cari id yes guru sktp

30 Januari 2011

Kawan, kawan dan kawan.

Bangun pagi ni, hujan pulak. Sejuk. Bestnya tarik selimut lagi. Hehehe apatah lagi sorang diri tak de sape nak kacau. Kecuali si manja kucingku yang sangat manja. Berlari ke depan belakang satu rumah. Ntah apa yang ia guraukan, sendiri jugak. Hehehe. Ada masa mengiau cari tuannya yang sedang enak berselubung. Tu yang malaih lepaskan si manja dari kurungannya, asyik mengendeng jer. Aku sayang manja! Nama pun manja.....makin bertambah-tambah manjanya dengan aku sejak arwah ayah tiada. Asyik ikut kaki je...haish. Tapi...Aku sayang manja!

 -Sayangku si Manja-

Bangun pagi ni, alamak berat kepala. Kepenatan mungkin. Dari hari Jumaat tak berehat. Pagi Jumaat dah keluar ...menyelesaikan urusan insurans dan roadtax kete, dan urusan pembayaran semua bil-bil. Dapat duit kutu habis dahhhhhhhh aku guna semua untuk segala hutang tetap itu muahaha......Target untuk tidak usik akaun ASB berjaya! Hihihi.

Tengahari balik ke rumah...housemate plak cakap family dari Kedah nak datang dan bermalam semalam di rumah. Haaaaa.....barulah sibuk nak pegang kain lap dan penyapu. Padan muka! Sedar-sedar dah kul 2.30...sesi persekolah mula 2.40. Maka padan muka lagi! Nasib baik kelas aku 3.10. Sampai sekolah sempat makan di kantin la juga. Dasattttttt.Malamnya kami makan di luar sahaja. Memandangkan barang dapur belum sempat nak top up. Tak patut....tak patut!

Pagi Sabtu . Rumah sepi. Maka aku sendiri lagi. Nak balik umah pakcik makcik....kompem deme balik umah paksu. Adik sepupu lelaki, bertunang dengar khabarnya. Aku tak diberitahu pun. Maka dengan sendirinya aku rasa kecik hati dan terus menyepikan diri. Nasib baik ada hamba Allah yang tetiba kata nak jumpa. Berteman la juga aku semalam. Lepas zohor pula bersantai-santai dan bergossip dengan rakan guru dari SKSB sambil makan2 di Hotel Quality Shah Alam. Orang nak belanja sudi meletakkan nama aku dalam senarai tetamu. Tak ramai pun ...kami berenam je. Aku on je la mengisi waktu sambil2 menghilangkan rasa kecik hati tadi. Huhuhuhu . Untung aku ada kawan yang selalu menghargai kawan! Terima kasih Sahabat.

Usai majlis, meronda bandar Klang pula. Niat nak beli kasut sukan yang baru. Dah lama simpan niat, baru sekarang tertunai. Ok...mari mulakan rutin beriadah hujung minggu yang dah lama aku tinggalkan! Nak kurangkan kg yang dah bertambah. hihihi mencari kepuasan sendiri. Lantaklah kalau orang lain tak nak pedulikan kita. Asalkan kita pedulikan diri sendiri. Kan...kan...kan....

 -Herm...cantik tak???-

Dah petang, sebelum sampai rumah...menyinggah Pasaraya Econmart pula, baaaruu nak shopping barang dapur. Hehehe. Standby untuk sorang makan dah le. Bukan makan sangat pun....kan nak diet ni. :-) Fokus...fokus...fokus....Belum sampai rumah sorang lagi member sms ajak tunjukkan tempat aku selalu tempah baju pulak.....tak larat dah aku. Aktiviti ditangguhkan dan akan di sambung esok hari, iaitu hari ini!

Hari ini? Petang-petang sikit lah ye kawan.......

Herm.....keliling aku kawan-kawan je kan??? Sape diaorang? Ann, Ida, Emmy....pusing-pusing itulah kawan aku dari waktu ke waktu. Gaduh baik gaduh baik. Suka duka. Susah senang.

29 Januari 2011

Tiada kata-kata

kot.........
Arrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh aku bengongkah??

27 Januari 2011

Dalam hati saya

ساي سوک دي... ساي سايڠ دي دان کيني ساي ساڠت ريندو دي ....ساي ترايڠين نق جومڤا دي.... تاڤي دي جاٴوە... ساي تق براني نق ڤرݢي کڤدڽ ....اڤ يڠ ساي بوليه بوات ...ساي هاڽ بوليه ليهت ݢامبر دي سهاج.... ساي نق تيليفون دي تاڤي ساي مالو... ماچم مان ي ...ساي ريندو بتول ڤد دي

22 Januari 2011

Akhirnya, sampai juga jodoh kami

Salam Malam Minggu.
Akhirnya sampai juga jodoh kami. Hihihihi Jodoh antara cgu nisah dan cgu zamani. Errrkkkk mari berkenalan sebelum anda buat kesimpulan tersendiri.

Kenapa buat statement macamtu??? Mesti yang selalu singgah akan segera singgah...sebab nak tau siapalah jodoh cgu nisah kan? ekekekeke. Ni yang aku maksudkan jodoh berkongsi kelas ye....bukan berkongsi hidup! Maaf. Jodoh yang satu lagi tu ntah bila....ada sesapa nak pinang? kerrr??? hihihih.
Aku dan cgu zamani ni sama-sama posting kat SKTP pada 20 September 1999. Aku dari MPRM dan cgu zamani dari IPBA. Dan kami sama-sama opsyen MT-PM. Okaylah tu jodoh awal posting kan? Dan kini diam tak diam dah 10 tahun kami berkhidmat di sekolah yang sama , tempat duduk dalam bilik guru pun memang kami share dah bertahun dah.Cuma baru sekarang kami dijodohkan untuk berkongsi kelas. Aku untuk kelas Tahun 2Dedikasi sesi petang dan Cgu Zamani untuk kelas Tahun 5Dedikasi sesi pagi.

Wallahhh....seronok betul saat aku dapat tahu share kelas dengan Zamani. Why ? Maka dapatlah kami bersama-sama untuk menghiaskan kelas mengikut citarasa kami berdua. Selama ni asyik aku jek sorang-sorang nak hias kelas. Jenuh wehhhh...aku pun x pernah lah pulak klim ker apa ker dengan pihak sekolah. Aku buat sebab aku suka! Tapi yang menyakitkan hati, jiwa dan raga apabila segala yang dihias tu tak terjaga baik. Bayangkan almari dalam masa 1-2 bulan pintu dah terkopak ape kes? Pintu berkunci okey???? kalau berkunci...adakah mereka tak paham bahawanya dilarang membukanya lah kan??? ni nak bukak jugak sampai terkopak....sakit tak???? Carta-carta tercabut boleh tersadai jer....xde orang ke yang boleh tolong betulkan? Errkkk camne leh tercabut kalau takde tangan yang gatal tarik2.....bengang tak? kot nak menyentuh2 pun kalau tertanggal apalah salahnya dirinngankan tangan membetulkan????Terpaksa la aku datang sesi lagi satu bagi warning kat budak-budak tu. Heranlah.....macam takde cikgu jer....hissshhhhh.

Tahun ni memang aku bersemangat. Insya'allah terjaga kottttttttt......harap2 begitulah. Pagi tadi bergotong royong menghias kelas. Mengecat...murid seronok. Cikgu happy. Cat warna purple tu ada parent yang sponsor. Best kan? Barulah nampak ada kerjasama antara guru,murid dan ibu bapa. Cat kuning datang dari sekolah. TQ.TQ.TQ. Proses menghias belum selesai. Masih dalam pembikinan. Setakat hari ini, inilah hasilnya. Jom cuci mata. Arhhhhh...puas hati kami.










.

Serba Tak Kena

Memang seingat aku.....lama juga tidak di serang batuk ni. Sejak menamatkan pengajian ku di OUM kirannya. Al maklumlah dah takde nak menduduki peperiksaan, maka xlah di serang. Aku jadi manusia ni memang seksa. Seksa kerana apa.....sebab setiap kali batuk mesti waktu peperiksaan. Setiap kali peperiksaan mesti aku batuk. Maka....seksanya waktu nak menahan batuk supaya tak batuk. Bayangkan batuk dalam dewan peperiksaan yang sunyi sepi. Tentu mengganggu orang lain kan? Terutamanya calon-calon peperiksaan yang duduk berhampiran dengan aku. Kesian diaorang. Dan aku pun x tahu itulah satu rutin aku kena hadapi setiap kali peperiksaan. Daripada PMR, SPM, DPM dah sampai Ijazah pun batuk itu terus mengikut aku masuk dalam dewan peperiksaan.

Itu yang pelik tu, 2011 apa-apa periksaan pun xde dalam jadual aku. Awal-awal tahun dah kena serang. Demam dah ok. Selsema masih ade. Batuk semakin menjadi-jadi pula. Terutama waktu selepas asar dan waktu nak tidur malam. Macam sekarang ni la....menaip sambil terbatuk-batuk. Seksa. Aku rasa jiran pun dapat dengar batuk aku. Dah tengah malam. Dah sunyi sepi. Batuk aku lah memecah kesunyian dinihari. Aduhhhhh. Stressss apa lah wahai diri. Tenang-tenangkan dirimu sayang.

Opssss perkataan sayang, mengingatkan aku pada orang yg aku sayang. Hheeheh dah la tak boleh nak jumpa. Sms...lambat. Call....cakap sikit batuk...cakap sikit batuk.....agak-agak best ke? Seksa juga. Makk aiiiiii. Dugaaaaan.

Bab dugaan teringat pulak kes dalam kelas kul 5 ptg tadi. Ketika berada dalam kelas paaaliingggg hujungggg. Maka paham-paham la kalau dah kelas paling hujung tu. Nombor sampai 100 pun belum lepas nak menyebutnya dengan betul. So....kena la ajar sebut betul-betul step by step. Seksa gak ni. Sebut sikit...tekak aku gatal....batuk....Berhenti kejap. Lepaskan batuk. Masuk kelas lagi....sambung sebut lagi......tekak gatal lagi....berhenti lagi...batuk lagi......Nak menyebut lengkap "dua ratus tiga puluh enam" tu saja pun aku berhenti batuk ntah berapa kali, sampai berair2 mata. Sampai ada budak bersuara, diam la cikgu nangis! Errrkkkkk...

Macam ni la..... saya beri buku. Kamu salin nota ini dulu lah. Maka......P&P hari ni tidak tercapai objektifnya kerana kesihatan guru yang tidak baik. Amat tidak baik. Boleh tak tulis impak pengajaran begitu???? Diterima tak??? Tapi sungguh .....memang aku batuk tak berhenti dan sampai keluar air mata! Minum air pun tekak masih nak batuk.....Huuuaaaaaaawaawaaa.....

Maafkan cikgu ye.....anak muridku....sebab pembelajaran kalian tidak lancar.
Maafkan saya ye......rakan sekerjaku....sebab kebisingan batukku mengganggu kerja kalian.
Maafkan sayang ye......buah hatiku....sebab xleh berbual panjang di telefon. opssss!!!


Ubat batuk ada. Dah diminum. Ubat sapu ada. Dah disapu. Moga Allah berikan kesembuhan kepadaku.

20 Januari 2011

Kau Yang Satu

Menantikan tengah malam. Mungkin untuk satu jawapan kepastian? Usai beristikharah itulah jawapannya. Di ambang bulan memancarkan cahayanya, mendengarkan bait-bait lagu ini....


Kau Yang Satu. Tanpamu. Akulah yang rindu.Tanpa dirimu hilanglah manjaku. Kasihmu kata naluriku. Cintamu hanya dihatiku. Izinkan aku selami hatimu. Izinkan aku bisikan cintaku. Janjiku pada kau yang satu. Diriku hanyalah untukmu. Engkaulah yang satu pujaan hatiku. Sucinya cintaku padamu. Sayangku hanya kau yang satu. Kasih dan rinduku. Milikmu.


...mengingatkan aku pada satu wajah. Walaupun ada satu ketidakpastian, sukar untuk aku melepaskannya. Sudah kupinta ketetapan hati. Sudah kupinta keyakinan rasa. Pengakhirannya yang bagaimana....Jawapannya ada dalam diri.




18 Januari 2011

Lapar dan spaghetti koboi

Selamat petang. Biasanya waktu begini pada hari ini aku berada di dalam kelas aku, 2 Dedikasi sedang mengajar tulis baca....Bahasa Melayu. Kesian diaorang, baru sekolah 2 minggu, minggu 3 cikgu dah mc. Huhuhuhuhu. Hari ini rasa macam ok sikit, walaupun ada masa masih terasa seram sejuk di badan.

Nak keluar pun malas. walaupun kedai tu haaaaaaa...depan rumah aje pun. Zihah ke sekolah tumpang Kak Norrina. Lagi la terus aku terperusuk di rumah sendirian. Usai solat zohor, perut minta di isi . Sebelum makan ubat yang dibekalkan doktor pun memang sepatutnya makan dulu. Aku buka peti sejuk. Belek....punya belek. Boleh la cukup bahan untuk menghasilkan ini. Maka.......terhasillah seperti yang ada dalam gambar ini. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang.....

Aku tibai jer ni. Ikut suka hati  aku nak buh apa. heheheh Yang pasti aku lebihkan lada hitam. Bagi berpeluh sikit badan. My peberet spaghetti bolognese koboi style. Esok kena pegi pasar nie. Bahan mentah dalam peti ais dah susut. Errkkkk sempat ke...Lusa je la. Esok ada gerko kul 11 dah kena ada di sekolah. Kul 6.30 baru balik... Pingsaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnn. Sambung demam laaaaaaaaaa.....huhuhu.

17 Januari 2011

Terkenang semasa dulu

Hari ni aku berada di rumah. Merasakan panas muka dan pening kepala serta sakit2 lenguh badan. Awal-awal tahun dah kena demam. Dapatlah cuti mc 2 hari. Lepas makan ubat tidur saja. Mengantuk. Bahana ubat batuk la ni. Teringat waktu kecil-kecil (besau pun sama juga) masa demam-demam macam ni la arwah ayah selalu picit-picit badan. Siap daun lidah buaya (aloevera) diramas-ramas dengan air sejuk, lepas tu tepek dan sapukan kat muka dan seluruh kepala nak bagi turun suhu badan yang panas tu. Aku....memang anak manja ayah. (T_T) . Kini, tempat bermanja aku dah tiada. Sabar sahaja lah.

"terkenang semasa dulu......hatiku merasa rindu...."


Ini ubat yang dibekalkan oleh doktor dari Klinik Shujai beserta dengan cuti mc selama 2 hari. Rehat ye.

16 Januari 2011

Ada taman dalam hati

Hari ini.....erkkkkk Sabtu, so semalam la ye. Ada taman dalam hati. Jeng....jeng....jeng.....taman apa ya?
Taman bunga? Taman rekreasi? Taman permainan? Hihihii yang penting ada taman.

Satu,
Pagi Sabtu, telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa. Dan secara keseluruhannya rumah merah -Purnama jadi juara. Maka, Purnama teruslah merindu. Merindu kemenangan seterusnya.Terngiang pulak lagu Dato' Siti Purnama Merindu itu.

Dua,
Petang Sabtu, ambil angin petang di Tanjung Harapan sambil makan nasi lemak. Bestnya makan mengadap laut. Sambil-sambil bercerita harapan masa depan. :-P Lapangnya rasa hati petang sabtu 15/1/11 ini. Muahahaha....rasa tak nak balik je pulak! Seronok kan kalau ada teman yang sama-sama suka pada laut. Opssss...sampai lupa nak snap satu dua gambar. Heee yang penting senyuman tu memang dari hati!

14 Januari 2011

Thinking of him

Ya Allah
Kenapa asyik teringatkan orang itu
Petanda apakah ini??

13 Januari 2011

"Ani...Ani...sini...."

Alamak aku tiba-tiba cuak aje saat melangkah kaki dalam bilik guru bila cgu lela panggil aku siap dengan riak muka lagi....
Rupa-rupanya peawat LINUS dah sampai! Heheheh Maka dengan segeranya aku dengan cgu laila jadi tidak memperdulikan juadah bihun goreng, pulut kuning dan kari ayam yang terhidang di hadapan bilik guru. Kahkahkah....hilang selera terus beb.Walhal pelawat tu datang jumpa dengan cgu Hasnita dan cgu Nani je pun.

Macamtu la kita kan? Bila dengar pelawat mulalah kecut sana sini. Tanda tak cukup persediaan tu....kan..kan...kan....Aku lesson note cantik. Cuma yang tak berapa nak cantiknya BBM aku masih dalam proses. Nak naik selongkar bilik BBM yang berabuk tu...berpeluh2 aku. Barang yang di cari tak jumpa pun. So, aku lebih suka bina sendiri. Tapi tu la selalu dapat idea last minute. Bih tu camno? Dah macam tak reti nak urus masa dah aku ni. Itu nak buat...ini nak buat. Last2 apa pun tak jadi. Hahahaha. Guna ajalah BBM yang dolu-dolu. erkkkk tu belum masuk kira kerja2 perkeranian dan kerja-kerja menghias kelas kat sekolah!Penat kepala otak dan dompetku.......hihiihi. Apa lah yang aku mampu, aku buat....SYMP....

Kajian sana sini. Cgu-cgu yang melaksana yang menanggung. Dasar itu dasar ini.Patutlah ramai cgu2 yang ting tong di akhir-akhirnya. Semoga Allah selamatkan aku. Amin.Matlamat aku...Buat yang terbaik yang termampu dek diri.

12 Januari 2011

Jangan Berhenti Mencintaiku

Untuk pengunjung Tinta Semalam....

Jangan Berhenti Mencintaiku
(Titi DJ)


Hari kian bergulir
Semakin dekat dirimu di hatiku
Meskipun tak terucapkan
Ku merasakan dalamnya cintamu


Jangan berhenti mencintaiku
Meski mentari berhenti bersinar
Jangan berubah sedikitpun
Di dalam cintamu ku temukan bahagia


Jalan mungkin berliku
Tak akan lelah bila disampingmu
Semakin ku mengenalmu
Jelas terlihat pintu masa depan


Jangan berhenti mencintaiku
Meski mentari berhenti bersinar
Jangan berubah sedikitpun
Di dalam cintamu ku temukan bahagia


Semoga tiada berhenti
Bersemi selamanya


Jangan berhenti mencintaiku
Meski mentari berhenti bersinar
Jangan berubah sedikitpun
Di dalam cintamu....


Jangan berhenti mencintaiku
Meski mentari berhenti bersinar
Jangan berubah sedikitpun
Di dalam cintamu kutemukan bahagia

~A & A ~
kerana kita sama cinta , hari-hari

09 Januari 2011

Senyumlah

Aku tersenyum sendiri saat teringat dia. Saat terpandangkan gambar wajahnya. :-)


Pantas pula merasakan waktu berlalu. Detik demi detik. Dan kadangkala masih seperti dalam mimpi walaupun sedang berjaga. Benarkah? Dan aku sedang mengira waktu. Benarlah apapun yang mendatang hadapi dengan senyuman. Dan semoga senyuman yang manis akan terus bertahan. Senyumlah.


.

08 Januari 2011

Perit Getir Sebuah Kehidupan

Peritnya melalui kehidupan tanpa seorang ayah di sisi. Hari ini saat-saat ingin bercerita ayah sudah tidak ada. Hari saat-saat ingin mengadu nasib ayah sudah jauh. Dan getirnya melalui kehidupan tanpa seorang ibu aku masih mampu hadapi kerana adanya insan yang bernama ayah menemani. Dan apabila kini ayah tiada dan ibu pun tiada, segala yang terbuku di hati serasa masih ada yang belum terluah.

Bukan tiada insan lain yang sudi mendengar, bukan tiada insan lain yang boleh berkongsi, tapi tetap tidak akan sama seperti berkongsi dengan ayah. Bersama insan lain aku sekadar menumpang rasa jiwa. Bersama ayah aku berkongsi rasa jiwa. Sama? pada aku lain, tetap tak sama.



kasihnya ibu
membawa ke syurga
kasihnya saudara
masa berada

berkorban nyawa
tanda kasihnya
berkorban raga
rela binasa

kasihnya ayah
sanggupkah berpisah
dan kasih anakanda
berkorban nyawa

biarlah jiwa
akan tersiksa
ikhlas dan rela
asalkan bahagia

Rasa rindu sangat nak berbual dengan ayah! Tapi kini yang mampu aku lakukan sekadar mengingatinya dalam doa dan kiriman surah Al-Fatihah....

05 Januari 2011

Mudah-mudahan sampai syurga!

Salam Tahun Baru 2011. Agak kelewatan sedikit ucapan tahun baruku ini ya? Tiada apa yang menarik untuk aku perkatakan sempena malam tahun baru yang lalu. Hanya sedikit rasa kesal atas tindakan orang-orang yang aku kasihi, yang aku anggap seperti adik sendiri. Aku akui ada sedikit ketelanjuran kata laksana menyumpah kepada mereka.Astagfirullah...apakah ujian yang tuhan sediakan untuk aku ini?

Ujian kepayahan dan tidak ketinggalan juga ujian kebahagiaan. Semoga Allah melindungi aku semasa aku menghadapi semua ujian-ujian dari-Nya.Aduhai dalam kesibukan dan keseronokan mendapat anak-anak baru, hati aku menerima satu hati yang baru juga! Ujian dalam kebahagiaan mungkin? Semoga kebahagiaan kali ini akan dipinjamkan kepadaku sehingga akhir nafasku....sehingga sampai syurga. Terima kasih kerana hati ini dapat lagi nikmat disayangi dan menyayangi, nikmat dirindui dan merindui, nikmat dikasihi dan mengasihi serta nikmat dicintai dan menyintai. Paling kusyukuri kerana bertambahnya perasaan itu telah lebih mendekatkan aku kepada Illahi.

Bismillah..

Ya ALlah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Amin...



~Awak, Saya Rindu Awak~