31 Mac 2009

Pertanyaan tentang CINTA

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.


p/s : pertanyaan ni aku dapat dari seorang kawan di mailbox aku. Aku tak dapat nak jawab. Coz cinta dalam diri aku buat masa nie......ermmmmm.....ntah! Apa kata korang-korang plak?

30 Mac 2009

Rawat Hati - Al-Baqarah : 186

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon k epadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku....

29 Mac 2009

Bertunang dah....

Ahaks....aku takde idea hari ni dan beberapa hari ini. Cuma saja nak memenuhkan entri yang dah beberapa hari takde entri....wakakakaka ayat pun tunggang terbalik dah nie...Al-maklum le...kan aku UNIK...ihiks. Rasanya entri lepas dah ade gambo cincin...tu cincin kawin. Hari ni aku buh lagi gambo cincin...ni kali cincin tunang pulak.....eh cincin tunang aku mana ek...huhuhuhu dah kena pulangkan. 6 tahun dah berlalu. Lupakan!

Hari ni dapat jemputan cikgu satu sekolah pula bertunang. Teringat zaman aku tunang dulu. Koboi jek...ahaks. Alhamdulillah tak buat beso kalau dak terkilan gak la. Semuanya Rahsia Allah.
Okies...sat g pas zohor aku akan memenuhi jemputan orang nak bertunang tu. Seawalnya di sini aku ucapkan Selamat Bertunang. Nasihat aku...takyah lelama. Segerakan je. Nasihat berdasarkan pengalaman aku nih. Chewwwaaahhh. Tapi aku amat percaya ramai yang bersetuju dengan nasihat aku tu kan?

Selamat menempuh alam pertunangan kepada Ustazah Noor Atiqah dan pasangannya..............(x tau nama) hehehe. Gambar nanti2 kay....Sehingga itu, adios...aku nak masuk dapur. Cooking time. Tatatatttititititutututu.

Kemaskini - 9:17 malam. Nielah orang yang bertunang tu. Orang Jalan Kebun nie dah jadi tunangan orang Sungai Lang tau! Ok Atiqah....Selamat berbahagia.

p/s : La nie dah dua-tiga mulut 'membebel' kat aku....asyik-asyik g kenduri kawin...orang tunang...tuan punya badan ntah bila. Senang je aku jawab....ITU RAHSIA ALLAH. Okay guys...!

Dari Sabah terbang ke Kedah,
Singgah Langkawi naik feri;
Berkenal sudah berkasih pun sudah,
Menunggu hari cincin di jari.

25 Mac 2009

Aku yang UNIK

Semalam...jadual aku full. Tapi budak terpaksa belajar sendiri. Aku bermesyuarat SisBT bersama GB dan semua guru-guru MT,SN dan BI. Perghhhh...12.30-2.45! Panas punggung memasing. Aku rasa 1 jam pertama semua ok. Selepas 1 jam pertama tu, masing-masing dah membongkok. Cikgu pagi dok jeling jam....cikgu petang dok tak senang. Ahaks! Hari ini mesyuarat lagi...Pengurusan. Para pentadbir je yang terlibat. Maaf cakap.....panas jugak kot.....12.30-3.50...lama tuh!

Aku pula..ntah cam tak semangat pula hari ini. Mungkin sebab tidur lambat semalam kot. Leka. Hari ini juga ada pemeriksaan kesihatan kat sekolah. Tapi bukanlah free...ada bayaran-RM10. Aku ikut sekali...hasilnya? taaadddaaaa....

  1. lemak badan (%)- 36.1 - sadis...aku dalam kategori gemuk daaaa....yang normal 28-34.
  2. tahap % air dalam badan - 46.8 (45-60) - normal
  3. kepadatan otot - untuk aku yang dikata tinggi lemak ni...otot aku kat tahap 3. maknanya otot aku padat ler...1
  4. kadar metabolik basal - 1088kcal - sekali rendah pulak metabolisme aku. sepatutnya dalam julat 1150-1200
  5. kepadatan tulang - 1.9kg - huhuhuhu x padat tulang aku. untuk umur/tinggi dan berat aku...kepadatan tulang yang sepatutnya ialah 1.97-2.40
  6. lemak visceral - 6 - aiyyya tinggi wo...yang idealnya 4 je.
aku check tekanan darah pulak....ermm...cikgu...i think cikgu tak berapa ok nie...tak rileks. takper...cikgu g check gula dulu nanti kita buat tekanan darah.

hasilnya....
  1. tahap glukos dalam darah - 6.3 mmol/L ; normal (3.0-8.0).
  2. tahap kekerasan saluran darah - 1 ;normal (1-3)
Dan menurut pakar yang memeriksa...dia kata sistem aku UNIK....fisrt time jumpa. hoh....iye ker? hahahah aku manalah tahu bab2 nie. Reason dia kata gitu...kata dia...

"biasanya kalau kepadatan otot tinggi...maka kadar metabolik dan kepadatan tulang juga tinggi. Tapi pelik sebab cikgu punya rendah. Dan lemak visceral cikgu pula sepatutnya rendah tapi bacaan kita kat sini lemak visceral cikgu tinggi."

dia tambah lagi....

"dengan tinggi dan berat cikgu nie,actually normal...sepatutnya lemak dalam badan cikgu pun normal tapi ......" ekekeke aku gelak jer...dan tanya..uiks, napa leh jadi tunggang terbalik? celaru jerk bunyi..."tu la saya pun pelik...sistem badan macam .......(no words ).

Then...p check tekanan darah sekali lagi....hasilnya

149/90 - actually u takde tekanan darah tinggi cikgu....tapi u dalam keadaan stress nie. cukup tidur tak? heheheh memang saya tidur lambat semalam....oooo buat apa? cikgu belajar ker? nak exam? sama mcm cikgu tadi la nie......(sapa la tu...aku pun x thu..coz masa aku naik nie...aku sengsorang jer)....adakah itu menandakan ade beberapa rakan2 setugasku yang lain juga mengalami keadaan stress sepertiku? muahahahhaha...
"Okay cikgu, itu sahaja. Relaks cikgu....tenang2 jangan stress2 cikgu ye....nanti, exam dah habis....kerja dah beres..semua okay balik lah tu..."pesanan terakhir sebelum aku melangkah keluar dari bilik gerakan.

Kat kantin borak-borak.....mUahahahhah rupanya ramai juga cikgu2 kat sekolah aku yang stress hari ini!

Sebab-sebab aku stress....
1. rasa-rasanya dah berbulan2 aku stress...tau kan sebab apa?
2. meeting sampai panas punggung..kuikuikui
3. final exam dah dekat
4. ujian prestasi pun dekat-kertas soalan aku dah 2x kena reject
5. tidur lambat pun iye gak
6. pengajian dah nak abish...tapi research tak mula lagi
7. barang aku yang hilang ari tu x jumpa2 lagi

apa tak stress macam tu punya suasana.....ish2 terbukti sudah
"kecelaruan emosi mempengaruhi sistem dalam badan"

arghhhhh :
dulu pergi jabatan pendaftaran- isk panjangnya nama, FIRST TIME saya jumpa nama panjang macam nie....actually nama aku 6 huruf jer...binti kat belakang tu yang berjela2. So secara tak langsung aku kenalah bawak nama yang berjela-jela tu kan....UNIK tu...

tadi - nie FIRST TIME saya jumpa sistem dalam badan macam ni. UNIK! bacaan yang tertera adalah bacaan yang tak sepatutnya macamni. Pelik juga. Aku jawab.....ermmmm....ni kena buat kajian ni. Sama-sama tertawa dan senyum.

Aku adalah aku. Cuma hanya ada seorang aku. Tentulah aku UNIK!!! kan........

Anak kucing dalam raga,
Ibunya pula terlalu garang;
Songket di gedung ada harga,
Jarang-jarang dipakai orang.

23 Mac 2009

Keterujaan yang pelbagai

Erm...bagaimana aku hari ini? Hahahha masih lagi seorang yang agak cuai. Dan kecuaian itu sedikit sebanyak melupakan aku kepada sesuatu perkara mungkin. Kecuaian itu juga datangnya berpunca daripada keterujaan. Teruja untuk berada di sekolah semula. Rutin baru aku bermula. Aku dah tak boleh berlengah-lengah ke sekolah atau dengan kata lain...'takpe...ada lagi 15 minit' ...ouuhhh tidak. Kenapa? Coz bermula hari ini rakan setugasku akan menumpang ke sekolah. Sebelum ini, dia hanya bermotosikal sahaja. Oleh kerana perutnya yang dah semakin membesar..tunggu hari je ni..maka dia menumpang aku. So...aku ni jenis tak suka bila aku tahu ada yang sedang menunggu aku. Biar aku tunggu orang (eleh cakap je...tapi kalau orang lambat ...hangin gak..ekekekek), jangan orang menunggu aku. Itu aku. So teruja la dah ada tugas baru kan....

Punya la...baru seminggu tak menjengok sekolah...dah ada beberapa perubahan fizikal di sekolah. Wah tambah-tambah terujanya aku memantau-mantau kawasan sekeliling. Lantai kantin di tail (ihiks..betul ker ejaan tu?)...ekeke wokay...TILE....(cenggana la ppsmi kalau cikgunya cam haku kan?) [.....sib baik kelas hujung...kalau kelas atasan....mau seperti memperbodohkan diri sendiri. begitukah cara "mereka2" memartabatkan insan bergelar guru?:-D.]......pagar keliling padang sedang dalam pembinaan...kalau dulu pakai dawai setiap keliling...sekarang ada bahagian yang dibina pagar batu.....haih..teruja tul ni.

Ada satu lorong laluan di sebelah bilik guru..kalau di situ dulunya berlonggok segala meja/almari rosak. Dah bersih...malah ada pantun dan poster-poster anti-rokok,anti buli....uiks....ni bukan murid je teruja...cikgu ikut teruja...(aku la tu...cikgu lain - ntah la deme ...aku tak pasan)...apatah lagi ada 8-16 rangkap pantun nasihat terlekat kat dinding tu....waaaahhhh iii likkkeeeeeee pantun! You guys pun tentu perasan kan i liiikeeeee pantuns! ahaks!

Keterujaan yang seterusnya....aku terdengar khabar bahawa setiap kelas akan di pasang dengan speaker...wakakakka nasib baik speaker bukan cctv...kalau cctv ada...dalam kelas takde meja guru pun takpe kot.....hahaha kompem xde cikgu yang nak duduk sambil bagi lecture....kahkahkah...budak darjah 4 pun pandai bagi komen....eeeeaaaiiiii malasnya cikgu nih! perhatian! darjah 4 tau....Allloooooo,aku kategori cikgu tahap 1 ye......so that eeeeaaaiiiii teacher is not me! Aiyyyya....aib! aib! Kay...dah ade speaker nanti xdelah kelas aku dan kelas2 yang berada di hujung dunia tu ketinggalan apa2 berita yang disampaikan melalui interkom. Wakakakka .....ketinggalan u....maklum lah hujung dunia, ada masa tak dengar pun . Pernah sekali semua kelas dah turun...kelas haku takde..aikkk...la upenya teachernya yang sedang asyik melayan kerenah insan2 di dalamnya tak dengar pun semua dah turun ke perhimpunan! Nie lagi satu.....aib! aib!.....walaupun bukan aku di dalamnya ketika itu...sekalian guru , aku lah yang dicari bila 2 hormat takde! oit Nis...kelas ko mana???!! nasib nie , cikgu ty pun sama nasib cam aku gaks.....hahahha 3 bersih....deme lagi la....atas sekali ...hujung sekali....sebelah library....lagi tak pasan!

Plus another keterujaan : Tambah pulak rakan setugas...yang sekepala ngan aku la, buat planning nak pergi kembara dari satu tasik ke satu tasik...dari satu resort ke satu resort...bunyi cam best jer....plan nak buat after the UPSR....teruja sungguh. Belum masuk kembara n9 yang eeeda angankan tu...hahahah kembara mengunjungi semula semua sekolah-sekolah tempat kami berpraktikum semasa dalam maktab. Bermakna untuk diri aku....ada 2 kembara dalam anganan. Perrghhhhhh.

Belum tambah keterujaan menyambut kepulangan saintis dan kokoro ke tanah air! Hahahaha sungguh keterujaan yang pelbagai! Lenyap kebosanan aku muahahahahah!

22 Mac 2009

Rawat Hati - Ali Imran : 47

Dia (Maryam) berkata, "Ya Tuhanku, bagaimana mungkin aku akan mempunyai anak, padahal tidak ada seorang laki-laki pun yang menyentuhku?" Dia (Allah) berfirman, "Demikianlah Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu.


21 Mac 2009

7 don't after a meal

7 don't's after a meal

* Don't smoke-Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).

* Don't eat fruits immediately - Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal.

* Don't drink tea - Because tea leaves contain a high content of acid.This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.

* Don't loosen your belt - Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.

* Don't bathe - Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.

* Don't walk about - People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.

* Don't sleep immediately - The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.

20 Mac 2009

Melirik Indah Warna Mengubat Kisah Duka

Aku mencari-cari aktiviti yang telah lama aku tinggalkan. Ya sejak aku menamatkan zaman persekolahan tika dulu. Ntah...hari ini aku kembali bermain-main warna dan hasilnya lukisan hati ini.

.: Melirik Indah Warna Mengubat Kisah Duka :.

Duka sang hati terluka jiwa
Duka laksana terbakar di bara
Titisan air mata bisa terasa
Pedihya tiada bahasa

Di sana
Indahnya rerama
Berterbangan ceria warna

Di situ
Bunga-bunga mewangi
Pelbagai harumnya

Di sana Di situ
Cantiknya warna-warna pelangi
Mataku tertumpu
Melirik Indah segala warna
Untuk
Mengubat Kisah Duka

Keajaiban sebuah Kasih Sayang.



Tersentuhnya hati...Keajaiban sebuah Kasih Sayang. Hampir menitiskan air mata. Betapa haiwan yang dibelai saban waktu masih mampu mengenal kasih...inikan pula kita manusia yang punya akal terhebat. Tapi mengapa manusia kini semakin hilang rasa kemanusiaannya?

Pulau Pinang Pekan Baru,
Kapten Light menjadi raja;
Bila terkenang masa dahulu,
Tunduk menitik si air mata.

Maafkan aku, kamu-kamu..

Tintaku mencurahkan lagi kata-kata hati. Temanku ada di sini. Melaluinya kamu-kamu semua boleh mengenali siapa aku. Bagaimana aku. Dan walaupun telahan kamu-kamu semua mungkin berbeza daripada yang sebenarnya, tidak mengapa. Kamu masih boleh mengenali aku dengan tafsiran masing-masing. Benar bukan?

Kata-kata aku di sini, adalah hati kecil aku. Aku tidak pandai meluah kata nyata. Temanku si Tinta yang membantu menzahirkan segala yang tersirat. Maaf jika ada sesiapa yang sedikit terluka. Atau mungkin juga banyak tersentuh rasa. Aku senyum dan itu belum menjanjikan bahagia. Tapi sedayanya aku akan menyingkir rasa jiwa yang malap. Sebaik mungkin mewujudkan sinar gemerlapan. Namun, aku masih lagi Insan Biasa yang tidak lepas dari silap dan ketelanjuran. Semoga ketelanjuranku tidak kamu-kamu semua diamkan jika ia terlalu menyakitkan seluruhnya. Segala perkataan-perkataan yang kamu-kamu berikan sangat aku hargai,sungguh! Walaupun perkataan yang mungkin mengguris hati...tetapi jika ia mampu menjadikan aku lebih bermakna bersama dengan kamu-kamu semua, aku sanggup menerimanya.

Perkataan
Wujudnya dari gabungan suku kata
Kerananya.. lahir ayat-ayat bermakna
Ayat-ayat itu
adakala mampu mengguris jiwa
adakala mampu membangkit rasa

Perkataan
Datangnya dari mana-mana
Dari jiwa meluah rasa
Dari hati menyata isi
Dari minda bermuzakarah

Maafkan aku, kamu-kamu
Jika perkataanku
Mengundang duka

Berbahagia, kamu-kamu
Jika perkataanku
Mempelawa ketawa

Bagaimanapun suku kata itu
Membentuk perkataan
Yang membawa kepada ayat
Aku di sini cuma menyata rasa
Tidak bermaksud apa-apa
Yang boleh menjarakkan kita

Kerana adanya kata-kataku ini
Membawa kewujudan kata-katamu
Saling kita bertukar kata
Yang membina jalinan antara kita

Maafkan aku, kamu-kamu
Jika aku ada ketelanjuran kata


19 Mac 2009

Kelupaan yang menjadi-jadi.

Lupa- mengikut kamus dewan bermaksud tidak timbul dalam fikiran,tidak ingat,tidak sedar. Aku lupa. Semakin hari semakin menjadi pelupa. Hari ini aku kehilangan. Tapi aku pasti barang yang aku hilang itu aku letakkan di suatu tempat. Masalahnya, aku lupa di mana tempat itu. Aduh...susah benar jadi seorang yang pelupa. Dan perkara yang ingin sangat aku lupakan, tidak pula ia hilang dari ingatan. Bagaimana? Perkara yang sepatutnya aku ingat tidak ia kekal difikiran. Dan perkara yang patut aku lupakan tidak pula ia pergi dari kotak memori. Sampai pening kepala aku. Puas sudah kumencari. Di sana, di sini, dan di situ tetapi masih tidak kutemu. Puas sudah ku mengingat, tetap juga tidak timbul ingatan dalam fikiran. Aku buntu. Aku perlu menemukannya, sebelum ada sesiapa yang meminta. Penting.

Ok diri...aku kata pada diriku sendiri. Bertenang dan rehatkan mindamu seketika. Berusaha lagi di lain masa kerana aku sangat pasti ia ada. Oh....aku suka untuk menjadi seorang kuat ingatan. Ramai di luar sana mempunyai daya ingatan yang tinggi. Namun sekali sekala lupa kan terjadi. Usah gelabah wahai diri. Tenangkan hati.

Apakah kerana terlalu banyak perkara yang dikumpul dalam minda, menjadikan ia tidak sedar ?Mungkin. Apakah kerana tumpuan pada sesuatu itu punca tidak timbul sesuatu perkara yang lain dalam minda? Juga satu kemungkinan. Wahai diri tenangkan fikiranmu. Biarkan ia timbul dalam fikiranmu satu persatu. Usah didesak...usah dipaksa. Kesakitannya dirimu juga yang menanggung kan?

Ah....aku pelupa? Itulah sebabnya apa-apa barang atau dokumen yang ku terima di sekolah, aku selalu memberitahu pada temanku di mana aku menyimpannya. Dan malang....hahahha adakala aku terlupa pada siapa aku meninggalkan pesan. Seseungguhnya , apa yang ada pada kita milik Dia. Dia memberi dan Dia berhak untuk mengambilnya. Semoga Dia mengambilnya sementara sebagai ujian pada aku hamba-Nya.

Bercerita tentang lupa pada sesuatu kerana terlampau menumpu pada sesuatu yang lain, ibarat banyaknya benda yang mahu diingat sehingga lupa. Aku teringat....percayakah teman-temanku sekalian....yang aku pernah menjadi insan gagap? Aku masih tersenyum apabila mengingat peristiwa lalu. Dan gagap itu bukan diwaktu zaman kanak-kanak tatkala mahu bertatih bertutur kata. Gagap terjadi setelah sah aku bergelar guru. Hahahha patutkah seorang yang gagap menjadi guru? Berkursus ....menemukan aku dengan guru-guru lain di sekitar Selangor dan KL. Aku menyuarakan suara hati....tergagap sikit-sikit masih ada. Mereka berpendapat, itu kerana terlampau banyak perkataan yang hendak dikeluarkan, sampai tak tahu mana yang perlu dikeluarkan dahulu. Maka kau jadi gagap. Heheheheh benarkah begitu? Ada sesiapa pakar boleh menjelaskannya? Alhamdulillah....gagap itu sementara. Aku sendiri tidak sedar bila ia pergi.

Makin jelas di sini. Segala yang ada, adalah pinjaman semata. Pada bila-bila masa boleh diambil semula-sama ada sementara atau selamanya. Dan apabila apa yang kita ada ini sedang dipinjamkan kepada kita, terpulang kepada kita untuk menggunakannya bagaimana dan untuk apa.

Belah buluh bersegi-segi,
Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai bagai,
Lebih laut dari daratan.

17 Mac 2009

Hari yang terisi

Hari ini, adalah hari yang terisi. Pagi aku berada di SMK La Salle. Heheheh PTK la. Perghhh...open book test plak! Aduhai, yang bawa rujukan tu open la. Yang macam aku datang berlenggang, closed book la. Semua calon tak tahu untuk kertas umum tu leh bukak buku. Bengang ker?!! Ntah....aku nak rasa terkilan tak bawa buku pun tidak....tak terkilan pun tidak. Whatever la, benda dah berlalu. benda dan lepas. Kalau dah ditakdirkan rezeki aku. Aku lulus jugak la. Kalau tidak, buka buku pun ......erm.

Cop tepat pukul 12.05 my dear Daddy call. Dah balik? Adehhhh...tula tadi aku khabo kat daddy pekse abis kul 12.00. Heehhehe aku jawab la....Ayah....(ala2 anak manja gitu) wakakakak...keluar dewan kul 12.00 takkan kul 12.00 dah sampai umah? huhuhuu. My dear Daddy gelak jer.....and boleh lagi tanya, 'Iye ke?'...So that why la kalau g memana mesti aku lewatkan 1-2 jam..Heheheh bertuah punya anak!

Tengahari aku tak masak. On the way balik aku singgah je beli kat kedai. Balik terus ngap! dengan my dear Daddy. 12.30 dah sampai umah dah. Then petang plak,lepas zohor tu aku kuar ngan Linda. Just singgah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor - mana lagi, jalan jambu bol seksyen 4 tu la....coz nak hantar surat mohon kebenaran nak buat research kat SMK daerah Klang. Lagi 2 minggu baru leh dapat surat tu. Huhuhuhu . Sempatlah , April nie aku start research aku. Dok pikir-pikir ni nak g sekolah mana.

Then, masuk PKNS jap....cuci-cuci mata je. Maklumlah poket kemarau kan. (hehehe yang benernya takde yang berkenan pun iya gak ni). Wakakakaka...Jom Linda...balik lah kita g Center Point Klang jek. Hahahahah memang rezeki peniaga di Klang kot. Barulah dak Linda sambar satu seluar track, aku..sambar satu baju t-shirt. Konon-konon untuk sukan la tu.....Ha....korang jangan gelak no, sekolah aku memang selalu lambat sukan! Petang tu, kami balik area kul 530 petang camtu . Okaylah kan....matahari masih ada! No pic....coz tengah xde mood nak bergambar bagai.

Selepas hari ini, hari-hari esok aku dah ada pengisiannya. Alhamdulillah. Bulan dan Matahari tetap setia memberikan cahayanya untuk Alam.

16 Mac 2009

Cuti itu bermakna bosan.

Hari Isnin. Biasanya waktu sekarang ini, 4:46 pm, aku menanti bunyi loceng. 4 minit je lagi. Rasanya macam tak sabar nak melangkah keluar dari 2 Hormat yang setiap hari mencabar kesabaran aku. Tapi hari ini....aku dok menung di sini. Ah.....boring! bosan aku seyyy!

Huhuhuhuhu baru cuti satu....masih berbaki enam lagi nie. Arrgghhh. Buat sesuatu yang mengembirakan? Aku suka makan angin...jalan-jalan...ronda-ronda. Aiseyyy petang je hujan...petang je hujan....hilang nikmat meronda. Apatah lagi di tengah-tengah bulan macam ni....ngeee. Walau hujan mencurah-curah , poket dan dompet mengalami kemarau. wakakakkaka...

Emmy dah kerja. Puteri balik JB. Kak Sazila di Sarawak. Balik ke Pulau? Sengsorang.....xde maknanya. Aku bukan pandai nak borak-borak. Tengok TV.....macam tak berhati pula. Oh...PTK dah hampir. Aku mentela'ah mengisi masa. Di bilik....suram. Aku jadi mengantuk. Di ruang tengah....ayah pula ajak berborak. Abih camno ilmu yang dibaca nak melekat? Abih camno?

Huarrggggh....nak buat apa nie? Akhirnya semua itu tercatat di sini. Diari kebosanan petang Isnin. Kesian...kucing aku turut kebosanan kerana aku xde mood nak melayan! ehhehe....Apa lagi ek, yang aku gembira untuk melakukannya sehingga sentiasa menanti cuti? Masih berfikir mencari jawapan yang paling tepat! Kerana banyak cuti yang sudah kutempuhi adalah begitu. Apa? Cuti itu bermakna bosan.

Yang termampu aku buat, bermonolog dengan hati aku je la.
  1. Kemas la rumah. Apa nak dikemas? bukan bersepah...coz rumah aku cuma ada aku dan ayah.
  2. Bercuti luar Klang/Selangor? dengan kengkawan? Kesian ayah nanti keseorangan.Oh....pergilah dengan ayah....Aku akan jadi anak yang paling HAPPY kalaulah ayah bersetuju untuk itu!
  3. Berkumpullah adik beradik...tentu seronok kan? Orang yang ada adik beradik kandung pasti ada harapan untuk dapat berkumpul sama-sama, aku...sekadar ada sepupu-sepupu je. Masing-masing dah ada plan masing-masing.
  4. So....berkumpullah dengan kengkawan. Kan diaorang ada. Kan ke cuti nie....deme semua balik kampung lah.....huhu.
  5. Okay...okay....aku cari aktiviti lain , okay hati? Sabar ye. Aku tengah imaginasi naik kapal terbang nak pergi jumpa kak Sazila kat Kuching. Kalau kau yang bernama hati nak join, aku tak kisah. Hahahahha. Kak Sazila we (aku dan hati) miss you lah!

14 Mac 2009

Menantu Ayahanda

Cuti sekolah dah bermula. Minggu-minggu sebelum cuti pun sudah penuh hujung minggunya dengan majlis-majlis perkhawinan. Rasanya dah macam tisp-tiap minggu makan nasi minyak ni. Dan minggu ini aku penuhi pula jemputan daripada Ayahanda Azman.

Tahniah untuk mantan GB aku-Cikgu Mohd. Azman Abd Rashid PJK, yang biasa aku panggil ayahanda kerana dapat menantu baru-pegawai polis tu. Majlis diadakan di Dewan SMA Hishamuddin ,Kg Jawa, Klang. Meriah betul majlis kali ini. Ramai tetamu keluar masuk, sentiasa. Maklumlah, ayahanda aku nie ramai kenalannya . Seronoknya, ini pertama kali aku dapat menyaksikan live pengantin lalu bawah pedang.....hehehheh. Selamat Pengantin Baru buat Aziemah dan pasangannya Firdaus. Semoga berkekalan bahagia yang dibina. Esok pun ada lagi jemputan perkahwinan, ntah aku pergi ntah tidak.isk,isk,isk......


Anak Cina memasang lukah,
Mari dipasang di kayu jati;
Kasih sayang tidak berpisah,
Ibarat rambut bersimpul mati.

12 Mac 2009

Puisi Tinta Semalam

Salam semua, sambil-sambil aku mencetak kerja tugasan aku...aku menulis ini. Temanya menjurus kepada perasaan. Rasanya pengikut yang tak pernah putus mengikuti setiap tulisan aku di sini tentu sudah sedia maklum pendekatan aku kepada perasaan.

Erm , okaylah ini mungkin suatu pengenalan kepada pengunjung yang baru nak berjinak-jinak mengenali segala isi yang ada di TINTA SEMALAM. Tajuk pun dah sedia tercatat TINTA SEMALAM. Maka sudah semestinya ia berkait rapat dengan kisah-kisah semalam yang sudah berlalu. Walaupun mungkin ada kisah-kisah yang akan dan sedang berlaku dicatatkan di sini, namun pemberatannya lebih kepada kisah semalam. Kenapa? Mudah. Tentunya apa yang aku catatkan itu telah pun aku alami.

Sebenarnya, sudah acapkali aku membaca tentang apa yang hendak aku sampaikan hari ini di blog-blog yang aku singgahi. Aku, tak pernah bercadang pun hendak menulis begini. Tapi hanya untuk sekali ini tergerak hati aku menulisnya. Kenapa? Aku ada sebab tersendiri. Biar hati aku dan orang-orang tertentu sahaja yang memahami. Kan....?

Siapa pemilik TINTA SEMALAM?
-Insan Biasa- yang bernama.......(lihat sahaja di side bar.)
Bagaimana rupa parasnya?
sekali lagi boleh dilihat di side bar kanan dan kiri.
Apalah yang diceritakan?
aku tegaskan sekali lagi -pemberatannya adalah perasaan si pencatat. Tidak terlalu menjurus kepada AGAMA tertentu, bahasa tertentu, atau bangsa tertentu atau cerita-cerita yang terlalu BERAT pada pandangan pemilik TINTA. Dan oleh kerana pembinaannya pun bukan di arah2 atau di suruh. Si pemilik adalah pemilik tunggal. So suka hati si pemilik untuk mencatat apa-apa pun untuk menyatakan perasaannya serta pandangan dan pendapatnya semata-mata. Hehehhehe juga untuk berkongsi sesuatu yang mungkin boleh dikongsikan bersama, tak kira siapa.
Oleh itu.....
kepada yang sudi meneman, memberi komen serta nasihat. Aku terima dengan senang hati. Terima kasih kerana sudi bersama aku di sini. Perkataan-perkataan dari anda semua sangat-sangat aku hargai.I likkeeeee.....very much!

Dan....
kepada yang tidak sehati dengan apa yang aku catatkan di sini. pastinya ada bermacam alasan bersarang kat hati untuk mengatakan "apalah dak anis tulis ni"....takpe, aku tak kisah. kalau rasa nak baca....bacalah. Kalau tak mo baca dan rasa aku merepek...apa susah sangat, takyah lah baca.Heheheh Inikan blog perasaan si pemilik TINTA....

TINTA SEMALAM

Secebis kisah suatu kehidupan
Tersurat..tersirat..
Dalam jiwa terkesan

Ada waktu

Malap tiada sinar

Ada masa

Cahaya menerangi ruang

Ada kala

Penglihatan berkaca di mata

Ada ketika

Indahnya senyuman seindah
suria

Tinta semalam

sekadar berkisah
segala
rasa jiwa


Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj menulis...

  • kita mungkin tak mampu buat semua, tapi tak mampu buat semua jangan tinggal semua.
  • kaya bukan tiket untuk hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.
  • paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah apabila dah dapat, itulah punca masalah hidup kita.
  • menepuk air di dulang tak semestinya terpercik ke muka sendiri sebab kadang-kadang terpercik juga ke muka orang lain.
  • jauh berjalan luas pandangan. usah terlalu jauh berjalan, nanti tak jumpa jalan pulang.
  • biar papa asal bergaya. kalau dah papa macam mana nak bergaya?
  • kalau boleh ketawa,senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum tu memang bahagia.
  • tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.
  • tak semua yang nampak rugi tu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.
  • mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dampak sepanjang hari.
  • hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. salah langkah bermula daripada tersalah fikir. tersalah fikir bermula daripada gagal mengenal diri.
  • angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila angin menghempas pasti ada yang tak akan faham lagi makna dibelai.
  • air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih. tapi tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.
  • tanpa mulut, lidah tak berfungsi. tanpa lidah, mulut tak bererti.

09 Mac 2009

QLoA : Hukum Tarikan dalam Quran.

Sudah hampir setahun setengah aku berkecimpung dalam dunia blog. Dan sehingga kini sehari tidak menjengok TINTA SEMALAM semacam suatu kekurangan. Ianya menjadi rutin harian, walaupun sekadar melihatnya seketika cuma. Aku suka sekali mengunjungi blog-blog yang memberi semangat dan kekuatan jiwa. Mengapa? Mungkin kerana aku memerlukannya.

Antara blog yang sering aku kunjungi blog-blog yang dimiliki, Kak Tirana, Kak Aryani, Tuan Jinggo, I motivasi dan juga blog-blog yang dimiliki rakan-rakan yang membuatkan aku rindu pada MPRM. Heheheh hampir setiap hari aku mampir di sana. Juga beberapa blog yang berkisar tentang pembangunan diri. Kebanyakkan mereka ini pasti dalam penulisan mereka menyebut tentang bacaan mereka tentang Law of Attraction (LoA) ...Aku menjadi tertarik untuk memiliki buku tersebut. Dan nama buku itu sentiasa di minda. Sering! Sentiasa!

Sehinggalah semalam, aku bersahaja melayari dunia maya. Dan asyik terjumpa dengan buku ini. Eeeee geramnya. Rasa nak cari buku tu dan dan tu juga. Akhirnya petang itu juga, sekitar 6 ptg, aku turutkan hati ke MPH tesco ,Klang. Terus ke arah yang aku tuju...tak perlu mencari lama. Terus aku ternampak dan terus je aku capai. Wah...tak sangka pulak begitu mudah aku mendapatnya. Adakah ianya satu contoh hukum/kuasa tarikan??? ekekekek. Ah...yang penting aku dah miliki buku ini.
Aku nie dah masuk MPH macam biasa buku mesti ada yang di bawa keluar. Itu pasti! Dah puas hati LoA berada di tangan, mata aku masih lagi melirik2 pada buku-buku lain. Aissshhh rasa nak bawa balik semua buku yang ada di situ. Dalam melirik2 tu aku terpandang satu lagi buku berkisarkan LoA ini. Quranic Law of Attraction (QLoA). erm...aku belek2. Satu lagi buku yang tak patut aku abaikan. Heheheh. Buku ni baru dalam pasaran rasanya. kot...? Cetakan pertama 2009...Dan buku ini yang aku tela'ah dulu.

Law of Attraction mengajar kita mengenai kuasa minda. Dan buku ini memperlihatkan kepada kita bagaimana Al-Quran turut membincangkan hal ini. QLoA juga memperlihatkan kekuatan Hukum Tarikan yang terdapat dalam Al-Quran.
Hebatkan? Al-Quran...Sumber Hukum Tarikan. Salah satu kenyataan yang terdapat dalam buku QLoA :

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8 menambah keyakinan kita Hukum Tarikan wujud sejak Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad. Mari kita renung, selami dan hayati ayat ini, kebaikan dibalas kebaikan, kejahatan dibalas kejahatan. Tuhan mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif (kebaikan) dan memancarkan kebaikan itu kepada orang di sekitar kita.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Berapa dekatkah kita mengenali Al-Quran?

Wajah baru

bangunan SKTPAku sangat ceria dengan penampilan sekolah aku sekarang. Cantik je tengok. Sebab seluruh bangunan dah ada satu warna yang seragam. Hehehhe kenapa aku kata camtu? Coz...sebelum nie, maaf kata rasanya macam sekolah tadika plak. Blok A warna lain, Blok B warna lain, Blok C pun warna lain. Berwarna warni ...macam pelangi? Eh , taklah sampai macam pelangi. Tapi tula...ada blok warna coklat..ada blok warna merah jambu....Pandangan depan warna lain...pergi belakang sekolah warna lain.

Aku ni cikgu kecik aje. Kalau aku jutawan, mahu sahaja aku sukarela beri bantuan cat..cat satu tema sahaja. Selalu fikir dalam kepala otak aku...takpun aku bayangkan sahaja sekolah aku cantik dan ada satu warna yang seragam untuk semua blok! Itu sahaja yang mampu aku buat. Hehehhe aku ni sape lah kan....cakap lebih2 kang....tak tertanggung bahu aku nanti!

Alhamdulillah....tahun 2009 perubahan ketara. Semua bangunan telah dicat dengan satu warna yang seragam. heheheh impianku terlaksana juga walaupun aku sekadar berimaginasi sahaja. Takde keluar satu sen pun. Aku sangat suka dengan keadaan fizikal sekolah yang dah berwajah baru ni. Apatah lagi dengan kehadiran GB baru nie. Semoga selepas ni, keadaan dalaman , kerjasama antara penghuni di dalamnya juga berubah kepada sesuatu yang lebih positif daripada sebelumnya. Aku mula berimaginasi lagi! Heheheh ...I love SKTP.

Pameran Anti Dadah

Khamis lepas, sempena kempen anti-dadah maka sekolah aku mengadakan pameran anti-dadah. Ceramah hanya untuk tahap 2 sahaja.So , maknanya sebelah pagi sahaja la. Cikgu-cikgu adalah sedikit ruang untuk persiapan PIBG hari tu.

Untuk sesi petang, sekadar pameran sahaja. Maklumlah, bebudak tahap 1 ni kalau diberi ceramah yang berat-berat ni , silap2 penceramah bercakap sendiri. So, masa sesi pameran tulah cikgu-cikgi yang bertugas memberi sedikit penerangan tentang bahayanya dadah berbantukan gambar-gambar ngeri yang terpampang. Sedikit sebanyak mereka dapat juga tahu rupa paras mereka kalau menggunakan dadah ni....
"eeeee...buruknya cikgu...x mo la saya...takuttttt"
"erm..kalo takmo....jangan suka2 nak cuba2 hisap rokok ker...makan-makan pil ker..."
"muka gemuk2 ada isi, nanti jadi macam ni....cam tengkorak"

Untuk aku....hari Khamis sungguh kalut. Nak siapkan slide, nak kutip duit baju sukan, nak amil kedatangan lagi...ergghhhh....rasa nak pengsan hari tu. Sampai sekolah kul 12 tengah hari. Leka punya pasal...sampaikan aku terlupa aku ade meeting pss hari tu jam 1230pm. Huhuhuhuhuhu selepas satu jam meeting berlalu baru aku tersedar! Alamak! aku lupa da.....uiks mengapa dalam ramai2 yang menghadiri meeting tu....(walaupun dah beberapa kali nama aku di sebut GB) takde seorang pun yang sudi menringankan tangan or sedekah 10 sen untuk SMS kat aku ek....????

Huhuhuhu last kat kantin Kak Azwa kata, nanti GB nak bincang dengan aku jugak tentang Galeri Wawasan tu, GB tak terima wakil wooooo...dia nak cakap ngan ketua sendiri. Heheheh sib baik Cikgu Adam pun tak hadiri meeting tu gak...so aku taklah sengsorang dapat pesanan dari GB. Bila aku nak G erk....Esok? atau lusa? Secepat mungkin la sayang oiiiii.... "SELAMAT BERTUGAS CIKGU" kata aku pada diriku sendiri.

Al-Ahzab : 56

Tiada Harapan Selain ALLAH
Tiada Idola Selain NABI
Tiada Kata Seindah QURAN
Tiada Jalan Selurus SUNNAH
Tiada Perjuangan Selain ISLAM

Memperingati akan kelahiran Rasulullah (s.a.w) marilah kita mengucapkan syukur dan berselawat keatas dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56).Rasulullah Al-Amin

Sudah berlalu malam Jumaat,
Bertandang pula malam Sabtu,
Hendak jumpa Nabi Muhammad;
Hendak menghadap Tuhan yang satu.

08 Mac 2009

Susun Kata Kandung Makna

Untuk Semua
- Bahagia untuk semua pengunjung Tinta Semalam di Hujung Minggu -

07 Mac 2009

Tips ngelat

Petang itu petang Khamis-4hb Mac. Aku sedang duduk mengadap laptop di sekolah menyiapkan slide untuk backdrop MTQ. PIBG punya siap dah. Aku buat simple je.

Cikgu A : Anis....nah....

Apo la plak ni....aku tengok, em...senarai guru yang tidak dapat menghadiri mesyuarat PIBG. Aku amati satu-satu nama. Majoriti guru-guru PJJ ler. Ada yang ada kelas. Ada yang ada exam. Terpandang satu nama.....aik...ye ke?

Tetiba aku teringat member aku naik pelamin tarikh 7&8 Mac nie....dia takde pekse ke? Takkan la....Aku capai hp murah aku yang dah banyak berjasa. Aku ber SMS dengan kawan aku di Anak Kurau.

Aku : Pyan, hang nikah bila?
Pyan : Petang esok....kau doakan aku ya.
Aku : Ish...mestilah. Aku doakan semoga semuanya akan berjalan lancar dengan sekali lafaz. Hehehe So, selamat meninggalkan zaman bujang.
Eh....subjek ko ada mid term exam tak, Pyan?
Pyan : Mana ada...Anisah.
Aku : Heheheh oooo takde ye. Ye ke? Emmm camtu maknanya member aku sorang nie nak ngelat PIBG la sabtu ni ek?

Arrggghhhhhhhh.....!!! alamak!

Cikgu ngelat : Sapa ngelat? Aku ker?
Aku : Eh, ko makan cili ke, makan gula? Wakakakakka..rasa apa? pedas or manis?

Walaupun kail panjang sejengkal....lautan dalam usaha juga untuk diduga. Ekekekekek

control...control....dah silap hantar nie. Kuikuikui...tu la dalam kepala ada nama cikgu ngelat...kan dah silap!

Cikgu ngelat : La, dah ko hantar msg yang bukan2...
Pyan : Seingat aku takdelah anis. Kami cuma ade amali je. Hari tu amali fizik. Ada 11 laporan nak kena hantar. Bulan nie ada amali biologi plak.Dia bz la tu kot.
Aku to cikgu ngelat : Heheheheh aku nak hantar msg kat kawan aku terhantar kat hang la....kuikuikui

cover...jangan tak cover...coz cikgu ngelat nie dah banyak berjasa dengan aku. hehehhe kancil aku dia tolong rawat kalau bermasalah. Ermm tu la...

* Pyan dan cikgu ngelat sama course. mana mungkin sama course, sorang ada mid-term exam, sorang xde mid-term exam.....ermmmmm....manusia. Itulah tips2 mengambil kesempatan namanya. Sapa2 PJJ jangan amalkan tips ni tau....TAK BAIK uuuuuuuu.

* to cikgu Pyan dan pasangannya Adilah.....SELAMAT PENGANTIN BARU, semoga aman bahagia selamanya bersama.
Gambar pyan : nikah dan sanding
.

Ambil galah panjang sedepa,
Jemur mari kain basahnya,
Jangan salah jangan terlupa;
Kalau rimau nampak belangnya.


04 Mac 2009

Sampainya hati

Tak boleh DIAM!......
Aku tunggu-tunggu daripada semalam. Dak Wan kata nak email kat aku contoh backdrop meeting PIBG tahun lepas. Dalam kepala otak aku.....hanya satu slide dan hanya satu itu je. Dan silapnya aku tidak ambil tahu bab2 backdrop ni untuk 3 tahun berturut-turut sebelum ni. Yelah.....aku tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana menghadiri kelas tutorial OUM setiap kali meeting berlangsung. Yang aku dengar hanyalah usul2 panas yang dibangkitkan sepanjang mesyuarat itu saja. Kiranya bab2 dibelakang tabir tu bukan bidang aku kebiasaannya. Dan seingat aku selama 3 tahun tu aku diletakkan dibahagian buku program.

Cuma tahun ini....astagfirullahhhhal 'azimmmmmm......terus aku mengucap bila dapat tugasan buat backdrop, multimedia tuh. Aku tak mahir sangat, tapi bolehlah. Dan macam yang aku kata sangkaku cuma satu slide! Hari ini Wan minta maaf sebab tak dapat email....dia kata takleh email...berat, fail besar sangat. Dalam pala otak aku terbayang dah....aik, satu slide...besar sampai takleh email? Ayooooooyoooooo......so, Wan transfer fail kat pendrive aku. Aku nak tgk kat pc sekolah...eh, tak jadi lah....semua maklum pc sekolah penternak virus! takmo takmo....kang tak pasal2 laptop aku berjangkit.Malam ni baru berkesempatan melihat contoh backdrop tahun sudah. Asssstagfirullah 'alazimmmmmmmm.....aku mengucap lagi! Waduhhhhh.....camni ka? ni dah sekaligus persembahan slide.....adeeehhhh...awatla Wan or sapa2 tak habaq kat cheq awai2 no...? Manalah aku nak cari gambar aktiviti2 sepanjang tahun lepas dalam masa satu hari ni? yesssss hanya satu hari, khamis. Perlu kumpul semua gambar2 dan siapkan persembahan powerpoint itu esok jugak! Harap2 Dayah .....ko tolong ek Dayah....Wana? Uiks ko lagi terer Nis...petik jari ko leh wat.....hehehehhehe Walah2....satu jam leh siap ker? ha....boleh ker korang2?

Puteri kata, "kak.....akak under saya backdrop MTQ ye..."
Kepalaku hampir nak........burssssst! "So...? " hehehe sesaja buat bodoh.
Puteri senyum je...."Nanti akak tolong buat design ek...."
Multimedia lagi!
"Alamak......kena jawi la...." Puteri berkata2.
Hehehehhe aku sengeh jer. Coz Put tahu laptop aku takde perisian tulisan jawi! Dalam hati aku....fuhhhh!
"Erm....takpe, nanti saya suh Kak Sue wat tulisan jawi tu. Akak buat designnya...." ler....aku monyok balik.
Dalam hati aku kata...okay lah kot. Nak guna hari Selasa. Sempat lagi aku nak mereka bentuk Ahad nanti.

Ohhhhh tidakkkkkkkkkkkkkkk......Puteri baru tahu aku bacdrop PIBG malam ni...ni ha, baru2 sat tadi call. Aku mintak gambar tahun lepas Program KBS .
"Ohhhhh, akak backdrop PIBG ker? KBS pun akak....emmmm senanglah camtu..."
"Senang?" dalam hati aku kata...kaedah memang sama-ICT, isi dalam serupa ker?
Ko baru tahu ker put? Esok gak nak kena siap PIBG punya....Sib baik MTQ hari Selasa.
"Eh.....Nak kena bagi kat Wan hari Jumaat la kak....."
Asssssstagfirullah'alazimmmmmmmmmmmmmm..... aku mengucap lagi.
"Ate....bilanyer aku nak buat? Jumaat aku cuti da.....?"

Adakah itu bermaksud esok....khamis....aku kena siapkan 2 set backdrop multimedia tersebut?
Aku nak mula sekarang, satu bahan pun takde kat umah ni ha.....ate...aku nak letak gambo apa kat slide tu?

Masa aku menjadi haru biru!
Mentang2 anis ade blog.......maka anis petik jari jek, bab2 ICT nih.....
Tak pe....anis ada...anis boleh buat....bagi je kat dia......
Meh...meh.....bagi semua kat aku meh.....aku memang hebat......
Esok nak hantar, hari ni baru bagi kerja....
Esok nak lapor, hari ni baru bagi bahan....

Anis kan bujang.....kat rumah pun tak wat pe2 kan?
Laptop ade....printer ade.....masa banyak....
bukan ade laki...bukan ade anak nak kena handle ...

Ish....boleh sangat....Meh la.....longgok semua kerja last minute kat anis meh...
Boleh sangat!....takpe tido lambat tak kisah...
Esok boleh bangun lambat, bukan ade sapa nak kacau...

Wah.......rupa-rupanya anis hebatnya.....aku sendiri tak perasan! Wakakakakakakka
Weiiiiiii.......JUMAAT AKU EXAM LAH........
Bagilah otak aku rest sehari sebelum exam!
Waaaaaaaaaargggg hhhhh kepala aku dah goyang2 nihhhh!!!
Sampainya hati-hati korang erkkkkkk......xpelah, AKU BUAT JUGAK. don't worry. Aku takkan hampakan korang.....i promise that!
Anak Arab lalu sekawan,
Singgah berhenti pohon gaharu;
Jangan harap cahaya bulan,
Bulan tidak terang selalu.

03 Mac 2009

Blur !

Macam okay .... tapi macam blur....
Tiba-tiba hari ini minda jadi serabut. Macam-macam perkara ada dalam minda. Semuanya berebut-rebut supaya diselesaikan dulu. Macam berebut-rebut 'dia' nak keluar.
"aku dulu la..."
"aku la oiii"
"aku...aku..."

Tuan punya minda jadi kaku kejap. Macam ada banyak arahan. Jadi tak tahu mana nak buat dulu. Semua perkara macam perlu disegerakan.Ayooooo pocah palo den....
Buka buku OUM....x masuk...dok ingat Backdrop PIBG.
Dok cari idea camne nak buat sesi p&p esok.....idea tarak mari ooooo kepala dok ingat assigment plak....Dok leka-leka berusaha menyiapkan assigment....teringat plak research bila nak mulakan ni....masa terus berlalu! Teringat exam tulat.....bukak buku OUM semula.

Kancil aku...."Rear Seat Belt Exempted". Okaylah!
Then...ade gak baru nak happy kan hati...disampaikan plak sesuatu yang sensasi sayu pada hati aku la bila diperdengarkan pada telinga aku yang sedang diubati ni....happy jadi kurang....xpe aku pesan kat hati aku. Esok pagi aku mula balik happy yang baru...yang lagi happy!

LAB pun belum dikumpulkan. Markah subjek cikgu-cikgu semua tengah sibuk.....apabila aku minta, belum siap. Nanti ye...dah siap saya beri pada Anis....So, then aku hanya mampu DIAM! DIAM untuk semua hal.......Chow Chin Chaw!!! Blur tahap gaban nih!

Tokai jagung biar jarang,
Biar senang puyuh berlari;
Tanya bulan kepada bintang,
Mana terbit matahari?

01 Mac 2009

Isk...Ain Zulaiqha !



Salam hari minggu. Ain. Korang masih ingat budak Ain? Entrynya yang lepas boleh baca di sini dan di sini . Saya suka nama penuhnya, Ain Zulaiqha. Lamanya Ain tidak hadir ke sekolah. Alasannya, takut teacher B.I. Dia garang. Ain tak mahu pergi sekolah sebab ada teacher garang! Kali akhir Ain hadir seminggu sebelum cuti raya cina. Isnin dan Selasa. Lepas tu terus Ain cuti. Ibunya beritahu aku, dia nak bawa Ain pergi berubat. So, tidak akan hadir sekolah.

Lepas habis seminggu bercuti, aku tunggu Ain. Aku harap Ain datang. Hari-hari tunggu. Ain tetap tak muncul. Iskk...dak Ain nak sekolah ke tidak ni? Penyelia petang pesan, "awak beri surat amaran Nis....janji kita beri surat " . Erm...okaylah. Dah hari-hari aku tanya kawan-kawan Ain.
"Ain ada hari ni?"
"Takde cikgu!"
"Cikgu....nak tanya kamu semua ni, siapa ada ejek Ain gemuk?"
"Eh....mana ada kitaorang ejek dia cikgu....kitaorang tak cakap apa2 pun.." sorang bersuara membela diri.
"Ye ke? abis tu cikgu ada dengar Ain tak nak datang sebab ada orang cakap dia gemuk, tak cantik...tak lawa..."
"Tu budak darjah satu yang cakap la cikgu.....Fitri menjawab"
"Mana awak tahu? awak nampak? awak dengar?"
"Tak la....tapi Ain cakap kat saya..."

Adeh....kena ejek dengan budak darjah 1 , Ain jadikan punca tak nak datang sekolah.
Walhal.....adik tu mungkin sekadar seronok nak buat Ain jadi kawan. Cuma tersilap pendekatan.
Adoii....cikgu BI garang, Ain jadikan sebab mengelak untuk hadir kelas.
Walhal....cikgu BI garang kalau ada yang tak buat kerja sekolah. tak bawak buku BI. Errkkk teacher BI garang melampau ke? Korang kena rotan ke dengan teacher BI?
"Taklah cikgu!" hampir satu kelas menjawab.
"Cuma teacher marah je....itu pun kalau......" ayat seterusnya macam yang kat atas tu la.
Agaknya muka teacher BI yang putih melepak tu tuko kaler merah menyala-nyala bila marah kot. Isk....Ain....Ain...

"Cikgu....saya tahu rumah Ain. Dekat dengan rumah saya".
La.....dah berminggu2 baru ada yang buka mulut tahu di mana Ain. Aku punyalah selongkar fail peribadi Ain semata-mata nak cari alamat Ain. Ekekekek...lenkali tanya dulu.

"Awak tahu? cikgu nak kirim surat, awak boleh tolong bagi pada mak Ain?"
"Boleh!"

Esoknya...belum pun sempat aku titipkan surat pada posmen cilik aku. Ibu Ain datang ke sekolah. Aku senyum dari jauh. Masih mengah. Ekekekek maklumlah terlewat sampai sekolah. Jalannya jadi laju...tapi tetap terkedek2...ekekekek sebab berkebaya batik .

"Ha, kak...hantar Ain?"
"Tak cikgu....saya dah tukarkan Ain sekolah kat Shah Alam. Ni datang nak amik fail peribadi dia"
"Tukar sekolah?"
"Iye cikgu, kat sana ada datuk sedara yang dia takut sikit"
"Oh....oklah tu ade yang dia gerun. Akak kerja kat mana sekarang?"
"Sekarang tak jadi jaga lagi cikgu. Akak dah tukar kerja kat Syabas. Senang sikit kerja separuh hari. Petang boleh hantar Ain sekolah."

Sedikit perihal Ain. Macam-macam kerenah. Ada sahaja alasan Ain. Aku harap Ain tak akan menyusahkan Ibunya lagi selepas ini. Semoga kisah Ain pada hari ini akan buat Ain tersipu-sipu malu bila di ungkit semula masa dah jadi ibu kelak. Ekekekekek....dan Semoga Ibu Ain terus tabah menghadapi kerenah Ain . Kerana Ain Ibu selalu ambil cuti. Kerana Ain Ibu tukar kerja. Kerana Ain Ibu perlu hadapi macam-macam perkara. Harap Ain jangan lupa Ibu. Harap Ain ingat jasa Ibu. Harap Ain tak buat hal di sekolah yang baru. Isk....Ain Zulaiqha!