31 Disember 2008

Aku Pening.....

Apalah jadi ngan blog aku nie....pening plak aku sidebar kanan leh turun bawah pulak...Eh, u all the readers pun....nampak cam yg aku nampak. Atau u all nampak ok jer...xde pe2?

Alhamdulillah....murahnya rezeki.

Adinda Puteri, yang mana dalam n3 yang lalu.....saya bilang saya rindu. Hari ini baru dapat jumpa. Seperti biasa saya yang tidak pandai mempamer rasa, buat-buat biasa saja. Walaupun sebenarnya Gembiraaaaaa sangat-sangat. Tapi bukan sebab jumpa Puteri seorang tetapi juga kerana dapat berkumpul semula bersama rakan setugas yang dah sebulan lebih tak jumpa. Kal Sal....sayang Kak Sal, dia je yang perasan.
"Ni dekat2 senyum2 ni kenapa? Ada apa2 ke?"
Of course la Kak Sal.....coz saya dapat jumpa kawan,teman,rakan,sahabat dan taulan yang saya sayang! Orang tunggal macam saya, orang2 yang berada di sekeliling saya sangat bermakna untuk saya. Heheheheh.


Kembali pada Puteri, saya pun lupa sebelum dia ke Turki saya dah pesan ole2 dari sana untuk saya. Saya cuma pesan key-chain je. Tak sangka pulak Put bawakan saya sehelai selendang warna kegemaran saya, key-chain, penanda buku dan ......apa ek nak sebut benda tu ( tanda vocab tak cukup dalam minda!).Heheheheh. TQ Put3.


Setakat ini n3 di tahun 2008. Apabila dimbas dan dibaca semula, saya rasa memang saya seorang yang beruntung kerana mempunyai "mereka2 " yang mewarnai hidup saya sepanjang 2008. Satu kekecewaan saya - hanya satu - telah membuatkan mata saya terlindung malah mungkin menutup dan membuatkan saya lupa tentang keberuntungan yang telah diberikan pada saya. Puncanya? Silap saya,saya terlalu berharapan tinggi. Apabila jatuh.....pastinya ianya hancur berkecai sehingga keberuntungan saya turut lenyap bersama kekecewaan itu. Satu pengajaran bagi saya di tahun 2008. Takkan saya ulangi kesilapan yang sama!



Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Baru

Mesyuarat dah pun selesai. Guru besar baru kami tahun ini seorang Puan. Ermmm pastinya sesuatu yang sangat baru dalam persekitaran SKTP. Semoga pembaharuan itu turut memberi pembaharuan terhadap semangat, sikap dan tindakan para warga di dalamnya. Ops....bukan pembaharuan yang negatif tau...tapi pembaharuan yang positif. Sesi p&p akan bermula Isnin ini. Saya rasa teruja pula. Dan harapannya rasa teruja itu sentiasa ada dan tidak hilang ditelan waktu. Tahun 2009....segalanya baru bagi saya. Suasana di sekolah yang baru- bukan la saya tukar sekolah, tetapi memandangkan kami sudah kehilangan 7 rakan, pastinya ada sedikit kelainan. Ditambah dengan guru besar yang baru. Dan saya sedang mengikut kata saudara Jinggo- bersangka baik kepada semua perkara. Semoga ianya memberi pembaharuan yang besar dalam kehidupan saya yang mendatang ini. Selamat Datang 2009!



Banyak buah perkara buah,
Buah di rimba jangan dimakan;
Banyak tuah perkara tuah,
Tuah menimpa saya harapkan.

Sehari bersama....

Actually gambar2 ni saya rakam 24/12 yang lalu. Meluangkan masa bersama rakan saya yang satu ini. Hehehhe ye ke? Mungkin juga boleh di terbalikkan ....rakan saya yang meluangkan masanya untuk saya!. Emmy, rakan dari sekolah menengah sehingga kini , lama kan? Sudah hampir 19 tahun usia persahabatan kami. Petang tersebut kami meluangkan waktu bersama. Sambil2 mencari keperluan diri di Jaya Jusco, Bukit Raja, selepas kami berjumpa seorang kawan di Bandar Baru Klang tu kami menjamu selera petang di Pizza Hut. Lama dah tak menjamah spageti, maka hidangan tersebut kami pilih. Alhamdulillah. Saat menaip n3 nie, dok terfikir, teringat bila la pula agaknya dapat keluar makan dengan Wana pulak. Lama dah tak merendek ngan Wana semenjak dia sambung belajar buat master ni....Huhuhuhuu kawan tu sibuklah pula. Hope dia tak lupakan saya!


Kalau tuan pergi ke Daik,
Belikan saya sebilah parang;
Kalau tuan hatinya baik;
Semua orang suka berkawan.

30 Disember 2008

Bukan suka-suka, tapi terpaksa

Huhuhuhhuhu.....template kena tukar. Bukan sengaja , bukan suka-suka tapi terpaksa. Tinta Semalam sudah dibuka semula. Maaf jika sepanjang hari ini, kepada yang datang berkunjung. Pintu rumah berkunci. Terpaksa robohkan rumah lama. Itu la sebabnya. Hehehehe

MAAF, TINTA SMLM "PRIVATE" SEKETIKA

adeh

29 Disember 2008

Kepada semua :


PERGILAH GELITA, HADIRLAH CAHAYA



Anak ayam turunnya tujuh,
Satu mati tinggal enam;
Minta jauh neraka tujuh,
Minta doa tetapkan iman.

28 Disember 2008

Eeemmmm.....

Kamal Affandi Hashim di dalam penulisannya berkata;

"Kawan ramai dalam hidup. Rakan tempat kita mencari kelemahan dan dia bisa menunjukkannya tanpa silu. Kawan pula hanya berkata baik bila tidak perlu dan menahan lidahnya bila perlu.

Sahabat pula lebih mendalam ertinya. Tak tergali dan hanya ditemui bilamana kita bermasalah besar dan dia membantutkan hasrat nya yang lain semata mata ingin membantu kita.

Teman pula lebih dari itu. Dia tempat berkongsi bahgia dan dukalara. Hibamu selamat dan bicaranya tanpa rahsia. Teman singular bilangannya."

Emmmm tenung-tenung diri kita, siapa saya? siapa anda?
kawan?
rakan?
sahabat?
teman?

Dari sana hendak ke sini,
Sampai ke sini melipat kain;
Telah masak bacang kuini,
Kulit sama rasanya lain.

Ahad ini

Ahad ini, hari ini.....Idah datang lagi. Kali ini, nak belajar friendster pula. Hahahahah switch in malay...hampeh, saya pulak jadi conpius....(mungkin sebab biasa fs in BI kot) . Tambah pula yang sebenarnya kitaorang dah letih berblogging sebelum tu. Ahakss.

Dah tak termampu untuk berfriendster lagi. Hanya untuk petang ini la. So kelas IT bersama saya akan disambung di lain ketika. Tarikh baru belum setup lagi. Saya pun dah rindu dengan blog saya sendiri. Belum berkesempatan untuk aktiviti blog walking. Selepas ini kot.

Apa yang kami buat selama 4 jam ini? Hanya memahirkan kemahiran menggunakan aplikasi photoscape dan join friendster. Friendster masih kosong. Belum ada deco sekadar yang standard aje yang kami lakukan.

Baru sebentar tadi, idah call. sudah sampai ke destinasinya. Selepas keretanya mati di tengah2 highway kesas. Nasib baik sempat ke bahu jalan. Selepas di pujuk2, barulah keretanya bergerak semula. Alhamdulillah. Hahahahha....kereta pun manja, minta dipujuk dan dibelai!

Oh ya....Kak Yong terima kasih daun keladi. Kad kiriman dah saya tepek kat sidebar blog. Makasih ya!

Cuka-cuka beli di bandar,
Simpan makan dalam perahu;
Suka-suka mahu belajar,
Tidak belajar mana tahu.

27 Disember 2008

Kegagalan yang menjadi keperluan.


"Bagaimana jika saya masih gagal?
Gagal adalah satu lagi bentuk kejayaan

kerana dengan kegagalan akan terbentuklah kemahiran"

(Dr. H.M Tuah, Membina Imaginasi Cemerlang)

Jika orang hebat sudah mengatakan gagal itu juga adalah kejayaan, pastinya apa yang diperkatakan itu telah dihadapi sendiri, dikaji dan terhasil kebenarannya. Kita yang masih belajar tentang kehidupan, boleh menjadikannya panduan. Tidak perlu terus melihat dan merenung kegagalan yang telah pun berlalu. Jadikan kegagalan itu untuk kita menempah kejayaan. Jika tidak mana mungkin wujud ungkapan-orang gagal tidak akan sentiasa gagal. Iye kan?

Ramai diantara kita yang berazam mengubah,membuat perubahan, tapi jika yang negatif sentiasa di minda dan tidak pula bersungguh menukarnya kepada minda yang positif, mampukah si positif untuk menguasai si negatif? Kegagalan itu juga satu keperluan menuju kejayaan. Sebagaimana pentingnya hujan untuk menghasilkan pelangi.


Tanam papaya tumbuh langsat,
Dililit kangkung bertali-tali;
Seribu daya kalau berhajat,
Gunung tinggi papah didaki.

26 Disember 2008

Macam serupa - Puteri Farha

Dua insan yang berbeza sama sekali. Puteri-seorang yang sudah lama dikenali. Farha-se0rang sedang dalam proses mengenali. Sekali pandang macam seiras....ke saya sedang rindu kat dak puteri nih....hahahahha. Tak tau!. ....Cuti dah nak abis, sekolah buka nanti baru bley jumpa Puteri. Seronoknya Puteri di Turki bersama keluarga tercinta. Jangan tak balik Put....rasanya bukan akak sorang yang rindu kat Put nie....ada sorang lagi A yang rindu rasanya......ahakssss.

Puteri/Farha akak amik pic korang tau! Heehehehe. Jangan mare....

Burung Balam terbang tinggi,
Dari Pelembang terus ke Langkat;
Tidur malam termimpi-mimpi,
Duduk siang teringat-ingat.

25 Disember 2008

Aku tak kira!

Setiap yang kita lakukan sebenarnya memerlukan perkongsian atau mungkin juga pengorbanan masa daripada mereka-mereka yang terlibat dengan perkara yang kita lakukan. Tidak mengganggukah kita dengan urusan-urusan mereka yang perlu mereka selesaikan? Tidakkah kita mencuri masa mereka untuk bersama keluarga. Adakah kita memikirkannya sebelum kita mengambil masa mereka untuk kegunaan kita? Keikhlasan mereka mengorbankan masa yang mereka ada untuk kita, adakah kita gunakannya dengan sebaik-baiknya?

Masa itu perlu dimanfaatkan sebaiknya agar di lain masa mereka bersedia memberikan masa yang mereka ada dengan senang hati. Tanpa merasakan masa itu dibazirkan sia-sia. Ini pemikiran saya apabila saya memerlukan masa orang lain. Agar tidak mengganggu masa mereka untuk diri, keluarga dan hal-hal lain juga. Masa itu amat penting dan menjadi keutamaan pada semua orang. Dengan memikirkan masa diri sendiri, tidak sepatutnya diabaikan masa yang hendak kita ambil dari orang lain. Namun ada masa kita sebagai manusia terlupa juga, dengan hanya memikirkan pentingnya masa itu pada kita dan memaksa orang lain memberikan masa mereka untuk kita. Ermmmm kita sememangnya manusia biasa, yang juga kadang kala mementingkan diri sendiri!

Mari dikait sarang tempua,
Anak tiung pandai meniti;
Hamba duduk gelak ketawa,
Untuk mencari penghibur hati.

24 Disember 2008

Bagai Pinang....

Bagai pinang dibelah sepuluh
Seorang kurus seorang gemuk
Apa nak kata kalau dah jodoh
Tak perlu dipujuk-pujuk

Bagai pinang dibelah dua puluh
Seekor gajah seekor semut
Apa nak kata kalau tersurat
Tiada siapa boleh nak sekat

Bagai pinang dibelah tiga puluh
Satu bergalah satu beranting
Apa kisah orang mencemuh
Dia kata puas hati itu yang penting

Bagai pinang dibelah berpuluh-puluh
Pejam mata tutup telinga
Ada suara merungut dan mengeluh
Dia buat-buat pekak saja

Bagai pinang yang dibelah-belah
Orang sebelah menjelir lidah
Di depan ucap kasih ucap sayang
Di belakang rupanya standby dua tiga orang

Sekadar berjenaka di pagi hari
Buat hiburan di dalam hati
Tapi kalau direnung diamati
Ada maksud terpendam menanti

23 Disember 2008

Penyakit M Kesihatan R


Tetiba terasa nak makan masalavadei ni. Dah tu tak mahu yang beli. Nak buat sendiri. heheheheh mimpi apa yea malam semalam? Erm...ingat-ingat balik, tak ada mimpi apa-apa pun. Bukannya susah pun. Senang saja, cumanya dalam kebiasaan tu penyakit M menguasai diri. Nak dapatkan rawatan supaya kesihatan R kembali....emmmmmm......???? Hehehehhe

So, disebabkan hari yang cerah lagi hati yang ceria, dengan kesihatan R maka saya buat kuih ini petang tadi untuk hidangan minum petang, berdua bersama ayah tersayang. Okay Yah? Okay....kalau hari-hari macam ni kan bagus.....kata ayah. heheheheh masalahnya yah, kesihatan R tu tak hari-hari la. Selamat makan !

Anak Batak pandai menari,
Anak Rama pandai melata;
Kalau masak angkat ke mari,
Sama-sama kita merasa.

Dapat lagi.....rezeki


"Kak....pos laju kau dah sampai ni", sms Illa petang tadi. Saya sebenarnya menunggu kiriman daripada seorang rakan oum. Dia meminta jasa baik saya (baik ke saya ni? hehehhe) untuk mengambilkan modul bagi semester depan. Saya dah biasa, setiap semester ada saja yang mengirim. Orang lain-lain tau, so takde lah rasa macam dipergunakan....hehehehhe.

Sampai di sekolah, ops saya teringat perlu menghubungi seseorang. Saya menghubunginya, untuk pertama kali....hheheheh agent insurans saya la. Dah tuko agent, agent yang lama dah tuko kerja kot. Lupa plak nak tanya tadi. Okay dah...settle hal dengan agent saya yang baru...En. Azizi. Nak kena jumpa n kenal nih...maklumlah dia yang akan mengurus wang saya nanti.

Sambil2 bercakap tu saya menuju ke pejabat sekolah. Terlihat pos laju atas nama...Anisah bt Mohamad. Mohamad? Hahahahaha itu bukan nama ayah saya pun! Nasib baik sampai dan hanya ada satu Anisah di sekolah. Aduhai kenapa leh jadi macam ni yea...dah 2 tahun dah kami sekelas. Tapi saya tak ambil pusing. Yang penting barang yang nak disampaikan kepada saya, saya dah selamat terima.

Saya sepatutnya menerima sekeping kertas sahaja. Slip pendaftaran semester baru dan bukti pembayaran yuran ulangan, itu saja.Tapi melihatkan sampulnya besar dan tebal, buat saya terus membuka sampul di pejabat juga. (sambil2 makan buah mangga dan kfc!) Saya selalu langkah kanan, bila ke pejabat mesti ada rezeki untuk saya. Alhamdulillah. Melalut pulak. Buka-buka...ada sepasang kain. Aik, untuk saya ke? tiada surat susulan untuk memperjelaskan tentang kain tersebut.

Sampai di rumah, saya sms rakan saya.
"Kak....kain apa ni?"
Terus dapat panggilan. Dia kata sebagai penghargaan untuk saya kerana mendaftarkan dia setiap semester selama 2 tahun ini dan juga kerana dia dah dapat DG32....Amin. Rezeki saya lagi rupanya. Saya menung-menung sendiri, banyak baju-baju saya rupanya dikira-kira banyak dari pemberian orang.Kain dalam simpanan saya baru saja susut bilangannya setelah beberapa kain saya hantar ke tukang jahit. 2009 ni nanti banyak la baju baru saya. Hari ini bertambah lagi. Heheheheh.

Kepada Kak Nora, terima kasih kerana menghargai saya. Kain tu cantik, saya memang sedang gila baju yang ada warna tanahnya putih. Saya sedang berfikir-fikir nak buat fesyen apa . Yeaaayyyy baju baru lagi.

Kalau tuan bawa perahu,
Muatan isi buah berangan;
Hendak berbudi biar selalu,
Supaya boleh buat kenangan.

Celuparkah saya?

Orientasi tahun 1 telah dijalankan pada 20/12/08 yang lepas. Anak-anak ini semuanya berani-berani. Sangat bersemangat untuk ke sekolah. Baguskan? Hai la cikgu-cikgu semua bersemangatkah cikgu-cikgu semua untuk ke sekolah?

Hari sabtu tu, antara cikgu-cikgu yang bertugas....guru-guru tahun 1 sudah semestinya le. Antara yang hadir, Cikgu Rosnani, Cikgu Hasnita, Cikgu Radziah, Cikgu Noraini, Cikgu Zainal, Cikgu Julina. Pendaftaran pagi dilakukan oleh Ustazah Azizah dan penyelia petang yang sangat cikgu2 petang kasihi, Cikgu Habibah. Saya pun ada juga menggantikan Cikgu Rosnani untuk jaga murid-murid membuat ujian di dalam kelas. Sementara murid-murid ni menjawab soalan, ibu bapa mereka diberi sedikit taklimat oleh Cikgu Rosnani dan Cikgu Zainal. Cikgu Wan Mariam dan Cikgu Nor Rizan pun ada juga.Cikgu Tee, pemangku GB turut ada, siap jaga kelas lagi! Hehehehe. TQ.

Actually agenda dikhabarkan kepada saya bermula 8.30 pagi. Jam 8.00 saya dah berada di perkarangan sekolah. Sudah ada ibu bapa yang sudah sampai. 8.20 saya mendapat satu panggilan.
"Hello Anis, mula pukul berapa? semua cikgu dah ada ke?"
Keceluparan saya tiba-tiba wujud....ketika itu ada seorang rakan di sebelah saya.
Orang yang menghantar sms kepada saya semalamnya memberitahu tentang masa dan pakaian yang perlu dipakai pada hari tersebut adalah orang yang sama bertanyakan soalan pada pagi itu.Mungkin saya boleh mengibaratkannya sebagai kura-kura dalam perahu?
Dalam keceluparan yang belum terzahir saya jawab,
"Semua orang dah ada. Mak bapak pun dah ramai ni."
Si pemanggil tadi terus mengajukan soalan....
"Kalau akak pergi beli nasi lemak kejap, boleh tak? sempat tak?"
Keceluparan saya lantas terzahir....
"Hah, tak payah....jangan nak mengada-ngada...orang dah ramai ni. Budak2 dah beratur nak masuk kelas. Kalau beli pun bila masanya nak makan, sempat ke?" Bukan berkasar cuma mahu bertegas! Rakan di sebelah saya tadi ketawa. Hahahah ***** kena marah dengan Anis!Saya cuma menyatakan kalau dia menelefon cikgu lain, mungkin dia dapat sebungkus nasi lemak itu. Ataupun tak perlu tanya boleh atau tidak. Terus saje ke gerai untuk mendapatkan sebungkus nasi lemak itu. Silapnya dia bertanya/minta izin dengan saya.
Saya memang begitu...cepat rasa marah jika cakap x serupa bikin. Suruh kita begini, tapi orang yang menyuruh buat begitu.Ibaratnya ketam mengajar anaknya supaya berjalan lurus!

Tidak lama kemudian, terlihat rakan tadi berjalan kaki masuk ke perkarangan sekolah.Tidaklah jauh. Dari rumahnya sudah nampak sekolah! Sudah boleh melihat perkarangan sekolah penuh manusia atau sebaliknya.Mengapa masih mahu membeli nasi lemak di hujung waktu? Dia boleh membelinya jam 7.30-8.00 pagi tadi.

okaylah selesai segala agenda. Kami berkumpul di bilik guru untuk mendapatkan hasil ujian. Dan tahu apa? Kami di beri makan sebungkus nasi ayam setiap seorang. Hahahaha lebih enak daripada nasi lemak! Apakah mulut saya celupar dengannya hanya disebabkan sebungkus nasi lemak? Maklumlah saya 10 tahun lebih muda dari usianya. Saya tidak tahu, tapi dia masih boleh bergurau dengan senario tersebut ketika menjamah nasi ayam yang disediakan.

Anak itik jangan direjam,
Kalau direjam lemaslah dia;
Keris pedang tiada tajam,
Tajamlah lagi mulut manusia.

22 Disember 2008

Peribadi dan Warna

Tips menampilkan peribadi yang hebat dengan warna

  • Jangan gunakan lebih daripada tiga warna setiap kali kita memilih pakaian untuk dipakai.
  • Sekiranya kita seorang yang pemalu, selitkan warna merah dalam gandingan warna pakaian kita,contohnya tali leher merah dengan baju krim bagi lelaki ataupun blaus merah dengan kain ataupun gaun gelap bagi perempuan.
  • Sekiranya kita seorang yang agresif, gunakan warna biru gelap, coklat lembut ataupun kelabu cerah dalam pakaian utama yang kita kenakan, contohnya kemeja. Ia adalah bagi menyeimbangkan personaliti yang kita tampilkan dengan sifat agresif kita. Kita dilihat sebagai orang yang lebih mudah didekati.
  • Sekiranya kita seorang yang bertubuh besar, gunakan warna biru gelap, kelabu ataupun coklat muda dalam pakaian kita.
  • Sekiranya kita seorang perempuan yang bertubuh kecil, gunakan pakaian yang bercorak alam dengan bunga yang besar. Warna pada bunga itu biarlah cerah dan terang supaya ia dapat mengalihkan pandangan orang yang melihat personaliti kita.
  • Sekiranya kita mahu kelihatan dramatik, gunakan kombinasi warna yang kontras, contohnya, hijau muda dan ungu, merah dan putih, biru gelap dan keemasan, kelabu dan oren dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita perlu benar-benar berani memakai warna yang kontras.
Personaliti berpakaian yang baik bermakna apabila ia mampu menjadi alat bantu bagi memudahkan jalinan perhubungan sosial dengan orang lain.

Kain batik baju pun batik,
Batik datang dari Jawa;
Adik cantik abang pun cantik,
Macam pinang di belah dua.

21 Disember 2008

Ikut ke tak?

Perbualan singkat di net bersama seorang kawan beberapa hari yang lepas.
"Takpe cikgu, nanti adelah tu...." . Topiknya lebih kepada persoalan jodoh. Katanya lagi, "Semua dah okay dah...kerja ada, gaji ada, rupa pun ada, cuma teman sahaja yang belum ditemukan, cikgu sabar saje, banyakkan doa,"
Dia kata lagi ada mereka-mereka yang lain nasibnya tidak sebaik kita. Kerja tiada, teman pun tiada. Kalau dibandingkan bukankah kita lebih beruntung?

Betul....kalau kita pandang di atas kita akan sentiasa merasa yang kita ini serba kekurangan. Tapi jika kita pandang di bawah, rupanya kita ni masih boleh dikata beruntung. Tentang perbualan bersama teman tadi, dia juga membuat kenyataan, kalau kahwin pun tapi tidak mengecapi kebahagiaan....siapa yang lebih untung...?

Itulah percaturan hidup. Ada yang kata, duit ada, kerja ada, teman2 di keliling,harta cukup,lengkapkah hidup tanpa isteri/suami?
Ada juga berbisik, ada isteri/suami tapi jika hidup masih huru-hara baik membujang...lebih bahagia.

Ish...aku yang bujang pun jadi konpius...hehehhe. Tapi aku masih percaya jika kita sebagai manusia menjalani hidup berlandaskan peraturan dan panduan yang Allah dah sediakan, kita pasti selamat walau apa pun terjadi. Cuba diingat-ingat semula , aku ikut tak peraturan dan panduan tu? korang camne?

Burung belatuk jambul merah,
Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
Minta syafaat kepada nabi.

20 Disember 2008

Syahidah,Yusma, n As

Kena tag lagi daaaa. Contoh paling mudah. Setiap perbuatan pasti ada balasannya. Dulu aku tag orang, sekarang orang tag aku. bayar cash wooooo. balasan segera yang tidak ditunda! Kali ni, dari Kak Arryani pula. Okay kak, saya dah bertanggungjawab.

1.Do you think you're hot?
hot temper....kot?hehehe

2. Upload your five picture of you


3. Why do you like that picture?
itu jer yang ade pun

4. When was the last time you ate pizza
erm...dah lupa. awal tahun ari tu kot..

5. The last song you listen to?
Matahariku - Agnes Monica (apa tak, org yg mengetag pun putar lagu ni gak)hehehe

6. What are you doing right now besides this?
Teringatkan seseorang

7. What name you prefer besides yours?
Nur Anisah, Siti Anisah, dulu kecik2 selalu tanya kat ayah, knp letak nama saya Anisah.
(sebab x suka. kompem nama saya 1st dalam register cikgu)

8. People to tag:
Teringin nak tag-first,Teacher Wana.second, Cikgu Sazila. third,no one. fourth,no body.fifth,saintis.Hhehehehe

9. Who is number one?
My another best friend.

10. Number three is having relationship with?
no body

11. Say something about number five?
x-mprm . hehehe

12. How about number four?
hate this number '4'.

13. Who is number two?
Someone that i love

Jawab pun gitu2 aje....janji jawab.Yang kena tag tu tahu dah deme takkan jawab. Saintis usahalah menjawabnya di ruangan komen.sedaya yang mampu...Wakakakakaka, nak jugak aku pekena hang!

p/s : selepas membaca komen yg pertama itu, so Syahidah, Yusma and As have to read this.....hehehhe bukan salah aku yea...

Terdiam Sepi

Akhirnya Allah membuka hatinya untuk berbicara. Aku, terdiam sepi mendengar pengakuan. Namun aku masih tak pasti itu pengakuan sungguh atau pun palsu. Pengakuan yang mungkin sengaja diwujudkan agar aku menjauhkan diri darinya. Perlukah aku marah? menangis? Mampukah aku memaafkannya? Kini aku masih menunggu semoga Allah memberi aku kekuatan dan membuka hati ini untuk memberi kemaafan.

19 Disember 2008

Sekadar Peringatan Diri

TANDA-TANDA SEBELUM MENINGGAL DUNIA.


Mungkin ada di kalangan kita yg pernah terbaca tentang nie, tp tak salah kalau baca lg sekali. At least kita akan sentiasa beringat tentang KEMATIAN.

Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT. Kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhir.Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah sunat. Saling berpesan2lah sesama kita.. Amin.

Renung Pagi


18 Disember 2008

Pilih Kasih

Betullah dunia ni macam-macam ada. Kalau terlampau difikirkan boleh jadi mabuk, keliru atau lebih dasyat gila terus. Hehehehehe. Manusia kerap juga, perasan atau tidak selalu memandang yang jauh. Yang berada dihadapan mata, macam kalis pandangan pulak. Kalis pandangan? Yelah..telus je. Tak tahu lah buat-buat tidak nampak atau memang betul-betul tidak nampak.

Mungkin juga kerana yang di hadapan itu tidak 'adventure'? Atau mungkin kah kerana ingin menjadi superhero? Eh...superhero ker kalau hanya mengutamakan perkara-perkara yang besar tanpa memperdulikan perkara-perkara yang kecil? Jangan beratkan fikiranlah yea. Tulisan ini sekadar apa yang tersirat dalam hati sekian lama. Malam ini aku ada perkataan-perkataan yang dapat disusun untuk menjadi beberapa ayat dan perenggan. Maka , terhasillah tulisan garapan akal fikiranku sendiri.

Contoh paling mudah, dalam undangan-undangan yang diterima terutama dalam cuti-cuti begini. Ada undangan yang dekat.Ada juga undangan yang jauh. Dalam blog-blog blogger yang terdapat di dunia cyber ini terpapar kisah-kisah memenuhi undangan terutama undangan perkahwinan. Aku pun tidak ketinggalan. Di awal cuti, aku mempunyai dua undangan. Satu undangan Majlis Perkahwinan seorang teman yang dahulunya bertugas sebumbung nun jauh di Perak. Lama sudah tidak berjumpa. Kali terakhir pada tahun sudah Julai 2007. Itu secara kebetulan. Hati terasa ingin memenuhi undangan. Ingin sangat melihatnya di atas pelamin indah bersama pasangan pilihan hati. Undangan kedua, daripada seorang teman yang membuat Majlis Berkhatan anak lelakinya di sini, Klang. Juga perlu dihadiri.Aku lebih memilih yang dekat dengan mengorbankan yang jauh. Mungkin tiada rezeki aku untuk bertemu teman yang satu itu.

Keutamaan aku beri pada teman yang dekat denganku. Maklumlah susah senang yang dekat itulah yang akan terlebih dahulu sampai tatkala kita meminta bantuan. Iye kan? Yang jauh itu, bukan tidak membantu, sama membantu tetapi jarak menjadikannya kelewatan sedikit. Jadi tiada salahnya jika keutamaan di beri kepada teman yang dekat. Benar kan?

Namun, aku agak terkilan, kerana nyata aku masih punya teman yang mengutamakan yang di sana daripada yang di sini. Agaknya kenapa ya? Sanggup mencari dan bertanya jika ada teman-teman lain yang menuju ke sana. Ingin turut serta. Tak sampai hati katanya kerana yang di sana sudah mengundang. Silalah datang. Teman yang berada di sini, tidak pula dirisik khabar beritanya. Bukankah yang di sini pun mengundang sama. Jemputlah datang. Minggu lepas aku memenuhi undangan lagi. Di sini...Klang. Temanku dijemput sama, malah seisi keluarga. Ibu bapanya ku temui. Si anak? Enggan menghadiri. Alasan? Kepada si anak bila ditanya, mengapa tiada? Jawabnya..? Terkilan rasa setelah aku mendengarkan alasannya.

"Aku memang macamni. Kenduri-kenduri ini susah sikit.Takut nanti tersalah makan. Sakit perut". Patutlah jemputan kenduri arwah di rumahku saban tahun tidak pernah walau sekalipun dihadiri. Tidak mengapa. Itu pilihannya.
Bak baris ayat lagu Agnes Monica - Matahariku.....aku terdiam sepi.
Pilih kasih?

p/s : Apalah salah menghadirkan diri sekadar menghargai jemputan mengucap salam tahniah?
bukannya ada jemputan lain pun.....daripada terperap di rumah,kan lebih baik membahagiakan hati tuan rumah yang menjemput?

Lelaki Budiman 2

Atas permintaan Mr Pusat yang sangat berminat dengan n3 Lelaki Budiman, aku penuhi permintaannya untuk menyenaraikan lagi sebahagian signal lelaki yang budiman, dalam n3 Lelaki Budiman 2. Kepada yang ingin membaca n3 yang lepas boleh klik sini.

Signal 13 :
Sewaktu memandu, biarpun ada kereta yang membuat kurang ajar, memberi isyarat lampu tinggi, mengajak si dia berlumba (maklum kereta pasangan anda canggih!), dia tetap tenang. Tidak menghiraukan langsung provokasi itu.

Signal 14 :
Anda mengajak si dia shopping pada hujung minggu. Puas kalian mencari tempat parking tetapi semuanya penuh. Akhirnya, si dia menyarankan anda keluar kereta dahulu sementara dia mencari parking yang agak jauh. Dia langsung tidak marah-marah, sebaliknya hanya mengeluh mengatakan keluar shopping tersalah hari!

Signal 15 :
Ketika berjalan berdua-duaan, anda terserempak dengan keluarga ibu saudara anda. Si dia dengan ramah menegur dan bertanya khabar. Malah, mempelawa mereka untuk menyertai anda yang mahu makan di restoran kegemaran.

Signal 16 :
Hujan lebat dan si dia sanggup menjemput anda di tempat kerja betul-betul di tempat berbumbung. Dia tidak mahu anda terkena hujan. Kalau laluan kereta tiada berbumbung dia akan menyuruh anda tunggu sementara dia keluar memayungkan anda.

Signal 17 :
Dia tidak akan mencarut kalau terjemuh budak nakal membuang angin tayar keretanya. Dia bertindak wajar dengan memberi amaran atau membawa budak nakal itu bertentang mata dengan orang tuanya.

Signal 18 :
Dia tahu anda penat seharian dan dia tidak akan berleter kalau anda timbunkan pinggan mangkuk di singki semalaman. Dia dengan tenang akan menyinsing lengan membasuh setakat yang dia larat.

Signal 19 :
Anda kelam-kabut pada waktu pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Butang bajunya tercabut. Dia terus mencapai benang dan mencari jarum. Dia menjahit sendiri tanpa mengharap bantuan anda.

Signal 20 :
Kalau ada tompokan darah haid di atas cadar dan anda tidak menyedarinya, dia tidak akan berleter. Dia hanya memberitahu dan menghulurkan cadar baru untuk anda tukar.

Signal 21 :
Seorang lelaki budiman sanggup berlama-lamaan di dalam tandas jika dia gagal mengepam selepas berurusan bisnes besar di mangkuk tandas. Dia akan jirus sehingga segala-galanya tenggelam di dasar tanpa meninggalkan kesan dan bau! Dia tidak akan berkongsi bau, warna dan rupa paras buangannya dengan anda!

Signal 22 :
Lelaki budiman tidak akan bersin atau menghembus hingus tanpa tisu da membasuh tangan. Dia juga tidak akan meludah merata-rata.

Signal 23 :
Walaupun hanya sendirian di rumah, dia tidak sesekali minum air dengan meneguknya terus dari botol minuman. Dia akan mencari gelas dan menuangnya untuk diminum.

Signal 24 :
Pasangan yang budiman tidak akan memotong barisan sewaktu beratur di kaunter pembayaran bil atau sedang beratur membeli tiket wayang.

Signal 25 :
Kalau anda meminta dia membayarkan bil atau membeli sesuatu, dia tidak pernah 'songlap' duit baki. Sebaliknya, menyerahkan setiap sen kepada anda.

Ok Mr. Pusat itu sahaja. Banyak lagi info sebagai panduan untuk mengenal lelaki di dalam buku tersebut. Boleh cari, kat MPH tentu ada. MARAH-MARAH SAYANG : MEMBONGKAR RAHSIA LELAKI KALA BERCINTA. Hasil tulisan, LILY HASLINA NASIR.

personality test result

Hheheheh pepagi aku jengok blog syahjehan78 Pergghhhh kiiijammmnya pesanan terakhir dia tuh. So, ni la resultnya .....ok ke? aku pun x sure la...iye ke aku camtu? kuikuikui

Engaged Idealist (EI)

Engaged Idealists are extroverted and helpful. Others find them to be very congenial and inspiring - especially as they are always willing to see the best in the other person. Their humour, their energy and their optimism attract other people. Engaged Idealists are very good at communicating and are good at convincing and firing on others. That is why it is a matter of course that they often take over the leading role in groups. This personality type often produces very charismatic persons.

Engaged Idealists have an unusually strong ability to empathise. They are tolerant and generous towards others; they sometimes tend to idealise their friends. They always try to suit everybody and want their relationships to be harmonious and satisfactory. To achieve this, they are prepared to invest a great deal and to put their requirements last. As Engaged Idealists are very considerate, there is the danger of them sacrificing and overexerting themselves for others. In their job, they therefore have to be very careful not to develop a burnout syndrome.mour, their energy and their optimism attract other people. Engaged Idealists are very good at communicating and are good at convincing and firing on others. That is why it is a matter of course that they often take over the leading role in groups. This personality type often produces very charismatic persons.Engaged Idealists have an unusually strong ability to empathise. They are tolerant and generous towards others; they sometimes tend to idealise their friends. They always try to suit everybody and want their relationships to be harmonious and satisfactory. To achieve this, they are prepared to invest a great deal and to put their requirements last. As Engaged Idealists are very considerate, there is the danger of them sacrificing and overexerting themselves for others. In their job, they therefore have to be very careful not to develop a burnout syndrome.

Engaged Idealists are reliable, well organised and love structuring complicated situations. They have difficulty accepting criticism; they quickly feel hurt and misunderstood. Their perfectionism also influences their love life - they look for the perfect relationship for life. Once they have made their decision, they are faithful, well-balanced and loving partners. However, should they get involved with the wrong person, it can happen that they allow themselves to be exploited for a long time before they end the relationship.

Sape2 nak tau personality diri leh la g melawat laman ini. Try le buat test tu. Ahakss. Pilihan di tangan u all.

17 Disember 2008

Harapan yang perlu ditinggalkan

~ Matahariku ~

Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dendangan ~Agnes Monica~

16 Disember 2008

Bahasa Jawa

Sejak dua menjak ini, rakan aku yang sedang melanjutkan pelajarannya di Jepun, ada menghantar e-mail menyisip khabar. Panjang berjela. Dari awal pertemuan cyber lagi sudah mempromosi untuk mengajar aku turut sama belajar asas berbahasa jepun. hahahaha menarik kan? Dalam emailnya yang lepas pun ada disertakan beberapa perkataan asas bahasa jepun. Aku guna juga sedikit sebanyak semasa berchat di chatbox rakan-rakan blogger aku. Ihiks...tentu mereka fikir aku tersampuk ke apa...kan kan kan...kan saintis, syah and as....kuikuikui.

Ala apasalahnya, pengetahuan sedikit itu kita gunakan. Bukan bermaksud lupa bahasa melayu. BM tetap yang utama. Aku ni BI pun tak lepas betul ni. Masih lagi menuntut ilmu bahasa. Dalam sibuk-sibuk nak berbahasa Inggeris dan Jepun, aku teringatkan kata mantan GB aku yang lepas......"Ish, uwong jowo kok ora' reti ngomong jowo, kepinye toh?" hehehehhe. GB jumpa aku suka nyakat . Adehhh...

So..tadi aku ronda-ronda kat net ni, terjumpa pula laman tentang bahasa jawa ni. Hehehe apalagi aku pun link kan la ngan blog aku ni. Senang nak belajarnya. Bahasa Jawa vs Bahasa Inggeris sama saja pada aku. Aku faham tapi aku tak mahir untuk mempertuturkannya. Itu saje. Bahasa Jepun pula, aku baru nak kenal perkataan-perkataannya. Okaylah, kepada rakan-rakan pengunjung Tinta Semalam (TS), kalau nak sama belajar Bahasa Jawa bersama-sama boleh la klik kat Link Belajar Bahasa tu yea.....hehehe. Chaiyok...chaiyok...

Tag3 : Terimbau kenangan lama


Salam pagi, ini adalah koleksi gambar aku dengan Iza. Atau namanya Rohiza. She is my best friend masa zaman kat maktab dulu. Mana ada aku ada le Iza. Mana ada Iza ada le aku. Dah lama-lama orang kata macam kembar, walaupun jelas lagi nyata semuanya berbeza...termasuklah ketinggian kami. Hhehehehe. Nie pun sebab nak langsaikan kerja tag yang ...kak yong bagi kat aku pepagi selasa ni, maka terimbaulah kembali kenangan lalu. Huhuhuhu tetiba rindu kat dak Iza nie.

Aku sebarkan tag ni kat syahjehan78 dan w@nliz. Dua udah la. Hehehehe tag asal mintak 5 woooo. Korang dua orang suka hatile nak tag kat owang lain ke tak. Okay geng!

1. Pada yang telah berkahwin, anda dikehendaki postkan gambar perkahwinan anda dlm blog anda...
2. pada yang belum berkahwin plak, postkan gambar perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah anda hadiri...contohnyer perkahwinan X-kekasih ker, kawanbaik ker,artis populer ker..tak kiralah,asalkan ianya membawa seribu erti buat anda...
3. jangan edit2 tau gambar2 tue..
4. kalau banyak postkan gambar2 lagi baguih
5. o.k tu jer,senangkan...then forwardkan ler tag nie pada 5 orang yg anda rasa patut diforwardkan..k, selamat menjawab tag...
.

So...kak yong, kira langsai ek tag yang kak yong beri. Taaaraaaaa gambo kawin best friendku yang dilangsungkan di Kluang. Jauh-jauh aku datang dari Klang ke Kluang just for her. Huhuhuhu. Tahun berapa ye....eeemmmm aku dah lupa. Heheheh aku bab tarikh2 nie memang selalu lupa. Bukan takat gambo sanding, gambo masa Iza tunang pun ade tu, siap gambo setelah ada anak satu...Si Tembam Wani. Wakakakak. La ni Wani dah nak dapat adik baru dah....Aku? huhuuuhhuh masih sendirikkk!


Terlanjur dah buka album lama, aku terjumpa plak gambo-gambo ini. Syahjehan78.....Saintis....korang ada ingat ke bila dan tang mana u all kat dalam gambo tu. Ihikksss.....Aduh....kangen gueee!

15 Disember 2008

Lelaki Budiman

Aku dapat ni daripada buku yang ku baca bertajuk : MARAH-MARAH SAYANG, MEMBONGKAR RAHSIA LELAKI KALA BERCINTA, oleh LILY HASLINA NASIR.

Signal 1 :
Biarpun berkali-kali anda terlewat bersiap untuk temu janji, dia tidak marah-marah. Jauh sekali membebel. Dia akan tersenyum. Dan, mungkin menegur dengan cara paling bersopan dan berlapik.

Signal 2:
Anda menyakiti hatinya secara tidak sengaja. Lelaki budiman tidak marah melulu. Dia meluahkan secara terus terang. Kalau sudah hilang sabar, mungkin dia mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada anda. Dia tidak akan bergaduh atau menghempas telefon. Bergaduh dengan perempuan hanya membuang masa baginya!

Signal 3:
Anda keluar makan dan si dia memesan sup tulang. Yang sampai sup sayur perasa tomyam. Si dia cool dan meminta dengan sopan agar pelayan restoran menukarkan hidangan. Kalau hidangan masih tidak menepati selera, dia ketepikan. Tidak menjamahnya dan hanya menunggu anda menghabiskan makanan.

Signal 4:
Lelaki budiman tidak akan bercakap ketika nasi penuh di dalam mulutnya.

Signal 5:
Dia tidak pernah berbual di telefon dengan suara yang boleh didengar dalam jarak selang sebuah rumah!

Signal 6:
Dia tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupun anda sudah menjadi pasangannya selama 10 tahun.

Signal 7:
Walaupun dia sakit perut dan mahu terkentut, dia tidak lakukan di depan anda. Dia akan bangun meninggalkan anda senyap-senyap dan melepaskannya jauh daripada anda.

Signal 8:
Lelaki budiman mesti menggosok giginya sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Signal 9:
Kalau melihat anda membawa barangan dapur atau beg shopping yang banyak, dia akan menghulurkan tangan, tolong membawanya.

Signal 10:
Jejaka budiman kalau membuat kebajikan tidak selesa menjadi tumpuan ramai.Biarpun menyedari dia memiliki keistimewaan tertentu.

Signal 11:
Lelaki budiman kalau terpandangkan perempuan seksi ataupun sesuatu yang menjolok mata,dia tidak akan bersorak apa lagi memandang dengan ghairah. Dia maintain cool!

Signal 12:
Dia tidak akan mengungkit kisah lama anda,biarpun dia tahu kehadirannya hanyalah sebagai cinta kedua anda.

So,kepada sahabat-sahabatku atau sesiapa sahaja yang membaca n3 ini, apakah kesahan signal-signal yang diutarakan di atas?

p/s : Actually ada 25 signal, aku senaraikan separuh aje. Satu lagi peringatan, tiada sesiapapun yang sempurna....

Ole-ole daripada KB


Terima kasih ye KB sebab bagi ole-ole ini. Suke suke sukenya ade owang bagi ole-ole! Arigato Gozaimas!

14 Disember 2008

Untitled again


Puisi Indah

Definisi Baru Guru

Guru itu bukan lagi lilin
yang menyuluh
sedang diri sendiri
dibiar terbunuh

Bukan juga api pelita
membuat udara berjelaga
semakin kelam
dan mungkin juga padam
di tengah malam

Guru itu bagiku
mentari di siangnya
dan purnama di malamnya
menyuluh dengan cahayanya
bukan dengan apinya

Guru itu menilai
bukan dengan jari dan jelir
tetapi dengan dhamir dan fikir

Guru itu mengajar
bagaimana belajar
menjadi insan terpelajar
sedang dia sendiri tekun mendengar
bukannya cakap berdegar


.: Nukilan Abd Bashid Harun :.

13 Disember 2008

Teman baik & Jantung hati

Semalam, aku menerima kunjungan seorang teman, teman lama yang selalu ada dengan aku apabila diperlukan. Seorang teman boleh dikata "kaki rayau". Heheheh jangan marah ye eeeda. Bukan apa, temanku yang satu ini memang rajin menziarah teman-temannya yang lain di seluruh pelosok Malaysia . Rayau jugalah kan? Tapi rayau mengerat silaturrahim...

Actually, ziarah eeeda kali ini ziarah berhajat. Berhajat menambahkan ilmu dalam dunia blog. Hehehe aku la insan terpilih untuk menjadi pembimbingnya. Terima kasih yea teman kerana menghargai kebolehanku yang tidak seberapa ini. Sikit-sikit tu pandailah, bolehlah....tidaklah sehebat pakar-pakar blogger yang lebih berpengetahuan.

Okaylah, Eeeda ni sebenarnya baru sahaja 'merdeka'...exam OUMnya tamat semalam. Itu yang berkobar-kobar terus ke Klang, nak buat laman rumah yang baru..penuh kehijauan dibuatnya. Boleh saja melihat laman baru rumahnya di sini. Ada juga ilmu-ilmu mendekorasi koleksi gambar yang dipelajari semalam. Sebab dalam jangkaan aku Eeeda akan sampai tengahari, aku masak la sikit-sikit untuk menjamu eeeda dengan makan tengahari.

Antara menu simple yang aku sediakan, ikan pari masak asam pedas, sayur campur dan telur dadar. Tu..ada gambar, untuk hiasan post kali ini hehehehe. Jam 12.30 dah siap semua. Tapi kerana gila nak berblog...kami hanya menjamahnya sekitar jam 3.00 petang! Wakakakakkkkak.

Selesai, sambung berblog lagi sehingga lewat petang kami ke pasar malam pula. Tiada gambar, sebab lupa lah pula nak membawa kamera. Hp pun tinggal!....Dah tu sambung lagi. Jam 10.30 malam barulah berehat laptop aku nih. Jam 11.00 eeeda balik ke Sg Buloh. Ajak tidur di rumah aku dia menolak. Katanya ada banyak perkara yang perlu dilakukan pada hari ini. So cukup 12 jam aku menghabiskan masa bersama teman baik aku,eeeda dan jantung hati aku, ftec laptop. Hheheheh gilor!!!

11 Disember 2008

Hari Keputeraan Sultan Selangor

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul EhsanSerta Segala Daerah Takluknya


DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJIBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJD.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,D.K.(Perlis).,D.K.(NegeriSembilan).,D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah.

Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945. Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah.

Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Y.A.M Tengku Zerafina dan Y.A.M Tengku Zatashah, dan seorang Putera, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor.

Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur dan St.John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959. Pada tahun 1960, Baginda melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 dan meneruskan pelajaran Baginda di England hingga ke tahun 1968. Pada tahun yang sama Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat di dalam Pentadbiran Kerajaan di mana perkhidmatan pertama Baginda di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur yang membolehkan Baginda memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang begitu kuas di dalam bidang pentadbiran.

Baginda telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda berangkat ke England. Baginda telah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11.

Baginda telah membuat beberapa lawatan rasmi ke Daerah-daerah untuk melihat pembangunan dan juga masalah-masalah setempat yang dihadapi oleh rakyat Baginda dan beramah mesra dengan mereka. Baginda juga telah beberapa kali merasmikan Mesyuarat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1972, 1974, 1989, 1997, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005.

Baginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat (Yang Amat Dihormati) Selangor pada tahun 1973 dan Darjah Kebesaran Pertama, Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada tahun 1975. Baginda juga telah dianugerahkan Darjah-Darjah Kerabat dari Negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Kedah.

Baginda adalah pemegang pertama Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang Baginda zahirkan pada tahun 2002. Baginda telah dianugerahkan Darjah Kebesaran-Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Pertabalan dan Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 8 Mac 2003.

Dalam bidang ketenteraan, Baginda telah ditauliahkan sebagai Mejar Kehormat Tentera Darat (Wataniah) Malaysia pada tahun 1974 dan Komander Kehormat Sukarelawan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia.

Baginda amat berminat di dalam aktiviti sukan termasuk sukan lasak seperti mendaki gunung, memandu kereta antik jarak jauh dan belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y.JUGRA. Baginda mendapat pengiktirafan sebagai Putera Inspirasi dan banyak lagi pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Baginda berkaitan dengan "maritime". Baginda dilantik sebagai Penaung kepada Persatuan-Persatuan Sukan dan Seni.

Hobi Baginda adalah membaca, belayar, fotografi, mengumpul setem serta sampul surat Hari Pertama, mengumpul "vintage cars" dan mengumpul senjata tradisi orang-orang Melayu. Pada 9 November 1998, Baginda telah berjaya melancarkan buku pertama Baginda iaitu "Peking to Paris". Pada tahun 1976, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Member Of The Philatelic Society" di Malaysia. Yayasan Antarabangsa Rotary telah menganugerahkan "Paul Harris Fellow" kepada Baginda. Pada tahun 1998, Baginda telah menerima anugerah tertinggi dari Persatuan Pengakap Malaysia iaitu "Pingat Semangat Padi". Pada tahun 1989, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Life Commodore" oleh Pelayaran Diraja Selangor "Royal Selangor Yacht Club". Baginda berminat di dalam bidang seni dan telah mengumpul banyak lukisan-lukisan tempatan dan Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Galeri Shah Alam pada tahun 1991. Pada tahun yang sama juga Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan. Pada 11 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Fellow of The Chartered Institute Of Transport". Pada 25 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Pro Canselor" UiTM dan pada 31 Mac 2001, Baginda telah dianugerahkan Darjah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam. Pada 1 April 2002 Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia.

Pencapaian tertinggi di dalam kegiatan sukan lasak ialah apabila nama Baginda telah terukir di dalam "Malaysia Book of Records" sebagai "The First To Sail Around The World" dan "The First To Complete Peking-Paris Motor Challenge"pada tahun 1998.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka di dalam perkembangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas di dalam mengatasi masalah-masalah kemanusiaan. Di dalam bidang agama pula Baginda sering bertitah di masjid-masjid menasihatkan rakyat jelata agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Baginda adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kemajuan rakyat Baginda dalam semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan alam sekitar.

p/s: Aku amik petikan ni dari sini.

10 Disember 2008

Persediaan belanjawan 2009

Saja ke sekolah pagi tadi. Nak photocopy slip gaji september. Slip aku yang asal dah msplace dah. Tu ar pasal , nak jadi penyebab aku g sekolah. Kalau tidak mungkin 30/12/08 tu baru nak jejak kaki.kekekekek. Aku sampai pejabat kosong je. Yang ada, Ila, Pn. Tee dan Kak Jun. Ita, cuti bersalin....dapat baby boy last friday. Tahniah ye Ita. Dua dah anaknya. Huhuhuu Ita ni dulu satu sekolah menengah ngan aku nih. Tak sangka leh satu tempat keje ngan dia.....cuma jawatan je lain. hehehehe. Kak Yan ngan Nora...cuti satu minggu. Cuti Raya Haji ler....maklumlah dua2 tu orang pantai timur kan....balik raya kat Terengganu le. Kak Jesmani plak...amik cuti sebulan. Pergggghhh kumpul cuti amik sebulan terus ...nak cuti sesama cikgu cikgi gak hahahahah.

So aku ni jenis kalau dah ke sekolah x reti nak duk 5-10 minit jer....kompem berjam jadiknya walaupun niat asal nak kejap je. Ntahla nape leh jadi macam tu. Tak tahu plak aku. Aku sampai sekolah 1030. Kuar pagar sekolah 1150. Buat apa??? erm...tu ar asalnya cuma nak salinan slip gaji september jer...but at last, aku tgk surat2 yang berlambak. borak2 ngan Ila, makan kuih....Pn Nor Rizan bawak. Belek itu belek ini. Tgk pic kat atas tu...ha there our buku ringkasan mengajar untuk tahun depan. Colour purple plak. Hehehehe cantik plaknya aku nengok. Dah colour favourite aku, memang lah nampak cantik di mata ku...kuikuikui. And of course aku tgk sekali yuran sekolah untuk tahun depan sekali.

Oleh kerana tahun depan jawatanku tetap sebagai guru tahun 2 (aku dah pegang jawatan ni lama dah. 2009 adalah tahun ke-10). So aku senaraikan tahun 2 je la yea.

Tahun 2

Yuran sekolah = RM30.50
Bayaran Tambahan = RM7
Sumbangan PIBG = RM30 ( 1 keluarga shj )
Jumlah Keseluruhan = RM67.50 / RM37.50

Bayaran Pakaian Sukan ( tidak wajib )
Lengan pendek = RM10
Lengan panjang = RM12
Seluar track = RM14

Itu bab yuran sekolah.....hehehhe nak balik tu Ila bagi kat aku jadual pembayaran gaji 2009 plak . hehhehe uiks....cepatnya dia dapat salinan tu kan....almaklumlah, gaji.

Jan - 19.01.09 - Isnin
Feb - 25.02.09 - Rabu
Mac - 25.03.09 - Rabu
Apr - 23.04.09 - Khamis
May - 25.05.09 - Isnin
Jun - 25.06.09 - Khamis
Jul - 23.07.09 - Khamis
Aug - 25.08.09 - Selasa
Sept- 10.09.09 - Khamis
Oct - 8.10.09 - Khamis
Nov - 25.11.09 - Rabu
Dec - 17.12.09 - Khamis

So....u all selamat mengira dan membuat budget. ahahhahaha

Oh ya....hari dapat tahu juga Cikgu Kamal dapat bertukar ke Kuala Selangor, SJKC....tambah sorang lagi yang keluar dari Sktp nih....huhuuhuhuhu. Antara yang dapat bertukar

1. En. Kamal Bahrin Jemahadi - Kuala Selangor
2. En. Muhammad Sahizan Samion - Melaka
3. Pn. Noor Sazila Md Desa - Sarawak
4. Pn. Naida Nganro - Sabah
5. Pn. Raja Rosnah Raja Zainan - Kapar
6. Pn. Koh - Kuala Lumpur
7.
8.

yang kosong-kosong tu aku lupa lah pulak.....huhhuhuhuu tu belum masuk cikgu2 yang buat rayuan pertukaran lagi tu...huuuwaaaaa.

.

Lumrah kehidupan

"It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone..but it takes a lifetime to forget someone."



p/s : mula nak emo bila dah xde wat pe2 nih!arrgghhhhh.

.

08 Disember 2008

Saat Aidiladha tiba

Assalamualaikum. Hari ini hari raya. Hari Raya Aidiladha. Subuh-subuh dah terjaga. Sejuk...rasa malas nak bangkit. Hujaaaaaannnnn. Usai solat subuh. Aku baring-baring lagi,hingga terdengar takbir raya. Adehhhh....ntahla, mungkin sebab musibah hati yang melanda jiwa aku tahun ni, membuatkan aku tak tahan mendengar takbir raya. Menitis air mata. Sorang-sorang. Aidilfitri yang lepas pun begitu.

Aku bangkit la....nak penuhi permintaan my dear Ayah yang nak makan lontong raya-raya ni. Alahai.....dapur aku banjir lagi! So terpaksalah aku bersihkan dapur dulu. Buang air,mop dan lap lantai. Sebab dah laluan ayahkan....buat lambat2 nanti susah pulak dia nak g bilik air tu. Dah selesai bab lantai, barulah aku mulakan tugas memasak. Ketupat segera Adabi...malam tadi dah aku rebus dah. Tinggal nak buat kuah lontong je. Ni la hasilnya...biasa2 aje. Masak pun untuk kami dua beranak je.huhuhuhuhu.


.: Lontong :.

Aku buat pagi tadi ni. Leh la buat makan untuk satu hari. hehehehhe

.: Bubur Sum Sum :.

I made it yesterday. Kegemaran ayah. Buat semalam buh dalam peti ais. Sedap makan sejuk2. Sejuk tekak....


.: Kuih Denderam & Tat Nanas :.

Ha yang ni, aku beli je kat pasar...kuikuikui KD kegemaran ayah juga. Tat Nanas tu mine...:-DBuat kudap-kudapan di petang raya.

..

TQ Keluarga Bahagia

Alhamdulillah....hari ni dapat Kad Raya daripada cg Zam sekeluarga dari KELUARGA BAHAGIA. Selamat Hari Raya. Semoga kalian bahagia selamanya dunia akhirat.

.

07 Disember 2008

Kawan baru,kad dan duit raya


Amin......Alhamdulillah. Baru je nak kenal ngan Tera ni. Untungnya perkenalan dengannya di ambang Aidiladha..terus dapat kad raya dan duit raya sekali. Huhuhuhu tapi duit tu x leh cucuk keluar dari alam maya untuk belanja raya. Heheheheh anyway thanks and Salam perkenalan tera yea. Selamat Hari Raya. Sebagai balasan, tera pun amik la kad dalam post saya yang sebelum ni yea...panas lagi tu. Baru keluar kilang pagi tadik. Wakakakkakaka..TQ!!

Lebaran lagi..Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua rakan-rakan sekalian.
Semoga keberkatan sentiasa menjadi milik kita.
Saya masih mengharapkan teman taulan semua dapat mendoakan agar saya menjadi seorang hamba Allah yang murah memberi maaf. Saya mengharapkan Allah akan memakbulkannya.Mudah-mudahan ..Amin....
Yang balik ke kampung halaman,selamat jalan.
Semoga selamat pergi dan balik.
sekali lagi untuk anda semua yang sentiasa bersama saya,
semoga u all sentiasa berada dalam kebahagiaan dan kedamaian..
dunia dan akhirat.
Love u all.

Salam Aidiladha

x pernah beri apa2 pada rakan blogger ku...
khas untuk mereka kad yg sgt simple.

1. Kak Hazlin
2. Cg Zam
3. Kak Yong
4. one zaba

p/s : gambar rumah tu gambar hiasan semata2 , bukan rumah den yea...hehehehe.

Kad kuning nie daripada kak yong linda....TQ VERY2 MUCH KAK YONG yea......SLMT HARI RAYA.



.



.

05 Disember 2008

Leka hingga Luka

Aduh....kena lagi. Terluka lagi. Hati dan perasaan.Itu biasa dah rasanya. Sedang asyik mencuci pinggan mangkuk di dapur. Semangat betul nakkan dapur yang cantik lagi bersih. Waktu-waktu cuti dan masa yang terlebih-lebih lapang begini semua impian dapat dilaksana. Hari-hari biasa pun boleh juga sebenarnya. Cuma hati...antara mahu atau tidak sahaja. kan?

Kelmarin aku macam biasa membersihkan dapur. Sapu, lap siap mop lantai hampir setiap hari. Sambil-sambil tu bagi keluar peluh nak fit konon-kononnya. Selesai di dapur, beralih ke bilik, ruang tamu dan ruang tengah. Memang berpeluh. Usai segalanya, saat membersihkan diri lah pula. Rumah dah cantik bersih,kalau tuan rumah sebaliknya..uhhh tak sesuailah. Sementara tunggu masa untuk jadi chef pula....aku luangkan waktu membaca buku yang dah ku beli beberapa hari yang lalu, tapi tak abis-abis lagiku membacanya...kalau novel cinta paling lama pun 2 hari dah katam.heheheh boleh pulak ek?

Bum, sebab keletihan aku membaca dengan bertemankan bantal di kepala. Tu la pasal tak abis-abis membacanya kot.Bantal jadi teman. Tetiba terlihat ada kesan darah di helaian buku yang ku baca....ada darah? Em...aku cari-cari rupanya darah tu dari jari hantu tangan kanan aku. Baru lah nak terasa pedihnya. Dah macam-macam kerja dibuat, waktu santai baru perasan...Leka benar buat kerjanya.Hehehehhe. Ntah dari mana dapat lukanya aku pun tak tau...tau-tau berdarah je. Sikit je la. So aku pun x heran biarkan saja ia kering sendiri. Tanpa di letak minyak gamat mahupun di balut kain atau dililit handyplus.

Semalam, aku ulangi rutin kelmarin. Dapurku tetap ku pastikan bersih. Maklumlah jika tidak mak Tie dan mak Mut pasti datang menziarah. heheheh Usai segalanya, Jari telunjuk tangan yang sama pula rasa berdenyut-denyut. Aku lihat. Ada luka lagi, kali ini lebih dalam dan pedih. Denyut sakitnya sampai satu hari. Tapi masih aku biarkan seperti semalam. Mungkin kerana luka kecil. Tapi sakitnya boleh tahan juga. Merungut juga lah dalam hati. Lepas adu jugalah ke telinga ayah.

Dua kali luka di jari tanpa disedari. Leka hingga Luka. Itu fizikal kita. Sedar atau tidak sebenarnya hati kita juga pernah mengalami situasi begitu. Leka hingga Luka. Kita sering ketawa,walhal hati muram durja. Kita kata tak ada apa-apa, sebaliknya hati derita. Pernah? Tak kiralah siapa yang melukai...kekadang tanpa kita sedari.Mungkin keluarga sendiri,anak,isteri,suami, kawan dan sahabat taulan. Tapi kerana dah terlalu biasa maka kita tak ambil kisah pun. Walaupun sebenarnya kita dah terluka...walau untuk sesaat.

Manusia , insan biasa memang selalu leka hingga luka tanpa disedari. Namun tiada apa yang kita buat agar tidak dilukai lagi. Walhal kita boleh buat sesuatu, kita ada akal, kita ada mulut...tuhan dah beri. Tapi kita tak berapa nak hargai. Atau mungkin tak tahu bagaimana nak buat supaya ia berfungsi? Atau tak tahu bagaimana dan dari mana datangnya luka? dari diri kita sendiri atau dari 'sesuatu' yang membuatkan kita luka?

p/s : kalau sesuatu itu sudah tersurat dalam takdir kita...suatu saat pasti kita perlu lalui juga.

.

.

Kancil buat hal lagi

Aku baru je nak bernafas lega. Baru je nak bercuti2 Malaysia kat rumah. Kancil aku buat hal pulak. Memang x boleh senang sikit. Ada saje hal yang membuatkan hati kurang senang. Pantang je pabila dompet tu berisi sikit. Huhuhuhu. Pagi tadi ingat nak cari nasi lemak kat Simpang 4, Sg Udang. Tetiba teringin nasi lemak akak tu plak. Lagipun memang dah lama tak menjamahnya. Aku capai kunci kereta, tekan alarm. Alamak! senyap je...aku dekatkan jarak...senyap juga. Aku rapat lagi...lagi...lagi....dan tekan alarm kuat2...HUUUawwawawawwwaaaa sah x bley. Aku ni bab2 kete jadi mcm ni orang pertama appear kat kepala...Qusy ler...terus sms...

Aku : Qusy, ko kat ner? kg ke?
Qusy : Ha'ah kat kg. nape?
Aku : Aku lock kete ngan alarm. alarm problem ni.
Qusy : Ko pi tuka alarm kete ko. Pas2 mesti elok punya.
Aku : Ek? kalau bukan pasal bateri alarm. Ada sebab lain tak yang boleh menyebabkan situasi ni?
Qusy : Alarm ko rosak. tapi bateri alarm ko je kot.
Aku : Nanti aku try.

Aku pun pegi la jalan kaki g cari and beli bateri alarm kancil aku tu. Sempat juga la singgah badurun beli majalah dan lauk pauk sekali. Sebab dah xde mood nak masak serta penyakit M dah menyerang.hehehehhe. Jalan kaki je tu.

Aku : Oit, aku dah tuko bateri. tapi xde perubahan pun?
Qusy : Alarm ko rosak. So cabut speaker alarm kat depan. Dkt enjin. N cabut fius alarm.
Aku : hahahahah masalah utamanya aku x tahu n x kenal item2 tu semua! but anyway...tq 4 all the nasihat.

Aku try tanya ustaz anuar plak yang ada guna kancil la kan. Tanya dia kat mana semua2 item2 tu. Tau ustaz jawab pe? hehehehe

Ustaz : buka bonet. terus nampak speaker tu.fius kancil bawah stereng kalau tak silap.
Aku : Ha, ustaz tahu, meh la tolong akak...
Ustaz : cabut bateri skrang. buat je tak meletup la.tgk fius kat bawah tu.kotak kat stereng. cabut ja.

p/s : nak tanya pendapat pembaca. sorang budak memang x kenal buah2an tempatan.kita suruh budak yang belum dikenalkan mana satu dokong mana satu langsat....supaya dia amik dokong. dua2 buah bercampur aduk dalam satu bakul. ada pulak tersesat buah ciku dan mata kucing 5-6 biji. agak2 buah apa yang dicapai?

hehehehhehe

.

04 Disember 2008

Warna-warna pelangi

Legaaa....akhirnya abis dah exam. Macam post yang penah Syah catat kat blog dia...soalan ntah @#$&*$##@...kuikuikui. Dah la yang menjawabnya pun tengah *+%$#***(#%#$ lima enam bulan nih. Hancus aku rasa....huhuhuhu lihatlah kejunaman pointer aku nanti.

Tu la...orang sambung belajar ikut sama sambung belajar. Eh...bagus apa, seperti yang aku dengar slot pagi daripada Ustazah Salbiah Omar...kita kena cemburu dengan hal-hal kebaikan. Kira betullah tu kan....orang lain sambung belajar, aku pun sambung belajar jugaklah. Cuma yang tak betulnya cara kita menghadapi sesuatu masalah sehingga mempengaruhi pembelajaran yang sedang berlangsung itu jer....iye salah aku juga. Mana tidak terlampau mengikut perasaan hampa kecewa. Tapi ...aku kan cuma manusia biasa tentulah ada silap salah. Aku guru, guru juga insan biasa....aku cukup tak puas hati kalau ada manusia-manusia yang berpendapat...eh cikgu mana boleh buat salah?...eeeee panas jer....

Disember dah sampai. Sikit hari lagi Januari 2009 pula. Okay aku nak mula langkah. Langkah mencari warna-warna pelangi yang terselindung disebalik kehampaan.



Aku renung,aku tenung
Aku nampak air mata
Aku lihat muram durja
Aku pandang kelam duka

Aku toleh di sana
Aku dengar gelak tawa
Aku nampak sinar cahaya
Aku lihat ada pintu bahagia

Aku fikir aku amati
Kenapa aku di sini
Kenapa mesti kaku berdiri
Di tempat yang mati

Okay aku berkeputusan
Akan mula bergerak
Akan membuat langkah
Mendekati cahaya berwarna

Yang terang
Yang cantik
Yang berseri
Yang wangi

Cahaya yang penuh warna warni
Ya...warna warna indah pelangi
Ada banyak pintu lain untukku jejaki
Tak perlu tercegat di pintu yang terkunci

.

02 Disember 2008

Aleeee.....lamanya.

Aleeeee lamanya. Wakakakkakakaka....aku dah penah kabo dah. Aku takleh cuti lama-lama ni. Aku rasa macam dah lama bebenor cuti ni. Rupa-rupanya baru abis 2 minggu. Ada lagi satu bulan nak abiskan cuti. Waaarggghhhh....aku dah boring giler, tahap gaban dah kat umah ni. Pelik? korang pelik ke....? hahahha tu ar sebab aku x suka cuti lama-lama sangat nie. Umah dah abis dah aku kerja kan. Bilik aku....hahahha dah lain dah...eeeda datang nanti mesti best nih...lepak je kat bilik. wakakakakaka. Nak study....dah berasap jerebu dah kepala otakku. Nak berkarya...ilham tak datang. Aku baca buku? akhirnya buku menutup wajahku....hehehehe. Surfing internet.....dah naik pening berpinor dah bijik mataku mengadap skrin. TV? semua citer ntah hape2. Nak g makan angin,musim hujan la beb..keteku kancil jer.Update blog.....oit, aku x pegi mana2 ler....Baru kuar g jusco setengah hari je...phone aku dah terjerit2 berdering x sudah2 bertanya soalan 'tak nak balik ke?'...huhuhuhu ayah aku la tuh! Xde nikmat cuci mata langsung! hahahahha. Nak shopping sakan, dok jeling2 poket n dompet. Nak kuar ngan bf? Waaraghhhhhhhhhhhggg....orang dah rampas dia dari aku dah! huhuuhuu..Nak g sekolah? hermmm....bukan ada orang pun wei...Adeeehhhhhhhhhhhhhh bosan giler babas dah nih !!!!!

.