cari id yes guru sktp

14 Mac 2009

Menantu Ayahanda

Cuti sekolah dah bermula. Minggu-minggu sebelum cuti pun sudah penuh hujung minggunya dengan majlis-majlis perkhawinan. Rasanya dah macam tisp-tiap minggu makan nasi minyak ni. Dan minggu ini aku penuhi pula jemputan daripada Ayahanda Azman.

Tahniah untuk mantan GB aku-Cikgu Mohd. Azman Abd Rashid PJK, yang biasa aku panggil ayahanda kerana dapat menantu baru-pegawai polis tu. Majlis diadakan di Dewan SMA Hishamuddin ,Kg Jawa, Klang. Meriah betul majlis kali ini. Ramai tetamu keluar masuk, sentiasa. Maklumlah, ayahanda aku nie ramai kenalannya . Seronoknya, ini pertama kali aku dapat menyaksikan live pengantin lalu bawah pedang.....hehehheh. Selamat Pengantin Baru buat Aziemah dan pasangannya Firdaus. Semoga berkekalan bahagia yang dibina. Esok pun ada lagi jemputan perkahwinan, ntah aku pergi ntah tidak.isk,isk,isk......


Anak Cina memasang lukah,
Mari dipasang di kayu jati;
Kasih sayang tidak berpisah,
Ibarat rambut bersimpul mati.

3 ulasan:

Tirana berkata...

Alhamdulillah..ramai yang dah bertemu jodoh..Semoga berbahagia..

Big Mamma Bukhari berkata...

selamat pengantin baru kepada kedua mempelai..
tq anis.. sudi singgah ke blog t..
anis pulak cuti sekolah ke mana? t adalah plan nak ke ikea dan balik kelantan hujung mgu ni.. ada kenduri kawin jugak kat kg suami tu..

Membrozer berkata...

jangan jiwang-jiwang lah bagus masak dan makan. lagi bagus