cari id yes guru sktp

28 April 2010

kisah kawan makan kawan

Hah....ini antara insan yang ada dalam hidup aku sekarang. Bukan main lagi dia bergambar dengan 'sport rim' kesayangan dia. Antara aksesori awek dia la ni. Dan aku pun sangat kenal dengan sport rim tu. Memang cantik. Dan menurut dia, takde kete lain yang boleh muat sport rim myvi dia melainkan kete toyota caldina...errkkkk tapi muat plak kat myvi dia kan??? Yelah beribu dia berhabis nak make-up myvi hitam kesayangan dia nie...aiyakkkk. sport rim saja dekat 2 ribu lebih. belum yang lain2 tu. Tapi memang la puas hati. Aku pun baru sempat drive kete dia sekali aja.

Alih2 nak jadikan cerita, ada kawan nak pinjam. Kata sehari. Herm dari sehari jadi berhari2. Terus tak pulang! Terus ghaib! Call tak dapat2. See.....kawan makan kawan. Sekarang dah patah kaki. Susah nak bergerak. Apa punya kawan la tu.

Dan nak jadi kisah lagi, hari ini masa on the way mak ngan Fahmy nak hantar aku balik sg udang , Fahmy leh ternampak kete dia. Time tu aku drive. Fahmy di belakang...

"Eh...mak...mak....kete saya...kete saya....kete saya tu kak....akak benti...benti..."

Benti ke hapa tengah2 jalan raya nie...lucky dekat ngan traffic..merah pulak. Time tu Fahmy terus keluar kete aku.Sah memang sport rim kat kete tu sport rim milik myvi dia dulu. Tak syak lagi! Tapi kete tu dah bertukar honda jazz la plak. Plat kete? WN.... no...hampir2 nak sama no phone Fahmy je aku tengok.

Gile...waktu terus berlalu. Fahmy dah tak nak bergerak. Tak nak tinggalkan kete tu. Aku plak dah lambat nak ke sekolah. But anyway...aku sampai gak kat sekolah cuma lambat setengah jam. Lucky 1st period tu memang aku free. Then dengar cerita, Fahmy tunggu kat situ sampai 3 petang. Tuan punya kete tak jugak nampak kelibatnya! Kompem dia dah nampak Fahmy n d gang la tu. Terus menyorok! Nasib la honda jazz tu....secret aku tak leh cite kat sini apa jadi kat honda tu...tapi xde nyer berani tuan punya honda tu nak buat report polis ....coz nama dia dah ada dalam rekod polis...kata dak Fahmy kat aku masa dia ambik aku balik dari sekolah.

Payah hidup nie kalau ada kawan makan kawan. Antara kawan, teman dan sahabat. Yang mana agaknya kekal bersama kita tak kira waktu... ketawa mahupun menangis??? Aku pesan kat Fahmy....apa yang dah jadi biarlah tuhan yang membalasnya dan sudah tentu sekarang Fahmy boleh menilai siapa sebenarnya kawan, teman dan sahabat dalam hidupnya.

12 ulasan:

- jinggo - berkata...

cgu anis dah lain..
ceritanya dah lain
minatnya dah lain...
hebatnya kuasa perubahan..
yang pasti hidup semakin cantik kan

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

kawan makan kawan,

kawan jadi lawan pon ada

Bapak berkata...

Salam Cikgu Anis,

macam-macam skrg ni. Myvi pun leh modified jd Honda Jazz...hehe...

eh, 'kawan' Fahmy ni pinjam kete ker sport rim Cikgu Anis..?

~Insan Biasa~ berkata...

wak jinggo :
jauh di sudut hati....masih ada 'anisah' yang kekal wak...

gadis manis :
semoga kawan2 kita terus jadi saudara kan...

Bapak :
pinjam kete....

ONE ZABA berkata...

tiada lagi cerita sedih....

tiada keluhan hati nan lara...

hidup anissss!!!!

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one:
dalam hati hanya tuhan yang mengerti...

cuba dengar lagu ungu...cinta dalam hati!

Ticer Syah berkata...

beb. i love this song..


anyway, banyak orang makan kawan skang ni.. so, kita kena be extra alert when it comes to friend. aku pon baru kena anis.. aku anggap dia mcm adik badik aku da.. in the end..main tikam belakang..

stress bukan main.. so aku tau dah cara lembut tu la cara dia nak kenakan kita.. cannot be trusted dan sebenarnya bila kita rasa kita sudah kenali dia.. sebenarnya ada benda lagi yang masih lagi misterious di sebalik tirai hati mereka..

so kita kena hati-hati je la..

Mak Su berkata...

aik? biar betull.... uiyoooo, ganaznyer orang tu

~Insan Biasa~ berkata...

syah:
thats song....

suke..suke...ade kisahnya...
susah nak percaya orang sekarang nie...

~Insan Biasa~ berkata...

mak su:

ganaz??? sape???

Ruziawati Bukhari berkata...

salam anis..
haru kes kawan mkn kawan ni... u makin berjaya sekarang.. tahniah!! mungkin hikmah di sebalik kehilangan ayah tersayang.. AL-FATIHAH

Anakkhas berkata...

akak apa nama budak yang rembat keta tu? bagi plat keta dia kalau kami nampak kawasan sini, biar kami masuk guni ja budak tu biadap....marah saya baca...