cari id yes guru sktp

07 Oktober 2009

Uptown KD

Seminggu lebih puteri habiskan masa dengan aku. Rumah aku dah jadi macam kampung dia pulak. Tapi tak pe aku suka. Puteri ada rutin harian aku ada perbezaan daripada biasa. Maklumlah ada tamu ...tamu kenalah dijaga makan minumnya semua. Sungguh ....kalau puteri duk ngan aku...rasanya kerja aku masak je kot....makan je rasanya....hahahaha.
Aku jadi ratu dapur! pagi2 bangun ...dapur....tengah hari, dapur....malam, dapur...

Tu la pasalnya walaupun korang nampak aku online....tapi sebenarnya aku takde depan laptop aku pun...sampai ada jugalah yang bunyi2 nak merajuk dengan aku. Wakakakaka....sorry ler darling....intan payung....tengah nak belajar2 menjarakkan masa supaya tak menjadi gila blogging....heheheh.errrkkkk berjayakah misi aku itu???

boleh...kalau puteri selalu lepak rumah aku...wakakaka...coz kalau puteri ada, aku lebih suka layan dia tengok TV. sekarang ni pun aku dah mula asyik teringat TV, rindu kat TV. Lama sudah aku tinggalkan TV rupanya....sorryyyyy....

Aku tak ingat...dah hilang memori tarikh bila gambar kat bawah ni diambil. Yang pasti dalam bulan Syawal ni juga. Saja makan angin malam-malam kat uptown kota damansara. Ha...puterilah pun yang bawa aku. Zihah ikut sekali. Syokk juga. Tengok....dara-dara (dua je ye) sorang tu mak dara-kihkihkih-zihah la sapa lagi....ada ke memalam pun melaram spek mata hitam....saja, buang tabiat!



Tiada ulasan: