cari id yes guru sktp

20 Jun 2009

Untuk AYAH dan juga untuk ABI

Esok Ahad 21/6 -Minggu 3 setiap Jun. Seratanya menyambut Hari Bapa di Malaysia. Aku punya ayah dan kami dah bersama selama 27 tahun berdua sahaja.Segala susah senangnya kehidupan. Itulah....kami berdua. Aku tanpa Ibu dan Ayah tanpa Isteri selama dua puluh tujuh tahun lamanya. Terima kasih Ayah untuk segala kasih sayang . Adanya aku kini dan siapa aku sekarang adalah keranamu. Maafkan anakmu Ayah, kerana ada ketikanya tak mampu memenuhi permintaanmu. Dan untuk Abi, juga terima kasih kerana ilmumu sedang membangkitkan aku dari kejatuhan. Ilmumu sedang membentuk seorang lagi insan baru. Terima kasih kerana tempias semangatmu. Dan akhirnya semoga hidupmu sejahtera dan terus sejahtera. Terima Kasih AYAH. Terima Kasih ABI.

*Lagu ini untuk AYAH ....juga untuk ABI.
(nak dengar - sila klik mp3 player di sidebar kiri - track 3)

LELAKI-WARKAH SEORANG ANAK

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA


Jangan kecil hati...Terima Kasih juga untuk lelaki-lelaki yang dipanggil BAPAK, WALID, ABAH, PAPA, DADDY walau di mana pun semuanya, Terima Kasih kerana kasih dan baktimu.


- SELAMAT HARI BAPA -

2 ulasan:

ONE ZABA berkata...

bapa selamat semua hari!!!

~Insan Biasa~ berkata...

hehehe selamat hari babah!