cari id yes guru sktp

17 Januari 2012

Layak ke saya ni?


Dengan perlantikan sebagai ketua guru penasihat unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah menambah sedikit kegusaran di hati saya. Layak ke saya diletakkan dalam position ini? Nak berkawad..malu2 boleh ke saya nak ajar kawad kaki pada ahli2 TKRS ni? Membuat ikatan-ikatan....aduiiiii....semakin down rasanya. Tapi apakan daya. Masih lagi nama saya yang diletakkan dibarisan yang atas. Satu masalah yang sering saya hadapi.....
ketua....
eh kamu ketua....kamu lah yang buat.....
apa rancangan seterusnya?....pi la tanya ketua.....
ketua.....apa nak buat hari ni??

antara sebab-sebab kenapa ramai antara kita tidak mahu menyandang jawatan ketua...
mentang-mentang ketua....semua pun ketua...ketua....ketua....memang mudah sangat nampak tua la kan kalau dah semua ketua yang kena pikir...ketua yang kena rancang...ketua yang kena laksana...

eeerrkkkk layak ke saya jadi ketua atau perlantikan itu sekadar tangkap muat...janji ada?

kerna alasan itu jugalah pernah suatu ketika saya memagang jawatan 'ketua' untuk dua buah kelab....itu jugalah yang saya hadapi.....kerna awak ketua....dan saya mengambil keputusan untuk tukar kelab lain, asalkan saya bukan lagi ketua.

Kerana sebab-sebab tersebut yang di atas itu....adakah anda fikir saya layak untuk menjadi ketua kalau asyik kena 'buli' ajeeee??? nak mengarah...kita ni 'adik-adik'....atas alasan 'adik-adik' lagi banyak idea...wowww !!

Namun saya masih untuk cuba rancang yang terbaik. Perlembagaan saya dah dapatkan. Takwim tahunan saya dah sediakan. Perlaksanaan.....saya pasrah! Saya pasti down tatkala perkataan2 'ntah'...'tak tahu'...'apa'....'apa-apa ajelah'....'tibai ajelah'.....terpacul dari mulut2 deme kelakkkk...huhuhuhuhuhuhu TOLOOOONNNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!

Seram ni mengenangkan kotmitmen yang bagaimana akan saya terima kelak. :-(...:-(....:-( sebab saya sendiri pun bukan 'ahli' dalam tkrs dalam erti kata yang sebenar. Huhuhuh

13 Januari 2012

Saya dah penat la....

Dah hampir 3 minggu rasa macam tidak berehat!... Letih benar rasanya. Namun saya masih cuba melakukan yang terbaik yang mampu untuk saya lakukan. Tapi apakan daya Tuhan masih belum mengizinkan kerja-kerja saya itu terlihat, terangkat atau apa2 sahaja lah frasa yang seangkatan dengannya.

Mungkin waktu malang saya kot...ops jangan percaya perkara-perkara begitu ya cikgu nisah!. Hehe.Malang...saat saya membuat satu kesilapan, yang terlihat...yang terangkat adalah kesilapan yang satu itu.Dan terlihat akan kesilapan itu sepanjang tahun...malah mungkin berlarutan untuk beberapa tahun, itu tidak mustahil kan? Walaupun masih ada lagi perkara-perkara yang saya lakukan sehingga mengorbankan masa, dan harta saya. Hish bukanlah meminta-minta, tapi ia juga bukan mustahil sekadar perasaan saya semata-mata. Tiba-tiba terasa rendah diri pula.

Tapi apa yang penting, saya dah cuba yang terbaik. Dan usaha saya itu, ada 37 pasang mata yang melihatnya. Mereka tahu. Tidak mengapalah kalau orang yang memberi penilaian itu tidak melihat apa yang sebenarnya. Penilai Agong kan ada. Dia tahu semuanya.  Arrr...kenapa pulak la sensitif pula ni. Aduyaiiiii......Letih beb  itu ini begitu begini . Di tempat kerja. Dan itu ini begitu begini juga di rumah. Hohohoho saya sedang membina sahsiah diri untuk menjadi super girl.

Malas la suruh-suruh diaorang...p suruh anis.....saya jawab....okeh. Dan saya lah yang berhabis kertas,ink...sebab saya pun malas la nak bising-bising.

Kesian pokok nih. Kesian kucing tu. Dengan saya kesian tak? Balik dari kerja, keluar kereta....terus masuk dapur. Cari air minum sendiri. Kalau tak haus la beb. Terus amik pisau...treng...treng....jadi chef plak. Kain baju x berlipat lagi. Pinggan mangkuk x berbasuh lagi. Yang dalam rumah tugas saya, luar rumah pun tugas saya. Kesian tak?Huhuhu saya dah penat laaa....

Kssr saya masih tak siap lagi.....dan saya tak fikir ia akan siap...kerana dah itulah tugasnya sepanjang tahun untuk tahun ini dan tahun-tahun seterusnya selagi masih dalam perkhidmatan.Setakat di tempat kerja, x akan lengkap...so nak bagus...bawa la balik ke rumah. Sambung lagi...walaupun sebenarnya kerja rumah saya pun masih ada yang belum selesai. Huhuhu saya dah penat laaa....

Kssr...rancangan mengajarnya...bahan
mengajarnya....latihannya....evidensnya...penilaiannya...penambahbaikannya...pemulihannya...pengukuhannya...hari-hari nak kena update. Cikgu cemerlang......macam mana cikgu lakukan semuanya? tanpa mengabaikan perihal rumahtangga dan hal2 peribadi cikgu? Sebab.....saya ini saat bagus di tempat kerja, rumah saya sedikit terabai. Dan di saat bagusnya rumah saya, hasil kerja saya pula sedikit terencat. Cikgu....saya dah penat laaa....

Tak pe...hujung bulan ni kan wajib berladap dengan bayaran RM40 di luar daerah. Maka bertambah bermotivasi? bersemangat? Mudah-mudahan......

Di akhir hari setiap hari,akhirnya saya hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan iman untuk mengharungi segala yang datang. Aminnn.