cari id yes guru sktp

30 Ogos 2009

kembali berdua



Setitik Kasih
Membuat Kita Sayang

Seucap Janji
Membuat Kita Percaya

Sekecil Luka
Membuat Kita Kecewa

Tapi
Sebuah Persahabatan
Akan Bermakna
Abadi Selamanya
Assalamualaikum.....salam itu khas tuju untuk tuan rumah. Senyum. Rindu. Lamanya rasa tidak berjumpa mereka. Bik Mis, adik ayah yang menetap di Kampung Jenjarum, Kuala Langat. Rindu. Pada adik - adik, Rina, Yati dan Nizaf. Nizaf, kini sudah jauh dari kami. Sudah sebulan dia berada di bumi Utara Semenanjung. Menyambung pelajarannya di UUM, Sintok. Biarkan, sebagai anak lelaki tunggal...tidak ada salahnya berjauhan dari keluarga sekali sekala. Belajar mengumpul pengalaman dalam hidup.

Ntah kenapa mata ini minta dirapatkan. Kepala berat. Lalu aku merebahkan tubuh di atas katil merah jambu itu. Terus dibuai mimpi. Jam loceng berderingnya ntah berapa kali. Aku biarkan. Sungguh aku tak berdaya pagi itu. Tapi terngiang-ngiang di telingaku tentang permintaan ibu saudaraku tentang niatnya untuk berbuka bersama aku dan ayah. Aku paksa melebarkan mata. Hah...9 lebih. Aku bangkit. Puteri...masih lena. Aku biarkan, aku pasti dia tidur lewat malam tadi.

Betapa seronoknya pabila mengenangkan kemeriahan malam nanti. Tidak terasa letihnya saat membuat persiapan . Bersyukur kerana Puteri bersamaku membantu. Idah, aku jemput untuk turut sama berbuka. Menambah kemeriahan Ramadhan. Dan akhirnya kami bertiga bersama menyediakan juadah berbuka petang itu. Masing-masing dengan tugasan masing-masing. Dan akhirnya jam 530 petang segalanya selesai. Dapatlah merehatkan diri 2 jam sebelum berbuka.

Lewat petang, salam itu kedengaran. Wah....ada kuih kegemaran aku dan ayah. Kuih nagasari dan kuih bakar yang mana ayah memanggilnya juga dengan nama kuih pecah lapan. Makin berselera. Juadah soto dan air oren sudah tersedia di atas meja. Di tambah dengan koktail sebagai pencuci mulut dari air tangan puteri menjadikan juadah hari ini pelbagai sehingga buah tembikai buah tangan yang idah bawa lupa untuk hidangkan. Idah...harap dia tidak berkecil hati. Aku lupa. Puteri juga mungkin lupa. Saat aku menulis n3 ini baru aku teringatkan buah tembikai itu! Maafkan aku ya Idah....

Hari berbuka yang sungguh bermakna. Amat jarang aku dapat alaminya. Untuk hari-hari biasa, cuma ada ayah dan aku. Kemeriahan semalam sudah berlalu tapi kenangan itu kan tersimpan rapi. Kesepian itu datang lagi setelah adik-adik sepupu ku pulang, setelah Idah juga pulang, setelah Puteri keluar balik ke Selayang hari ini. Puteri akan menghabiskan masanya bersama tunang tercinta dan adik kesayangannya untuk sepanjang hari ini. Maka aku berdua kembali. Dan kembali bersama dunia maya yang sering menemani diri.

6 ulasan:

Sis-Lin berkata...

nasib msh ada insan2 tersyg berbuka bersama2...huhuhuhu

<< s| tED| >> berkata...

seronok berbuka bersama2 dgn keluarga :)

ONE ZABA berkata...

kalau nak merasa lagi ramai time bukak pose...pegi la moreh. cukup ramai wooo!!!

~Insan Biasa~ berkata...

syukur walaupun datangnya sekali sekala dalam setahun-dua.

~Insan Biasa~ berkata...

yesss betul tED| ..saya selalu angan situasi begitu

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one...tetap tak sama jika nak dibandingkan berkumpul bersama ahli keluarga.