara!

Acara dua
Kumpul pundi kacang
Pukul pundi kacang itu
guna raket badminton
Muahahaha
Mudah tapi payah

Acara tiga
Masukkan air dalam botol
Tiada span macam biasa
Cuma kain perca yang disedia
Basah sikit tak apa
Bukan selalu dapat main bersuka-suka

Tiada guruh mahupun angin mendung
Yang terpancar cuma sinar mentari
Ditemani gelak ketawa

Citra Hari Guru 3

Cikgu
Terima kasih kerana jasamu
Cikgu Terima kasih atas baktimu

Ini
Sebagai tanda ingatan
untuk segala dayamu

Lihat itu
Cikgu senyum gembira
Cikgu ketawa ria

Selamat Hari Guru
Cikgu!

Terima Kasih anak-anakku
Terima Kasih atas ingatanmu
Terima Kasih kerana penghargaan ini

Cuma satu....
Balik rumah jangan kamu
Buat-buat lupa
Tolong baca buku
Tolong ulang segala ilmu

Semoga kamu,kamu dan kamu
Berjaya dan lulus cemerlang
Dalam
Peperiksaan Penggal Satu

errrkkkk bila tu cikgu??

Haih...Minggu depan
Pleassseee jangan buat pe'el begitu!

Citra Hari Guru 2


Nyanyi lagi cikgu

Lagu satu
Kami Guru Malaysia...
Berikrar dan Berjanji...

clap clap clap

Lagu dua
Bersedia melangkah megah..
Walaupun sukar...

clap clap clap

woooooo
tepukan gemuruh melanda
Setahun sekali saja
Persembahan begini
Jadi tontonan ribuan murid
Yang sentiasa merindu
Suara bak Buluh Perindu

errkkkk

ye ke?
ngeh ngeh ngeh

Okay cikgu....kami puas hati .
Giliran kami pula

Dengarkan...
Pitching sape no 1
Pitching sape no 2

Hahaha tentu saja
kamu dan kamu yang menang
Kamu suara asli
Kamu muzik asli

Cikgu...
Ikut minus one!

Citra Hari Guru 1

Perhimpunan.
Seawal 715 menjejak kaki di dataran SKTP
Cikgu......
Eh...ada, katanya tidak hadir
Nak tengok cikgu main-main
Hahaha...tujuannya itu

Kedatangan
1,2,3....21
Suku menghilang tanpa jejak
Mungkin ke majlis lagi satu
Chiew...mana mugkin ke majlis satu itu
Ah, mugkin latihan renang-renang di bilik

Nyanyi...nyanyi....
Ikrar beserta doa
Terus ucap-ucapan
Seringkas mungkin
Matahari semakin galak
Memancarkan sinar
Peluh semakin terbit
Membasahi permukaan kulit

22 Mei 2009

Bunga itu menambah indah si Pelangi.

22 Mei 2009 - Sambutan hari guru di sekolah.
Selamat Pagi Cikgu
Selamat Pagi Teacher
Ada hadiah untuk teacher...ni!
Ok...Pegang dulu.

Mari kita dengar cikgu nyanyi
Mari tengok cikgu bersukaneka
Hahahah cikgu...cikgu...cikgu
Cikgu cepat...cepat....Yeaayyyy!
Yesssza...kumpulan teacher kita menang!
Dengan bangga suara kecil itu mencanang

Teacher nah....untuk teacher
Senyum...kiri kanan
Eh...untuk teacher ker? betul nih?
Kamu tak salah cikgu....? Geleng
Betul? Angguk . Terima kasih.
(Pemberinya anak murid tahun lepas...lepas...)

Teacher....sengih..senyum..hulur...
Terima kasih....muaahhh sayang teacher!
'Cup' satu 'Cup' satu lagi...
Satu dari Farah Satu dari Fitri Yanti.

Jamuan....Selamat Hari Jadi
Januari hingga Mei..
Selamat Hari Guru
Cikgu...

Matahari tegak atas kepala
Selesai semua...itu siapa punya?
Angkat bahu...amik-amik bagi pada dia...
Cepat-cepat....Nah, berkat untuk dia
Dia tanya, kau bagi kat aku?
Sayang kau kat aku ye...kau sayang aku ek?
Terdiam sesaat...terpacul saja-saja
Aaa'aahh...aku sayang sangat!
Hehe dia senyum selepas diam sesaat..

Usik-usik
Dia usik aku
Aku usik dia
Sapa diam paling lama
atau
mungkin akan diam selamanya
atau
mungkin akan terus bersuara
ngeh ngeh ngeh
tengok langit itu
Dari arah mana pelangi akan tiba?

Matahari tegak atas kepala
Selesai segala perkara
Petang kita berehat-rehat santai
Sambil belek-belek hadiah cenderamata

Wahhh...
Berkembangnya bunga-bunga
Menambah indah si Pelangi
Yang menetap di hati!

21 Mei 2009

Ketua oh Ketua

(gambar ini hiasan semata2)
Dah buat? Apa cerita? Apa perkembangan....
Ntah...tak tahu. Ketua tak cakap apa-apa pun.

Nah...suap..suap...
Nah...ketuk..ketuk...
Baru menganga
Baru berbunyi!

Apesal tak mula ni?
Ketua kan ada.....

Ah....tak mahu jadi ketua lah....
Kenapa?...kan jadi ketua mudah..
Bagi sahaja arahan! Kerja dia, dia,dan dia yang buat...

Ok...mari kerjasama
Dia 1 buat ini
Dia 2 buat itu
Dia 3 buat sana
Dia 4 buat sini

So...bagaimana apa perkembangan?
Masih pinga-pinga
La...Ketua kan ada!

Akhirnya....ketua buat semua!

Hahahah mari kita belajar memimpin....
Jom....kita belajar dan kuasai kuasa tarikan!
Supaya ketua, dia, dia, atau kita,kita...
Tidak buat kerja sendiri sendiri

Jangan....jangan!
Jangan buat sendiri sendiri
Nanti kita di kata GILA KUASA!

Apa yang penting kawan-kawan? KERJASAMA!
Buktikan lah!!!!

Mencari Pelangi?

Pelangi itu indah kan? Pelangi itu cantik kan?
Ada tujuh warna yang menghiasi punca wujudnya pelangi.
Sungguhpun pelangi itu kehadirannya cuma seketika
Sungguhpun pelangi itu jauh di sana...
Terlihatnya jauh tetapi sentiasa ada di mata
Hadirnya seketika tetapi membuat hati ceria
Wah....tingginya pelangi itu
Jauh.....tidak tergapai tangan untuk menyentuhnya
Tapi masih mampu melahirkan senyuman kepada yang memandangnya.

Kisah-kisah pelangi....mmmm ramainya mencari pelangi dalam kehidupan.
Aku....tidak ketinggalan, menerus perjalanan mencari pelangi indah menghiasi liku-liku hati.
Dia...dia...dia...serta mereka dan ramai lagi rupanya seiring di kiri kanan depan dan belakang turut sama memandang dan berhajat memiliki pelangi nun di sana...! Ayuh...kita bersama capai impian yang penuh warna.

19 Mei 2009

Aku dan Ogos

Aku dapat ni dari aplikasi kat facebook...kengkawan yang dah lama kenal aku tu apa kata korang, apakah aku dan ogos ada persamaan? hehehe

OGOS
* Suka berlawak. * Mudah tertawan padanya. * Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. * Berani dan tidak tahu takut. * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. * Pandai memujuk orang lain. * Terlalu pemurah & bersikap ego. * Nilai harga diri yang sangat tinggi. * Dahagakan pujian. * Semangat juang yang luar biasa. * Cepat marah & mudah mengamuk. * Mudah marah apabila cakapnya dilawan. * Sangat cemburu. * Daya pemerhatian yang tajam & teliti. * Cepat berfikir. * Fikiran yang berdikari. * Suka memimpin & dipimpin. * Sifat suka berangan. * Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. * Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. * Belajar untuk bertenang. * Sikap kelam kabut. * Romantik, pengasih dan penyayang. * Suka mencari kawan.
.

18 Mei 2009

Masih adakah Ihsan dalam hati ?

Saidina Omar berjalan melihat-lihat kawasan jajahannya. Dan pada suatu masa, baginda terjumpa dengan seorang budak beserta ribuan kambing bersamanya.Budak itu umurnya hanyalah sekitar 9-10 tahun sahaja. Baginda mendekati budak itu dan meminta untuk membeli seekor kambing . Budak itu tidak pun mengetahui bahawa yang di hadapannya itu adalah seorang pemerintah Agung Saidina Omar.
"Wahai budak...banyaknya kambing engkau.."
"Tuan...kambing ini semuanya bukan saya yang punya"
"Siapa punya?"

"Kambing ini semuanya milik Tuan saya"
Saidina Omar terus berkata,
"Aku mahu membeli seekor kambing, bolehkah engkau memberinya kepadaku?"

"Oh...tidak boleh Tuan. Kambing ini semuanya milik Tuan saya.Saya tidak boleh memberinya kepada tuan" budak itu bertegas.

"Bukankah tuan engkau tiada di sini. Kalau engkau memberikan hanya satu kepadaku , mana mungkin tuanmu perasan akan kehilangan seekor kambing sahaja?"kata baginda lagi.

"Benar, tetapi tuan kepada tuan saya ada dan dia melihat perbuatan saya"

"Siapakah tuan kepada tuanmu itu?"

Dengan segera budak itu bersuara,
"Allah subhanallah wbt..."

Baginda tersentak.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika zaman dulu kala budak sekecil 9 tahun sudah ada Allah di hatinya. Kita yang sekarang ini bagaimana? Jika ada Allah di hati kita....apakah masih akan berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi? Setiap perbuatan kita niatnya apa?

Ihsan....melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh dan jujur. Seolahnya kita sedang diperhatikan sentiasa. Tapi manusia sering lupa Allah sentiasa melihat.

Kita sering melakukan sesuatu kerana kita mahukan balasan,imbuhan . Kita buat kerana kita dapat sesuatu. Buat kerana dapat puji. Buat kerana dapat money. Buat kerana ada Gaji. Ramai masih berkira-kira. Masih berkira-kirakah kita jika kita buat kerana Allah? dan apakah buktinya apa yang kita lakukan itu adalah kerana Allah? Kita sama-sama tanya hati masing-masing...

Bukan menyindir sesiapa...sekadar ingatan kepada yang menerima dan khas untuk diri seorang 'insan biasa'....AKU. Adakah Ihsan...di hati kita. Atau...Masih adakah Ihsan di jiwa kita? Semoga Ihsan itu kembali jika ia telah pergi. Dan semoga kembalinya Ihsan ia akan kekal bersemadi dalam diri.

p/s : catatan berjadual.

Rawat Hati - Asy-Syura : 19

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia Kehendaki, dan Dia Maha Kuat, Maha Perkasa.

17 Mei 2009

Selamat Pengantin Baru


Ini adalah salah satu aktor Malaysia yang aku minat. Hehehe...suka tengok muka dia...kalau senyum dengan lesung sekali lagi la. Kalau dulu , kalau drama ke apa ke...aktor Zamarul ni ade, mesti aku kekal depan TV. Cuma sekarang ni je aku dah jarang tengok TV. Apapun aku masih peminat aktor ini. Hehehe...



Semalam 16 Mei...akhirnya aktor ini selamat menjadi suami yang sah kepada pelakon diana rafar...aku suka sekali membaca kisah perkahwinan mereka di sini. Dan yang menarik perhatian aku....tentang 165. Ihsan, Iman dan Islam.

"Memang ini adalah tarikh yang istimewa buat saya. Malah, angka 165 itu ada makna tersirat kerana ia membawa maksud satu ihsan, enam rukun Iman dan lima rukun Islam. Angka itu yang memberi kekuatan kepada kami. Dan sebab itu, kami memilih tarikh 16 Mei serta mas kahwin RM165 dan wang hantaran, RM16,500," kata Zamarul.

Okaylah...Semoga Zamarul (38) dan Diana (27) kekal bersama dunia akhirat.

Suara Hati selalu benar.

Semalam Hari Guru. Letihnya badan, sepanjang hari ada agenda. Pagi ada LADAP tentang intergriti, tentang ESQ 165...Seronok. Betul...sebelum ni pun aku dah dapat agak...LADAP kali ni mesti best! Hahaha betul pun kata hati aku kan. Sehingga di hujungnya terpacul di bibir yang menghadiri....erm...dah habis ker? Hehehe nanti aku buatlah satu entri ringkas tentang LADAP tu. Okay....

Berada di sekolah sehingga tengahari. Balik kejap. Sempat berada di rumah sejam setengah sahaja. Lepas zohor tu aku ke KL pulak...ambil modul untuk semester seterusnya. Sampai stesen komuter, hampeh aku terlepas train la pulak. Hujan lagi...aisey tak bawak payung. Berhujanlah aku. Nasib tak lebat. Dalam train tu...ada kawasan hujan ada kawasan tak hujan. Sejuk giler....dan elok sampai di stesen Putra jam 3.30...hujan renyai2 . Adeh.....laju je la aku jalan mendaki bukit tu....tebal betis den!

Actually jadual untuk amik modul untuk group aku belah pagi. Dah pagi tu ada aktiviti ...aku amik petang la. Sib baik eeeda mempelawa. Kalau tak mau je aku amik hari lain. Sebab dah letih. Hehehe sampai sana...punyalah ramai manusia masa sampai angka giliran 2124....bayangkan nak amik nombor pun beratur panjang...nombor bertuah aku...2500 tu! Jenuh la menunggu. Hujan makin lebat. Sampai giliran aku pukul 5 petang dah....buat bayaran and ke kaunter pengambilan modul....aku dapat 2 modul dari 3 modul. Kurang satu beb...Eeeda lagila...dapat 1 modul jer. Ler...cam hampeh er...beratur panjang, tunggu lama...tapi modul tak cukup! Hahaha dalam hati ....nurani aku berkata....sapa suh datang luar jadual! Ekekekek....patutlah dari awal lagi aku dah terasa malas je nak g amik. Kata hati nurani aku betul rupanya!
Qusy pun ada tanya aku sebelum ni, aku g amik modul bila? pegi ker? Hati aku kata Qusy nak kirim kot. Hahaha dia siap hasut aku lagi...."pegi pagi la....takyah g motivasi!"
Heee Qusy nie....aku bersemangat nak g la....Hati aku cakap lagi. Sah ni besok pagi kompem Qusy takde dalam dewan nih....Hah, betul pun! Aku sms....tak balas....kdt abish kot. Bersangka baik je. Ahaks!

Lepas selesai ambil modul. Eeeda nak banje minum. Gerai bergerak tu pun dah kehabisan stok. So aku minum mineral water yang aku bawa jek la . Apapun terima kasih kat eeeda kerana ada niat nak belanja aku. Dalam kalut2 nak balik + kecewa sebab tak semua modul ada...eh, terjumpa plak Achik....Junior aku masa kat MPRM dulu....nama betulnya Rauzita...budak snpa. Heeheh aku ada cerita gak nih kalau sebut snpa. Syyyyyy. Tutup diary lama! Ekekeke kelako pulak bila teringat! Hahahhahah

Ops sambung....balik Klang aku tak naik train, walaupun asalnya begitulah yang dirancang. Achik plak offer nak hantar balik. Okay gak tu...lama tak jumpa boleh cerita panjang dalam kete. hehehehe. Achik ni duk Shah Alam je pun...tapi nak jumpanya macam jauh benar. Tu la kalau jumpa pun time amik modul...time peperiksaan. Time santai2? Usah difikirkan....:-D. Sampai depan umah...630pm.

Rehat...? belum lagi!....Tapi boleh la mandi, duduk rehat sementara nak tunggu jam 8pm. La p mana plak.....? My Dad nak makan nasi lemak plak memalam nih....kena keluar lagi la. Setakat sorang je yang nak makan...takkan aku nak masak kot. Lain la kalau tuk sarapan pagi kan....hehhe perut my dad pun kecik je sekarang ni. Tak berbaloi kalau nak masak. Lagi pun barang2 keperluan Ayah dah habis....so aku kenalah berbelanja sikit. Giant je la tujuan aku. Dah selesai semua barangan Ayah...perut aku plak terasa lapo...singgah KFC bungkus bawa balik je. Yelah...makan sorang2 tak best! Hehehe... Terasa lama pulak order aku nak siapnya. Bergegas pulang. 930 berada dalam rumah. Ha....lepas makan tu barulah aku dapat bantal dan tilam. Kaki? Kesian dia...aku tak bercakap pun dengan kaki aku (hehehe ada cerita gak nih). Aku tak ucapkan pun terima kasih kat kaki ni dan tak minta maaf pun sebab dah gunakan secara melampau pada hari nie....yelah asyik jalan laju.....daki bukit....pagi nie...dia sakit sikit. Maaf ye kaki. Hari ni aku takkan guna kau melampau2 macam semalam.
Ha satu lagi.....yang hantar sms Hari Guru kat Hp pada aku semalam....
Kak Sazila
Cikgu Harun
Kak Amar

Kak Ruswanita

Eeeda

Aslinda

Cikgu Saiful Adli

Ibu Haizad

Rina

Kak Noy

Kak Sal

Laila d cute

Elys

Puteri

&
Kawan sebelah sana

(sapa ntah-no x kenal: bila tanya siapa-jawabnya kawan sebelah sana)
sebelah mana ntah. sapa ntah. TQ je lah!

Terima kasih atas ucapan dan ingatan anda semua.

Baca balik n3 nie...eh banyak pulak hati aku berkata- semuanya benar dan jadi nyata.Apa pun yang kita buat, kita laku....ego jadi dinding selalu nak betul. Akal buatkan alasan untuk ego. Tapi hati nurani sentiasa jujur!

So...PERCAYA PADA HATI 'NURANI'.

opssss......tambah sikit lagi, Teruskan berkomunikasi kay....

SELAMAT HARI TELEKOMUNIKASI
&
MASYARAKAT BERMAKLUMAT SEDUNIA!


15 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU.

Untuk menjadi seorang guru yang berjiwa guru bukanlah mudah.
dan
Untuk berjiwa guru ilmu perlu sentiasa baru.

Bak kata peribahasa melayu,

"Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju"

Untuk semua rakan guru di mana sahaja anda berada....

16 Mei 2009
Selamat Hari Guru
-GURU PEMBINA NEGARA BANGSA-

Semoga insan yang bergelar guru ini sentiasa berada di barisan hadapan, menjadi tulang belakang dan nadi dalam pendidikan yang seterusnya menjadi golongan yang menentukan nada masa hadapan.

Today is fifteen, Esok enam belas,
Recess go to canteen; Masa ngajar p la kelas.
Today is Friday, Esok hari Sabtu,
Happy Teacher's Day, Selamat Hari Guru.

Khas untuk kalian yang bergelar guru!!