cari id yes guru sktp

31 Mac 2011

Berdasarkan gambar.....

Rabu 30.03.2011
gerko pagi 1jam setengah
masuk tugas rasmi 2jam setengah
waktu free 2jam mengadap budak LINUS
arrghhhh...layakkah aku ???
coz aku tak rasa aku ada tahap kesabaran yang luar biasa
untuk menghadap mereka.....
masih aku
belajar tanam sifat sabar

dan 
sepanjang rabu ini
aku....



~ tu yang rasa bad mood aje ~
maafkan cikgu ye
sangat-sangat minta maaf
kamu jangan la nakal sangat
cikgu sangat letih waktu ini


28 Mac 2011

~~~~ape-ape je la~~~~

Dah ada job baru. Dua hari cuti dihujung minggu ini la kerja aku di rumah. Hari sabtu melilau Bandar Klang mencari bahan-bahannya. Kena buat sendiri beb. Jimat sikit.Beli siap sebatang rm4.50...buat sendiri jatuh rm1.50. Banyak beza kan? Tapi amik masa la kan. Tak pe janji puas hati. Nak kena buat around 1200 batang tu.Huhuhuhu. Syukur ada Zihah dan Emmy yang bersemangat nak tolong. Ahad sangat leka mengadap benda ni hingga lupa sepatutnya kena hantar plan untuk kad jemputan pada Johan dan pegi jumpa Abang Fadil untuk tengok pakej pelamin. Huhuhu. Projek mega sudah bermula. Sorryla maybe aku akan leka seketika. Doakan la ye moga-moga segala perancangan berlangsung dengan lancar.

26 Mac 2011

Kenapa ada RIAK?

Kenapa mesti ada RIAK?  Kenapa ada manusia yang tak boleh nak tengok orang lain lebih daripada dirinya. Kenapa asyik nak tunjuk yang diri tu lah yang TERbaik, TERhebat, dan TERbagus? Walhal orang sekeliling boleh menilai yang sebenarnya.....
Dia taklah baik sangat pun...
Dia taklah sehebat yang dicanang-canangkan
Dia taklah bagus sangat seperti yang dihebah-habahkan
Ibarat kata indah khabar dari rupa. Apabila tembelang pecah...bukankah itu hanya memalukan diri sendiri?

Pelik kadang-kadang dengan manusia-manusia kategori RIAK ni.
Orang berpakaian RM50 dia pun nak berpakaian RM50...hish kalau boleh biar lebih RM50.
Orang berkenderaan besar dia akan cuba berkenderaan mewah.
Orang buat majlis jamuan keluarga dia buat jamuan majlis keluarga dan rakan-rakan.
Pendek kata asalkan tiada orang yang boleh lebih daripada dia.
Walhal hakikat sebenar......dia tiada apa-apa pun yang boleh dibanggakan.
Segala yang dicanang,dihebah...sekadar untuk menutup segala kekurangan. Macam tak boleh nak terima hakikat pulak. Mungkin malu? Lagi orang menyampah ada aku rasa kalau orang yang hidup dalam kepalsuan, dalam kepura-puraan. Dalam RIAK!

Bukannya aku nak kata tak bagus kalau kita nak memotivasikan diri sendiri...
'Aku terbaik'
'Aku terhebat'
Aku sokong frasa-frasa pembangkit semangat macam tu. Tapi rasanya tak perlulah kita war-warkan pada setiap orang yang kita jumpa. Hish macam masuk bakul angkat sendiri aje. Hey....si pendengar pun berbulu jek dengar tau. Kalau orang lain yang puji takpelah.....kan? Ha itu baru betul diri tu hebat, bagus....the best! Dapat pujian.....barulah ucap terima kasih atas pujian, dan jangan pula lupa semuanya pun dari Allah.

Ntah kenapa aku boleh rasa camni ntah....
Aku nak buat kenduri kahwin.....
Dia pun mula sibuk-sibuk gak nak buat kenduri kahwin.....
Aku rasa macam tak cukup masa dah siapkan segala persiapan
Dia boleh set masa yang lagi awal dari tarikh aku...
Ekspresssss lagi.....hish tak paham aku.

Apa-apa pun semoga dia bahagia dengan cara dia. Biarkan....biarkan luncai terjun dengan labu-labunya. Asalkan tak menyusahkan aku di kemudian hari sudah!

22 Mac 2011

semalam, hari ini dan esok

Semalam.
7.10am sudah berada di perkarangan sekolah. Punch in.
8.15am tiba di SJK(C) Soo Jin, Kapar untuk menghadiri Taklimat Saringan Linus 2011.
Di Soo Jin ~ jumpa kawan lama. Satu unit MT2 semasa di MPRM.
Tan Tai Hock. Rugi plak rasa apabila ~ tiada kamera!
1.40pm berada di SK Telok Pulai.
Hanya pulang selepas waktu rehat.
Sesi perkenalan dengan PK Petang yang baru. Cik Siti Aidah.
4.30pm keluar dari SK Telok Pulai servey jalan ke SK Pandamaran Jaya.
Yup...berjaya jumpa. Beres. Pulang rumah. Teringin nak apikan dapur....Sphagetti goreng...Muaaahhh!
9.30pm dah mula tarik selimut. hahahaha.

Hari ini.
7.15am juga berada di perkarangan sekolah. Punch in juga.
Isi perut dulu di kantin. Noor Syasya Asyillah....silalah pilih kamu nak makan apa. Cikgu bayar hari ini.
heheheh peruntukan dah disediakan oleh pihk sekolah.
7.40am mula pemanduan ke SK Pandamaran Jaya untuk Pertandingan Melagukan Syair peringkat Zon B.
Singgah kantin ke? Tak perlu sebab masih kenyang. Mendaftar dan Asyillah mencabut nombor dapat tempat 3 dari 9. Bersedia ok!
9.00am pertandingan bermula. Dan keputusan akhirnya adalah seperti yang berikut:

Zon B1
  1. SK Taman Gembira
  2. SK Pandamaran Jaya
  3. SK St Anne Convent
  4. SK Pulau Indah
  5. SK Telok Gong
(untuk Asyillah yang mewakili SK Telok Pulai ~ kita cuba lagi tahun depan ye.....huhuhuhu)

Zon B2
  1. SK Bukit Rimau
  2. SK Bukit Tinggi
  3. SK Jalan Kebun
  4. SK Kg Jawa 2
  5. SK Telok Menegun
Di Pandamaran Jaya ~ jumpa sorang lagi kawan lama. Satu blok asrama semasa di MPRM.
Faridah Ismail. Rugi lagi ~ kamera tertinggal lagi. Cisss!
11.30am hantar Asyillah pulang ke rumah.
12.15pm ambil Zihah my housemate dan masuk bertugas dan seperti semalam selepas waktu rehat waktu untuk pulang.
4.00pm hantar barang rumah Kak Ju ~ depan rumah je pung! Borak2 sambil minum teh dan makan kuih.:-)
4.30pm pulang dan rehat di rumah setelah usai solat Asar.
5.45pm hubungi en. tunang yang dirindui. hikhikhik
6.10pm api dapur dihidupkan lagi ~ Mee Maggi jek hari ini. Hahahaha.
Jam berapa hari ini untuk tarik selimut agaknya????kuikuikui..

Esok.
7.20am perlu ada di SK Telok Pulai ~ Aktiviti Unit Beruniform pulak!


Letih. Aku tetap suka bertugas sesi petang aje weiiiiii........!

21 Mac 2011

Resah

Tak suka.....tak suka...sangat tak suka.....crossssssss line!
erkkkkk.....betul ke crossssssss line??
Tetapkan hati.
Percaya diri.

20 Mac 2011

Di renjis-renjis dipilis

Semoga bahagiamu hingga Syurga ~ Istimewa buat adik-adik sepupuku yang telah melangsungkan perkahwinan.

  • 6 Mac 2011 ~ Azhar + Dayang
  • 20 Mac 2011 ~ Johan + Suzana
U aolllss memang buat dan lakar dalam sejarah family kita. Azhar dan Johan ni adik beradik...tapi boleh tu pilih tarikh asing2 dalam bulan yang sama. Penat beb! Apapun semuanya dah selesai hari ni. Moga-moga berbahagia bersama pasangan masing2. Selamat Pengantin Baru ya dik!!.....

Di renjis-renjis di pilis
Di tepungilah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disirami si air mawar

Duduk muda sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari

Lepas duduk bersanding
Jalan rapat berganding
Salam bersalam keliling
Sambil mata menjeling

Riang pengantin baru
Gurau senda bercumbu
Aman damai selalu
Sampai ke anak cucu

Tiba-tiba....

Salam pagi, Wow.....
Tiba-tiba aku menjejak kaki di sini

Dah lama nak jejak....tapi baru 2011 ini terjejak. Sapa sangka kan?
Sudah suratan yang tertulis begitu..redha.
Buat apa di sini tahun 2011?
  1. Untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawan semaktab. Yusmaliza Ayob dan pasangan. Ini perkahwinannya yang kedua. Aku doakan semoga mahligai yang dibina kekal perpanjangan hingga akhir usia membawa ke syurga hendaknya.
  2. Mini reunion~ mini la sebab hanya ada aku, Faridah dan Syahidah. Klang+Sg Buloh+Alor Setar. 
 (p/s~Syahidah aku amik pic yang hero ko snap okay?? hikhik)

Kenapa dulu nak ke Lumut?
  1. Dulu ada adik angkat navy di Lumut.Budak Baling, Kedah. Tapi geram coz dia hanya cari aku time nak pinjam duit. Sakit hati tak? So aku x pernah nak contact dia. Biarlah dia nak kata aku apa pun. Asalkan tuhan tahu aku x pernah lupa dia. (takkan nak lupa org yg selalu nak meminjam ...huhuuhu~jahat plak rasa)
  2. Dulu pernah ada ikatan dengan seseorang dari Sandakan, Sabah. Navy juak.Tapi dah ketentuan Illahi pertunangan tak sampai pada ikatan perkahwinan. Putus di tengah jalan. Redha. (Kisah bertahun sudah jadi sejarah).
Hish....
Tetiba terimbas kisah lalu plak...
Tetiba teringat en. zulkifli
Tetiba teringat en. ismail

Opsss teringat je ok.....

Tetiba teringat en. tunang
Usah bimbang... kini,
aku cuma ada en. tunang 2011 dalam hati

Hahahaha bila dah jejak tu rasa apa ye....tak tau nak cakap! But tercapai gak lah nak jejak Pangkalan TLDM Lumut tu.hikhikhik. Tq Yusma.....n SELAMAT PENGANTIN BARU!!

17 Mac 2011

Menung pagi


 P/s kepada diri sendiri ~ sila ambil nota ye....

Menung jap. Pagi ini aku bangkit lewat akibat tidur sekitar jam 4 pagi. Belek online photo editing. Hah untuk menghilang rasa boring sebenarnya. Kejap duduk . Kejap berlunjur. Kejap meniarap. Sampai ada ketika sakit tulang belakang meniarap. Hah.....lappy sentiasa on. Sentiasa aktif walaupun internet agak lembab semalam. Malam ok. Layanzzz youtube sesekali. Sekitar 630 terjaga. Ouucchhh pening kepala siut!...x cukup tidur! Jeling hp...wajib ni tiap kali buka mata. Hehehe. Ada satu mesej 4.30 pagi. Ahya baru balik kije la tu......Dan aku sambung tidur balik. Opssss aku cuti2 malaysia ok.....bukan ponteng! Sedar-sedar dah jam 10.30am. Jeling hp....tiada mesej baru, tanda buah hati aku masih enak diulit mimpi.

Bangun duduk menung walaupun TV dah on. Tambah pening lihat keadaan rumah yang (*&%^%$#@!!!
Tak boleh jadi. Hari ni kena settlekan sikit. Dah 2 hari tak terkemas. Duduk apa lagi nk buat?
  • Mark test paper m3 2D
  • Siapkan tulis resit yuran
  • Lengkapkan borang pesanan baju sukan
  • Cari mana disorokkan resit sementara (PENTING)
  • Nak latih budak syair...bila?bila? Selasa nak tanding dah wei....
  • Baju pengantin tak pergi tengok lagi nie.....haih
  • Peta kad kawin tak bagi kat Johan lagi
  • Dokumen semua dah siap ke?
  • Barang nak buat bunga telur pun belum cari
Arrgghhhh....hari ini Khamis sudah. Mac pun dah menghampiri penghujungnya. Malangnya hari ini aku x de mood langsung dan sangat2 M untuk bergerak!  Sangat membosankan. Nak call buah hati kompem baru bangun tido nie.....Jam 4 dia dah masuk keje balik. Waktu aku tidur dia kerja. Waktu aku jaga dia tidur. Sabar je la......

16 Mac 2011

Hari ini Rindu menyapa...

Cuti sekolah................kawan aku cukup anti bila ada mulut2 berkata..."bestnya cikgu cuti panjang"....hah iye sangat lah cuti. Nasib baik kamera dia hantar servis, kamera aku plak charger ntah kat mana dah terselit. Kalau tidak maunya dia snap pic fail yang bertimbun atas meja kerja aku di rumah ni.

Kelmarin jalan-jalan tepi pantai Morib. Lalu beberapa buah sekolah. Wei....cuba tengok sekolah tu....latihan bola sepak......lalu lagi sekolah....latihan olahraga...lalu lagi sekolah...penuh jer ngan kete...kete sapa banyak2 tu agaknya ye.....cikgu le punya kete.....lalu lagi....tgk budak2 sekolah baru keluar dari sekolah......kompem2 balik dari kelas tambahan la tu kan.....sapa ngajar eh? cikgu lah sapa lagi kan.......apakah makna cuti itu sekarang???? kuikuikui...sendiri pikir. Rata-rata takkan ade cikgu yang kata  seronok cuti panjang....sebab cuti tu bukan cuti pun. Macam tak bermakna jer cuti tu. Dalam takwim sekolah betul ada cuti. Tapi hakikat dalam diari peribadi seorang cikgu zaman ini, masih wujudkah istilah cuti???

Aku....semalam aja seharian mengadap komputer dengan beberapa orang cikgu...membetulkan jadual waktu mengajar cikgu2 sesi pagi. Hari ni pula setengah hari habis belajar nak buat jadual waktu guna program e jadual....esok? Hanya esok saja yang tinggal untuk aku latih anak murid aku dak Syasya sebagai persediaan pertandingan syair Selasa depan! Huh cukup ke satu hari latihan???? denyut2 dah kepala aku ni.  Jumaat pagi leh kot buat latihan sekejap. Petang kemungkinan besar aku dah kena gerak ke pristana....berkumpul kat umah idah. Coz pagi Sabtu nak ke Lumut menghadiri Majlis Perkahwinan kawan kami.Tapi aku tak kira....aku nak g jumpa en. tunang aku dulu sebelum g umah idah. Huhuhuhu IMissYou already la en. tunang! huwa huwa.......

Ahad? Kalau le leh date lagi dengan en. tunang, best gak....tapi Majlis Kahwin adik sepupu aku -Johan perlu aku hadiri jugak. Siap kena sinoman kata orang jawa. Lain kata rewang la....kan....en. tunang sayang....kalau keje shift malam....meh la sinoman sama.....(leh la menyelam minum air kan kan kan....)hehehhe. I really miss you laaaa.......

Isnin....I dah mula kerja macam biasa.....eh tak....kena g taklimat linus la plak pagi sampai tengahari.....petang masuk lewat bulehhhhh???? or tak yah masuk terus???? huwahuwa....

Selasa....Mari kita sama-sama BERSYAIR!

saYanG......RinDu.......!!!

12 Mac 2011

Evening Hangout

Jumaat...usai majlis persaraan pk petang sktp dan usai solat Jumaat. Aku keluar. Hee jumpa en. tunang tersayang. Jumaat je la dapat hangout sama-sama. Al-maklumlah en. tunang offday nya hari Jumaat! Huhuuhu x best kan?....weekend kerja. Kalau tiba en tunang shift malam, baru leh kuar hari Sabtu....itupun kalau aku xde ape2 program sekolah hari Sabtu leee....Semalam gi layan citer ni....

 

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
SENARAI PELAKON
Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)

Hebat2 kan para pelakon yang terlibat....Great Job guys! Memang best lah.

Aku suka suka suka......best citer nie.  Dasat en yusry mengarah! Tak rugi tak menyesal g tengok. Aku bagi bintang penuh la beb. Dah macam tengok filem holywood je rasa.Pasni tunggu CD filem nie plak. Nak buat koleksi CD kategori sejarah negara. Citer Leftenan Adnan puas dah aku  tengok. Suka sangat kalau citer2 sejarah ( tak kira la mitos ker tak ) kalau di filemkan. Errkkk terima kasih pada en. tunang sebab bawak aku g tengok citer nie. Hehehe aku yang ajak....dia bayor..bley??? Terima kasih sayang ...sebab bayor kan. :-) Tapi ok je...memang dia suka tgk wayang pun. Aku jer kadang2 sampai boring dah masuk panggung. Muahahaha. Sayang kat dia.

07 Mac 2011

Ayah...


Aku dan ayah...
Sedari kecil aku ditinggal ibu. Seusia 4 tahun. Dan sejak itu ayahlah ibuku. Ayah menyediakan segala-galanya untuk aku. Makan pakai . Semua! Dan aku tak rasa ada kekurangan masa tu. Semua cukup. Paling suka kuih pau yang ayah buat sendiri! Hahaha tiba-tiba rindu pau itu.
Semalam....aku rasakan kembali kasih itu. Herm....tidur bersama dengan ayah. Dulu kalau nak tidur ayah kena peluk dulu. Bunyi dering telefon. Ayah jawab .... tapi tiada sesiapa dalam talian. 3 kali! Setiap kali panggilan dijawab tiada sesiapa dalam talian. Aku dengar dan aku biarkan deringan itu disambut ayah. Sepi. Dan kali seterusnya .....telefon berdering lagi....

Ya Allah.......bunyi alarm aku rupanya! Tengok jam yang tertera 6.45. Subuh!
30.10.2009 kepergian ayah.......dan inilah kali pertama aku berjumpa ayah dalam mimpi. Mimpi berada dalam pelukan seorang ayah yang aku rindu. Al-fatihah.

06 Mac 2011

...kerana aku seorang...

pada sisi pandangan aku..
...kerana aku seorang...maka
  • takpe lah buat majlis kecil-kecil aje
  • saudara arwah mak.. saudara arwah ayah... kawan kerja sktp...memadai (tu pun cam dah penuh)
  • katering jer...sebab alatan macam x cukup untuk hidang sendiri
  • ada majlis akad dan kenduri esok hari ok dah.
  • setengah ribu kad ok kot..tu pun banyak per...
pada sisi pandangan sudara mara
...kerana aku sorang...maka
  • mana boleh kecil-kecil , sekali je seumur hidup
  • saudara kedua2 belah arwah pun dah berapa....kawan2 arwah yang rapat nak la juga...
  • masak sendiri lagi meriah beb....masa ni la nak berkumpul...(kekangan tenaga muda ???)
  • buatlah khatam qur-an dan malam berinai sekali....bila lagi?
  • hish...setengah ribu kad mana cukup...x cukup....belum yang jemput mulut....

tapi aku setuju jugak dengan cakap sorang pakcik aku......
....buat biasa ringkas aje....
....orang x ada mak ayah mana boleh nak samakan majlis dengan orang yang ada mak ayah...
nanti sendiri kelam kabut.
 (SEDIH PILU dengar ayat ni-tapi hakikat-ku terima dan telan jua)

sadis....pakcik makcik paman bibik abang kakak adik....saya sendirian menanggung semua perbelanjaan, rasanya x mampu kot walaupun sekali seumur hidup......takpelah kan? asalkan orang yang sanggup jaga saya tu sanggup nak jaga saya seumur hidup.....tanpa bebanan hutang....

04 Mac 2011

Derhakakah dia?

Derhakakah dia?
Jawapan bagaimana harus aku beri. Tuhan sahaja yang tahu jawapan hakiki. Kalau aku yang jawab takut-takut silap jawab jadi fitnah pulak.

Kalau kepala orang yang melahirkan boleh di'tiun2' 'ditonyoh2' 'ditonjol2'...derhakakah dia?
Dialog....berbahasa 'engkau-aku' dengan ibu sendiri dengan suara yang lantang...derhakah dia?
  1.  "Engkau siapa? " derhakakah dia?
  2.  "Engkau tak perlu ambil tahu hal aku lagi" derhakah dia?
  3. "Engkau ni satu orang tua yang tak ade ooo......"  derhakakah dia?
  4.  "Kalau aku dilanggar bas ke....lori ke....biarkan...jangan dikutip cebis-cebis daging aku pun!Tak perlu ambil kisah hal aku" huh derhakakah dia?
Dia hebat. Takde sape boleh lawan ckp dia. Semua kena ikut cakap dia. Dia shaja yang betul. Sepak terajang, tengking ....biasa...sebab dia yang tua! Yang muda-muda sila ikut cakap dia ye...walaupun dia salah??? Aku bangkang!!!

Aku sangat sedih. Aku sangat kecewa kerana aku sangat tak sangka rupanya dia begitu. Dan paling memilukan apabila ayat 4 di atas boleh terucap oleh lidahnya!

Kalaupun si orang tua itu bersalah besar, begitukah layanan seorang anak kepada orang tuanya???
Hishhhh...meremang bulu roma aku!

Semoga ALLAH memberikan pengajaran yang maha hebat kepadanya, agar dia dapat ke pangkal jalan!

03 Mac 2011

sesi bawa diri

Ntahlah hormon apa yang keluar..yang datang...rasa bad mood je. So aku wujudkan sesi bawa diri . Menyepikan hati. Menyebokkan kerja. Diam-diam dalam rumah. Layan muzik " BUKAN BELAS BUKAN SIMPATI".....lama x dengar lagu nie.

terdengar burung berkicauan. ke sana sini terbang berkawan. sedangkan diriku keseorangan dalam dahaga kasih dan sayang. tiada beribu dan berayah. tiada saudara hendak bermanja. andainya engkau pepohon nan rendang. bawah bayangmu aku menumpang.menangisku sendiri.ketawa pun sendiri. berpanjangan keresahan hati ini. siapalah yang tahu sakit pening diriku. tiada bertempat ku mengadu. bukan mengemis bukan meminta. hati terhiris ku pendamkan sahaja. bukannya belas bukan simpati. niat yang ikhlas letaknya di hati. ku dengar burung bernyanyi. berterbangan bebas di angkasa. walau sesekali terasa iri.tabahku terima takdir yang esa.

Rindu untuk ayah.
Terima kasih untuk Annuar.


Then, terjumpa lagu sayu ni pulak: huhuhuhu

mendung berarak dalam hidupku tak siapa tahu derita kah ku. tiap jelmaan malam dan siang air mataku bagaikan hujan. usahlah diri ini dibezakan. usahlah diri ini disisihkan. kita semua di pentas dunia yang sama ku sedar diri serba kekurangan. meratap dan mencari perlindungan. darimu insan kugantung setinggi harapan .pada mereka yang membantu redhakanlah aku setiap budi yang diberi kubawa ke mati. terima kasih padamu teman selamat tinggal aku ucapkan. di malam sunyi yang memisahkan air mataku bagaikan hujan.

02 Mac 2011

Sangat Rindu Ayah




Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Chorus
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Ulang Chorus

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Ulang Chorus

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati