cari id yes guru sktp

11 Disember 2012

Tahniah Kak Su...

 Kelakar! Pagi tadi punya kelam kabut En. Nuar dah terlewat ke tempat kerja. 7:40 pagi dah merempit. Tup...tup 8:30 pagi dah balik rumah. Saya fikirkan dia tertinggal barang ke...apa ke...rupa-rupanya hari ini Selangor cuti! Hahahaha...boleh pula suami isteri terlupa. Ampun Tuanku.....

DIRGAHAYU Ke Bawah DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ Sultan Selangor Darul Ehsan sempena hari keputeraan baginda yang ke 66.

KLANG: Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah mengetuai senarai 113 penerima anugerah, darjah dan bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-66 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini apabila dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Kedua (DKII) pada istiadat di Istana Alam Shah, di sini. 

Gembiranya dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Hari Keputeraan Sultan Selangor 2012, pasti jadi ingatan untuk keluarga Kak Su (sepupu saya) sampai bila-bila kerana suami Kak Su, Abang Salleh adalah salah seorang individu yang menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS). Saya pun kebetulan je tahu tentang berita gembira ni petang tadi.

Saya sebenarnya merancang nak ke rumah Kak Su petang tadi, dan kebiasaannya saya akan sms dulu. Yelah...takut pergi main redah je tak ada orang pula. Sia-sia je nanti.Apabila sms, Kak Su kata dia ada jamuan hi-tea kat istana sebab Abang Salleh terima anugerah hari ni. Tu yang tahu tu....Anyway tahniah Kak Su dan Abang Salleh.... tahun ni dapat anugerah...tahun depan, Februari dapat menantu pula. Semoga kegembiraan sentiasa menyelubungi keluarga.

 ~ Happy to both of you ~

Sebelum gatal tangan sms Kak Su tu saya dah pun plan nak ke rumahnya dengan bawa sikit ole-ole. Rasa macam kosong sangat pula kalau pergi berlenggang. Tengok dalam peti sejuk ada balance buah strawberry. Tengok dalam blog Mat Gebu ada resepi Fresh Strawberry Muffin. Tengok barang-barang keperluan semua cukup kat dalam almari. Makanya selepas siap lauk ikan pari masak asam pedas untuk makan tengah hari , saya terus buat muffin menurut resepi Mat Gebu. hehehe bolehkan Mat Gebu....saya buat sendiri tau siap tabur icing sugar lagi, dan saya guna gambar saya sendiri. Resepi je yang saya follow. Huhu. Dan inilah hasilnya. 

Cuma...warna pinknya kurang menyerlah. Strawberry emulco tu tak cukup agaknya. Nasib baik rasanya ok, dan En. Nuar lepas ngap satu...amik satu...amik satu....sedap katanya. Alhamdulillah...lega muffin tu menjadi dari segi rasa. Hehehehe....Inilah buah tangannya yang hendak di bawa untuk Kak Su tapi tidak kesampaian. Ntah dah berapa lain kali dah nak ke rumah Kak Su ni. Ada sahaja halangannya. Herm....tuhan belum izinkan. Tapi bulan Februari tu dah memang kompem kena rewang  :-))).

10 Disember 2012

Jadual oh Jadual

Salam ya saudaraku sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi rasa sedikit. Jadual oh jadual. Saya sebenarnya sangat bersyukur kerana diantara ramai-ramai guru di sekolah, saya dipilih untuk membantu menyiapkan jadual mengajar rakan-rakan saya di sesi petang. Seronok tetapi mencabar yang sangat menguji kesabaran. Sudah beberapa hari dengan tugas yang satu ini tetapi masih belum dapat diselesaikan dengan sempurna. Ada kala terasa macam bermain puzzle. Jadi, untuk mengurangkan rasa stress, saya anggap saya sedang bermain 'game'. Hahaha....seperti entry saya yang lepas kita boleh cari atau bina rasa gembira. Dan selagi tak selesai memang tidak boleh nak lena tidur.

Tapi, sudah namanya pun manusia....memang susah nak melarikan diri daripada tidak merasa bengang. Bengang beb setelah berjam-jam menyusun 'puzzle' di atas nun...masih juga jalan mati yang dijumpai. Hai di manalah lorong yang boleh saya wujudkan untuk menyelesaikan masalah 'puzzle' saya ini? Adakala bagai nak pecah kepala memikirkan.  Oleh itu, apabila jadual ini dapat saya selesaikan kelak, saya berharap dan bermohon mudah-mudahan tidak ada rakan yang merungut dengan jadual masing-masing. Saya sedang dan akan melakukan yang terbaik yang mampu saya lakukan untuk anda. Tugas-tugas guru yang semakin mencabar, semakin ketat, dan semakin padat cukup difahami. Sama-samalah kita bersabar ya!..

Saya sedang berusaha secepat mungkin untuk menyusun jadual cikgu-cikgu sekalian. Jadual oh Jadual. Pusing kepalaku!

29 November 2012

Hilangkan rasa kecewa

Salam Ukhuwah buat pengunjung TS. Terima kasih sebab suka nak main klik-klik pada frasa Tinta Semalam. Sangat menghargai tindakan anda itu. Peace Yoooo!!! hehehe. Mari hilangkan rasa kecewa. Kecewa merupakan suatu perasaan yang normal wujud pada manusia yang mempunyai hati.Kalau tidak pernah merasai perasaan itu sekarang mungkin pada masa akan datang. Yang pasti semua orang akan merasai. Saya? Hahaha sedang berada dalam hati yang gundah gulana la nie. Itu yang mencari cara menghilang rasa yang negatif tu.

Apa yang saya kecewa. Ahh...tentang prestasi diri saya sendiri. Kini sudah pun sedikit mengganggu pencapaian masa hadapan saya.Sedihkan? Bohong la kalau saya tidak kecewa kan? Dan untuk memperbaikinya saya perlu menolong diri saya sendiri dan bukannya dengan cara merintih belas ihsan kawan-kawan. Kepada yang prihatin, terima kasih. Andalah sahabat,teman dan kawan saya. Kepada yang menyepi, jangan risau anda masih kenalan saya. Tuntutan harian anda memberi komitmen kepada kerja dan keluarga juga penting. Itu saya faham. Maka saya redhakan hati saya dengan apa pun situasi. Mudah-mudahan Allah memberkati.Terima kasih tuhan!

Gembirakan hati mengubat rasa kecewa itulah caranya. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan hati gundah bertukar ceria. Cara saya. Masak. alamatnya makin babamla saya buka sekolah nanti! Apa yang penting.....senyum dan gembira.

Petang tadi saya asyik mengadap blog-blog masakan dan akhirnya saya tertarik dengan resepi tortilla. Mencari-cari kepingan tortilla di pasaran, tak jumpa pula. Saya tekad buat sendiri. Hahaha...kemahiran belum cukup, ketebalan tortilla saya tidak seperti yang sepatutnya. Tapi boleh la juga. Kunyah mulut sendiri je pun kan,....suami pun tak komplen, so boleh la diterima. Ngeh...ngeh...ha....sedikit berbunga dihati. Mudah je kan kalau nak hilangkan rasa kecewa?Semua pun atas diri sendiri...kalau dilayan...GILA la gamaknya.


Beberapa hati sebelum ni, kalau tidak salah pada hari Sabtu yang lepas....saya punyalah teringin nak merasa dan menjamah durian crepe yang semakin menjadi-jadi sebutan orang ramai. Pun saya cubalah buat sendiri setelah merayau-rayau kot ada yang menjual di sekitar bandar Klang, tapi tak jumpa. Saya ni pandai sangat pulaknya nak buat crepenya tu...hahaha kelakar, nasib baik suami rajin nak membuatkannya untuk saya. Happy sangat. Gembira lagi.....mari kita cari lagi kegembiraan. Kalau tidak ada, bukan menjadi kesalahan untuk kita wujudkannya...betulkan??? Inilah hasil durian crepe saya.

 Rujukan : Blog Masam Manis

Blog Masam Manis adalah blog yang wajib saya kunjungi saban hari. Memang tak jemu. Gambar yang cantik-cantik dan resepi-resepi yang sangat menarik. Saya dah jadi peminat setia blog ini. Selain blog masam manis, ada dua lagi blog yang sering saya kunjungi. Blog Spices Journey. Blog ini milik Kak Shiela, merangkap isteri kepada abang sepupu saya. :-) . Saya gemar  juga mengunjungi blog Mat Gebu ,Dapur Tanpa Sempadan. Resepi-resepinya mudah untuk diikuti lantaran penerangan langkah demi langkah yang mudah difahami. Best sangat! Saya la....orang lain saya tak tahu. Kalau dah boring tak tahu nak masak apa, di blog-blog inilah saya pinjam resepi. Hehehehe Herm...gembirakan? So tak perlu susah-susah memikirkan kesusahan yang menimpa. Lagi pula saya dengar dalam rancangan Dato' Fadzilah Kamsah tu...Selami Jiwa....Kalau kita diberi satu musibah, sabarlah dan tuhan akan balas dengan dua kegembiraan! Senyum dan teruskan senyuman. Orang yang gembira belum tentu tersenyum, tapi orang yang tersenyum pasti akan gembira.


22 November 2012

Lumrah kehidupan

Turun naik dalam kehidupan itu lumrah. Ibarat roda yang berpusing, adakala kita berada di bawah dan ada kala kita berada di atas. Menghadapi segala ujian dan dugaan dari Allah. Hadapinya dengan redha. Seperti mana dialog dalam filem Ombak Rindu tu kan. Redha itu ikhlas. Maka Ikhlaskan lah hati ketika menempuh ujian-ujian getir dalam kehidupan. Pasrah itu menyerah. Maka seterusnya setelah meredhai maka menyerahlah kepada Allah. Dalam erti kata yang lain. Tawakkal. Bukannya pasrah lemah atau pasrah mati. Menyerah tanpa sebarang tindakan , itu yang kurang betul dan kurang baik.  Redha + Pasrah + Tawakkal.

Sesungguhnya Allah mengasihi mereka-mereka yang diuji...diduga. Sesungguhnya Allah sedang merindui rintihan hamba-hamba-Nya itu yang barangkali hampir alpa dan leka dengan urusan duniawi. Sesungguhnya Allah sedang menghampiri dan ingin hamba-Nya itu kembali menyintai yang Maha Agung! Sesungguhnya Allah menyayangi dan ingin memberikan Anugerah terhebat kepada hamba ciptaan-Nya.

Tidak perlu menyalahkan takdir, tetapi bersyukurlah. Kita perlu menang untuk melayakkan diri kita menuntut hadiah yang sedang ditawarkan. Dan bersyukurlah kerana kita adalah insan terpilih yang mungkin akan memenangi hadiah tersebut. Yang penting usahakanlah yang terbaik . Semoga kemenangan itu milik kita. Dan untuk menang ranjau duri hujan panas perlu dulu ditempuhi. Gagahi tindakanmu. Perkasai imanmu.

Doa Kuat Semangat:

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”



22 Oktober 2012

MBMMBI

Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris


Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di
peringkat nasional dan antarabangsa.

Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
  1. Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.
  2. Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
  3. Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
  4. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
  5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
  6. Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah , Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
  7. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
  8. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.
  9. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
  10. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
  11. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.
 INFO : http://pkgpadangserai.btpnkedah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=115:mbmmbi&catid=42:mbmmbi

LINUS

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
 
KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
 
DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI


TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai


 
 

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI

ATAR BELAKANG
SPSK adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti. Tumpuan utama dalam SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah seluruh negeri Selangor. SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur kualiti MS ISO9001:2008 dengan matlamat menyediakan semua sekolah di negeri Selangor ke arah sekolah bertaraf dunia.
OBJEKTIF
1. Melaksanakan 100 % pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
2. Memastikan pencapaian murid setiap sekolah di negeri Selangor mencapai 65 % lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam.
3. Memastikan 100 % murid sekolah di negeri Selangor mendapat perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan pihak sekolah
4. Melaksanakan Prosedur Pengurusan Kewangan tanpa teguran audit sekolah
MATLAMAT
1. Memantapkan kecemerlangan sekolah agar memperoleh Tawaran Baru ( Bai’ah ) setiap tahun.
2. Menyediakan sekolah ke arah Sekolah Kluster Kecenerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang Tahun 2014.
3. Sifar sekolah yang berada di Band 5, 6 dan 7  menjelang 2014 di Selangor kecuali sekolah yang baru dibuka
4. Sifar sekolah di negeri Selangor mendapat Audit Berteguran menjelang tahun 2014
5. Memastikan semua sekolah di negeri Selangor mngamalkan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Berasaskan MS ISO 9000 menjelang Tahun 2015
PROSEDUR KUALITI ( PK ) SPSK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
PK01   :  Pengurusan Panitia
PK02   :  Pengurusan Jadual Waktu
PK03   :  Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran
PK04   :  Pengurusan Pencerapan
PK05   :  Pengurusan Peperiksaan
PK06   :  Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid
PK07   :  Pengurusan Mesyuarat
PK08   :  Pengurusan Bimbingan
PK09   :  Pengurusan Pusat Sumber
PK10   :  Pengurusan Perkembangan Staf
PK11   :  Pengurusan Aduan Pelanggan
PK12   :  Pengurusan Maklum Balas Pelanggan
PK13   :  Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod Kualiti
PK14   :  Pengurusan Audit Dalam
PK15   :  Pengurusan Kawalan Perkhidmatan yang Tidak Akur
PK16   :  Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan
PK17   :  Pengurusan Perolehan
STATUS PELAKSANAAN
Jumlah sekolah yang telah melaksanakan SPSK adalah 76 buah sekolah ( 2010 & 2011 )
2010 : 41 buah sekolah berprestasi tinggi
2011 : 35 sekolah berprestasi sederhana
2012 : Semua sekolah di negeri Selangor melaksanakan SPSK
DEFINISI PENGURUSAN BERKUALITI
Pengurusan : Satu proses sosial yang melibatkan aktiviti seperti merancang, mengelola, melaksana ( memimpin ) dan mengawal pelaksanaan program-program atau tindakan bagi mencapai matlamatyang telah ditetapkan
Berkualiti : Perkhidmatan ( output ) memenuhi kehendakpelanggan dan stakeholder
CIRI-CIRI PENGURUSAN BERKUALITI
1. Penambahbaikan berterusan
2. Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan
3. Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan
4. Objektif yang boleh diukurpada setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan
5. Memastikan keberkesanan latihan
6. Analisis data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem kualiti
7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran pencapaian pelaksanaan objektif kualiti
KELEBIHAN PENGURUSAN BERKUALITI
1. Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah perkara yang berkenaan berlaku
2. Kajian Semula yang berterusan ke atas proses – proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan
3. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati ” prinsip betul pertama kali dan setiap kali ”
4. Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumentasikan, ……………. dan
5. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan
Sektor Jaminan Kualiti,
Jabatan Pelajaran Selangor

INFO :  http://pa2ps.com/hjadzhar/?p=89

20 Oktober 2012

"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit." ~ Allen Tate

Harapan bukanlah sesuatu yang negatif, malah merupakan sesuatu yang amat positif. Dengan adanya harapanlah maka ia sebenarnya menjadi satu motivasi kepada diri sendiri. Tetapi malangnya adakala kita sebagai manusia mengharap terlalu banyak tanpa kita sedari. Membuatkan kita lalai atau mungkin juga menyentuh hati insan-insan di sekeliling kita bahana terlalu ingin mencapai harapan. Bab ini ok juga...berharap dan mengejar harapan yang hendak dicapai.

Tapi bagaimana pula jika berharap dan hanya mengharapkan harapan itu menjadi nyata dengan usaha yang dikeluarkan adalah yang paling minimum? Disertakan pula dengan alasan-alasan tertentu yang menjadi dinding penyebab setakat itu sahajalah usaha yang mampu diadakan.

Eh....setelah sekian lama tidak berblog...sekali berblog bagaikan melepas rasa hati pulak yer??? heheh . Macam biasa hanya disinilah saya dapat melepaskan segala isi hati ...memuntahkannya sebanyak yang saya mahu. Huh...lega sikit!

Nak minum air. Tapi tunggu dihidangkan.Kemudian komplen pahit.
Nak makan . Tapi tunggu disuapkan.Kemudian komplen masin.
Nak baju cantik. Tapi tunggu disarungkan.Kemudian komplen tak muat.
Nak menonton. Tapi tunggu ditayangkan.Kemudian komplen 'cerita apa ni?'
Nak halwa telinga. Tapi tunggu diperdengarkan.Kemudian komplen 'lagu ntah apa-apa'.

Di mana usahanya untuk minum air yang manis?
Di mana usahanya untuk makan makanan yang enak?
Di mana usahanya untuk menyarung baju cantik yang selesa?
Di mana usahanya untuk menonton cerita yang mengikut 'taste' ?
Di mana usahanya untuk mendengar halwa telinga bak buluh perindu?

jika...soalan dijawab dengan alasan....

gula xde...ko minum air apa? sikit...
kenapa x usaha cari gula dan buat air sendiri ye...
kenapa mintak orang punya?

bahan aku x cukup...apa-apa pun ok....apa ko makan? (eh..)
kenapa x usaha cukupkan bahan dan masaklah sedap2..
kenapa nak tagih makanan orang

duit habis....pinjam ko punyalah...
kenapa x usaha cari duit tambahan dan pilihlah baju cantik yang sesuai
kenapa mesti pakai baju cantik...tapi bukan milik sendiri

remote jauh sangat...ko kan dekat ngan remote...
kenapa x  usaha bangun dan capai remote tu dan pilih channel yang disukai
kenapa tak berterima kasih....kutuk plak 

remote mana ntah...pasangla lagu apa2.....(pulak..)
kenapa tak usaha cari remote tu dan pilih channel yang kena dengan telinga sendiri
kenapa nak marah-marah .....

Hakikatnya begitulah
Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit

dan hakikatnya juga
Inilah juga orang yang banyak cakap,banyak komplen,usaha dari diri sendiri ciput....
Usaha da ciput jgn la plak nak cakap banyak komplen itu ini...

Cuba pakai kasut orang kerdil...muat tak?
atau
Cuba pakai kasut orang gergasi...muat tak?

sendiri pikir....jangan pulak nanti ada yang komplen...apa kaitan orang kerdil dan orang gergasi dalam entri ni ye....hahaha ada kaitan ker? pikir sendiri.




11 Julai 2012

Hanya pada-Nya Hamba mengadu

 
Dengan nama Allah...Bismillah...
Di tulis salah....x tulis terasa ingin meluah...seperti biasa apabila sesuatu itu tidak dapat dikongsi dengan hati yang yang lain, makanya di sinilah tempat yang dapat menerima segala luahan. Positif atau negatif tidak akan ditolak mentah oleh tapak blog ini.Tak gitu?
gsi
Walaupun begitu perlu juga berhati-hati tatkala menyusun aksara di ruangan yang dapat di akses oleh sesiapa sahaja di dunia yang fana ini.

Berkata-kata salah. Berdiam diri pun tidak betul tindakan. Jadi harus bagaimana. Pilihan yang terbaik mungkin....berdiam diam diam diri. Iye ke? Ada waktu berdiam hanya akan mengusutkan lagi keadaan. Makan dalam. Mengapa tidak bersua dan bertemu empat mata? Pelik juga apabila yang jernih menjadi keruh. Yang keruh ingin dijernihkan membawa akibat keruh di muara pula. Kekeliruankah?

Salah? Di manakah salahnya? Boleh beritahu kepada saya?
Sebagai guru...setiap yang menjadi guru....tugasnya mendidik. Setiap kesalahan murid perlu dibetulkan. apa yang salahnya? di mana salahnya? Point! Tunjukkan segera dimana dan apa yang salah dan segera arah buat PEMBETULAN. Biar berkali pembetulan. Biar beribu kali bebelan. Yang penting apa yang dibetulkan akan di ingati oleh anak didik ...owhhhh begini salah dan cikgu kata sepatutnya begitu. Tunjukkan mana yang benar. Bukan setakat memberitahu budak ini salah dia sepatutnya buat begini. Sila direct beri cakap pada yang membuat kesalahan bukan berkongsi kesalahan itu dengan rakan setugas cikgu tanpa tindakan susulan terhadap anak didik tersebut. Bukan begitukah yang sepatutnya cikgu?

Lihat sahaja pada catatan impak mengajar kita pada hari ini.

35 daripada 38 orang murid dapat menjawab5 daripada 6 soalan bercapah dengan menggunakan ayat majmuk dan tanda baca yang betul.

3 murid lagi? apa yang berlaku pada mereka?
Tak bawa buku? Apa tindakan guru pada murid tak bawa buku itu?
Tak siap kerja ? Apa tindakan guru pada murid tak siap kerja itu?
Berjaya menyiapkan 2 soalan sahaja daripada 6 soalan, dan tidak mencapai objektif. Apa tindakan guru pada murid itu?

Sekadar menceritakan semula kepada guru lain tentang 3 murid tanpa mengambil tindakan terhadap murid berkenaan? Betulkah cara itu cikgu? Ada cikgu jumpa murid itu dan selidik punca tak bawa buku....punca tak siap kerja dan punca hanya boleh jawab 2 soalan dengan betul? Apa pula tindakannya untuk memperbaiki ketidak sempurnaan itu supaya esok murid itu bawa buku. supaya murid itu siap kerja. supaya murid itu dapat menjawab soalan seperti yang di'target'kan?

Makanya begitu jugalah dalam kehidupan kita sehari2. Setiap yang berlaku, tidak sepatutnya kita sekadar berkata2 semata2. Berkata2 dan bertindaklah. Opppssssss jangan makan. Kenapa? Dah tak elok! Iye ke? betul ke dah tak elok? Sudah dipegang makanan itu? Sudah dihidu makanan itu? atau lebih baik sudah dirasa sendiri makanan itu? Kenapa perlu terus percaya makanan itu tidak elok tanpa melakukan semua itu terlebih dahulu?

Dalam hidup ada berbagai rencah . Terus percaya bahaya. Tapi jangan lupa, jika terus menolaknya mentah2 pun tidak bagus juga. Takut-takut kita tersalah menjatuh hukum. Hadapi depan2 apa pun permasalahan itu lebih baik daripada sekadar memperkatakannya semata-mata.

Di kanan pun tidak di kiri pun tidak. Ingin menjernihkan keadaan dihulu takut-takut mengeruhkan muara pula. Akhirnya hanya pada-Nya ku mengadu agar segalanya terlerai dengan baik. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak selerak. Wa'allahu'alam.