cari id yes guru sktp

13 Julai 2009

kalau bukan kita yang tolong kita-kita, siapa lagi?

Maaf....ini bukan entry bersiri tentang lelaki pertama dan lelaki kedua. Cuma sedikit terasa hati. geram? tidak....,marah? tidak...., kecewa? sedikit...., kecil hati? mungkin....!

Aku cuma perlukan pelajar-pelajar itu sekitar 80 minit sahaja.
Tapi aku juga sedar dia memerlukan pelajar-pelajar itu untuk ulangkaji, ujian menghampiri.
Dan aku juga tahu dia sudah pernah merasai situasi seperti aku, memerlukan bantuan untuk menghabiskan pengajianku.Aku tidak akan mengganggu dia jika permintaan ini seperti mengganggu pengajarannya. Tapi, aku tidak menggunakan pelajar-pelajar itu....
  • untuk mereka belajar main sorok-sorok
  • untuk mereka duduk sembang-sembang kosong
  • atau sekadar mendengar cerita dongeng
Aku perlukan mereka untuk memenuhi tuntutan pembelajaran aku.
Aku mengajar dan mereka akan belajar sesuatu juga darinya.
Tidakkah apa yang akan aku ajarkan itu juga boleh dianggap satu ulangkaji?
Aku mengajar apa yang sudah mereka belajar...tidakkah ia boleh dianggap sebagai aktiviti pengukuhan?

Aku hanya memerlukan 80 minit dari dia....
Dan aku membuat 'appoinment' dengan dia ,akan telefon semula jam 9
Untuk apa? untuk bincang agar aku dapat bersama pelajar-pelajar itu dengan sejumlah masa yang dipersetujui bersama....mungkin tidak sampai 80 minit pun !
Namun aku cukup kecewa...
9 malam panggilan tidak dijawab....
Aku berbaik sangka...
910 malam masih sepi tanpa jawapan...
935 malam terus bernada tanpa dipedulikan....
Ah, bukankah aku sudah ber'appointment' untuk satu panggilan telefon?

Tiada sms mahupun panggilan balik...
Seakannya beratnya hati meminjamkan pelajar-pelajar itu pada aku..
Sedih + Kecewa

Kalau bukan kita yang tolong kita-kita siapa lagi?
Kalau bukan kita yang menaikkan kita-kita siapa lagi?
Kalau bukan kita yang mendorong kita-kita siapa lagi?

Sampainya hati dia. Walhal di mana pun kita...panggilan yang pelajar-pelajar itu panggil kita sama juga.
Sampainya hati dia. Walhal di mana pun kita...hari kita tetap kita sambut pada tarikh yang sama di seluruh negara!
Aku masih bersangka baik. Esok pagi akan cuba buat panggilan lagi. Kalau masih tak berjawab , aku faham...terpaksalah teropong padang lain!

"Situasi ini hanya akan mengukuhkan kepercayaan..."waktu untuk bersenang-senang semua orang ada....waktu untuk share yang tidak memenuhi keselesaan....bayang-bayang pun ntah ke mana...."

Errrkkkk....patut ke aku call dia lagi???

Pantun untuk dia...(walaupun aku tahu dia tak baca punya!)....

Anak helang di kayu tinggi,
Patah ranting terbanglah ia;
Anak dagang tak lama di sini,
Sampai musim pulanglah ia.

13 ulasan:

eeeda berkata...

Anis, mungkin dia punya alasan yg tersendiri untuk berbuat sedemikian. Tidak salah jika kita bersangka baik...

NaqeebLukhman berkata...

selagi ada kredit dah tentu buleh call dan sms hehehheee

~Insan Biasa~ berkata...

yup...bersangka baik. kadang2 apa yang kita fikirkan tu leh jadi nyata. so fikir yang baik2 sajalah.

~Insan Biasa~ berkata...

selagi ada suara,boleh bersuara. call pun sia-sia jugak kalau suara hilang. sms, selagi segala aksara masih berfungsi memang x bermasalah.chayok! hehehe semoga suara masih boleh kedengaran, aksara2 masih boleh digunakankan.harapan.

ONE ZABA berkata...

tak pa...itu hari dia. redhakan je la. sesuatu yg berlaku itu pasti ada hikmahnya.

tak pa la ..aku jawab bagi pihak cikgu yg mungkin tengah demam H1N1 tu.

Berenang-renang di tasik cini,
sambil berenang melastik enggang;
Anak dagang tak lama di sini,
Sebelum pergi makanlah nasi dagang.

nabilah_2908 berkata...

sabar la..
wht comes around..goes around...tak esok..lusa dia pasti kn rasa apa yang anis rasa sekarang nie..

so..cheer up..senyum2 selalu..(^_^)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

orng yg bersama kita ms senang ramai

utk bersama kita waktu susah???

belum tentu yg ramai2 tu sanggup nk bersusah sama2...

kadang2 tak semua yg kita impikan akan jd kenyataan...

NaqeebLukhman berkata...

saja nak berpantun... huhuhuu


ranting patah menimpa pintu
kerana ranting dinding berlubang
hebat sungguh anak helang itu
kecil-kecil dah pandai terbang

ngeh3x

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one, nasi dagang memang menjadi kegemaran ku...terima kasih. tunggu saya naik gunung...nak jamu nasi dagang ker?

~Insan Biasa~ berkata...

tengah senyum-senum kelat + senyum-senyum kambing nie nabilah....

~Insan Biasa~ berkata...

hai la cik gadis manis....memang begitukan lumrah alam...
takpe saya belajar juga dari situasi ini

~Insan Biasa~ berkata...

jom Naqeeb...daftar ahli kumpulan dengan cgu one...ngeee

kin hashim berkata...

Orang ni macam2 jenis... sabo je la. Eh, sampai bila kita nak sabo eh? boleh ke bertahan kalau asyik2 kita je yg kena sabo eh? hehehhh.... tak pe, sabo takde hadnya... (org yg kuat kan org yg berjaya menahan marah... menahan marah tu, lebih kurang la kalau kita berjaya bersabar..kan? ) :).