cari id yes guru sktp

23 Mei 2012

Bertambah Usia Boyfriendku

Semalam 22 Mei 2012....maka bertambahlah usia boyfriend sehidup semati saya yang ke......(hehehe).Saya dok diam-diam di rumah. Sedang ber'mc' lah katakan. Asyik tidur saja. Almaklum lah sehari 3x perlu ambil ubat batuk yang telah dibekalkan. Batuk saya menjadi2! Apatah lagi bila malam menjelma...semakin menjadi.

Namun petang semalam sebelum boyfriend saya balik dari kerja saya keluar juga mencari apa2 yang patut untuknya. Kita bulatkan mata ok. Kat Giant jer pun sambil2 mengisi perut sebelum makan ubat batuk lagi. Ngeh..ngeh...

Acu...adik ipar saya call tiba-tiba bertanyakan atehnya. Ateh kalau dah kerja memang macamtu la cu...sibuklah tu...call x jawab...sms x jawab. Just to say.....Hepi Besday to his Ateh!!.....Tq...tq....nnt akak sampaikan. Actually akak pun baru nak buat something for your Abang Teh. Ngeh..ngeh..ngeh...

At last cuma belikan jer kek tiramitsu....nak buat kek sendiri, dah kesuntukan masa (coz kan ke saya banyak tido...). Paling2 lambat pun kul 630 dia dah balik....huhuhu.Paling cepat...beli je. hujung minggu ni i masak special k sayang......Insya'allah...kalau keadaan kesihatan mengizinkan!

Balik2 saya pun landing lagi.....bahana ubat batuk lagi...pergh patutlah mtk mc 1 hari tapi doktor bagi 2 hari. Sedar2 dah nak maghrib. Aikkkk laki saya tak balik lagi? adoiiiii......tgk hp.....OT plak!!!! sure la tu dia x ingat saya nak bawak dia makan kat Warung Selera Asli kat Bukit Tinggi tu. Adoiii!!!

At last...saya masuk dapur juga.
Menu: 
  • Sambal Tempoyak Pucuk Kayu
  • Sotong Goreng Jintan
  • Tumis Bendi
Cancellah makan kat warung tu....balik dah lambat for sure penat. Kan? Kita makan kat rumah je la yea....Lagi pun u selalu kata....i masak lagi sedap kan?kan? kan? hehehehe.

To My Boyfriend......Selamat Panjang  Umur...Semoga Allah Murahkan Rezeki dan Hidupmu diberkati selalu. Love You Always, Dear. 





05 Mei 2012

Hari Guru menjelang tiba...



 GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini


Bangun Beranikan Terima Seruan

Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman  bin Adam

Lirik  : Zainal Ariffin bin Yusof