15 Disember 2008

Lelaki Budiman

Aku dapat ni daripada buku yang ku baca bertajuk : MARAH-MARAH SAYANG, MEMBONGKAR RAHSIA LELAKI KALA BERCINTA, oleh LILY HASLINA NASIR.

Signal 1 :
Biarpun berkali-kali anda terlewat bersiap untuk temu janji, dia tidak marah-marah. Jauh sekali membebel. Dia akan tersenyum. Dan, mungkin menegur dengan cara paling bersopan dan berlapik.

Signal 2:
Anda menyakiti hatinya secara tidak sengaja. Lelaki budiman tidak marah melulu. Dia meluahkan secara terus terang. Kalau sudah hilang sabar, mungkin dia mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada anda. Dia tidak akan bergaduh atau menghempas telefon. Bergaduh dengan perempuan hanya membuang masa baginya!

Signal 3:
Anda keluar makan dan si dia memesan sup tulang. Yang sampai sup sayur perasa tomyam. Si dia cool dan meminta dengan sopan agar pelayan restoran menukarkan hidangan. Kalau hidangan masih tidak menepati selera, dia ketepikan. Tidak menjamahnya dan hanya menunggu anda menghabiskan makanan.

Signal 4:
Lelaki budiman tidak akan bercakap ketika nasi penuh di dalam mulutnya.

Signal 5:
Dia tidak pernah berbual di telefon dengan suara yang boleh didengar dalam jarak selang sebuah rumah!

Signal 6:
Dia tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupun anda sudah menjadi pasangannya selama 10 tahun.

Signal 7:
Walaupun dia sakit perut dan mahu terkentut, dia tidak lakukan di depan anda. Dia akan bangun meninggalkan anda senyap-senyap dan melepaskannya jauh daripada anda.

Signal 8:
Lelaki budiman mesti menggosok giginya sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Signal 9:
Kalau melihat anda membawa barangan dapur atau beg shopping yang banyak, dia akan menghulurkan tangan, tolong membawanya.

Signal 10:
Jejaka budiman kalau membuat kebajikan tidak selesa menjadi tumpuan ramai.Biarpun menyedari dia memiliki keistimewaan tertentu.

Signal 11:
Lelaki budiman kalau terpandangkan perempuan seksi ataupun sesuatu yang menjolok mata,dia tidak akan bersorak apa lagi memandang dengan ghairah. Dia maintain cool!

Signal 12:
Dia tidak akan mengungkit kisah lama anda,biarpun dia tahu kehadirannya hanyalah sebagai cinta kedua anda.

So,kepada sahabat-sahabatku atau sesiapa sahaja yang membaca n3 ini, apakah kesahan signal-signal yang diutarakan di atas?

p/s : Actually ada 25 signal, aku senaraikan separuh aje. Satu lagi peringatan, tiada sesiapapun yang sempurna....

8 ulasan:

pusat berkata...

wah.. seksanya nak jadi lelaki budiman.... tp pusat dah takde pilihan... takkan nak jadi wanita budiman pulak... huhuh

~Insan Biasa~ berkata...

bukan senang nak jadi budiman. Tapi susah juga kalau dapat orang budiman. Orang yang budiman akan menuntut pasangannya pun budiman. betul ke?

pusat berkata...

mungkin... tapi camne kita nak tahu kita ni budiman? adakah orang yg menilai perlu budiman?

heheh...
(dan adakah orang bernama Budiman layak mengaku dia budiman dari kita yang tah berbudiman atau tak budiman...)

~Insan Biasa~ berkata...

aikkk...tentu kita sendiri tahu yang diri kita ni macamne kan...

penilaiannya adalah drpd orang lain. Mereka melihat lalu akan menilai apa yg mereka lihat. Dan budiman mungkin juga berbeza bagi setiap individu. Tak gitu? Budiman juga salah satu perkara yang subjektif...itu pandangan saya.

Kalau dah nama yg diberi 'Budiman' ...maka itulah namanya seperti yg tercatat dlm IC, cuma tuan punya diri je la belum tentu bersifat budiman...heheheh
Mungkin ibubapanya berharap anak itu org yg budiman pabila dewasa kelak maka nama itu menjadi pilihan.

Lagipun kita mungkin budiman pada si A, tetapi belum tentu kita ni budiman pada mata si B . Subjektif la.

pusat berkata...

ooo... kalau mcm tu pusat leh dianggap diri pusat budimanlah.

kalau org lain tak anggap mcm tu pusat pun leh anggap org tu tak budiman.

pusat berkata...

kalau leh nak tahu separuh lg tu... heheh...yg separuh pertama ni byk tak lepas...

~Insan Biasa~ berkata...

hehehhe kalau ikut signal penulis buku ni, maknanya pusat x budiman la...kuikuikui.

Nak separuh lagi? ermmm...x sempat nak buat tghari/ptg nie. Insya'allah, malam nanti saya post yea, atau bila berkesempatan. Tuuunnnggggggguuuuuuuuu!

pusat berkata...

pusat yg bodyman

signal 1
kalau sekali dua terlewat ok le kak. kalau berkali-kali boleh mendatangkan marah. panas punggung tunggu.

signal 2
setuju

signal 3
makan je la. takkan nak tunggu. kalau tolak ketepi pun kira satu pembaziran. kalau pusat le kan... memang pelayan tu kena fire...

signal 4
setuju

signal 5
setuju

signal 6
10 tahun takkan nak berpura2 lg... hehehe

signal 7
pusat lepas jer.. tp kontrol ayu la... hehehe...

signal 8
setuju tapi ape related nye

signal 9
kalau cople... takkan bawa kedapur... silap silap ke bilik...
tp kalau dah kawin... emmm bawa sendiri la... bahagi sama rata

signal 10
setuju

signal 11
emmm emm mmm..

signal 12
pusat takkan tanya melainkan dia mula dulu