cari id yes guru sktp

25 Februari 2012

Diam itu lebih baik mungkin..

Salam semua,
Ntah kenapa sejak kebelakangan ini saya merasakan kehilangan. Something missing. Macam ketinggalan sesuatu pun ada juga.Saya hanya mampu dengar dan lihat.Dengar keriuhan, dengar gelak tawa dan perbualan. Lihat kemeriahan, lihat keakraban, dan lihat kemesraan. Tapi seolah-olah saya sedang menonton wayang gambar kerana saya tiada dalam keriuhan dan kemeriahan itu. Kerana saya tiada dalam gelak tawa dan keakraban itu dan kerana saya tiada dalam perbualan dan kemesraan itu.
Sesekali ingin mencelah, saya tidak tahu apa pucuk pangkal cerita yang sedang dibualkan. Ingin turut berketawa, saya tidak faham apa yang sedang diketawakan. Ingin turut memeriahkan suasana, saya tidak tahu di mana keakraban yang pernah ada dulu. Macam sudah sirna semuanya. Seperti cahaya terang yang semakin malap dalam anganan.
Saya sudah mencuba untuk menjadi sepertimana Cik Anisah. Tapi terasa seperti menjadi orang lain pula. Saya ke yang berubah?Ada waktu saya bermenung-menung sendirian. Ntah. Tidak mengapalah.....saya perlu belajar untuk fasa yang seterusnya walaupun saya sangat rindukan situasi yang keterbelakang itu.Saya perlu terus melangkah gagah walaupun amat berat terasa. Mungkin sekarang hanya itu yang mampu saya lakukan. Lihat, dengar dan diam. Masa akan menentukan segalanya. Buat masa ini biarlah saya diam-diam saja. Semoga mereka terus ketawa dan bergembira walaupun tanpa saya. :-) Izinkan saya menyertai kerahsiaan itu suatu hari nanti.

errrkkkk mungkinkah kerana saya terpaksa meninggalkan/menjauhkan diri dari sesuatu yang saya tidak dibenarkan maka sedikit sebanyak itu menjadikan ruang yang menjarakkan kita?? :-(

Di rumah....saya bahagia bersama suami tercinta. Kelebihan yang ada lebih patut saya lihat daripada melihat kekurangan di luar sana. kan? Melihat dan merasai kelebihan - mengembirakan. Melihat dan merasai kekurangan - menyedihkan. Kalau ada perkara yang mengembirakan mengapa perlu kita fokus kepada kekurangan yang menyedihkan?


24 Februari 2012

s.a.w.a.n.g

Baiklah....selamat pagi kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi TINTA SEMALAM. Jika ada pengunjung setia TS yang mungkin ternanti-nanti entry terbaru.....maka 24 Feb dah boleh baca. Heheheh Maaf ye sebulan saya tidak sediakan bahan bacaan terkini di Tinta Semalam!

Dah begini rasanya ......

Sangat bersawang kan? Februari yang sangat 'mem-busykan'. Dan setelah ke-busy-an itu berkurangan, keadaan kesihatan diri pula dijadikan alasan untuk tidak menulis di sini. Errr..boleh ke macam tu? Dan saat saya menaip entry ini pun sebenarnya saya sedang menahan sakit kepala yang menyerang sejak 3 hari yang lalu. Mahu melelapkan mata, ntah tak pulak mata ni nak lelap. "Aduh...peningnya kepala saya".

Saya tidurlah yea.....dah seminggu ni batuk x baek2 sampai naik pening dah, asyik batuk aje. Ubat batuk, sehingga hari ini dah masuk botol ketiga! Dah terasa macam nak demam balik ni.....byeeeee.zzzzZZZZZzzzzz.