cari id yes guru sktp

01 Mac 2009

Isk...Ain Zulaiqha !



Salam hari minggu. Ain. Korang masih ingat budak Ain? Entrynya yang lepas boleh baca di sini dan di sini . Saya suka nama penuhnya, Ain Zulaiqha. Lamanya Ain tidak hadir ke sekolah. Alasannya, takut teacher B.I. Dia garang. Ain tak mahu pergi sekolah sebab ada teacher garang! Kali akhir Ain hadir seminggu sebelum cuti raya cina. Isnin dan Selasa. Lepas tu terus Ain cuti. Ibunya beritahu aku, dia nak bawa Ain pergi berubat. So, tidak akan hadir sekolah.

Lepas habis seminggu bercuti, aku tunggu Ain. Aku harap Ain datang. Hari-hari tunggu. Ain tetap tak muncul. Iskk...dak Ain nak sekolah ke tidak ni? Penyelia petang pesan, "awak beri surat amaran Nis....janji kita beri surat " . Erm...okaylah. Dah hari-hari aku tanya kawan-kawan Ain.
"Ain ada hari ni?"
"Takde cikgu!"
"Cikgu....nak tanya kamu semua ni, siapa ada ejek Ain gemuk?"
"Eh....mana ada kitaorang ejek dia cikgu....kitaorang tak cakap apa2 pun.." sorang bersuara membela diri.
"Ye ke? abis tu cikgu ada dengar Ain tak nak datang sebab ada orang cakap dia gemuk, tak cantik...tak lawa..."
"Tu budak darjah satu yang cakap la cikgu.....Fitri menjawab"
"Mana awak tahu? awak nampak? awak dengar?"
"Tak la....tapi Ain cakap kat saya..."

Adeh....kena ejek dengan budak darjah 1 , Ain jadikan punca tak nak datang sekolah.
Walhal.....adik tu mungkin sekadar seronok nak buat Ain jadi kawan. Cuma tersilap pendekatan.
Adoii....cikgu BI garang, Ain jadikan sebab mengelak untuk hadir kelas.
Walhal....cikgu BI garang kalau ada yang tak buat kerja sekolah. tak bawak buku BI. Errkkk teacher BI garang melampau ke? Korang kena rotan ke dengan teacher BI?
"Taklah cikgu!" hampir satu kelas menjawab.
"Cuma teacher marah je....itu pun kalau......" ayat seterusnya macam yang kat atas tu la.
Agaknya muka teacher BI yang putih melepak tu tuko kaler merah menyala-nyala bila marah kot. Isk....Ain....Ain...

"Cikgu....saya tahu rumah Ain. Dekat dengan rumah saya".
La.....dah berminggu2 baru ada yang buka mulut tahu di mana Ain. Aku punyalah selongkar fail peribadi Ain semata-mata nak cari alamat Ain. Ekekekek...lenkali tanya dulu.

"Awak tahu? cikgu nak kirim surat, awak boleh tolong bagi pada mak Ain?"
"Boleh!"

Esoknya...belum pun sempat aku titipkan surat pada posmen cilik aku. Ibu Ain datang ke sekolah. Aku senyum dari jauh. Masih mengah. Ekekekek maklumlah terlewat sampai sekolah. Jalannya jadi laju...tapi tetap terkedek2...ekekekek sebab berkebaya batik .

"Ha, kak...hantar Ain?"
"Tak cikgu....saya dah tukarkan Ain sekolah kat Shah Alam. Ni datang nak amik fail peribadi dia"
"Tukar sekolah?"
"Iye cikgu, kat sana ada datuk sedara yang dia takut sikit"
"Oh....oklah tu ade yang dia gerun. Akak kerja kat mana sekarang?"
"Sekarang tak jadi jaga lagi cikgu. Akak dah tukar kerja kat Syabas. Senang sikit kerja separuh hari. Petang boleh hantar Ain sekolah."

Sedikit perihal Ain. Macam-macam kerenah. Ada sahaja alasan Ain. Aku harap Ain tak akan menyusahkan Ibunya lagi selepas ini. Semoga kisah Ain pada hari ini akan buat Ain tersipu-sipu malu bila di ungkit semula masa dah jadi ibu kelak. Ekekekekek....dan Semoga Ibu Ain terus tabah menghadapi kerenah Ain . Kerana Ain Ibu selalu ambil cuti. Kerana Ain Ibu tukar kerja. Kerana Ain Ibu perlu hadapi macam-macam perkara. Harap Ain jangan lupa Ibu. Harap Ain ingat jasa Ibu. Harap Ain tak buat hal di sekolah yang baru. Isk....Ain Zulaiqha!


5 ulasan:

ONE ZABA berkata...

aman la anis lepas ni kut....usah dirindu pada ain tu lagi

~Insan Biasa~ berkata...

ekekekek...tapi kesian la. 2 bulan ketinggalan pelajaran...

.: mama cute :. berkata...

apa pong kadang2 parents ni mcm ikut sangat anak ek.. kalau parents berkeras.. maybe anak dia akan ke skola.. just like asymawi in my school.. dia tanak ke skola.. mak dia kata takpe.. then 1 taun tak p skola.. bla masuk yr 2.. buat perangai tanak pegi.. kali ni kaunselor skola aku wat pendekatan len.. pujuk punya pujuk.. hanya 2 minggu smua clear.. kalau ikut mak dia.. nak amik balik anak dia.. atas alasan kesian.. isk isk isk.. kalau tak berjaya esok, nyusahkan orang.. sapa yg patut kita kesian? susah betol la jenis parents mcm ni..

harap2 si ain ni akan ingat pada jasa mak dia..haru tol

~Insan Biasa~ berkata...

to mama cute :

erm....mak ayah sekarang . tapi nak buat cenggana, kalau dah zamannya memang begitu kot....

Big Mamma Bukhari berkata...

u mmg seorang cikgu yg prihatin.. syabas!