cari id yes guru sktp

14 April 2015

dulu lain sekarang lain

dulu lain...sekarang sangat lain...
dan aku tetiba rasa takde sesiapa...

berapa lama lagilah aku kena terus positif...positif dan positif
sedangkan sebenaranya makan dalam?

oh tuhan semoga permohonanku lulus!


09 April 2015

Mungkin je kot...

Sebagai persediaan menghadapi hari-hari mendatang yang terpaksa  aku tempuh dan hadapi sendiri.
Orang lain tidak akan faham.
Orang lain tidak akan pernah ambil peduli dengan sesungguhnya pun. Cukup sekadar ambil tahu saja.

Aku semakin mengerti kenapa Allah hidupkan aku sendirian hanya bertemankan seorang lelaki dalam hidup aku.
Dulu hidupku bertemankan ayah.
Kini hidupku bertemankan suami.

Itulah takdir semasa yang perlu aku terima.
Semoga aku terus tabah dalam didikan yang Maha-berkuasa lagi maha-Mengetahui.


errr...sibuk la sangat....

Alamak!...semalam aku lupa blog ni kejap. Patutlah macam ada benda aku x settle. Tak sapu sawang blog rupanya....hihihihi . Sibuk bebenor la gayanya tu. cesss!

Rabu gerko macam biasa. Of course la kan coz dah masuk dalam jadual. Aku letih nak layan cikgu-cikgu kekadang tu...ngape? Asal rabu je tanya...

ada gerko tak?
Ada gerko tak?
ada GERKO tak?

Lama-lama malas nak jawab.
Sendiri pikirlah kalau xde gerkolah kan agak2.....
1. sapa yang masuk kelas time gerko tu?
2. apa aktiviti time yang sepatutnya gerko tu?

Then kalau u all ada jawapan untuk dua soalan di atas.....baru lah boleh soal soalan...
ADA GERKO TAK??


Hari ni....ada mesyuarat panitia BM pulak. Then program Sekolah Selamat dilancarkan. Ok lah...
Dah jadi cikgu, pandai-pandailah fikir tanggungjawab dan pandai-pandailah nak urus masa.....

oh ye, aku pelik atau mungkin aku buat-buat pelik kot....
Asalkan rabu....time tu la cikgu2 busy nak buat mesyuarat...kenapa???
persoalan utama.....RABU????Huh




07 April 2015

Ntah le..tak tau nak bagi tajuk!

Salam pagi Selasa. Ok memang aku bertujuan nak sapu sawang kat blog ni. Lama sangat terabai.
Hari ni nak story sikit  tentang camping ...bahasa,  melayunya...perkhemahan. Tahun ni alhamdulillah dapat berkhemah di luar. Macam best...macam tak best. Eh.....

Best sebab buat diluar. Terbuka jugalah minda apabila dapat berkhemah di luar sekolah.
Kenal tempat baru,udara baru, persekitaran baru dan yang penting pengalaman baru. Terutama untuk anak-anak SKTP. Errrrr ekceli untuk cikgu-cikgunya juga kot. Yelah selama hari asyik di sekolah . Dari pagi bawa ke petang. Dari hari ke sehari....sekolah...sekolah....sekolah.....Adoiii macam tak hargai sekolah pulak ye.....Silap tu! Jangan salah faham ye pembaca budiman.

Cuma sekali sekala dapat beraktiviti bersama anak-anak murid di luar kawasan sekolah....hmmmm rasa macam fresh! Camping....persekitaran hutan pulak tu. Woww oksigen banyak tu....tu yang jadi fresh tu. Harapkan cikgu nak pergi sendiri di hujung minggu?

Ate....kalau dah penuh dengan ladap....kelas tambahan....kursus....Hmmm ditambah pulak jemputan kenduri kahwin....kenduri cukur jambul....dan macam-macam jemputan lagi lah yang rata-ratanya berlangsung di hutan batu.....letih sis! So sudahnya hujung minggu selepas selesai segala aktivti tu maka dengan bangganya RUMAHKU adalah SYURGAKU.

Errrrrkkk...sehari je pun. Ada sebahagian tu sehari pun tak sampai. Esok dah dengar loceng semula. Rutin seorang cikgu!

Apa yang tak best? Biolah rahsia. Kita story yang best-best je! 


Agak-agak movie ni best tak? Nak tengok...tapi baik aku tak yah tengok kot. Takut-takut lepas ni aku tak nak balik jengka lagi. Muahahahaha.

Sapa dah tengok???


06 April 2015

Macam dah tak seiring

Apa saja lah yang tidak seiring tu kan? Hehehe Maksud aku, tajuk blog ni. "Setiap hari ada peristiwa". Tetapi oleh kerana blog ni dah banyak sangat sawangnya , macam tak ada cerita dah. Sunyi sepi. Tu yang tak seiring tu. Bukan lain bab ye.
Oklah ...jom kita bangkit kembali agar tajuk blog seiring dengan peristiwa semasa. Insyaallah. heheheh .Entah iye ...entah tidak ni. Tak apa kita cuba.

Lately ni, tahun-tahun kebelakangan ini entahlah apa yang aku sibukkan sangat. Hingga banyak benda semua tertangguh. Itu tanda-tanda aku kena semak dan susun semula jadual hidup aku sehari-hari. Jadual sekolah cantik aku buat....(errkkk cantik ke?- kalau cantik takkan lah asyik dengar sorang cikgu tu akan mengeluh tiba hari khamis)......

"hai cikgu, seharian tak nampak. Ni baru nampak...."
"Saya penuh hari ni....letih...hari ni ada lapan waktu...."

Hello...aku dah dengar dialog tu saban hari...saban kali ...setiap khamis. Sudahnya malas nak tegur cikgu tu kalau hari khamis! Buat hati suram. Jauhkan.....

Kalau koranglah kan.....apa maksud cikgu tu? hehehhe kadang-kadang aku rasa dia nak bagitau aku lain kali buat jadual jangan bagi sampai lapan waktu! Well....aku cuma key in data dan syarat2 yang telah ditetapkan oleh pentadbir  ok. Kesimpulannya its not my false! Memang itulah dia bila dah generate jadual tu ikut ketetapan yang sudah diberi. Aku just key in dan generate ok. Then aku susun supaya penyusunan lebih sekata. Apa ingat aku yang tetapkan? 

Kalau rasa tak puas hati, aku dengan suka rela nak passing tugasan buat jadual sekolah kepada sesiapa yang mahu. Anyone? Huh...xde kan??? So...aku symp.....kita sama-sama symp. Full Stop.

Tetapkan saja dalam hati. Aku buat jadual yang terbaik setakat yang AKU MAMPU kerana Allah.Thats All! Adios.