19 Mac 2009

Kelupaan yang menjadi-jadi.

Lupa- mengikut kamus dewan bermaksud tidak timbul dalam fikiran,tidak ingat,tidak sedar. Aku lupa. Semakin hari semakin menjadi pelupa. Hari ini aku kehilangan. Tapi aku pasti barang yang aku hilang itu aku letakkan di suatu tempat. Masalahnya, aku lupa di mana tempat itu. Aduh...susah benar jadi seorang yang pelupa. Dan perkara yang ingin sangat aku lupakan, tidak pula ia hilang dari ingatan. Bagaimana? Perkara yang sepatutnya aku ingat tidak ia kekal difikiran. Dan perkara yang patut aku lupakan tidak pula ia pergi dari kotak memori. Sampai pening kepala aku. Puas sudah kumencari. Di sana, di sini, dan di situ tetapi masih tidak kutemu. Puas sudah ku mengingat, tetap juga tidak timbul ingatan dalam fikiran. Aku buntu. Aku perlu menemukannya, sebelum ada sesiapa yang meminta. Penting.

Ok diri...aku kata pada diriku sendiri. Bertenang dan rehatkan mindamu seketika. Berusaha lagi di lain masa kerana aku sangat pasti ia ada. Oh....aku suka untuk menjadi seorang kuat ingatan. Ramai di luar sana mempunyai daya ingatan yang tinggi. Namun sekali sekala lupa kan terjadi. Usah gelabah wahai diri. Tenangkan hati.

Apakah kerana terlalu banyak perkara yang dikumpul dalam minda, menjadikan ia tidak sedar ?Mungkin. Apakah kerana tumpuan pada sesuatu itu punca tidak timbul sesuatu perkara yang lain dalam minda? Juga satu kemungkinan. Wahai diri tenangkan fikiranmu. Biarkan ia timbul dalam fikiranmu satu persatu. Usah didesak...usah dipaksa. Kesakitannya dirimu juga yang menanggung kan?

Ah....aku pelupa? Itulah sebabnya apa-apa barang atau dokumen yang ku terima di sekolah, aku selalu memberitahu pada temanku di mana aku menyimpannya. Dan malang....hahahha adakala aku terlupa pada siapa aku meninggalkan pesan. Seseungguhnya , apa yang ada pada kita milik Dia. Dia memberi dan Dia berhak untuk mengambilnya. Semoga Dia mengambilnya sementara sebagai ujian pada aku hamba-Nya.

Bercerita tentang lupa pada sesuatu kerana terlampau menumpu pada sesuatu yang lain, ibarat banyaknya benda yang mahu diingat sehingga lupa. Aku teringat....percayakah teman-temanku sekalian....yang aku pernah menjadi insan gagap? Aku masih tersenyum apabila mengingat peristiwa lalu. Dan gagap itu bukan diwaktu zaman kanak-kanak tatkala mahu bertatih bertutur kata. Gagap terjadi setelah sah aku bergelar guru. Hahahha patutkah seorang yang gagap menjadi guru? Berkursus ....menemukan aku dengan guru-guru lain di sekitar Selangor dan KL. Aku menyuarakan suara hati....tergagap sikit-sikit masih ada. Mereka berpendapat, itu kerana terlampau banyak perkataan yang hendak dikeluarkan, sampai tak tahu mana yang perlu dikeluarkan dahulu. Maka kau jadi gagap. Heheheheh benarkah begitu? Ada sesiapa pakar boleh menjelaskannya? Alhamdulillah....gagap itu sementara. Aku sendiri tidak sedar bila ia pergi.

Makin jelas di sini. Segala yang ada, adalah pinjaman semata. Pada bila-bila masa boleh diambil semula-sama ada sementara atau selamanya. Dan apabila apa yang kita ada ini sedang dipinjamkan kepada kita, terpulang kepada kita untuk menggunakannya bagaimana dan untuk apa.

Belah buluh bersegi-segi,
Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai bagai,
Lebih laut dari daratan.

6 ulasan:

Tirana berkata...

Kena sediakan note book..Semua perkara penting catit dalam buku tu..so kalau terlupa senang nak buat rujukan..hehehe.. Kak tirana pun kadang-kadang jadi pelupa juga, maklumlah dah tua..ehehehe

~Insan Biasa~ berkata...

baik kat Tirana...tapi kalau ditakdirkan kita terlupa mana kita letak buku catitan tu bagaimana? Hehehhe

Lily Abdullah berkata...

Salam cikgu Anis,

Lupa adalah perkara biasa bagi pesakit(CP) macam kak Lily. Paling tidak bagus sekali, ialah kita lupa nama orang yang kita pernah bertemu.

Acapkali mengulangkaji pelajaran,golongan seperti kami akan terpaksa menggandakan usaha.

Alahamdulillah! Allah swt itu Maha Adil untuk segala sesuatu. :)

Lily Abdullah berkata...

Saya setuju sekali dengan cadangan Tirana itu. Ya, note book. Mungkin alterhatif kepada masalah dari marah2 tidak tentu pasal kepada diri :)

mohd nor a.k.a saintis berkata...

kalau gagap terjadi kerana terlalu banyak yg ingin dicucapkan, adakah mungkin `pelupa` terjadi disebabkan terlalu banyak berfikir? tapi kadang kalau aku bersyukur menjadi pelupa .... well sekurang2nya aku tak menjadi pendendam dengan kerana kuat ingatan itu ...hahaha.. ciptaan Allah adalah sempurna dan terbaik. :)

~Insan Biasa~ berkata...

Betullah tu kak Lily ..saintis. Semua yang berlaku adalah kehendakNya dan setiap yang tersirat disebaliknya hanya Dia yang maha mengetahui...