cari id yes guru sktp

04 Ogos 2009

Jangan nak pandai-pandai !

Balik dari sekolah, kaki kanan rasa tegang. Dari paras betis hingga ke hujung jari. Tapak...aku tahankan aja ngilu tatkala berjalan, tatkala menekan brek kenderaaan. Kenapa? mungkin melalui lorong-lorong berliku di sepanjang perjalanan . Perjalanan maaasiihhh jauhhhh.

Sentap! Giliran aku pulak hari ini. Agaknya. Salahkah pertanyaan untuk suatu kepastian hingga pertanyaan itu disergah??!! Berbaur tuduhankah pertanyaan itu sehingga seolahnya merempuh ego seorang lelaki yang bergelar pemimpin dua keluarga?? Atau dia sekadar mahu menyatakan pimpinan aku - lelaki - sebagai ketua tiada salahnya. Maka mana mungkin perkara sedemikian berlaku kepada anak pimpinanku...??

Jika begitu apalah lagi tugas guru ? Hingga pertanyaan disangka tuduhan?
Jika begitu apalah lagi kerja guru? Pemberi gred kepada keputusan akademik semata?
Jika begitu apalah lagi fungsi sekolah? Tempat penjagaan kanak-kanak kepada mak ayah yang jarang di rumah?

Sahsiah??? Mungkin tidak layak untuk cikgu-cikgu yang belum beranak! Jadi, awak jangan nak pandai-pandai! Begitu mungkinnya....

Arrgghhh.....kaki aku makin tegang....makin berdenyut-denyut! Pengalaman Ogos yang istimewa...Terima Kasih.

Kalau udang dibuat gulai,
Daging rusa dimasak kari;
Kalau wang jadi pemakai,
Budi bahasa pengiring diri.

12 ulasan:

a kl citizen berkata...

perjalanan hidup guru... begitulah ceritanya

Bapak berkata...

gitulah cabaran seorang pendidik...

ustazah dyLLa berkata...

jika sume ni xditempuhi, apakah erti sebenar seorg guru itu???

theconfused berkata...

seolah mcm ada org berkata, awak tak sakit, awak tak faham..


sabar ok.. :)

ONE ZABA berkata...

Tetak pandan di tepi bendang,
Terbang ke desa burung kenari;
Tercampak badan di rantau orang,
Budi bahasa pelindung diri.

Sapu la minyak afiat kat kaki tu....

kakpah berkata...

it is one of those days. sabau je la...

~Insan Biasa~ berkata...

guru,cikgu,sir,teacher,puan,bonda,ayahanda....begitulah situasinya.

~Insan Biasa~ berkata...

cabaran tu sentiasa ada...dan semakin mancabar saban waktu.

~Insan Biasa~ berkata...

erkkk...yelah ustazah dilla....guru dalam erti kata yang sebenar adalah...

~Insan Biasa~ berkata...

the confused, terima kasih memahami.

~Insan Biasa~ berkata...

pakai sandal jek la pasni....

cgu one,
saya hampir kehabisan stok berpantun nih...hehe

~Insan Biasa~ berkata...

kalau tak sabau, letak jawatan....ada sanggup?
heheh sekolah itu dunia saya, mana mungkin!