- Jangan gunakan lebih daripada tiga warna setiap kali kita memilih pakaian untuk dipakai.
- Sekiranya kita seorang yang pemalu, selitkan warna merah dalam gandingan warna pakaian kita,contohnya tali leher merah dengan baju krim bagi lelaki ataupun blaus merah dengan kain ataupun gaun gelap bagi perempuan.
- Sekiranya kita seorang yang agresif, gunakan warna biru gelap, coklat lembut ataupun kelabu cerah dalam pakaian utama yang kita kenakan, contohnya kemeja. Ia adalah bagi menyeimbangkan personaliti yang kita tampilkan dengan sifat agresif kita. Kita dilihat sebagai orang yang lebih mudah didekati.
- Sekiranya kita seorang yang bertubuh besar, gunakan warna biru gelap, kelabu ataupun coklat muda dalam pakaian kita.
- Sekiranya kita seorang perempuan yang bertubuh kecil, gunakan pakaian yang bercorak alam dengan bunga yang besar. Warna pada bunga itu biarlah cerah dan terang supaya ia dapat mengalihkan pandangan orang yang melihat personaliti kita.
- Sekiranya kita mahu kelihatan dramatik, gunakan kombinasi warna yang kontras, contohnya, hijau muda dan ungu, merah dan putih, biru gelap dan keemasan, kelabu dan oren dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita perlu benar-benar berani memakai warna yang kontras.
Personaliti berpakaian yang baik bermakna apabila ia mampu menjadi alat bantu bagi memudahkan jalinan perhubungan sosial dengan orang lain.Kain batik baju pun batik,
Batik datang dari Jawa;
Adik cantik abang pun cantik,
Macam pinang di belah dua.
3 ulasan:
kalau pakai lebih dari 3 warna mcm mana?
kat sini biasa je pakai lebih dari 3 warna ( 3 color rule - dulu pun guna petua ni pakai baju) skrg ni :(
endok nak tambah sedikit : warna merah.kuning dan jingga dikaitkan dengan warna yang panas.jadi untuk nampak lebih bersemangat gunakan warna tu....dan dikatakan juga dari segi emosi orang yg suka warna2 - persenolitinya sebaliknya.madsudnya warna itu bukan imej sebenarnya.....
Kita bersangka baik ajalah endok dengan semua keadaan : sebab hidup tidak akan ceria tanpa warna.....
Warna apa pun, kalau kita boleh ceria dengannya tentu tidak menjadi sebarang hal. kan?
Bukan semua orang tahu maksud di sebalik warna pakaian yang kita sarungkan.Kecuali diri kita sendiri.
"aku nak pakai baju kaler biru la hari ni...sebab aku....."
Heeehehe u all ada beritahu kat orang lain ke, knp u all pilih baju kaler...... pada hari ini?
atau
ada ke yang bertanya, kenapa hari ini pakai baju kaler......?
hehehehe...pakai je la warna apa pun as long as u all happy with it, and x buat orang lain rasa pelik memandangnya.
Apa pandangan u all tentang pemakaian cik anisa dalam cite "KAU MILIKKU" ? - selasa,9.00 mlm,TV3.
Catat Ulasan