cari id yes guru sktp

03 Ogos 2009

Lihatlah bulan itu.

Rajuk? aku rajuk kah...? Perkataan-perkataan itu aku belum susun betul-betul. Ayat-ayat itu aku belum faham sungguh-sungguh. Maka aku rajuk....

Rajuk? rajuk kah aku? 1...2...3...detik mendekati. Aku masih belum faham. Maka aku ingin bawa diri. Menyendiri. Tapi aku bukan pendam rasa banyak-banyak...sekelumit cuma. Hahaha ini kan Ogos istimewa aku tak mahu rosakkan keistimewaan itu.

Ohhh rajuk.....juga bukan untuk lari dari realiti, tidak sama sekali. Cuma berusaha untuk menghadapi realiti. Maka aku perlu rajuk. berapa lama? bergantung kepada ringan berat rajukku . :-). Menguji diri dan........hasilnya aku nantikan. Kita bersangka baik sahaja. Tentulah....inikan Ogos Istimewa!

p/s : Catatan tambahan. bersangka baik-baik je...mengapa rajuk? sila rujuk aktiviti semasa saya....7/8...so kenalah rajuk sat...ekekke

Apa datang dari Rengat?
Sarat muatan buah rambutan,
Hati jangan rindu sangat;
Cubalah lihat dalam bulan.

8 ulasan:

ONE ZABA berkata...

baru nak tumpang gumbira dah merajuk pulak...

Anak benggali, anak hindu,
Ikan buntal, ikan selangat;
Hati jangan sangat merindu,
Tepuk bantal panggil semangat.

Cik Amy Sensei berkata...

salam..

jgn merajuk lelame yek..(^_^)

- jinggo - berkata...

Anak benggali, anak hindu,
Ikan buntal, ikan selangat;
Hati jangan sangat merindu,
Tepuk bantal panggil wak jinggo

he....pinjam dari cgu one

zai berkata...

Salam Anis..

Merajuk erk...biasala perasaan tu sesekali akan dialami juga oleh seme orang..tapi janji jangan muncung lama2 yer tak baik utk kesihatan..tapi utk senaman mulut tu oklah..hehehe

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one mari kita teruskan kegembiraan itu...abaikan saja rajuk saya itu...ahaks!

~Insan Biasa~ berkata...

tak tahulah cik Amy....lama kot...heheh

~Insan Biasa~ berkata...

Sungguh kental semangat Rambo,
Duduk bersandar atas bangku;
Tepuk bantal panggil wak jinggo,
Boleh dengar ke panggilan daku?

~Insan Biasa~ berkata...

Hahaha kak zai nih...

Anak jawa di cari Latif,
Baca buku atas para;
Tiba-tiba jiwa jadi sensitif,
Tapi rajukku cuma sementara.