cari id yes guru sktp

29 September 2008

Salam Aidilfitri,semoga Allah membuka hatiku....

Aku ucapkan Selamat Hari Raya buat semua sahabat handai dan pengunjung blog. Semoga terbuka hati2 kita semua untuk saling memaafkan antara satu sama lain....walaupun ada sedikit kesukaran untukku...kepada dua orang 'insan itu'.....
(semoga Allah membuka hatiku...)

"KEMAAFAN , DENDAM YANG TERINDAH"

.

25 September 2008

Lagi....istimewanya wanita

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok...nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."....."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang.. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2....kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha...lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la....nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...



p/s : thanks to puteri.
.

23 September 2008

Award Penghargaan 2008

Makasih...makasih...makasih...makasih....makasih.... hari ni aku dapat award penghargaan daripada Kak Lin . Tapi tak pulak aku diberitahu apa kriteria yang dinilai melayakkan aku untuk menerima award nih.....anyway kak lin thanks ya....Tak penah terpikir plak akan di anugerahkan award semacam ni....cewahhhhhh . heheheh Thanks again kak lin...selamat hari raya !!!!!

.

Guru yang berjiwa guru ?




Untuk menjayakan program Prosidar (Program Sifar Dadah (rendah) - (sk la tu maksudnya)....akhirnya aku selamat menjalankan tajuk yang terakhir tu hari ini.hahahahhah bereh dah semua tiga tajuk. 2 tajuk aku dah selesaikan sebelum puasa bagi kelas Amanah dan hanya 1 tajuk bagi kelas Hormat. So...di kesempatan bulan ramadhan ni aku pulun habiskan 1 lagi tajuk bagi Amanah dan 2 tajuk bagi kelas Hormat. Almaklumlah.....puasa2 macam ni tak turun padang....so aku amik peluang ni untuk selesaikan Prosidar ni. Weiiii geng aku abish dah tau ! hehehehehh.....

Dalam gambar2 kat atas nih....selepas tgk slaid n terangkan sikit2 kanak-kanak nakal ni semua buat lembaran masing-masing yang aku dah photostat kan....kuikuikui..isi tempat kosong and aktiviti mewarna tak nak merokok. Aku bio kan ajer kana-kanak ni nak meniarap ker apa ker as long as diaorang buat kerja baik2 n buat kerja sama-sama. Ini kelas Hormat, kelas terakhir aku sebelum nak balik ...3o minit jer lagi. Pada aku ok dah....kira success gaklah sebab kekanak ni bleh bagitau balik apa yang ade dalam sebatang rokok n akibatnya jika mengamalkan tabiat merokok nih.....huhuhuhuhu harap2 kekanak ni semua akan ingat sampai bila2 apa yang aku sampaikan nih......eeeeeeaaaiiii cikgu pun sesak nafas dengan asap rokok tau! heheheh

Ahhhhhh....Tuesday, hari yang memenatkan. Hari ini waktu pembelajaran berlangsung selama 270 minit termasuklah 20 minit waktu rehat untuk kanak-kanak riang di SKTP ni. So kira-kira waktu pembelajaran kanak-kanak ini untuk sepanjang hari ini 250 minit la kan.....

Untuk aku, cikgu kepada kanak-kanak riang ni pulak....huhuhuhu I hate tuesday...coz waktu pengajaran yang perlu aku hadapi 180 minit lamanya....dan waktu senggang yang aku miliki untuk hari ini cuma 70 minit sahaja (180 + 70 = 250 kan kan kan ). Itu jika tiada sebarang mesyuarat dan surat relief la. Macam hari ni aku perlu menghadiri mesyuarat PPSMI untuk kali yang ke-4 bagi tahun ini. Habis dah waktu senggang aku untuk 20 minit yang pertama. Malah perlu ditambah waktu bertugasku 20 minit lebih awal....coz mesyuarat bermula sekitar jam 12.20 tengahari. Kira pukul rata jumlah waktu bertugas aku untuk hari ini selama 200 minit semuanya dengan waktu senggang cuma 50 minit sahaja.....huhuhuu cam xde free kan.....? (coz waktu p&p kan ke 250 minit?) . But....aku redha je....dah kerja aku macam tu kan....tu la aku xde nak komen ape2 bila ade mulut2 yang berkata susah ker jadi cikgu ni??? Actually jawapannya sangatlah subjektif...terpulang kepada individu guru itu sendiri untuk membuat penilaian terhadap profesionnya sendiri.

Kepada guru yang benar-benar 'berjiwa' guru, aku kira segala susah payah apalah sangat jika hasilnya nanti seorang perdana menteri yang berjaya memimpin negara, jika hasilnya nanti seorang cendiakawan yang budiman, apalah sangat tugas lebih masanya, jika hasilnya nanti seorang pemimpin yang berjaya memimpin keluarganya sendiri walaupun hanya sebuah keluarga yang kecil. Apalah sangat pengorbanannya jika suatu hari nanti hasilnya insan yang menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan negara. Jom cikgu2....kita renung sama2. Kita ni guru yang berjiwa guru ke ? atau guru yang berkira elaun ke? hehehehehe jangan sesapa kecik ati ekkkkk !!!!
.

22 September 2008

Ini pulak.....yang kita gelar LELAKI !

jika kamu melayaninya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta padanya,jika tidak, kamu akan dikatanya sombong.

jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya,jika tidak, dia akan kata kamu out-of-date!

jika kamu berdebat dengannya, kamu akan dikatanya keras kepala, jika kamu tetap diam, kamu akan dikata tak punya otak.

jika kamu lebih hebat daripadanya, dia akan kehilangan muka, jika dia yang lebih bijak, dia akan kata dia yang paling hebat!

jika kamu tak cinta kepadanya, dia akan cuba mendapatkan kamu,jika kamu cinta kepadanya, dia akan cuba meninggalkanmu

jika kamu beritahu masalah, dia akan kata kamu menyusahkn, jika tidak, dia akan kata kamu tidak mempercayainya

jika kamu cerewet padanya, dia akan kata kamu seperti pengasuh baginya, jika dia yang cerewet, katanya itu kerana dia prihatin

jika kamu melanggar janji, katanya kamu tak boleh dipercayai, jika dia yang ingkari janjinya, dia kata dia melakuknnya kerana terpaksa

jika kamu merokok, kamu akan dikatanya gadis liar, jika dia yang merokok, katanya dia seorang gentleman, wahhhh sengalnye......!!!

jika kamu menyakitinya, katanya kamu seorang yang kejam, jika dia yang menyakiti mu, katanya itu kerana kamu terlalu sensitif & terlalu sulit untuk dibahagiakan

Sebelum vs Sesudah.....it's real?

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan : Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!


Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan : Masih lama lagi ke nih?
6 tahun : Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!


Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite
U ye Sayang..
6 bulan : Trafik jam aah
6 tahun : K..


Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan : Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun : Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun : Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan : Eh... Your call...
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan : Kita makan apa malam ini??
6 tahun : HAH!! LAUK INI LAGI?


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan : Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun : Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!


Baju baru:
6 minggu : Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan : Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun : DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan : Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun : JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun : JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

untitled

Glitter Graphics
"BUKAN CINTA KERANA CANTIK

TAPI

NAMPAK CANTIK KERANA CINTA"



21 September 2008

( Hajat hati nan lara ) Hilangkan Segalanya dendangan Farawahida

sudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah…………

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa lukaku
hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkan lah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkanlah segalanya

ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
ingin ku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah………..

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa lukaku
hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasingan ku
hilangkan lah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkan lah segalanya

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasingan ku
hilangkan lah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkan lah segalanya

Istimewanya menjadi perempuan

Untuk renungan kita bersama!! Bagi kaum hawa, bersyukurlah kerana awak seorang wanita dan patuhilah perintah Allah.Wassalaam

ISTIMEWANYA PEREMPUAN ISLAM

Kaum feminis bilang, susah jadi perempuan Islam, lihat saja peratuan dibawah ini :-

- Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki,
- Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya,
- Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki,
- Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,
- Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak,
- Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada istrinya,
- Talak terletak ditangan suami dan bukan ditangan istri,
- Perempuan kurang dalam beribadah karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Kenyataannya...

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayang serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya.

Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang perempuan?

Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu menggunakan hartanya untuk istri dan anak-anaknya.

Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tatapi setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah di muka bumi ini, dan jika meninggal karena melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta pertanggung jawabannya terhadap 4 perempuan, yaitu istrinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Sedangkan seorang perempuan, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki yaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang perempuan boleh memasuki pintu surga melalui pintu surga manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat yaitu sholat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya Allah....begitu sayangnya Allah kepada perempuan.

14 September 2008

Agenda 14 Ramadhan 1429

Hari ini hati tak berapa nak ceria. Tetiba teringat nasib diri. Aku jadi sedih hati + sakit hati. Software install cinta dari Yusmaliza tak terinstall dengan betul. Yus....ade error nih....huahuahua. Sib baik hari ni ade agenda....kalau tak tentu parah. Maunya meleleh air mate lagi nie.

Aku bangkit pagi tadi aku mandi n lepak2 depan tv bersama my dear ayah....kul 10.30 pagi aku kuar pergi subang parade...hehehe (g subang jaya lagik). Appmnt aku ngan susan pagi tu kul 11.00. Tapi aku tiba 11.15 lewat la sikit. Pung pang pung pang....kul 1.45 petang aku dah ade kat umah balik. So xdelah my dear ayah membebel bebel......sebab aku kabo wif my dear ayah aku balik kul 2.oo...taddddaaaa aku balik lebih awal! kuikuikui....

Usai solat zohor aku ngadap la laptop ftec aku nih....aiseyyyyy mana seme member YM aku nih....deme xde plak! Cuti2 ni tido kot....aku plak time cuti nie lah nak ngadap YM pun. Start ni keboringan....emmmm selak2 assigment aku, adussss....masa tutorial dalam kelas last week aku yakin dah aku paham apa tutor aku ajor....dan juga aku dah boleh buat latihan2 dalam modul tu...(bab 1 jek ek). Bukak assigment aku jadi blurrrrrrrr! Camne lah nih. Hujung Oktober nak exam dah untuk subjek Integral Calculus . Sib baik satu paper ni jek. Focus! focus!kununnnn....

Petang ni untuk berbuka kul 6.00 siap dah.hehehehe cepat kan? Kul 5.15 g kedai cari bahan potong-potong,kupas-kupas,hiris-hiris, goreng-goreng...siap dah mee goreng aku! Cam biasa masak untuk 2 orang sekali makan. Tak bley memanyak....letak atas meja tu nanti cepat je Mak Mut sampai ....(semut daaaa). Rezeki dari Allah hari ni untuk kami dua beranak....Abang Moh n Abang Isa....dua2 tu sepupu aku ( tapi umur dah 50+++) anta bubur asyura lah plak....banyak nih...tak abesh kami dua beranak. Whatever pun syukraaaannnn....rezeki dari Allah kan. Untuk minuman, aku beli fresh orange je RM2, pun depan rumah jugak gerainya. Kuikuikui....kira aku ni senang, everything ade kat depan rumah xyah kuar jauh2...save minyak kete aku kan..kan..Amin .Tulah aktiviti aku sehari ni. Petang nie, member YM aku masih sepi.

13 September 2008

Aku sorang-sorang.

Fuh.....segar rasanya dah mandi ni. Untuk berbuka hari ni aku buat bubur nasi je, atas permintaan ayahanda tercinta. Lauknya kangkung goreng belacan and of course ade telur asin. Aku kalau buat bubur nasi ni, telur asin x bley tinggai. :-) Simple je hidangan petang ni. Cukuplah untuk kami dua beranak. Kuih aku beli je kat gerai depan ,kuih keria and air cendol too. Itu jelah - keluarga kecil. Teramat kecil. Kekadang dok menung sendiri. Menitis gak ayor mate ni ha. Tahun ni tahun kedua aku bayar zakat fitrah. Sejak My dear ayah dah x kuar ni sapa lagi...aku la yang buat. huhuhuhu....

Erm...ntah naper sakit plak pinggang aku hari ni...aduhai, tak larat berdiri/duduk lelama ni (em..jepon nak menyerang kot..kuikuikui). Aku ni kira beruntung gaklah tak pernah kena senggugut cam member lain tu. Dema kalau sakit tu menyerang sampai guling2 atas katil. Aku biasa sakit pinggang jerrr....

Dok terkenang my dear ayah dah tak nak kemana-mana, urusan dalam/luar rumah semua aku kena buat sorang2. Tetiba teringat zaman grade Mprm dulu, xde sesapa datang meraikan. Orang lain semua famili datang amik. Aku balik sendiri. Angkut barang sikit2. Huuuuwaaaaaa pengajian aku kat OUM pun dah nak abesh ni.....aku sorang-sorang lagi kerrrrr????!!!! tapi aku dah booking best friend aku Emmy, aku dah cakap awal2 kat dia kalau dia tak kawin lagi masa tu, and tengah xde keje ker....aku suh dia datang masa aku grade nanti. Kalau keje aku suh dia amik cuti...amacam??? heheheh but kalau dia dah kawin???? :-P LOL....maka sorang-sorang lah aku.

Aku ingatkan masa aku ade abang sayang, leh lah dia yang teman kan aku....or kot masa tu kitaorang dah kawin ker....huhuhuhuhu upenyer, x kesampaian. Sekarang ni tak sangka dia temankan awek dia yang amik dia dari aku....maklumla cantik lawa putih gebu mcm Siti Nurhaliza....(ye ke ? aku tgk mcm langit ngan bumi jer. Sorang katik sorang tinggi mcm galah. and yang katik tu abg aku ler) bukan nak mengata memang itu hakikatnya. Siapalah aku kini di mata and hatinya kan. Aku masih lagi sorang-sorang. Sampai hati dia! I am trying to focus on something else now to forget the sadness.....(syah tul ker B.I aku nih? )kuikuikui...(senyuman dalam tangisan or tangisan dalam senyuman ?)

Argghhhhh. Aku sorang-sorang. Aku tak tau nak ngadu kat sape....kat my dear ayah....x sesuai,nanti datanglah penyakit my dear ayah. Lebih fikir je nanti dia susah hati, macam2 sakit. sini sakit sana sakit. Aku gak yang susah nak bergerak kang. Nak ngadu....ngan kengkawan, deme tak paham. n aku tahu dah kompem deme suh sabar and cari jek orang baru. Kalau tu aku pun leh fikir sendiri. So nak tak nak....aku tanggung lah sorang-sorang....memang sampai hati dia!

Ahhhhh...aku sorang-sorang !

12 September 2008

Sekadar menyampaikan...

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya ,
"Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab,
" Aku mahu mencari lima orang.....


  • Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
  • Kedua, orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
  • Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
  • Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
  • Kelima, orang yang suka minum arak.

.. sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.....

Wallahualam

Cinta dan Kawan

"Suatu hari Cinta dan Kawan berjalan dalam kampung...Tiba-tiba Cinta terjatuh dalam telaga...kenapa? Kerana Cinta itu buta. Lalu Kawan pun ikut terjun dalam telaga kerana Kawan akan buat apa saja demi Cinta. Di dalam telaga Cinta hilang kerana Cinta itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar di cari apatah lagi di dalam telaga yang gelap.Sedangkan Kawan masih lagi tercari-cari di mana Cinta dan terus menunggu kerana Kawan itu sejati. Jadi, hargailah Kawan kita selagi kita terasa dia bererti. Walaupun kita punya couple, Kawan still paling setia. Walau kita punya harta banyak, Kawan still paling berharga."

10 September 2008

Dedikasi daripada seorang teman prihatin

Seorang teman lama yang prihatin, menghadiahkan aku dialog ini dalam n3 blognya. So, aku terima dan mengabadikannya dalam n3 aku......

"Install Cinta"

Message: Seorang pelanggan baru saja mengalami kesulitan menginstall Cinta Kasih yang baru saja dia dapatkan. Kemudia dia menghubungi Customer Service untuk dapat memberikan petunjuk langkah-langkah menginstall Cinta Kasih secara betul melalui telepon.

Linx-Lunx: Ya, ada yang boleh saya bantu?

Pelanggan: Ya, setelah saya pertimbangkan saya ingin menginstall cinta kasih. Bolehkah anda membantu saya menyelesaikan prosesnya?

LL: Ya, saya sedia membantu anda. Anda sedia melakukannya?

P: Baik , saya sedia menginstallnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan terlebih dahulu?

LL: Langkah pertama adalah membuka HATI anda . Tahu kan dimana HATI anda?

P: Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya boleh menginstallnya sementara program-program tersebut aktif?

LL: Program apa saja yang sedang aktif?

P: Sebentar, saya lihat dulu.Program yang sedang aktif adalah SAKIT HATI.EXE, MINDER.EXE,DENDAM.EXE, dan BENCI.COM

LL: Tidak apa-apa. CINTA KASIH akan menghapus SAKIT-HATI.EXE dari sistem operasi anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan tertimpa program lain. CINTA-KASIH akan menimpa MINDER.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA-KASIH tidak terinstall secara sempurna. Dapatkah anda mematikannya?

P: Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkan anda membantu saya?

LL: Dengan senang hati. Gunakan Start menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap mungkin sampai BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.

P: OK, sudah. CINTA-KASIH mulai terinstall secara automatik. Apakah ini wajar?

LL: Ya, anda akan menerima pesan bahwa CINTA-KASIH akan terus dinstall kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat pesan tersebut?

P: Ya, apakah sudah selesai terinstall?

LL: Ya, tapi ingat bahwa anda hanya punya program dasarnya saja. Anda perlu menghubungkan HATI yang lain agar dapat mengupgrade-nya.

P: Oopss…saya mendapat pesan error. apa yang harus saya lakukan?
LL: Apa pesannya?

P: ERROR 412 - ‘PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT’. Artinya?

LL: Jangan khuatir, itu masalah biasa. Artinya program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI eksternal tetapi belum aktif di HATI internal anda. Ini adalah salah satu kerumitan pemprograman, tetapi dalam istilah non teknik ini bererti anda harus men-’CINTA-KASIH’-i mesin anda sendiri sebelum men-’CINTA-KASIH’-i orang lain.

P: Lalu apa yang harus saya lakukan?

LL: Dapatkah anda klik pulldown direktori yang disebut ‘PASRAH’?

P: Ya, sudah.

LL: Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori ‘MY HEART’ MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan file-file konflik dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.

P: Sudah. Hei..! HATI saya terisi file-file baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahwa DAMAI.EXE dan kepuasan.COM dicopy ke HATI. Apakah ini wajar?

LL: Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk mendownloadnya. Jadi CINTA-KASIH telah terinstall dan aktif. Anda harus boleh menanganinya dari sini. Ada satu hal lagi yang penting.

P: Apa?

LL: CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali.

P: Pasti. Terima kasih atas bantuannya.

People make mistakes, but the mistakes that people make also make the people.


p/s : kat mana boleh dapatkan software ni ekkkkk???? hehhee

09 September 2008

Bintang bintang berkelipan


Kepala aku dok phening memikio kan subjek yang satu ni. Dah kena buat proposal dah....tapi aku masih mencari-cari....tercari-cari....apakah tajuk yang harus aku buat. Macam terlintas nak buat berkaitan mnemonic....tapi macam mana ek...ish...itu satu hal...

Satu lagi hal....aku bercadang nak pilih tajuk yang sesuai untuk form 1 or form 2, form 1 and form 2 sesi petang. Aku ngajar sesi petang..alahai clash plak ngan waktu bertugas aku....nak amik form 4 aku tak berapa nak yakin. Pusing...phening kepalo den. Tapi itu takpa akan di uruskan tahun depan. La ni proposal kena siapkan dulu. Ni dah hujung tahun , bermakna aku kena buat kajian kat smk awal tahun depan la....

Proposal aku, apa tajuk nak buat nihhhhh...........?????!!!!! kelihatan bintang-bintang berkelipan dengan banyaknya!

Harta terkini




Nie la harta terkini yang wujud kat umah aku....ops bukan aku beli nih...kepala otak aku dah tak nak beli rete dah...cukup dah apa yang ada kat umah aku nu. Nie My dear Ayah yang membelinya....huhuhuuhu cantik memang cantik...tapi mana mau hampar...mana mau letak?

Aduh...my dear Ayah......anakanda tatau mau kata apa lah ayahanda. Rumah sudah penuh karpet lagi tambah dua benda mau letak di mana? Buat sementara ni aku bior jer kat ruang tamu depan, dok lagu tu la berlapis-lapis.

Alasan ayahanda tercinta..."takpe la.....nanti kalau abang ko datang, selesa sikit dia tido..." .
Pergh...untungnya la abang aku tu ada pakcik macam my dear Ayah kan....beli untuk anak sedara dia upenya....anyway, abang aku tu memang selalu dok lepak tido umah aku ni...maklumlah umah aku ni takde orang, so kalau dia tido memang kompem puas,xde sapa nak kacau. Kalau kat umah dia sendiri hahahaha sah-sah di ganggu oleh kanak-kanak ribena yang sedang membesar. Anak-anak abang kakak dia jugaklah. Baru nak tido kang.....budak kecik datang...."uncle...uncle jom pegi kedai....uncle..uncle....".hehehehhe sungguh tak aman.

Kira umah aku ni jadi umah persinggahan dia ler....sambil baring2 tgk cd ..last2 tido. Sampai rosak terbakor vcd aku ...x ganti2 sampai sekarang! Weiiii bila mau ganti la????

p/s : Abang aku ni...awek ade 3....eeeeeaaaiiii. Lelaki!

Bz ke....Santai?

Alooo semua, cuba u all perhatikan gambar kat atas ni....macam bz kan? kuikui hehehehe memang tengah bz pun....tgk deko meja cikgu2 pun tau ek....hehheeh kami semua dok bz menanda kertas ujian 4 yang baru habis dijalankan minggu lepas. Masing2 amik peluang keemasan ni untuk menanda semua2 kertas ujian sebelum murid2 kembali ke kelas seperti jadual normal. Almaklum lah gambar ni aku amik time sesi petang, murid tahun 3 je yang bersekolah (Isnin) . Murid-murid tahun 1 & 2 dikecualikan hadir. Selasa giliran tahun 2 pulak hadir.Rabu tahun 3.Khamis tahun 2. Murid-murid tahun 1 dikecualikan hadir minggu UPSR ni....fuhhhh syookkkkk arrrr seme cikgu tahun 1 kan kan kan ...leh la pulun habis-habisan semua kerja2 yang bertimbun tu.

Uiks....itu bz no 1. Bz no 2.....time ni la depe seme pakat promote kuih raya, kerongsang raya, tudung raya.....kuikuikui....menjana pendapatan kecil-kecilan . Aku cam biasa jadi pelanggan je. Dok order kuih 3-4 jenis....xyah nak bersesak2 kat bandar Klang yang dah sedia sesak. Time2 nak raya ni lagila berganda2 sesaknya. Ahhhh malaih aku....so order jek ngan peniaga tanpa lesen yang wujud bermusim kat tuttttttttt.....heheheh sendiri tau la ek! Order jangan tak order....nak buat sendiri masa tak cukup.....di tambah pulak tersalah ijazah dalam pembuatan kuih muih biskut raya.....nih...hehehheeh. Faham kan kan kan.....?

Actually banyak lagi benda aku nak kena siapkan. Sorang diri ni . So untuk tidak meng'crowded' kepala aku...aku beli jek lah.....Janji tetamu datang adalah makanan untuk dijamah. Raya...raya...raya...seronok tapi aku penat lah weiiii.....

07 September 2008

Ya Allah....terima kasih.

Sememangnya Ramadhan itu bulan yang mulia. Sejenak aku terpana semasa membaca blog seorang mualaf dan aku temui ini......

Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Mahu?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah : 216).

Kenapa Ujian Seberat Ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS. Al-Baqarah : 286).

Kenapa Hasilnya Seperti Ini?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (QS. Ali Imran : 139).

Bagaimana Aku Harus Menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (QS Ali Imran : 200).
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (QS. Al-Baqarah : 45).

Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS. At-Taubah : 111).

Kepada Siapa Aku Berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (QS. At-Taubah : 129).

Aku Tak Dapat Bertahan Lagi!
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS. Yusuf : 12)

Soalan-soalan yang pernah singgah di kepala aku. Akhirnya aku temui jawapan yang sebenar-benar jawapan yang tidak mungkin untuk dibangkang. Ya Allah ampun kan aku kerana leka ketika berada di bumi ini yang Engkau pinjamkankan kepadaku.

Aku bersyukur kerana Allah masih sayang dan memberikan aku hidayah-Nya. Aku ini hanya insan yang lemah. Semoga aku akan terus mendapat petunjuk dari-Nya dan tidak leka dengan kekecewaan yang sedang aku hadapi....Amin.

05 September 2008

Ujian Bulanan/UPSR

Minggu ni leka sikit .....maklumlah puasa. Padat sikit jadual. Ditambah dengan Ujian Bulanan yang ke-4 untuk murid-murid SKTP. Hari ini hari terakhir diaorang menduduki ujian. Syabas lah untuk murid-murid kelas aku yang kehadirannya penuh. Walaupun letih berpuasa.....letih ker...nampak cergas jer bebudak ni. Tapi...mungkin sebab deme dok dalam bilik ICT ber'aircond'...so sedap jerlah x rasa panas. Lagi pulak tengah hujan jer seminggu ni kan...hujan-hujan pun datang jugak tu...walaupun lewat. Tahniah ya dari cikgu. Kepada yang rumahnya mengalami kerosakan akibat bencana alam yang baru-baru ni, banyak-banyaklah bersabar ye....

Untuk yang akan menghadapi UPSR minggu depan, semoga bebudak tu semua dah ready. Jangan pulak puasa di jadikan alasan tak dapat nak jawab soalan dengan sebaik mungkin. Semoga semuanya berjaya dan dapat mempertingkatkan peratusan kelulusan di sekolah kita. Berusaha dan bertawakkal..okey....Good Luck!

Aku....huhuhuhu tengah sakit gigi ni.....sakit lagi! Ntah bila nak abish tumbuhnya....musykil tullah.....nyut..nyut....perghhhh....kalau kena kurma yang manis tuh ayoyoyoyoyo....ngilu rasanya.Masalah nak bukak mulut pun sakit nih. So memang tak berapa nak bercakap lah aku. Sib baik minggu ujian/UPSR. Takde lah guna suara sangat. Minggu depan pun kelas aku dikecualikan hadir pada hari Isnin dan Rabu kerana UPSR...okeylah tu,leh gak tambah rehat dari bercakap.kuikuikui...boleh juga siapkan buku adab belajar bebudak nih. Markah siap dah.:-)

03 September 2008

Ribut....Ujian Awal Ramadhan.


  • 1 Ramadhan 1429

Buat pertama kalinya dalam hidup aku diberi pengalaman menghadapi ribut. Hampir kebanyakan bumbung rumah terbang. Kilat petir berdentam dentum. Hujan lebat dan angin kuat. Semuanya berlaku petang 1 Ramadhan 1429 sekitar 2.30 petang. Situasi yang agak menakutkan penduduk sekitar berlaku lebih kurang 1 jam lebih. Keadaan menjadi reda sekitar jam 3.45 petang. Dah reda tu, aku keluar melihat keadaan di sekitar rumah aku. Keadaannya boleh dilihat dalam slide yang ada di atas.

Tak tahu lah, mungkin something wrong somewhere maka Allah memberikan alamat-Nya? atau mungkin juga petunjuk rahmat-Nya? Yang pasti aku bersyukur kerana aku berada di rumah bersama My dear ayah. Jika tidak ntahla. Petang itu , aku tak kuar langsung. Berbuka puasa dengan apa yang ada. Masak ala kadar sahaja. Selepas berbuka dan solat maghrib, aku membersihkan dapur aku yang dah dimasuki air separas buku lali. Letih jugak, buat sorang-sorang. Mula dari mengaut air, sehinggalah membasuh dan mengemop lantai. Fuhhh nasib baik dapur dan bilik air sahaja. Kalau hujan tak berhenti dalam masa sejam tu, kompem sampai ke tengah rumahlah akan dimasuki air.

  • 2 Ramadhan 1429

Pagi 2 Ramadhan di sana sini aku dengar orang bertukang. Masing-masing membaiki bumbung rumah yang diterbangkan angin. Beberapa kampung khabarnya terlibat dengan fenomena semalam. Bukan setakat kampung aku sahaja, Kg Sg Udang, Kg Delek, Jln Yadi, Jln Hassan, Jln selamat, dan area Taman Bertek dan Telok Pulai juga mengalami nasib yang sama. Hermmm harap-harap tiada lagi ribut seperti semalamnya. Cukuplah pengalaman sejam itu. Aku sendiri terpaksa mengeluarkan RM300 untuk membaiki bumbung rumah sewa yang rosak....terdiam gak lah. Nasib baik fulusnya ada. Rumah aku sendiri alhamdulillah xde kerosakan teruk. Cuma banjir aje lah.

Aku keluar awal untuk ke sekolah. Tidak terus ke sekolah, aku pusing dulu keliling kampung. Nak tengok-tengok keadaan kampung plak.....time nih semua orang berlagak cam YB, semua pakat melawat kawasan.hehehehhe. Memang kebanyakan rumah mengalami kerosakan bumbung . Pokok-pokok tumbang menyembah bumi. Ibaratnya sujud pada pencipta-Nya.....Laillahaillaallah.....Aku selalu melihat kejadian begini di TV...kali ini Allah memberi peluang untuk aku dan penduduk kampung ini mengalaminya sendiri. Alhamdulillah tiada kedengaran kecederaan fizikal yang berlaku.

  • 3 Ramadhan 1429

Pagi ini sesudah bersahur aku membuat post ini sementara menunggu waktu solat subuh. Semoga aku dan kita semua terus diberi petunjuk dan hidayah daripada yang Maha Kuasa agar tidak terus lalai dan sentiasa sujud kepada-Nya.