cari id yes guru sktp

30 November 2009

ceritera aidiladha

raya yang sangat berbeza dari raya-raya yang sebelum ini. kali nie aku bawa diri ke rumah mak sedara aku. selalu berdua sekarang dah sorang. heheh...terbalik dari lagu asal s.m salim dulu sekarang tu kan... :-)

anyway seronok juga, ada adik2 dan anak2 buah yang meriuh rendahkan susana raya aidiladha. aku sampai jenjarom pagi khamis, adik2 dan bibik dah mula masak dah. aku tukar pakaian, turun dapur jugaklah..buat apa yang patut. petang tu kami sama-sama masak ketupat (adabi jer) mudah dan cepat.biasalah kan...heheh. masak rendang ayam dan rendang daging beserta sayur lodeh. lemang, beli 10 batang. siap! buat kenduri sikit kat surau muzir. sebelah umah jer. kenduri untuk arwah mak dan ayah aku, juga untuk kenduri nenek muti'ah.

hari kedua lepas kenduri, tak buat apa2. makan pun lauk rendang tu la kan. cuma petang tu jer siapkan inti karipap. nak buat kuih karipap untuk sarapan orang2 yang akan buat kerja korban kat surau sok pagi. Awal paginya bangun goreng bihun. dan bibik buat juga kuih talam lauk. orang tempah .

oh ya ,sebut pasal nenek...rumahnya belakang rumah bibik je. aku ingat lagi kat situlah tempat aku main2 masa kecik dulu. dengan kak ana, dengan abang mie, dengan N...alamak aiii sekali dengan aidil aku lupa. bibiklah yang mencerita semula kisah aku dengan aidil dulu. hampeh aku tak ingat langsung. bibik kata aku selalu kena buli ngan dak aidil...ada sekali aku di selubungkan dengan lapik kaki ...aku leh duk diam jer tak melawan sikit pun! hahahaha baik kan aku....kena buli pun diam jerk....
dan yang aku masih ingat aku main bara api dengan N...aku leh suh N pijak bara api tu, leh pulak si N tu ikut cakap aku . Apa lagi pastu melalaklah dia ,dan aku...hahahhah kena marah ngan mak sabariah. ngeh...ngeh...ngeh....

ha..sekarang masing2 dah ade kehidupan masing2...N dah kahwin anak satu. Aidil pun dah kahwin anak dua...haziq + ara...malam raya meriah....budak2 ramai yang taknak balik. semua pakat nak tido umah tu. maka berkumpullah semua hero tu, termasuk si haziq. nak pulak si irfan ada, si amir ade, mak yah tinggal pun x kisah diaorag ni. siap pesan suh kejut awal nak tengok sembelih lembu kat surau sok pagi. deme dah biasa panggil bibik..'mak'. mak esok kejut iffan tau...kul 8 solat subuh. Hahahahah kami pakat gelak. banyaklah ko punya subuh kul 8 dik! tapi sharp! memang kul 8 betul dia bangun.

hari ketiga- korban 2 ekor lembu kat surau muzir tu. gotong royong. masak sup dan limpa hati kami masak ungkep...marbeles tul! malamnya relaks2 je nonton TV.

Hari keempat aku masuk dapur lagi , n pegang pisau lagi. ngeh..ngeh....nak prepare buat nasi ambeng pulak! perghhhhh kalau putri tahu nie.....menyesallah dia tak ikut aku balik umah bibik! hahahahaha. bibik buat sebab ade tempahan. bukan nak buat sesaja makan anak beranak. aku dah petang tu siap2 pulak nak balik klang. bibik bekalkan aku dengan nasi ambeng tu....perghhhhhh my peberet nasi ambeng!
nak resepi? lawat url yang tertera pada gambar kay!

25 November 2009

Salam Aidiladha

Selepas kebah dari demam.Aku menulis ini malam sebelum aku pergi ke rumah ibu saudara aku kat Jenjarum. Anyway sebenarnya aku nak ke sana petang Rabu. Tapi tak sempat. Pagi aku bantu kak yus dengan tesisnya. Tengahari Zetty call nak pulangkan laptop. Aku suh dia tinggalkan pada Haniff dan aku akan ke sekolah lepas zohor.Petang plan nak ke rumah kak zie sebelum aku terus ke Jenjarum, alih2 kak nani pulak call minta bantu perihal assigment dia. Bila nak hantar kak? esok.....! aduyaiiii...so aku singgah umah kak nani dulu. sekali selesai semua 830 malam.Bibik dah call....paman pesan jangan balik Jenjarum malam2 sebab aku sorang. So aku tukar plan,balik pagi2 esok jelah....kak zie aku sms jer cakap tak sempat nak singgah dan akan ke rumahnya kalau tak sabtu, hari ahad la kot. Malam Lela n Adam pulak singgah hantar CD muzik untuk K Sazila.Hah tiba-tiba semua orang memerlukan aku dan tiba-tiba jadual aku full satu hari. Terus hilang demam yang tinggal saki baki tu. Batuk je yang masih ada. Aku ni batuk kalau tak sebulan .....biasanya tak sah! Tapi aku harap batuk hilang sebelum exam aku bermula. Jika tidak....jenuh perit la menahan batuk dalam dewan peksa tu.huhuhuhuhu

Pagi semalam sekitar jam 2 lebih, aku dapat sms daripada Syahidah. Abah Syahidah sudah kembali keRahmatullah. Takziah aku ucapkan kepada Syahidah sekeluarga dan semoga roh abahnya bersemadi dengan tenang dan berada di kalangan orang2 yang beriman. Begitu juga untuk cikgu Zuhaimi yang telah kehilangan ayahnya pada malam 14hb November lepas. Yang pergi tetap pergi, kita yang masih di sini perlu teruskan kehidupan.Dan semoga Allah terus memberikan kita kekuatan dan katabahan dalam menjalani hidup dan masa depan.

Dan malam Aidiladha....buat pertama kalinya rumah aku akan sunyi. Salam Aidiladha untuk semua.Beratnya hati, hanya tuhan yang tahu.

24 November 2009

kenapa sensitif sangat ni?

soalan tu....
ntahlah aku tak tahu nak jawab.

aku tak tahu kilau yang aku nampak tu kilau mutiara atau kilau pasir. aku ingat dia akan jadi insan yang paling dekat dengan aku di saat aku memerlukan teman. rupanya orang lain. aku ingat dia akan segera datang di saat aku memanggil. rupanya insan lain juga yang hadir. pasir atau mutiara...bak seorang kawan aku, pasir ker...mutiara ker...sedikit sebanyak kilauan tu akan ada juga fungsinya. ada juga gunanya. walaupun tidak seberapa masing2 ada keperluannya. jadi kita tak usah terlalu mempertikaikan. apa yang penting redha.

betul....tapi aku sedikit sebanyak memang terkecil hati pada seseorang.sepi. kawan2 tanya. makcik2 tanya. cousin2 tanya. dan jawapan aku. dia xde. uikssss.biarkan hatiku berdetik. satu masa dia akan mencarimu. dan mahukah aku mendengarnya waktu itu? ya...mungkin. kerana dia pernah mengisi kebosananku. kerana dia pernah menceriakan hidupku. cuma waktu ini, aku sangat berkecil hati.

kepada seorang kawan lamaku, terima kasih kerana sudi mendengar suara kecil aku. hah...dia adalah kawan yang aku tak sangka, aku akan bercerita macam-macam perkara. walaupun sesetengah orang mungkin beranggapan dia seorang yang 'useless'. ha...aku dah jumpa bukti...kerana aku dah mengalami sendiri. rupa-dan zahir yang terlihat di mata kita adakalanya tidak seperti yang kita lihat. nampak saja useless tapi hakikatnya dia punya pengalaman yang dapat aku jadikan pedoman. nampak gah belum tentu sehebat apa yang kita nampak. hendak menilai buku jangan nilai sekadar dikulitnya sahaja. itu benar!

dan kawan....walaupun kau sendiri punya masalah yang tidak dinafikan berat untuk kau pikul sendirian, kau masih punya kata-kata untuk membangkitkan semangat aku. sangat aku hargai. engkau membuktikan kata-kata kau - "kawan-kawan aku adalah adik-adik aku" . dan betul juga engkau tak pernah menzahirkan tapi sekarang aku dapat merasakan kau memang sayang kami kawan-kawan kau seperti adik beradik kau sendiri. thanks bro. aku doakan semoga hidup kau seterusnya akan diberkati Allah. semoga kau juga akan menemui kebahagiaan selepas segala ujian yang tuhan berikan pada kau dan juga pada aku.

kenapa aku sensitif sangat nie? lupakan sahaja mereka yang memandang aku sepi, anisah. untuk apa diingatkan , ada baiknya sekarang aku hargai mereka yang dekat disisiku. itu lebih mengembirakan. rasanya aku sedang belajar untuk mengenal siapa sebenarnya yang benar-benar meyokong aku dibelakang tanpa mengharapkan imbuhan! dan siapa yang memberi tanpa meminta kembali!

19 November 2009

siapa kata tak bangga...

hari yang menyeronokkan...sebab seharian bersama rakan-rakan guru. dari pagi membawa ke petang. pagi penuh jadual dengan hari kecemerlangan. seronoknya melihat anak2 murid menerima hadiah. mak ayah datang melihat kejayaan. bangganya.

semua ibu dan bapa begitu. walaupun ada sebahagiannya tidak memperlihatkan kebanggaan itu. dan aku....masih terngiang kat telinga hajat ayah nak buat doa selamat kalau aku lulus exam oum.

"periksa hari tu lulus tak?"
"kenapa?"
"kalau lulus kita buatlah doa selamat"
"oh lulus....tapi kita tunggulah habis satu semester lagi yah....yang last tu baru kita buat eh.."
"yelah...suka hati kau lah.."

selama ni setelah hampir 4 tahun belajar, ayah tak pernah tanya aku lulus atau tidak peperiksaan semester yang aku jalani. dan siapa sangka semester lepas tiba-tiba ayah bertanya dan......x kesampaian melihat aku tamat pengajian pun. dan siapa sangka rupanya aku yang buat kenduri tahlil untuk ayah....semoga ayah bersemadi dengan aman di sana. aku masih berkira-kira mahu atau tidak menghadiri majlis konvo tahun depan. takut kalau2 aku menangis sendirian sekali lagi kerana menghadiri konvo tanpa ayah disisi. ayah tak pernah memperlihatkannya tapi aku tahu dia bangga!

betapa aku cemburu dengan kawan2 semasa konvo maktab dulu. mereka dikelilingi keluarga, ibu ayah dan adik beradik. sedangkan aku sendirian. tiada sesiapa yang menemaniku waktu itu. tapi aku tak kecil hati dengan ayah sebab keadaan kesihatannya yang tak mengizinkan. aku masih boleh gembira kerana kepulangan ku ayah sambut dengan caranya yang tersendiri. ayah pandai masak. tapi selepas ini....

aku masih berkira-kira...
tiba-tiba hari ni aku jadi sebakk...
------------------------------------------------------------------------------------------------
pagi- hari ini hari kecemerlangan. dewan sktp penuh dan result upsr juga keluar hari ini. sktp - satu peningkatan. 20 orang murid dapat 5A. Tahniah untuk semua! Penuhnya kawasan sekolah. Mak ayah meraikan bersama kejayaan anak. seronoknya melihat situasi itu. bertuahnya anak-anak itu!

17 November 2009

terima kasih banyak !


ada suara kecik bisik
sepertinya dikeliling aku berkata2,
aku sekarang
dah tak kisah dah
sebab aku dah sorang
boleh ke mana-mana
boleh balik lambat dari TEMPAT KERJA
tak ape
tak ada tanggungjawab
x perlu jaga orang tua
x perlu jaga suami
x perlu jaga anak
x perlu nak balik awal
xpe

dan terima kasih banyak
untuk semua perkara
untuk semua orang
it's okay...
aku boleh tunggu
u all boleh lengah-lengah masa
xpe...aku boleh tunggu
boleh jadi orang terakhir keluar pagar
kat rumah aku xde sapa2 tunggu aku pun

dan terima kasih banyak
untuk semua perkara
aku boleh bantu
u all suruh je nak buat apa
xpe...aku boleh buat
jadi tukang ambil dan tukang hantar
it's okay...sekurang2nya aku dapat buat part time kosong
lagi pun kat rumah aku xde apa nak buat..hermm
u all tak perlu risau anak tu
sebab aku ade...serah je kat aku
aku boleh tengok2kan

dan terima kasih banyak
untuk semua perkara
untuk semua orang
silalah jangan malu-malu
untuk rebut gunakan kesempatan yang ada
silalah jangan malu-malu
mintalah....
gunalah....

sebab aku sorang
sesuka hati u all
nak perlaku bagaimana
agaknya....tapi
mudah-mudahannya TIDAK begitu!

yes...i will need you someday...
but please people
don't forget

aku juga punya hati
aku juga punya 'privacy'
sendirian x bermaksud aku tiada lain2 tanggungjawab...
hey...
aku masih ada impian untuk di capai

hah.......semakin lama aku rasa aku dah semakin sensitif. apatah lagi sejak dua menjak ni. agaknya aku dah mula nak fikir macam-macam. kejap ok. kejap x ok. apa aku nak buat yea....ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. tak turutkan, nanti-nanti orang-orang itulah yang mungkin akan aku cari untuk sesuatu perkara. diturutkan, nanti orang pijak kepala. dan akhirnya....aku sudah mula TIDAK BERHENTI berucap dalam hati sepanjang masa :
YA ALLAH....SELAMATKAN AKU! LINDUNGI AKU! KINI AKU HANYA ADA ALLAH yang paling MEMAHAMI, MENGETAHUI ....dan sesungguhnya Allah Maha Besar.

dan...yang pasti semua ini adalah caranya yang Allah beri untuk aku jadi lebih TABAH!

12 November 2009

aduyai...cuti lagi...

Pelikkan aku ni? rata2 suka kalau musim cuti. tapi pada aku (untuk masa ini) cuti tu macam suatu keboringan. kawan2 semua balik kampung. sekolah murid xde. rumah? hah sekarang aku dah keseorangan apalah lagi yang ada? bertambah lah ketidaksukaan aku bila tiba musim cuti sekolah.

tapi...mujurlah awal cuti disember aku ada exam oum. awal2 cuti ni boleh juga mengulangkaji pelajaran. harap2 boleh masuk kepala otak. perggghhh bukan senang ni nak study dalam keadaan berkabung nie.raya aidiladha lagi... aduyaiiii. semoga Allah permudahkan. apa yang aku tahu kena study betul2 dua minggu awal cuti nie. 7,9,10 disember aku dah exam dah. perghh direct! pagi petang pagi. 8hb tu plak dah plan ngan mak pak sedara nak buat kenduri . kira minggu exam tu mcm dah tak dapat nak buka buku lagi dah.

reunion mprm 9699 - apa pun mesti dijadikan - dari 12hb ditunda ke 16hb...ada sahaja yang terhalang x dapat pergi. ada pulak yang buka cadangan buat pada hujung november ni. adehhhhhh. x tahu lah camne nie....eeeda....camne eh? ramai nak pergi tapi sangkut coz ada exam oum.

selepas tu aku akan free takde aktiviti. nak naik gunung...jadi ker idah? aku...ermmm ntahlah. rasa-rasa macam nak mengemas rumah - nak wujudkan bilik bacaan. satu perkara lagi, aku agak k zie dan fahmi tentu nak aku join deme buat event. alahaiiii. xde motivasi langsung aku nak ikut.camne?

ceh....macam banyak pulak perkara aku kena buat disember ni. boring jugak ke? ikut aja lah arus yang mendatang. semoga aku sentiasa dilindungi-Nya.

08 November 2009

Warna-warna kehidupan

Ingin ditangisi, tapi di mana air mata itu?
Aku sendiri tidak tahu..
Pilukah hati ini?
Sebakkah jiwa nurani?

Semula dari kecil
Ku di tinggal Ibu
Sehinggakan janggal memanggil
Segala gelaran Bonda
Dan kini saatnya
Aku di tinggal Ayah
Tanpa ada saudara seibu seayah di sisi
Yang menemani menyusur jalan-jalan di bumi
Aku berdiri sendiri

Aku bingung seketika
Dan kemudian bertuahkah agaknya
Kerana aku yang di pilih
Melalui segala ranjau duri
Bertuahkah mungkinnya
Sehingga ada pelbagai warna dicalit
Dalam dunia seorang Anisah???

Dan juga segala peristiwa
Memperlihatkan warna-warna sebenar
Yang selama ini berada di sekitar diri

Cerahnya dinihari
Indahnya warna yang mewarnai
Gelap tiba berganti
Warna indah itu memunculkan
Yang sebenarnya warna itu tidak asli warnanya....

Puisi itu bercerita. Dan aku sedang berhadapan dengan cerita-cerita warna itu. Atau mungkin sahaja kebingungan diri menyebabkan aku terlalu emosi dan berkira-kira soal hati? Ntah aku tak pasti. Aku masih menganalisis segalanya. Aku confius dan untuk bersangka baik, mereka sedang memberiku ruang untuk bersendirian. Walaupun yang sebenarnya ini bukanlah waktunya untuk mereka meninggalkan aku sendirian dalam kebingungan. Emosikah aku? Mungkin. Mana dia mereka-mereka yang mencari ku di waktu aku berada dalam terang? Siapa yang bersama aku ketika tiba-tiba ruangan hidupku hilang cahayanya?
Dan aku sedang belajar lagi untuk mewarnakan hidupku dengan warna-warna yang jarang atau tidak pernah aku lihat dulu. Aslikah warna-warna itu? Aku bermohon semoga pilihanku juga adalah pilihan Dia untukku.

Kak Sal + Kak Noi + Su = Terima Kasih memberi warna yang mencerahkan
Bik Mis + Rina + Yati + K Sue = Syukur aku ada warna yang asli
K Zie + Fahmi = Semoga warna ini pilihan Dia