30 November 2010

Apa maksud kawan apabila....

Mari baca dialog ini....

"siapa tu..?"
"kawan je"

"ada apa2 ke...?"
"xlah...kawan je"

"kau dengan dia macam mana?"
"kami kawan je"

KAWAN...

Herm...biasa tak dengar dialog-dialog seperti di atas tu? Mungkin pernah kita sendiri menggunakan dialog-dialog tersebut kan? Tak kiralah dialog soalannya atau dialog jawapannya. Ye tak?

Apa maksud kawan apabila.....
dah sms selalu
dah call selalu
ke mana-mana dia ingat kamu
ke mana-mana akan ada ole2 untuk kamu
t-shirt-baju-handbag
ada masa lapang keluar bersama

Apa maksud kawan apabila.....
kamu masih keluar bersamanya
walaupun kamu kata dah takde apa2
kamu masih ikut cakap dia
dengan alasan nak jaga hati?
kamu masih tak tahu buat keputusan
saat kamu diminta buat keputusan



Aku yang mendengar
Aku yang menerima berita
Aku jadi blur
Aku jadi keliru
Apa sebenarnya kamu dengan DiA
dan
Apa sebenarnya kamu dengan dIa
Kawan???

Kamu bersama siapa sebenarnya??

Dan apa sebenarnya makna 'kawan' pada diri kamu??
Dan....
Kenapa aku jadi murung saat diperdengarkan
permasalahan yang sepatutnya sudah aku lepaskan...

Kamu berkata 'kawan biasa' tapi
kenapa perlakuanmu memberikannya harapan cinta?
Dari aku ....untuk kamu....
Tak baik kamu buat begitu
kerana kelak hanya akan melukakan hati seseorang
dan mungkin juga hati kamu sendiri!

25 November 2010

Ku Pendam Rasa



Berulang kali hatiku dilukai
Kadangkalanya tangisan diundang sekali
Namunku seolah-olah tidak mengerti
Ertinya serik percintaan ini

Tersemat hasrat mencapai impian kita
Untuk melupakan pahit getir yang melanda
Impian ini dikongsi bersama
Seorang insan yang ku cinta

Bukanlah niat untukku pertikaikan
Perasaanku yang dulu hanyalah terhadapmu
Apa yang terkurang pada diriku
Kuganti dengan niat ingin setia bersamamu

Belum sempatku meminta izin untuk bersamamu
Telahpun kau berikan kepada insan pilihanmu
Pengakuan dirimu itu berlinangan air mataku
Manakan tidak telah lama ku pendam rasa

berbakat sungguh orang yang mencipta lagu nie. suka aku mendengarnya. aku rasa aku tak pernah lagi dengar lagu ni kat mana-mana radio atau kaset ke...cd ke....erkkkk tak tahulah pulak kot aku ketinggalan ke....so oleh kerana x dapat di mana-mana aku nak simpan lagu ni kat blog aku yang tak berkepala nie....huhhhuhuhu. sesuai dengan aku yang suka dengar lagu jiwang-jiwang nih. wakakakaka.....ke...kisah aku jugak?????


24 November 2010

Rahsia Hati

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa

Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.

23 November 2010

Kepenatan!

Kepenatan! Keletihan!....orang jawa cakap apa ek......errkkk...lupa...Kesel!
Tak cukup tidur....tak cukup rehat dari 18hb-22hb....bayangkanlah! Itu pun sebenarnya hari raya haji, malamnya aku dah flat dah....tapi aku buat x layan jerk. Kecah dapur kalau bukan aku mengemasnya sape la gi kan? Terpaksalah aku ignore sakit kepala tu.

Hari ni selepas semua aktiviti terlaksana, tiba-tiba rasa macam ni la pulak...

...DEMAM...

Rasa makin demam pulak tiba-tiba dapat sms orang berpantun satu.....sms gambar baby satu....ntah anak sapa , dan ntah apa kaitannya dengan aku. aku pun x tau. Dah pening kepala, aku ignore je baby tu. Dah pening kepala, tak larat la aku nak balas pantun tu. Dia berpantun sakan. Aku balas dengan 4-5 patah kata aje. Ok la tu daripada aku tak balas langsung sms kan..kan...kan....sorry la mood nak berpantun xde time demam2 nie....Adios! Aku nak tido! Tak larat dah nie.

19 November 2010

Masih adakah deria rasaku....??

Dulu,
Aku rapat dengannya,
Dia beritahu aku tentang kisah silamnya,
Dia beritahu aku tentang segala penyesalannya,
Dia beritahu aku tentang azam barunya,
Dia beritahu aku tentang cita-citanya,
Dia beritahu aku dan mamanya adalah semangat dirinya,
Dia beritahu kami....dia mahu berubah!

Tapi...
Kini aku tidak pasti
Apakah segala pemberitahuan itu
Sebenarnya lahir dari hatinya
Atau pun sekadar kata-kata lidahnya.

Aku sakit
Tatkala aku ni
Dia kata dah tak sudi ke rumahnya
Dia kata dah tak sudi bermalam dirumahnya
Walhal aku dah pernah
beritahu padanya perancangan hidup yang aku mahu
Nah...kini aku buktikan
Dan dia memutarkan cerita??

Aku bengang
Apabila aku berada dirumahnya
Dia jadi anak dara
Duduk dalam bilik tak keluar2
Pagi aku bangun
Dia dah tak ada di rumah
Dia pulang
Saat aku keluar dan dia keluar semula
Sebelum aku balik dirumahnya
Aku bangun pagi dia masih di rumah
Jadi anak dara semula!
Kenapa kena sembunyi daripada kakak sendiri?

Ada dia nak bersapa dengan aku?
Tak ada.
Ada dia nak tanya khabar aku?
Haram.
Ada dia nak selisih jalan dengan aku?
Selisih malaikat 44 agaknya.
Lepas itu....
Kenapa perlu cakap pada orang
Aku tak sudi ke rumahnya?
Kenapa perlu cakap pada orang
Aku tak suka nak ke rumahnya?

Aku ni tak tahu dah rasa apa
Marah? macam sia-sia
Sedih? pun sia-sia
Kecewa? terasa lagi sia-sia
Rasa apa ntah
Geram? Mungkin kot
Rindu? "Ahyaaaaa"...tu trademark Linda Lias

Dan segala perlakuan dia padaku itu...
Why?
Benci pada aku?
Marah pada aku?
Kerna aku bercerita kisah aku dan dia di sini??
atau malu pada aku
kerana segala pemberitahuannya
tidak menjadi nyata....

Ya Allah....
Aku masih teringin sangat2 untuk...
melihat dia berubah.
melihat dia berjaya dalam hidup.
Harap aku dapat melihat semua itu...
Walaupun ketika dihujung nafasku!

Herm...
Semoga Allah kurniakan ketabahan padaku
Untuk segala ujian yang diberikan
pakej : Saat aku diberi ujian mohonku disertakan dengan kekuatan,kesabaran dan ketabahan!

12 November 2010

UPSR 2010


Terima Kasih untuk semua guru-guru yang ikhlas mendidik. Untuk UPSR SK Telok Pulai 2010 walaupun ada sedikit penurunan peratusnya, terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam usaha memberikan yang terbaik kepada murid-murid.

Upsr 2009

Pemahaman : 89.3%
Penulisan : 86%
B. Inggeris : 69%
Matematik : 79%
Sains : 78.6%

Upsr 2010

Pemahaman : 92.1%
Penulisan : 90.5%
B. Inggeris : 68.9%
Matematik : 81.3%
Sains : 80.9%

5A - 16 calon
4A 1B - 7 calon

Tahniah kepada calon-calon yang berjaya. Terus dan tingkatkan usaha anda untuk kecemerlangan yang lebih baik lagi. Kepada yang kurang bernasib baik. Perjalanan anda masih panjang. Teruskan berusaha. Insya'allah masih ada ruang untuk anda lebih berjaya!

* cikgu dulu pun masa upsr dapat 1A je ....huhuu

11 November 2010

Apa salah aku, Fy?


Salam satu Malaysia.

Aku sebenarnya ada banyak benda nak story kat blog nie. Tapi ntah sejak bersendiri aku macam xde idea nak susun perkataan. Update blog pun dah tak macam dulu. Setiap hari pasti ada sekurang-kurangnya satu post. Walau sesibuk mana pun, tak menjadikannya sebagai halangan.
So...
oleh kerana mood menulis takde, biarlah aku meringkaskan aja. Sebelum terlupa peristiwa. Biarlah ringkas. Ada masa nanti aku besar-besarkan. Boleh?

Anyway....aku dah fed-up dengan Klang. Semua. Eeeeaiii bunyi tak bagus kan? Kat tempat kerja dengan perangai yang seribu satu macamnya. Banyak yang takde. Takde kemesraan. Takde kerjasama. Takde kesungguhan. Takde kesepakatan. Borink beb!

So....untuk jauh seketika dari semua-semua tu yang memang terpaksa aku hadapi, aku ikut kawan aku g bercuti sempena Deepavali hari tu. Destinasi terjauh yang aku pergi selama 32 tahun aku hidup. Menghirup udara ketenangan di Pulau Labuan. Aman sekejap hidup tanpa sebarang gangguan. Rasa macam nak stay terus je! Huhuhuhu

Betapa besarnya impak stress di Klang. Tiba jejak kaki di bumi Selangor je aku dah stress. Arrrggghhhhh. Macam biasa, aku hanya dihubungi dan ditanya khabar makan minumnya saat ada kepentingan yang diperlukan. Stress tak? Rasa macam nak off je HP. Tapi aku x sekejam tu la, walaupun sebenarnya kejam jugak dikala aku ignore je sms yang masuk. Baca dan delete !

Dan bertambah-tambah stress dengan permasalahan yang lagi di bawa oleh Fahmy! So sorry aku mention nama kamu . Dah x larat dah ! Tapi apalah yang aku boleh buat, pergi jauh tidak akan menyelesaikan masalah. Mendiamkan diri hanya membakar hati.

"Kak...ada apa2 masalah call fy eh..."

Fy...bagaimana jika masalah itu datangnya dari kamu?
Fy...bagaimana jika masalah itu kamu yang create?
Fy...bagaimana jika kesusahan aku ini kamu yang beri?

Fy.....pleaseeeee......you're not a child anymore!!
Bertanggungjawablah pada diri kamu sendiri....
Fy....apabila kamu bermasalah, mama akan bermasalah. Dan apabila mama bermasalah, ianya adalah penyumbang kepada ketidaktenangan hidup dalam diriku!

Fy....
Kenapa? Apa salah aku ? Terasa seperti aku dianiaya...