cari id yes guru sktp

23 Jun 2009

untitled once again

I am shivering
oh..ya? why? I don't know...

switch

minggu ini
aku merasa seperti pisang rebah
adakala
tercacak seperti lembing tergadai
umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak
air diminum terasa sedih, nasi dimakan terasa sekam

namun aku berkata sendiri
pilihlah

berhati baja, berurat kawat


hari ini
seakan
mencari umbut di dalam batu
sepertinya dalam kilat ada kilau

di hati...seolahnya
dapat tak tercapai, jauh tak berantara

dan aku sedar
di mana api berpupuk, di situlah asap keluar
hendakku terbang tiada pula bersayap
ingin hati memandang pulau, sampan ada..pengayuh tiada
ibaratnya kaki untut dipakaikan gelang

mengapalah agaknya
limau masak sebelah, perahu karam sekerat?
sungguhpun merajuk air di ruang, hendak karam kan kutimba juga

8 ulasan:

ONE ZABA berkata...

tak faham aku bab-bab ni.

~Insan Biasa~ berkata...

xpelah cgu one, dgr lagu jer lah. :-)

arryani berkata...

One, aku pun tk tau bab apa yg ko phm...hahahah

Untuk anis, walopun kekadang akak tak paham, akak masih cuba memahami K. ;)

- jinggo - berkata...

saya lagi tak faham.
macam cgu one.....

~Insan Biasa~ berkata...

sayang kak yan...terima kasihlah sanggup bersusah payah untuk cuba paham.hehe

~Insan Biasa~ berkata...

cgu harun..
memang padanlah pun ngan cgu one
ada geng...

cari buku peribahasa
emmm kita belajar lagi la gayanya
hehe

kin hashim berkata...

tak paham jugak..
tp, suka baca luahan hati org dalam bentuk gini (kagum gak, sebab tak pandai nak buat ayat gini bila nak luahkan perasaan sendiri..hehhe..)

~Insan Biasa~ berkata...

hehhe ni pun rujuk buku peribahasa gak kin...