cari id yes guru sktp

26 Mei 2009

Ter'blur'...Ter'emosi'....

Tekanan. Sungguh sebenarnya di mana pun kita berada, tekanan itu pasti ada. Dan terpulanglah pada kita bagaimana untuk menerimanya sebagai sesuatu yang boleh kita hargai (mungkin).
Menghadapi ragam manusia yang pelbagai....pergghhh cabaran tu. Pada aku yang biasa-biasa nie, serasa tak terkawal perasaan. 'Ter'blur seketika. Hingga lambatnya nak faham apa yang orang keliling sampaikan. 'Ter'emosi tiba-tiba. Hingga hampir membazirkan mutiara jernih hanya kerana ketidaksempurnaan.

Aku bersama-sama anak-anak yang lambat kefahamannya, lambat tulis bacanya. Terasa sedih kerana aku rupanya belum mampu melunaskan tanggungjawab untuk mendidik mereka. Tapi aku berusaha melakukan sedaya yang aku daya...Sedih, kadang-kadang mereka seperti dipinggirkan. Sedih.Kadang-kadang mereka menjadi bualan yang melucukan. Sedih. Mereka di hujung dan kadang-kadang ditinggalkan. Hanya kerana mereka berada di hujung. Aku 'ter'emosi kerana hari ini mereka dilupakan....walaupun mungkin secara tak sengaja. Aku sebagai ibu kepada mereka, 'ter'emosi hari ini.

Benar mereka nakal....benar mereka aktif....benar mereka serba kekurangan. Tapi aku terkilan mereka dipandang sepi. Aku mesti buat sesuatu.

12 ulasan:

.: mama cute :. berkata...

mmg frustrating kalau anak murid kita tak leh nak baca.. nak2 bla nak ujung taun, depa still di tahap lapuk.. menunjukkan kita mcm gagal aje membentuk depa.. huhu

apa bleh buat.. takkan nak beserah aje.. so kena polish dan polish.. tp sayangnye bila cuti skola.. depa lupa pada buku2.. akhirnya bila di awal taun, jadi mcm dulu balik..huhu..

cikgu2 di taun depan plak marah plak kat cikgu di taun lepas..sabo je la..

ONE ZABA berkata...

tahniah atas teremosi itu. teruskan perjuangan.pada kita la mereka menaruh harapan.

arryani berkata...

Kalo tak kita, sape lagi???

~Insan Biasa~ berkata...

aku tgh sabo la nie...wahai si mama cute..aku contohi kesabaran ko wokay!

~Insan Biasa~ berkata...

betullah tu cgu one....kalau orang lain tolak...meh la kita terima...

semoga Dia melimpahruahkan ketabahan dan Kesabaran dalam jiwa.

~Insan Biasa~ berkata...

kita-kita lah kak yan....

SRISUFI berkata...

mulianya insan bergelar PENDIDIK..

wahai kakak, semoga akak berbahagia

eeeda berkata...

ani, kelas hujung nie bkn sebarang org boleh mengajar. Aku yg selalu mengajar kelas hujung nie... kadang2 hilang sabar dibuatnya.

Tirana berkata...

Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab. Semoga diberi Allah kemudahan

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih sri...moga kita semua bahagia

~Insan Biasa~ berkata...

nak tahu kita ni sebenarnya sabar atau tidak...erm cabar lah diri ke kelas corot..betul eeeda?

~Insan Biasa~ berkata...

Kak Tirana. terima kasih. Semoga Allah juga memberi kesejahteraan hidup pada akak.