cari id yes guru sktp

31 Mei 2011

Episod sebuah cerita

Episod sebuah cerita. Banyak episod ni dalam post kali ni. Sebab ketiadaan mood untuk membuat entri saat peristiwa yang berlaku. Malam ni saya himpunkan cerita-cerita saya yang berlaku 2 hari ni.
Bermula ahad. Saya berkejaran semampunya memenuhi 2 jemputan. Dua je....tapi satu di Klang,Selangor dan satu di Kota, Negeri Sembilan. Saya ke Kota dulu....sebab dah janji dengan kawan nak jumpa di tol Pedas.
Asal niatnya selepas kenduri kawan saya ni, saya nak bergegas balik ke Klang pula bagi memenuhi jemputan pukul 5 petang, anak sepupu saya nak bertunang pula. Tapi tersinggah pula ke rumah sorang kawan di Pedas.....borak punya borak, opssss menghampiri Asar! For sure tak sempat la nak tiba tepat pada waktu yang sepatutnya ke Klang kan?  Dan saya sampai di rumah sepupu saya tu jam 6.30 petang. Saya lepaklah dengan semua sepupu2 saya di rumahnya hingga maghrib. Sebelum balik tu dah tentunya saya memastikan perut sudah penuh di isi.....Hehehehe.
(sorry la blur gambar ni..coz, time ni saya tgh lapar kot...hehehe)

Malamnya saya tenggelam hanyut. Hahaha mengantuk giler tambah penat.....mentor pun x tertengok! Whuaa...
Isnin, Sekolah!!!!!! errrkkkkkk sekolah? Yelaaahhhh sekolah ....jam 10pagi dah ada di sekolah......aktiviti mengisi markah peperiksaan yang baru lepas. S/U peperiksaan mahu markah segera coz data perlu dihantar ke PPD 14 Jun.....So seminggu ni cikgu2 sekolah saya bertungkus lumus menanda dan mengisi markah.Isi markah sekejap je. Lepas tu saya membantu pula kawan2 saya mengecat bilik disiplin. Kenalah bantu sebab lepas ni deme juga akan bantu saya 'menyiapkan' bilik galeri saya......heheheh. Semua pun cikgu2 pompuan wokeh! Nak harapkan cikgu2 laki? Hampeh.......macam tak ikhlas je nak nolong......lesap selepas  sejam. Esok ntahlah datang tolong ke tak......Saya sangat kecewa dengan sikap diaorang sebenarnya! Sudahnya cikgu2 pompuan le sambung mengecat sampai kul 1.30 petang.Memula macam malas nak masak, ingat nak makan kedai je, tapi tetiba teringin plak nak makan ikan siakap. So cincai jer la saya masak ini.
Makan-makan sambil layan citer Indonesia - Lagenda Joko ke Negeri Awan. Ahaksssss......!!! Pastu time petang-petang sikit try buat ini pulak......macam jadi tak jadi je saya rasa. Ahhhhh belasah je la..... makan sendiri je pun. Hehehehehe




Yeaaahhh.....layan makan sambil menonton cerita KONGSI - LU LANGSI LU MATI. Best gak citer ni lawak!!!!

Okay itu saja episod cerita kali ini. Tatatata





27 Mei 2011

Kentang Putar ~homemade~


Lagi memenuhi permintaan. Kali ni resepi kentang putar pulak. Actually saya hanya copy paste dari SINI aje. Tapi xpelah saya pun nak simpan resepi ni dalam blog TS .....so inilah resepinya.....

KENTANG PUTAR

Bahan-bahan :
  • Beberapa biji kentang (ikutlah banyak mana nak)
  • Sedikit susu segar
  • Serbuk lada hitam atau lada hitam yang ditumbuk
Cara-cara :
  1. Kupas kulit kentang, basuh dan potong 8. Rebus hingga empuk.
  2. Toskan kentang yang telah empuk. Lenyek hingga halus atau boleh kisar di dalam food processor sambil memasukkan sedikit demi sedikit susu segar dan lada hitam sehingga mendapat texture yang anda inginkan.
  3. Scoopkan ke dalam mangkuk dan tuangkan sos ke atasnya sebelum dimakan.

SOS KENTANG PUTAR
Sumber resepi : daunpandan (My Resipi)


Bahan-bahan :
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam pekat (dalam botol kaca)
  • 1 biji bawang besar -dicincang
  • 1 batang saderi - dicincang (Naz guna 2 rumpun saderi)
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum (Naz guna 2-3 Tbsp tepung gandum)
  • 1 Tbsp sos tomato
  • 1 Tbsp sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Beberapa titis kicap pekat (untuk memberi warna)
  • Garam (Naz tak letak pun)
Cara-cara :
  1. Masak air bersama stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Kecilkan api dan renih selama 10 minit. Tutup api dan tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega di dalam periuk di atas api sederhana. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga tidak melekat di tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau agar tidak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titis kicap pekat(sebagai pewarna). Masukkan serbuk lada hitam.
  5. Masak hingga mendapat kepekatan yang diingini. Untuk garam, rasa dulu sos kentang putar tu sebab stok ayam dan sos tiram pun dah masin. Naz tak letak pun garam.. 

Resepi ~atas permintaan~

Resepi ~atas permintaan~  ? Ye...permintaan kawan2.....Nak tunggu saya menghulur saya tak terdaya nak melayan semua 73 orang guru di sekolah saya. Ahaks........Tak sangka pulak semua orang suka, ade tu baru tengok gambar jer pun...belum rasa. Yang dah rasa siap nak sebiji.... ngeh..ngeh..ngeh....dasat kan??? kan??? Ok lah untuk tidak menambah kehampaan kawan2 saya.....saya tepek resepi ni kat blog saya yang pink ini. Kredit untuk isteri kepada abang Anang saya.....Kak Shila yang telah sudi berkongsi resepi ini ya!! Tq Kak Shila......love uuuuuuuuuuuu!!!

Kek Lapis Kaya Kukus

bahan2:
~~1 cawan marjerin
~~1 cawan gula kastor (yg ni saya guna 3/4 cawan je)
~~5 biji telur gred A
~~1 tin susu pekat (yang ni pun 3/4 cawan gak...)
~~1 tin kecil kaya
~~1 1/2 cwn tepung gandum
~~1 sudu kecil esen vanila

cara2:
-pukul gula & marjerin hngga kembang..masuk kan telur satu persatu & pukul sebati
-masukan susu pekat,kaya,esen vanila& tepung..pukul adunan sebati
-bahagi kan adunan & letak pewarna& paste yang disukai
-tuang kan adunan di dalam loyang secara berselang seli setiap bahagian kukus selama 10min...

masa mengukus nie xsemsti nya 10 minit kita tengok dulu kalau agak2 masak boleh terus letak lapisan lain...

Hasilnya akan jadi macam nie.....letak banyak..lapis jadi besar2lahkan....kalau nak lapis nipis2 (saya x rajin) letaklah sesenduk adunan untuk setiap lapis, yang saya buat ni letak secawan adunan.... 
kalau lagi malas,boleh je wat macam kat dalam gambar di bawah ni pulak. Automatik jadi kek marble kukus kan...kan....hehehe...masa mengukus lebih kurang 1jam. Untuk kek marble ni saya campur dengan badam cincang. So masa makan tu akan terasa la kacang badam tu......sedap tau!!! Ce try buat! Ihiks...



SELAMAT MENCUBA!!!!

22 Mei 2011

Jom minum petang

Petang ini saya cuba buat kentang putar pulak......alhamdulillah...boleh la kalau nak makan.....puas arrr lepas ni makan buat sendiri. Kuah sosnya nak tuang banyak mana pun boleh......:-) Jom minum petang!

Masa untuk melepak di dapur Tinta Semalam

Saya masih lagi berada dalam mood memasak. Hati happy walaupun en. tunang jauh di Pahang . Hari ini adalah hari ulang tahun kelahirannya. Saya tidak diizinkan menyambut hari ulang tahun tunang saya agaknya. Maka hari ini akan berlalu begitu sahaja. :-( ....Redha je la segala ketentuan. Tapi saya masih lagi happy, maka untuk tengahari ini saya menghabiskan masa di dapur lagi. Dan hari ini saya sangat teringin makan sotong. hehehe.....Juadah yang agak bercampur aduk.....

  1. Nasi Hujan Panas - malang tul sebab terlebih kaler hijau. sepatutnya ade kaler merah....tapi kaler merah takde, saya tibai kaler yang ade je la..... ahaks.
  2. Sambal Sotong - akhirnya dapat jugak saya makan sotong hari ni. Yummm..yummm....
  3. Kerabu Epal Hijau - first time saya cuba....best sangat sedap tau! Makan begitu saja pun enak lohhhh....:-)

 Herm......petang ni nak masak apa pulak yea.......tunggggguuuuuuuuuuuu......

21 Mei 2011

Main masak-masak

Dah lama benar saya tidak meng'asap'kan dapur saya. Hari ni tiba-tiba rindu plak. Sejak ayah dah tiada, saya amat jarang sekali lepak-lepak dan menghabiskan masa saya di dapur. Setahun saya cuti memasak. Tiba-tiba juga teringat ada satu ketika, masa tu makcik saya tinggal bersama saya kerana menjaga ayah saya yang sakit. Pergghhhh mewah betul rumah saya dengan makanan masa itu. Pagi sarapan, tengahari makan, petang ada kudap-kudapan. Sangat  best! Dan saya selalu bawa bekalan kuih muih ke sekolah. Kuih lapis, kuih talam berlauk, kuih karipap, kuih nagasari, kuih apam, kuih abok-abok, kuih cucur badak, lempeng, cendol pun buat sendiri beb! perghhh segala macam kuih tradisional lah kiranya.

Dan saya ambil kesempatan yang ada untuk belajar buat semua kuih-muih itu sementara makcik saya tinggal di rumah saya setengah tahun ada kot. Siap salin resepi dalam buku nota saya! Hahahha sayang seribu kali sayang....saya tak ingat mana saya letak buku resepi turun temurun saya tu. huahuahua.....Tiba-tiba saya rindu dengan segala kuih-muih tradisi tu. Saya rindu nak buat sendiri. Dan cikgu-cikgu di sekolah saya paling suka kuih talam berlauk saya. Tapi saya dah hilang resepi tu sekarang.....camno nak buek yo? Ayah dan makcik saya kedua-duanya dah arwah. Al-fatehah.

Saya godek-godek fb sepupu saya. Best la plak tengok segala resepi yang ada dalam picture dia. Belek-belek saya cuba buat kek lapis kaya kukus ni....(segala kuih-muih kukus memang jadi fokus saya...hahahha ) Ni lah hasilnya.......boleh la kan.....dalam peti ais cuma ade kaler hijau dan kuning...so jadilah lapis dia camnie. Lain kali nak try kaler lain plak......ade request tak, nak kaler apa? ce bagitau....nanti saya cuba buat! hihihihihi



Cumanya macam manis sangat la plak.....lain kali kena kurangkan gula nie......Yummm...yummmm....yummmyyy! Jom makan.

15 Mei 2011

Ini baru betul.... kisah Hari Guru yang bakal tiba

Minggu yang agak sibuk saya kira. Hari Jumaat guru-guru di sekolah saya sudah memulakan persiapan untuk menyambut hari istimewa kami yang bergelar 'cikgu'! Kali ini saya ditugaskan untuk menyiapkan backdrop. Dan saya sangat beruntung berada di bawah Ustazah Aziah! Heheheh sebab beliau seorang yang sungguh kreatif dan sangat best apabila bekerja dibawah seliaan beliau. Chewwahhhh....boleh dapat hadiah hari guru tak k Aziah? dan kepada beliau juga saya pertanggungjawabkan untuk menyiapkan barang-barang hantaran kahwin saya merangkap dekorasi meja makan adab2 nanti.

Ok berbalik kisah hari guru. Oleh kerana masa yang sudah singkat kerja-kerja xdpt nak siapkan pada hari Jumaat. Maka....di sambung ke hari Sabtu. Huhuhuhu tapi saya tak dapat nak tolong hari Sabtu tu...coz saya menemankan en. tunang menghadiri majlis kahwin sepupunya di KKB. Dan itulah masanya pun yang boleh saya curi untuk pra perkenalan dengan adik-beradik dan saudara mara en. tunang yang sempat dan dapat saya jumpa. Hehehehe....:-).

Maka hari Ahad saya kenalah tolong apa yang tak siap untuk persiapan Hari Guru tu. Dan kebetulan backdrop pun x sempat diaorang nak siapkan hari Sabtu tu.Latihan nyanyian k Malina dah jalankan pada hari Khamis lagi....latihan wajib tiap tahun....dengar dan nyanyi lagu tema. Dan supaya senang nak dengar saya pasang lagu tema hari guru " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" sebagai lagu latar blog saya. U all boleh dengar tak? Hahahaha kalau yang sedang baca entry ni adalah seorang cikgu...jom nyanyi sama!

 Opsss....hadiah untuk hari guru pun baru hari ni saya cari. Tiap-tiap tahun ada acara tukar2 hadiah dengan rakan guru. Dan siap cabut nama sapa.....surprise!!!! Nah cikgu...selamat hari guru! Hadiah saya tak seberapa....harap2 cikgu boleh terima. Saya dapat daripada cikgu sapa ye......???? hehehehe.



Tak sabar pulak nak tunggu hari esok. To all Malaysian's teachers.......
SELAMAT HARI GURU, CIKGU!


Hari Guru datang lagi

Salam. Ops ....hampir seminggu rupanya tidak 'meng-update-' blog. Kesibukan dengan pelbagai tugas. Sibuk menyiapkan bunga telur yang baru siap separuh daripada jumlah yang diperlukan. Sibuk menyiapkan kertas soalan matematik untuk peperiksaan pertengahan tahun. Sibuk dengan menyiapkan penulisan Laporan Adab Belajar. Belum lagi dengan Laporan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah. Tahun ni saya belum terlibat dengan segala fail-fail KSSR lagi , sedang persiapkan diri untuk menghadapinya tahun depan! Dan saya betul-betul perlu melakukan segala perkara yang disebutkan itu! Harap-harap tidak ada cakap-cakap belakang yang boleh buat saya bengang! Al maklumlah saya ada pengalaman berhadapan dengan insan-insan yang konon-kononnya faham dengan tugas saya dan faham dengan kesibukan saya, tapi pelik pula boleh timbul cakap belakang-belakang tak puas hati dengan saya sebab saya asyik dengan sekolah. Dan akhirnya saya di cop lupa diri. Huhuhuhu sesiapa yang pernah baca entri LUPA DIRI tu tentu paham kan???

Dan dalam minggu ini lagi sekali saya tidak berkesempatan menunjukkan muka saya kepadanya, saya tidak tahulah apa pula katanya kali ini. Bukan nak bersangka buruk, tapi saya dah selalu sangat terkena...sehingga saya dah malas nak beri alasan padanya , maka terpulanglah nak kata apa pun katalah! Saya dah tak peduli. Yang penting, saya nak hidup aman tanpa asyik nak jaga hati dia saja.....hati saya dia tak jaga pun. Sebar kat orang tentang saya yang tak baik lagi ada.....so perlu ke saya nak take care sangat orang macam tu? Walhal orang2 yang mendengar tu juga tahu apa yang saya buat tak perlu saya nak jelaskan pun...diaorang pun tahu attitude yang menyampai cerita tak betul tu.Malas layan sangat. Nanti kerja saya terbengkalai xde dia kisah pun. Kalau dia kisah sekalipun , dia bukan boleh tolong saya pun. Macam sekarang ni ada dia tolong settle kan masalah saya ? Lagi buat-buat tak tahu ada. Saya tanggung sendiri juga.!!

Makkk aiiiii saya nak story tentang hari guru...lain hal pulak isi ceritanya. Oklah saya akan story perihal hari guru dalam entri seterusnya....takmo campur dalam entri mengadu nasib kat dalam entri ini. K. Jom baca next entri!

08 Mei 2011

Rehat..

Berbangganya rasa apabila malam tadi dapat menyiapkan 40 batang bunga telur. Huhahuhahuha....kertas soalan jugak yang tak siap-siap lagi ni. Haih. Namun niat dan semangat tu ada. Esok wajib hantar!! Namun apakan daya, selain perancangan menyiapkan kertas soalan, saya juga beragenda untuk keluar atas suatu urusan. Malangnya.....muka saya panas....hidung tersumbat, dan batuk saya semakin menjadi-jadi la pula. Kepala pun ada pening juga. Saya...kalau kepala sudah berat...memang surrender la jawabnya. Arrgghhhh....

Apatah pula lagi kunci rumah saya ntah di mana saya letak? Saya sudah terkunci dalam rumah coz housemate saya sudah keluar bershopping di Masjid India bersama rakan dia pagi tadi dan telah mengunci pintu utama keluar masuk menggunakan kunci dia. (Hehehe walaupun sebenarnya boleh aja nak keluar guna pintu lain-rumah saya ada 4 pintu ok....saja buat buat alasan malas nak keluar rumah je ni...huhahuha)...

Saya rasa saya perlu berehat sekarang....x larat rasanya batuk dan bersin sudah berkali-kali. Adios!!  Mungkin lewat petang nanti saya paksa diri saya untuk keluar berurusan.

07 Mei 2011

Diserang semula

Saya diserang?....herm.....sebenarnya saya diserang batuk dan setahun sekali wajib kena! Waktunya.....adalah pada waktu-waktu saya sangat stress. Tahun lepas kurang sedikit diserang batuk. Mungkin kerana tahun lepas saya berada di zon selesa. Tanpa tekanan menyiapkan assigment dan tanpa tekanan menghadapi peperiksaan. Hah....manja ye diri ini. :-) :-)
 Dan kali ini serangan datang semula, gara-gara tekanan persediaan hari besar saya agaknya! Dengan kerenah en. tunang yang mungkin saya boleh kategorikan sebagai seorang yang worker holic sehingga urusan yang perlu disegerakan menjadi agak tersasar dari jadual yang telah saya rancangkan! Sabar! Saya masih berharap segalanya akan selesai minggu hadapan dan saya boleh meneruskan persiapan dengan tenang, aman dan sentosa. Saya masih berharap buah hati saya memperuntukan satu minggu hadapan khas untuk hari besar kami. Selepas itu, kerja la siang pagi petang malam....buat lah ot sebanyak mana yang dikehendaki. Kerja....kerja juga. Masa dan kepentingan keluarga jangan pula diletak pada ranking yang tidak sepatutnya.

05 Mei 2011

Nothing or Something?

Saya nak bercerita tentang apa? Nothing....tapi macam ada something. Something....tapi macam nothing!! Ketandusan idea atau apa? Ada sesuatu yang tidak dapat dipenuhi hari ini. Mungkin itu membuatkan saya jadi termangu-mangu. hahahah bengongkah? Saya menjadi insan LINUS seketika pada waktu ini.

Termenung dari tadi, melihat kaki saya yang berbungkus dengan foot mask. Termenung dari tadi memerhati blog-blog. Termenung dari tadi meneliti facebook-facebook. Termenung dari tadi menanti bunyi dering hp. Namun penantian bak kata ramai  orang sebagai satu penyeksaan ternyata sia-sia sahaja. Dan termenung dari tadi cuba mengingatkan kembali macam mana nak tukar setting sound message samsung's phone nih! Saya lupa beb.......Arggghhhhhh geramnya.....

But its still something.....nothing......
But its still nothing.....something......

MISSING LORRRR.......

02 Mei 2011

Tak bestnya cuti kali ni....

Hahaha...saya memang begitu. Dari dulu. Tak bestnya cuti....boring! Ah...itu time tak ada perancangan...memang boring giler. Tapi kalau masa terluang tu berisi, rasa tak cukup cuti pula! Cakap tunggang terbalik kan??

Hari sabtu saya setengah hari habis menjalani aktiviti LADAP di sekolah. Tapi cerita-cerita panas yang melanda enviroment sekolah sejak kebelakangan ini mengatasi content Ladap yang berlangsung. Pening. Macam-macam hal la. Semakin panas sekolah saya ni. Apakah itu petanda saya perlu mencari persekitaran yang lebih sejuk di tempat lain? Saya akan pertimbangkan. Hahahaha tapi kemungkinan saya akan menjadi guru senior 10-20 tahun di sekolah yang saya di postingkan ini adalah lebih luas. Hehehehe.

Sebelah malamnya saya membantu en tunang melengkapkan proses e-filing. Last minute tu. Haih. Sambil-sambil kami mengisi borang permohonan berkahwin. Berbaki 70 hari lagi beb. Tensi jap. Then, we all g dinner plak. Malam tu sempat juga la saya siapkan 10 batang bunga telur sebelum tutup mata.
Pagi ahad. Sambung lagi 10 batang. Plan semalam nak cari barang lagi dengan en tunang. Lastnya en tunang malas nak keluar, dan saya pun xde mood nak keluar. So masing-masing memerap dalam rumah saja. Errkkk...rumah masing-masing ok! Sooooo.....boring. Cuaca pulak mendung. Saya habiskan masa menggentel2 reben untuk bunga telur saya. Petangnya saya meronda pasar malam simpang empat. Layan....buat bunga telur lagi sambil layan CD Gulliver Travel . Cukup 50 batang bunga telur sepanjang hari Ahad.

Isnin dah tiba. Rutin membuat bunga telur diteruskan. Sehingga entry ini ditaip hanya 20 batang bunga telur yang dapat disiapkan. Takpe.Petang dan malam masih ada. So sempatlah cuti ni siap untuk 100 batang kan....:-) Zihah? Pagi Selasa baru sampai kot. Tu yang boring tu. Asyik mengadap bunga telur dan melayari internet.

Dan setiap kali on tenet. Selain Tinta Semalam , ada dua lagi blog wajib tengok. Sekadar baca dan tengok je. Menyinggah. Kalau terasa nak komen baru la saya klik butang komen diaorang ni. Sapa? Ni ha.....


Saya rasa tak sah betul kalau tak singgah kedua mereka. Hahahha...walaupun tak ada cerita baru kat blog diaorang. Saya pasti singgah kalau saya online. Facebook pun antara yang wajib saya pergi kalau online. Selain dok melilau kt akaun sendiri. Saya juga suka melilau kat fb minah ni....


Siapa ek Maisara Ihsan ni? Hahaha she is one of my best friend dowh.......Tengok profile pic dia....SINGA! Auuuwwwwmmmmm aaauuuwwwmmmm!!! Marah tu!!! Ops saya dah mula melalut dah ni. Sebelum bertambah parah biar lah saya berhenti di sini saja. Wassalam.

01 Mei 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Saya rasa, saya tidak pernah menyertai mana-mana contest. Tapi macam menarik je contest yang blogger Imanshah anjurkan. Pertama kali beliau menganjurkan contest dan pertama kali saya menyertai contest. Hahaha ok la. Sesapa nak join boleh baca syarat penyertaan DI SINI. Saya nak mulakan sekarang.....


Cikgu
Darimu ku kenal buku dan ilmu
Keranamu dunia menjadi baru
Tabah menghadapi segala hempedu
Demi sebuah negara Malaysia yang satu

Teacher
Walaupun ada masa dicerca
Semangat tidak lentur walau mata berkaca
Terus mengajar tulis dan baca
Untuk anak bangsa yang tercinta

Sir
Cekal hatimu membina bangsa
Gagahnya sebagai generasi perkasa
Agar ada pemimpin di suatu masa
Yang dapat memelihara negara kan terus sentosa

Ustaz
Mengajar erti taat
Ilmu dunia selari akhirat
Sebagai bekalan agar tidak sesat
Memperoleh kehidupan yang penuh berkat

Ustazah
Kuat hatimu sentiasa tabah
Muqaddam AlQuran sentiasa dihebah
Sebagai penawar segala gundah
Pembentuk pemuda pemudi gagah

Encik
Perkongsian ilmu mu tidak pernah lokek
Setiap waktu setiap detik
Kejayaan demi kejayaan dipetik
Pembangkit semangat anak didik

Puan
Lembutmu penuh sopan
Ikhlas hati mu melontar harapan
Memberi impian seluas lautan
Menunjuk jalan ke arah kejayaan

Ayah Ibu
Kerana adanya ketabahanmu
Kerana adanya kesabaranmu
Kerana adanya pengorbananmu
Kerana adanya harapanmu
Kerana adanya tunjuk ajarmu
Kerana adanya doronganmu

Maka
Aku bersua mereka satu demi satu
Cikgu, Teacher, Sir
Ustaz, Ustazah
Encik, Puan
Dan akhirnya
Aku berada di persada kejayaan

Terima kasih, Ayah Ibu
Terima kasih, Cikgu

SELAMAT HARI GURU!

1. Entri yang bertajuk CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU. Bereh!
2. Dah lama dah follow blog Iman.
3. Banner yang hensem tu akhirnya menjadi sebahagian daripada TS
4. Lega xyah nak tag sesapa.
5. Siap ucapan dah.....panjang ke? xpelah. Itu luahan ori.
6. Xde plagiat langsung. Hak Cipta Terpelihara ok.....milik TINTA SEMALAM.
7. Link kat komen HS. Set.