cari id yes guru sktp

18 Jun 2009

Ingat selalu! orang memberi kita merasa tanpa disedari.

Sebuah kapal karam di tengah lautan dan hanya dua lelaki yang berjaya berenang ke sebuah pulau kecil. Masing-masing bersepakat mencuba nasib sendiri-sendiri setelah menyedari tiada tanda-tanda akan selamat.

Mereka berdoa agar diturunkan makanan. Dan esoknya bahagian di mana lelaki A berada ditumbuhi pohon . Pohon itu tumbuh dengan cepat sehingga mengeluarkan buah-buahan yang ranum, sedangkan bahagian lelaki B masih kosong.

Dengan itu , lelaki A berpendapat bahawa doanya lebih diterima tuhan berbanding lelaki B. Dia berdoa lagi agar diberi pakaian dan makanan. Dan terdapat sebuah beg hanyut dan perlahan-lahan menghampiri tebing lelaki A. Nampaknya semua doa lelaki A dimakbulkan , manakala lelaki B masih tidak mendapat apa-apa. Dia hanya dapat melihat temannya menikmati makanan dengan lahapnya.

Lelaki A memutuskan untuk meninggalkan pulau itu dan menyelamatkan dirinya. Dia berdoa semoga mendapat sebuah perahu. Tidak lama kemudian ada sebuah perahu hanyut terdampar di tepian pulau. A dengan segera hendak meninggalkan B sebab berpendapat bahawa lelaki B tidak di kasihi tuhan. Doa B tidak pernah dimakbulkan tuhan. Jadi pada kiraannya tidak salah meninggalkan lelaki B seorang diri menemui ajalnya di situ.

Tatkala selamat, dia bertemu seorang yang tidak dikenalinya.
"Wahai hamba ALLAH , mengapa kamu meninggalkan rakan kamu itu?"
Dengan hairan A pun menjawab, "Dia tidak dikehendaki tuhan. Doanya tidak satu pun diperkenankan tuhan."
"Kau salah."
"Aku salah? Tuan tahukah, doa aku semuanya kabul. Tiada satu pun yang ditolak oleh Tuhan."
"Tahukah engkau dia hanya ada satu doa dan semua doanya kabul? Dan engkau mendapat sesuatu daripada doanya itu?"
"Hah, tak mungkin. Apa doanya?" soal lelaki A sambil mencekak pinggang.
"Dia berdoa agar semua doa engkau dikabulkan!"

(petikan dari buku motivasi kasih sayang - membina rasa cinta)
***************************************************

Makanya kita perlu ingat selalu, apa pun kejayaan kita pada hari ini, ia tidaklah hadir kerana usaha kita semata-mata. Jangan terlalu leka dengan kejayaan. Orang-orang di sekeliling kita mungkin ada menyumbangkan doa kejayaan untuk kita. Tanpa kita menyedarinya. Orang memberi , kita merasa. Usaha dan doa mereka-mereka itulah sebenarnya menyebabkan diri kita berada di puncak. Dan setiap kejayaan yang kita terima ada hak-hak orang lain di tengah-tengahnya.

-sekadar ingin berkongsi-


4 ulasan:

ONE ZABA berkata...

sama seperti nasib guru-guru di sekolah la.
murid yg berjaya akan dikatakan kerana kelas tuisen.
kalau gagal pulak barulah salah cikgu di sekolah.

arryani berkata...

One,

sian aku tgk ko nih...Cakap kat aku cpt sape yg cakap guru tusyen yg buat anak2 murid berjaya?

Sebenarnya semua antara kita adalah penyumbang. CUMA...sumbangan tu berlainan 'rupa'...

Pada Anis,

jangan tak percaya anda, juga seorang penyumbang. Maka sumbanglah dengan ikhlas...Best og luck..

p/s Sori smlm masa YM, terputus. Server prblm ..Agknye kena H1N1 kot...geram tul..

~Insan Biasa~ berkata...

huhhu kita bersabar sajalah cgu one. keikhlasan kita beri, insya'allah keikhlasan juga untuk kita nanti.

~Insan Biasa~ berkata...

Kak Yan sayang...

heheh terima kasih. saya sedang belajar ikhlas memberi sumbangan kepada sesiapapun. Semoga diberkati. Terima kasih kerana saya mengenali kak yan...(walaupun x tahu...sapalah kak yan nih) tapi i love u. Hahahah

p/s : ha? H1N1...? jangan sebar kat server saya...plsssss....hehehe .