25 Ogos 2009

Maafkan aku teman : II

Panasnya bukan main lagi. Aku teruskan pemanduan ke stesen komuter Klang. Sambil-sambil bercerita itu dan ini bersamanya. Maaf dalam cuaca begini dia terpaksa menemankan aku ke Kuala Lumpur. Aku takkan bersendiri apabila ingin menyusup masuk ke Kuala Lumpur. Itu pasti.
Sampai di stesen komuter, aku beratur dan tiket untuk dia aku bayarkan. Erm aku yang mengajak maka aku yang menanggung semua. Itu juga pasti! Dia peneman setia kemana pun hala tujuan ku. Kami selalu bersama. Tiket yang ku beli, ku serah padanya. Menantikan komuter sampai. Aku dan dia berbual lagi. Macam-macam perkara. Tentang kuih raya...baju raya...minyak wangi...kerongsang. Aku sekadar melayan, senyum dan memberi respon yang seadanya. Itulah kami. Komuter sampai 15minit kemudian. Dalam segera tapi sopan aku dan dia menuju arah muka pintu. Harap dapat tempat duduk yang selesa dan yang penting bersama.

Telefon berbunyi. Aku punya. Ada SMS aku terima. "Tengah buat apa...?" aku semampu senyum dan segera jari jemari pinjaman tuhan ini aku menekan askara-askara yang tercipta , hasil teknologi manusia pintar. Sepanjang perjalanan aku berbual dengan dia dan sambil membalas SMS yang aku terima dan dia tahu SMS itu dari siapa. Tapi kini, telefon bimbitku sentiasa sepi. Tiada banyak pertanyaan yang keluar dari bibirnya yang mungil itu. Sambil dia membetulkan kerongsang tudungnya, telefonnya berdering. Adik call. Aku sekadar memerhati. Dan seterusnya hanya menikmati pemandangan di luar jendela. Panas.

Tiba di destinasi....aku lupa arah mana yang harus dituju. Maklumlah kami ke sini setahun sekali. Dia pun sama,ingat-ingat lupa. Arah selatan dipilih,macam lain. Ke barat, pun tak jumpa. "Kita tanyalah...." dia memberi saranan. Makcik yang sedang menyapu jalanan itu kami dekati dan bertanyakan arah. Auuuchhh...situ rupanya. Kesiannya dia berpeluh menemani aku yang agak daif selok belok di bandar besar ini. Tangga-tangga itu kami jejaki. Tiba ditingkat itu- maaf- kami telah berpindah ke bangunan Maju Junction Mall. Ah sudah....mana pulak arah nak ke Maju Junction ini?

Setahun sudah berlalu. Aku akan ke sana lagi. Mungkin hanya jika tiada aral hari Khamis ini. Dan arah juga berbeza. Putrajaya agaknya.Tapi kali ini bukan dengan dia. Kedinginan angkara pertelingkahan kecil antara aku dan dia sudah berlarutan 5 bulan lamanya. Tiada sebarang berita. Aku sepi begitu juga dia. Masing-masing membawa diri dan membawa hati. Sambutan hari lahir aku sepi tanpa dia. Masing-masing memberikan alasan 'sibuk'. Hadiah itu elok letak di atas meja solek aku. Memandangnya aku pilu. Disampaikan melalui perantaraan. Tidak seperti selalu kami berkumpul bertiga. Tidak untuk tahun ini. Mutiara ku tiba-tiba menitis...dia ada tapi semakin jauh. Aku kesat titisan yang semakin laju apabila teringat bagaimana dia cuba menceriakan aku di hari lahirku tahun yang lepas di saat hatiku sedang hancur dipermainkan lelaki itu. Dia masih disisi aku saat jiwaku punah. Ramadhan ini...?? aku tak tahu bagaimana agaknya Syawal untuk kami nanti. Temanku...aku rindu kamu. Jika kamu membaca ini, ketahuilah aku tidak pernah menyingkirkan kamu dari hatiku. Setiap perjalananku ada kamu dan tidak pernah melupakan kamu. Dah lama kan kita tidak berkongsi cerita? Apakah kita akan ada kesempatan untuk membuat persiapan Syawal bersama sebagaimana masa-masa kita yang lalu?? Maafkan aku teman... Semoga hidupmu sentiasa sejahtera.

8 ulasan:

Nl berkata...

errr igtkan tadi cikgu dah nak
balik kampung...

ONE ZABA berkata...

dalam situasi ni salah seorang nya mesti beralah.

pastinya masing-masing mengharapkan pihak yg satu lagi dtg untuk berbaik-baik semula.

apa kata anis yg pergi jumpa sahabat tu.jalinkan semula talian yg teputus itu. tiada ruginya.

myQza berkata...

teman sejati tetap di hati walau badai datang melanda :)

zaree berkata...

Cikgu..saya ni orang jauh ..dari Jala thailand..minat sangat tulisan cikgu ..lain dari yang lain..syabas..terus menulis..tabur dan tebarkan idia untuk minda insan
terimakasih
zaree

~Insan Biasa~ berkata...

err...kampung?
saya xde kampung.

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one...terima kasih nasihat.

~Insan Biasa~ berkata...

begitulah agaknya tED|...kot...

~Insan Biasa~ berkata...

selamat sejahtera zaree..erm, jauhnya datang. terima kasih kerana sokongan.