cari id yes guru sktp

21 Januari 2009

Tapi saya nak.....

Kisah budak-budak kecik lagi......
Sedang aku bersiap-siap nak keluar, aku dapat panggilan . Tengok nombor. Sape nih...? Tak kenai nombor. Jawab jugak lah....sebab panggilan masuk dari no yang aku beri kepada '........' untuk hal2 yang bukan peribadi. Hal2 yang tiada kaitan dengan kerja ade nombor lain. Hehehehe

Erm....rupanya dari ibu salah seorang anak murid aku da....Ain buat hal lagi tak mahu datang sekolah. Adeh...!! Camne ek nak buat? Ibunya siap minta tolong aku cadangkan sekolah mana nak hantar anaknya tu, supaya nak sekolah.

"Ain kat mana sekarang, kak?"
"Ada ni dengan akak....dia datang tempat kerja akak...".
"Erm....xpelah biar dia kat situ dulu, nanti petang saya pergi sana ye..."

Actually minggu pertama ada 3 hari budak ni datang sekolah. Elok je, nak kata kawan usik dia ke...buli dia ke...xde pulak dia mengadu atau...kawan2 tolong adukan. Selepas tu 2 minggu x datang. Ya ampun.....Ibunya cakap dia ikut ayahnya balik K Selangor. Sangka si ibu anaknya bersekolah di sana . Rupenya 2 minggu kat sana pun x sekolah. Bawak balik sini. Elok2 datang sehari, hari ni buat hal lagi. Aku ada meeting pulak tengahari ni. So....thats why aku janji datang petang. Habis saja mesyuarat, terus minta izin keluar sekejap....jumpa budak Ain ni kat tempat kerja ibunya....nasib baik dekat, dapatlah aku ekori dak Ain. Ibunya bekerja sebagai jaga di sebuah sekolah berhampiran.

Elok2 aku sampai. Sah...Ain ada kat situ sedang menikmati air oren. Aduh la Ain, cikgu pun tak sempat nak minum tau! Aku terus dekat dan ajak pergi sekolah. Dia menolak..."tak nak". Selamba je cakap. Tak takut dan tak ada riak wajah bersalah langsung. Dia macam :seronoknya tak pergi sekolah. Cikgu datang tengok aku lagi!....EEEEEEEeeee aku sabor je la. PERHATIAN kan?

Alasan untuk tak nak ke sekolah. Kerja sekolah bahasa Inggeris belum siap. Malam tadi nak buat, mak kata nak tidur. Ha tu la pasal tak siap. Pagi Ain buat apa? Ain senyum aje. Aku pujuk, pergi sekolah. Kalau takut cikgu Inggeris, tak payah masuk kelas tu. Ain boleh masuk kelas lain. Tak nak....Adeh! Abis tu camne? Takkan tak nak sekolah langsung? Kata nak jadi polisssss.....?
Nak jadi polis kena pandai baca,pandai tulis.....kena berani. Jom ikut cikgu pergi sekolah...kelas BI dah abis dah....Tak nak, cikgu tipu! Hek elehhhh budak nih. Okaylah....hari ni last Ain cuti, lepas2 ni takde cuti lagi yea. Besok datang sekolah? Ain kata...okay...tapi saya nak ikut cikgu kalau teacher masuk....Ain masuklah kelas teacher lain. Tak nak....nak ikut cikgu....Ish pelik lah budak nih. Hati aku macam digaru2. Kelas aku tu cikgu2 yang masuk semua macam singa. Aku pun ler. Tapi....ntahla. Okaylah...ikut cikgu...ikut cikgulah. Tapi janji lah datang sekolah? Angguk jer. Ish boleh pakai ker angguk budak ni? Betul ni? angguk lagi...tapi....Ha? ada tapi lagi ke? apa? Tapi saya nak duduk kat depan sekali...takut cikgu tak kasi? Apa2lah.....tapi Ain janji datang sekolah..?

Selesai 15 minit. Okay esok kita jumpa kat sekolah yea. Aku melangkah keluar pagar sekolah. Ibu Ain, terima kasih cikgu...menyusahkan cikgu aje. Ain, bye-bye cikgu. Aku bergegas balik SK aku. Terus masuk Hormat. Dah lewat 10 minit. Lalu depan kelas Gigih....Ade sorang dok kat luar kelas, mengadap dalam kelas. Aik kak? Sapa aku pada cikgu kat dalam....hukuman ke? Sambil2 angkat kening. Ha...Nis, ni dua orang anak kau....tak terkawal! Aku jengok, elok je dua hero dok bersila depan kelas, nampak muka aku diaorang leh senyum2 lagi....Ekekekkekek...Gigih dengan Hormat....serupe jerk. Cikgunya tak sempat nak bersopan santun! Dua hero aku tu....dua hero ....Hero sungguhlah! Baru sebulan....kalau setahun, mati akal cikgu! Kat sekolah aku tu, cikgu yang paling digeruni dah pindah sekolah, agaknya dah tak larat menjadi guru yang digeruni murid2...Hahahaha (gurau jek). Tapi betul ,cikgu yang kitaorang pinjam namanya untuk gertak murid nakal, dah takde!

Ain....Di dalam kelas takut nak cakap. Di luar kelas takut hilang pulak. Setiap soalan aku Ain boleh jawab dan Ain ada alasan. walaupun alasan yang x boleh pakai. tak nak sekolah. Sekolah balik pukul 6.30....kenapa tak pukul.....

aku: lor! Ain mahu PERHATIAN. Esok, aku tunggu Ain dalam kelas!

8 ulasan:

pusat berkata...

pusat pun tak mo g kelas la camnih... ti cikgu pujuk pusat ek... :P

~Insan Biasa~ berkata...

to pusat:

mcm pusat...senang jek. sebab pusat ada mrs pusat. cikgu contact2 mrs pusat jer....kuikuikui

ONE ZABA berkata...

aku pong tak mau gi kerja la. nak ikut cikgu anis masuk klas la. boleh la ha cikgu.

::SRISUFI:: berkata...

salam kak...

hehehe
teringat lak zaman sekolah dulu...


macam nak jer ulang balik zaman tu kak

alahai sri tengah rinduuu..

.: mama cute :. berkata...

si ain tu kena anto ke kaunselor skola ngko.. anak murid aku ada sowang pesen tu. dia masa tahun satu datang skola 3 hari then terus tak datang stahun..

this year mai skola aku plak.. wat perangai mcm kat skola lama.. so kaunselor aku amik dia. (ko bayangkan aku ngan high heel kejar dia keliling skola sbb dia nak ikut mak dia balik) pehtu bila kaunselor amik, kaunselor pon jalankan le tugas2 kaunselor. seminggu kemudian, mak dia antor tak perlu lagi aku kejar dengan penuh semangat kesukanan..

so kat sini, kaunselor ko patut main peranan dalam mengendalikan budak bermsalah mcm ni.. sometimes kita tak leh nk cater suma problem kanak2 riang.. ko mintak tolong kaunselor la.. kalau kaunselor ko nak membantu.. hehehe

~Insan Biasa~ berkata...

to mama cute:

Memang itulah yang aku nak buat pun. Ingatkan hari ni (22hb) dia datang. Ler...tak datang lagi, Peh tu nak buat cenggana...

Budak tu, xde pun nangis2 peluk2 mak or lari nak balik. Bila time kat sekolah tu. Okay jek cam xde apa hal pun. Aku akan hantar itu budak g kaunseling. Dah masuk dalam agenda aku dah pung..

~Insan Biasa~ berkata...

to sri:

Awat sri? Sri dulu masa sekolah camtu ka? Tak mau g sekolah...tak mau masuk kelas? Sri takut ngan cikgu mana plak? hehehhehe

Rindu? Rindu sape...? akak ek? hahahha

~Insan Biasa~ berkata...

alamak? one z....nak pantau saya ker? dah la hari itu cekup saya tak tanda buku murid on time.....hehehehheh